Salam jumaat kalian....ini en3 pertama saya setelah bercuti panjang....last 2day baru mula kerja...bz tahap superb punya takde mood nk Fb or blogging..... nevermind...my hubby dah sent my laptop for repair, look like we have motherboard problem...dat cost us rm350 (selepas mendapat discount 30 tawar menawar :P)
nanti kat rumah pun boleh blogging....skrin yang besar & keypad yang selesa...
sebelum tu nak mohon maaf pada mommies yang minta recipe di my Page tapi tak dapat di tunaikan dengan kadar segera,...huhu nak type guna handphone memang sukar ya...tambahan pulak ada spelling correction and jari-jemariku yang besar gajah ini..type asyik salah jer huhu tu yang setakat load picca & komen lebih kurang boleh ler huhu..maaf sekali lagi yer....
So di sini, saya nak share recipe simple dimple membuat applesauce untuk si kecil anda....(untuk si besar pun enak jugak) idea membuatnya datang bila terasa nak makan applesauce pancake...kalau dulu saya pernah tunjukkan cara membuat apple pancake kan? ha applesauce pancake lain sikit dari apple pancake.
Bahan-bahan untuk applesauce:
3 biji red apple ( peel,core & dice)
1 cup water ( agak-agak terendam apple tadi)
2 tbsp sugar (kalau baby below 12mos boleh skip letak gula)
2 tbsp fresh lemon juice
1/2 tsp salt (kalau baby below 12mos boleh skip letak garam)
1 tsp cinnamon powder
Cara-cara:
1- rebus semua bahan tadi sehingga apple empuk/lembut
2- Bila dah lembut, blend apple tadi sehingga halus gebu (boleh amik kesemua air tadi or buang sedikit)
3- Bila dah blend, masak sekali lagi untuk memekatkan sauce tadi.
4- Bila dah pekat, leh sejukkan & simpan di dalam peti sejuk selama 1 minggu (sejuk tau bukan beku)
selamat mencuba ;)
No comments:
Post a Comment