Good morning....
wah so sleepy, pukul 430 pagi Abbie dah bangun ajak bersahur, mommy macam biase la, goreng nasi aje ....simple :)
Hari ni jalan tak ler jem sangat macam semalam, semalam we took 2jam30min nak sampai ke opis.
Sepanjang perjalanan yang lama tu, hubby ai sibuk la suh ai resign la, ai cakap at least tunggu la dapat bonus kan, dah la tahun ni takde performance bonus, takde bonus tengah tahun, harapkan bonus hujung tahun jew.... huhuhu
Pastu hubby suh pulak ai amik unpaid leave 1 bulan bermula 1-August ni adeeeiiiii
orang tua ni kalau A katanya, A jugak lah,....dari semalam follow up dengan ai tanya, dah bagitau your bos ke belum?
Dia ni lupe ke bulan depan kan nak raya, kalau ai amik unpaid leave nak raya mcm mana? dah la baju raya & kuih raya belum beli huhuhu
memang tengah dalam mood serba salah ni, kesian kan bos, sebab closing nk raya ni, banyak sangat la request yang masuk, semua requestor kancong nak dapatkan units mereka siap before raya....
tapi arahan & permintaan suami saya tak boleh juga abaikan, kang derhaka namanya huhuhu
adooiiii ako yang tersepit dalam membuat keputusan.
Pagi2 tadi dalam mood mamai sebab tidur ternganga dalam kereta, ai di celikkan dengan kajadian kemalangan berdekatan pintu masuk kilang ni, trak panjang yang terparking molek kat tepi jalan tu di langgar oleh kereta Viva yang dipandu oleh seorang pekerja wanita kilang ako yang MENGANTUK.
Cantik je viva tu hentam masuk bawah trak tu, trak tu kan panjang & tinggi, so habis kemek side penumpang tu....adessss....sib baik la ko yang langgar trak tu, kalau trak tu langgar ko mau kojol.
Neway, itu lah cerita panas & kelakar di opis pagi nih.....haahahaha
semuanya tentang pemandu wanita yang berjaya "menerbangkan vios" yang melanggar tiang letrik tanpa sebab sebaik sahaja keluar dari gate rumah ako.....adooiii la...lawak2
Entah mimpi apa pagi ini, masuk2 opis ai bersemangat untuk plot graf tumbersaran Abbie sejak lahir.
Tengok kan graf tu ada bulan dimana berat Abbie turun, entah le tak hengat apa sebabnya or mesin timbang tu yang ada problem.
So far Abbie dah semakin heavy, mommy dilarang keras oleh daddy untuk carry Abbie, even he always ask "mommy....pau pau" huhuhu
anak saya pun lebih kurang abbie now 1thn 6bulan baru 9.5kg...tak pe ke???tapi dia sihat alhamdulillah
ReplyDeleteshd be fine dear janji berat sentiasa bertambah walaupun sedikit :)
ReplyDeleteanak say a1 thn 6 bln = 8.2 kg ..girl. boleh kongsi tak resepi utk tambahkn berat badan nak thanks =)
ReplyDelete