Pages

Friday, May 6, 2011

Stoberi Buttercream Macaron

Resepi nie aku belum cuba, tapi akan ku cuba soon..apa kata korang try dulu erk ekeke

Macaron batter
225g gula icing
125g serbuk almond
25g gula
pewarna merah (7drop)
3 biji putih telur

- Blend serbuk almond & gula halus sehingga betul2 halus.
- Tambahkan pewarna merah & gaul sehingga sebati.
- Ketepikan adunan (bahan A) untuk seketika
- Pukul putih telur sehingga gebu & perlahan2 masukkan gula & putar sehingga gebu & bersinar. (gunakan mixer) jangan terlebih pukul putih telur.
- Campurkan sedikit2 bahan A tadi dengan spatula ke dalam mixer tadi. (gabungan aduanan tadi tetap bersinar dan lembut (smooth flow))
- Masukkan adunan ke dalam pastry beg & picitkan small round ke atas kertas pembakar.
Biarkan selama 20minit.
- Panaskan oven pada suhu 157C atau 315F & bakar selama 12minit.
- Sejukkan & alihkan kertas & isi butter cream

Stoberi swiss buttercream
8oz putih telur
16oz gula
1 lb butter
4oz stoberi puree

- using double boil, pukul telur putih dengan gula sehingga gebu.
- Kemudian tuangkan ke dalam mixer & pukul sehingga sejuk.
- Masukkan butter dan pukul sebati
- Masukkan stoberi puree.

No comments:

Post a Comment