memang ikut jejak langkah mommy anak bucuk cayangku ini hihihi
Liang Cha, adalah minuman herba cina yang sangat popular untuk menyejukkan badan dikala cuaca sekarang yang kadang kala panas berdenting dan tak semena2 hujan menderu.
So hubby saye tolong membelikan sepeket liang cha untuk direbuskan dirumah.
Kepeket daun-daun dan rumput kering ini berharga RM8, ia terdiri dari tebu kering, bunga kering, daun kering (silap haribulan daun macam lalang pun ada hahaha), akar2 kering & buah apa yang sebijik ni, kalau nak rebus kene pecahkan dulu...pendek kata, ia HALAL sebab ia terdiri dari tumbuhan yang dikeringkan sahaja tanpa unsur haiwan. :P
Sepeket liang cha ini saya rebus dengan seperiuk air & seketul gula batu bermadu...ha...ini pun pertama kali saya jumpa gula batu bermadu, tapi lupa pulak nak snap photo..saiznya agar besar sebesar batu berwarna oren (warna madu).
Rebus sehingga mendidih & tapiskan airnya untuk diminum. Boleh direbus berulang kali sehingga airnya menjadi pudar/jernih. Ada 4~5 kali rebusan.
Ini lah secawan liang cha bagi menggantikan air masak pada hujung minggu kami yang lalu.
Rasanya enak, macam gula melaka pun ada, macam air tebu pun ada....enak
abbie tak suka minum liang cha suam, tapi kalau sejuk sikit (simpan dalam peti sejuk) amboiiiiii kemain suka dia minum
Kalau nak rasa boleh cari di kedai tabib cina pun ada ya :)
No comments:
Post a Comment