Pages

Thursday, September 27, 2012

Baby cloth shoe


Good morning.... hari ni mommy datang lewat giler ke opis... kul 10am baru masuk, LDP jemmed giler so kami lepak bersarapan kat Esso Puchong tu makan nasi lemak. Untuk mengelakkan di warning oleh bos lagi, ai tak punch in pun gagagaga
Kali ni mommy nak share hasil keras tangan mommy pagi2 sebelum subuh tadi.
Dengan menggunakan lebihan kain dari membuat baby snuggler hari tu, malam kelmarin mommy dah potong2 kain ni sambil melayan Abbie main Lego di hall. So, bila kain dah potong, kegianan nak menjahit pun berkobar2. Mommy tak boleh menjahit kalau Abbie terjaga, sebab dia pun turut sama nak tekan button kat mesin jahit ni, siap dengan kerusi IKEA dia tu duduk berdiri sebelah mommy. Kalau di ignorekan dia bermain sendirian, daddy pulak bising.
So pagi2 bila terjaga selepas menyusukan Abbie lebih kurang jam 4pagi, mommy bangun turun ke bilik jahitan di bawah menjahit kasut baby ni.

Actually malam tu dah dapat kebenaran 15minit oleh daddy untuk menjahit, tapi dapat jahit half way pastu blurrr... tak faham instruction. So sebelum tidur tu ai baca balik instruction tu baru la clear. Bila dah siap 1 belah kasut, nak buat yang lain2 tu semudah 1 2 3.
Tapi tu la, bila dah di matikan jahitan yang terakhir kat luar tu, jadi senget benget la pulak kasut tu. hahahaha
Dalam hati mommy, okey lah... percubaan pertama, so far senang aje buat kasut baby ni, cuma hard part bila nak sambung tapak kasut tu yang kene make sure semua kain sama layer.

 So ini sepasang kasut yang pertama, design girl hahaha

Ini kasut yang kedua....

Lepas ni nak cari kain 1/2 yard or 1yard untuk sambung project baby snuggler lagi 2 pcs & seluar pendek Abbie. Kain lebihan tu nanti boleh le mommy buat kasut lagi & bibs.

Mommy tengah sibuk jugak mencari kain PUL or waterproof fabric untuk membuat CD, weekend ni nak balik BP amik kain microfleece. Wah tak sabarnya nak menjahit CD, mesti kelakar kan hasil tangan yang pertama tu nanti :P

No comments:

Post a Comment