Pages
▼
Tuesday, April 27, 2010
Mommy's Puding roti
Bahan-bahan:
Untuk sos kastad :
1) 1 tin susu cair
2) 2 sudu makan tepung kastad
3) 2 sudu makan gula
Untuk puding :
1) 500 ml susu segar
2) 8 keping roti
3) 4 sudu makan gula halus
4) 2 sudu makan mentega
5) 2 biji telur
6) 1 sudu teh esen vanilla
7) 1 sudu makan tepung jagung
8) 2 sudu besar kismis hitam
Cara :
Untuk sos kastad :
1) Gaul rata kesemua bahan untuk sos kastad.
2) Didihkan sebentar di atas api.
Untuk puding :
1) Rendam roti yang telah dipotong 4 setiap satu bersama susu segar selama ½ jam di dalam
loyang.
2) Tuang ke dalam loyang bahan puding yang telah digaul rata.
3) Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°c selama ½ jam/masak. Angkat dan sejukkan.
4) tabur kismis diatas puding roti
5) Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.
adui...rajin mama Abie hujung minggu..Habis ka ni N?byk nya..mcm mau minta ba..
ReplyDeletehahaha Fara kamo jgn terkejut sebab lazat & berkrimnya puding ini, kami makan ber3 pun boleh habis tau :P
ReplyDelete