Pages
▼
Thursday, April 19, 2012
Jom kenali Abbie
Jom kenali anak tunggal saya,
Abbie dilahirkan pada 7 July 2010 di KPJ Kajang jam 5.26minit pagi secara normal dengan berat 2.66kgs.
Tanggal pusat pada hari ke-7 kelahirannya. Saya berpantang di rumah sendiri di Kajang,yang dijaga oleh emak saya sehingga 26hari. Genap Abbie 30hari, kami menyambut baby full moon dengan memberikan sekotak makanan nyonya yang berupa pulut kuning, telur merah dan kuih nyonya kepada mereka yang menyumbangkan hadiah semasa kelahiran bayi kami. Untuk Abbie kami tidak membuat majlis potong Jambul tetapi hanya majlis kesyukuran semasa Abbie berusia 1 tahun di rumah emak di Pahang.
Abbie adalah nama manja yang saya berikan bagi menggantikan nama Ah Bie. Sejak baby dari dalam perut saya sudah memikirkan nama manja untuk beliau, seperti saya & suami, kami juga memiliki nama manja yang di panggil oleh ahli keluarga, untuk suami sampai sekarang mereka memanggilnya Ah Boy... So, saya berpendapat apa kata jika saya memanggil baby saya Ah Bie (Ah Baby). Namun nama itu hanya lekat selama 2~3 bulan sahaja sehingga satu malam ketika saya dengan menggatalnya mengoggle nama untuk 2nd baby....[hahahaha] saya terjumpa nama Abbie yang membawa maksud - Father of Joy
Similar name and nice meaning....yeah,,,saya mahu Abbie menjadi anak yang happy,bahagia & membahagiakan semua orang.....
so sejak itu,,,melekat lah nama Abbie sebagai panggilan manja.
Tapi....apa nama sebenar Abbie ya??
Okey....nama penuh Abbie ialah Dhiya Alexander Tay Guan Eng , panjangkan....
Nama lagi penuh Abbie ialah Dhiya Alexander Tay Guan Eng Bin Jackson Tay Tat Yong hahahaha cuba sebut dengan satu nafas,,,,semput..... :P
Dhiya Alexander bermaksud The Light of Defending Man, dimana
Dhiya adalah nama pilihan saya yang bermaksud cahaya .
Alexander adalah nama pilihan daddy sendiri yang bermaksud defending man.
Tay adalah membawa sir name keluarga hubby and
Guan Eng adalah nama yang diberikan oleh FIL. Mereka so excited mendapat perkabaran anak lelaki yang bakal dilahirkan, sebelum baby lahir lagi, my FIL dah bagitau nama yang dia nak bagi...Cucu lelaki dari anak bongsu kesayangan mereka,
Pada asalnya pada kad kelahiran, kami hanya meletakkan Dhiya Alexander Tay, tetapi setelah memohon pendapat dari Jabatan Pendaftaran Pusat untuk meletakkan chinese name di dalam nama anak kami, (demi menghormati kehendak keluarga in law ) katanya tiada halangan. Maka, tercipta lah nama yang panjang itu....kalau tak silap saya Guan Eng bermaksud Rich and Wealth .(can't remember nanti kalau ingat saya update kat sini hohoho)
Abbie adalah istimewa buat kami, satu kejayaan dikalangan 2 kegagalan....saya amat-amat menghargai kehadiaran beliau di dalam hidup kami, He is the light for us
tanpa nya ibarat hidup tanpa matahari, senyuman yang dilemparkan itu penyembuh segala penyakit didunia, tangisannya itu suatu keresahan, yang membayangkan betapa dia memerlukan kami dalam membimbingnya menempuh perjalanan hidup di dunia yang berliku ini. Oh anakku, mommy and daddy will always love you, you are my precious, my everything, everything I have in this world is belong to you my dear.
apa lagi??....erm cukup setakat ini karangan jiwang mommy untuk abbie, lain kali kita sambung ya hahaha :P
<bilahatikuberkatakata.....>
tak puas..tak puas...nak lagi!
ReplyDeletehahaha ala....cukup la tu, idea dah lari ni sebab takut kantoi bos datang teetttt :P
ReplyDelete