Pages

Tuesday, October 16, 2012

Aku bukan doctor :P

hehehe panas tak tajuk entry kali ini....tah, sejak preggy ni nak mengemo ajew kejenye... especially dengan en soami tu, macam anjing dengan kucing.... asyik nak berbalah jew recently... tapi kan...kami ni air di cencang takkan putus :P InsyaALLAH...
Orang nampak saya molot pot pet, molot laser xde insurance kan.... tu maknanya saya ni happy go lucky type, wa tak simpan dalam tau.... tapi kalau hati wa sakit banget, wa diam jeww... diam biarkan diri ini bermonolong dengan diri sendiri, kannnn mesti korank pulak wonder, asal dia diam ni?? sakit ker? ahakss...

Sebenarnya topic ni nak cakap pasal Pre-eclampsia, bukan lah ulasan macam seorang doctor pakar wanita yang sangat berpengalaman, sekadar perkongsian untuk memberikan pendedahakan kepada ibu baru yang sedang hamil & ibu yang dah ada anak pun masih tak tahu apa itu pre-eclampsia kan Puan Ila Noor? :P
(Puan Ila Noor ni is my BFF, she not even know about what is pre-eclampsia walaupun pernah melahirkan seorang anak)  Recently her SIL terlantar & masih terlantar di ICU disebabkan pre-eclampsia sejak kandungan 4bulan lagi, anak sulung, ibu muda baru 24tahun, bila kandungan mencecah 7bulan doc terpaksa operate keluarkan bayi dalam perut demi menyelamatkan nyawa baby tadi....Alhamdulillah baby tadi selamat, namun si ibu masih lagi bertarung.....katanya paru2 telah dimasuki air dan memerlukan bantuan pernafasan manakala buah pinggang telah rosak dan memerlukan mesin dialisis....ngerikan.... ni gara2 kita tak sedar tentang apa itu pre-eclampsia & bahaya yang menanti bila dh jadi eclampsia) Eclampsia boleh mengancam nyawa ibu & anak tau. Marilah kita doakan adik ipar Puan Ila Noor ni cepat sembuh dan kembali normal seperti sediakala.
Ngeri pulak bila Ila share cerita ni last week huhuhu

Bukan apa, saya sendiri pernah di katakan mempunyai simptom pre-eclempsia, apa simptom pre-eclampsia ni?

  • Tekanan darah tinggi bermula dari 140/90 ke atas
  • Bengkak pada bahagian kaki dari peha ke tapak kaki
  • Kadar protien yang tinggi dalam urine disebabkan gangguan buah pinggang
  • Kenaikan berat badan > 1.36 kg setiap minggu sepanjang trimester ke-2 & lebih 0.45 kgs setiap minggu pada trimester yang terakhir.
Antara gejala lain:
  • Mata Kabur
  • Pedih Ulu hati
  • Rasa loya & muntah
  • sakit kepala

Ha.... masa saya pregnantkan Abbie (Abbie lahir bila kandungan mencecah ngam2 36minggu) 2 minggu terakhir iaitu bermula 34week saya dah mula mempunyai gejala pre-eclampsia iaitu tekanan darah tinggi & sakit kepala. Bengkak kaki tu adalah perkara normal jika ia tidak di datangi dengan gejala2 lain. Kaki saya bengkak since kandungan 6bulan, bila masuk 34minggu tu bengkak kaki saya sedalam 1inci tau! Berat saya naik sampai 20kgs. Pada mulanya gyne saya kata, nak makan apa, makan lah...tapi bila kaki sudah mula membengkak & berat dah pun naik 20kgs (1minggu sekilo naik during 3rd trimester) gyne mula berpesan, eat quality food not quantity. Tapi alhamdulillah saya tak mempunyai diabetes atau protien di dalam urine semasa mengandung. Bila saya mula mengadu sakit kepala yang sangat kuat & bila diperiksa saya mempunyai very high BP, doc menyarankan saya MC untuk 2 minggu... bed rest at home katanya , kalau tak ai terpaksa admit you. Setiap hari semasa MC tu saya perlu ke klinik untuk memeriksa blood pressure. Sehingga blood pressure back to normal, saya tak perlu lagi buat pemeriksaan. Tapi doc kata last day MC datang untuk check-up. Tapi belum sempat jumpa gyne, saya dah terberanak hohohoho
Yang kelakarnya masa nk admit hospital ai still have high BP, merah pen kat kad kemasukkan saya, namun masa di labour room Alhamdulillah blood pressure saya kembali normal.

Sebab itu adalah amat penting untuk sentiasa mematuhi check-up yang telah ditetapkan, jaga pemakanan & diet semasa mengandung, jangan makan untuk 2 orang (during Abbie, ai eat a lot, ai can eat nasi lemak yang rm3 sepeket tu 2 bungkus) makan sampai termuntah even at 3rd trimester.... 
so kali ini MIL dah pesan siap2, jaga pemakanan, avoid banana & red meat katanya (MIL pesan kat hubby, and MIL i bukan lah doctor tp nasihatnya sekadar untuk berhati2 agar ai tak le dt high BP lagi).
Tapi so far even ai dah pregnant 4.5month ai baru naik 1kg... percaya tak??? kali ni ai nampak kurus, pipi cengkung hanya perut jew yang naik. 

Siapakah golongan yang wanita hamil yang berisiko menghidap pre-eclampsia?
  • Wanita hamil anak pertama
  • Kehamilan anak kembar
  • Pesakit diabetes
  • Ibu hamil yang mengalami tekanan darah tinggi sebelum hamil
  • Ibu yang bermasalah buah pinggang
  • Wanita hamil yang pernah memgalami pre-eclampsia
Info lebih lanjut, anda boleh refer gyne masing2 atau gugel kat SINI.

Segala info yang dikongsi adalah berdasarkan pengalaman sendiri & sekadar pendedahan, harap diperbetulkan jika ada info yang tersalah & pls share pengalaman anda juga :)

Saya berdoa agar kandungan kali ini, saya dijauhi dari simpton pre-eclampsia ni Amin!

2 comments:

  1. Hehehe..ko kasi cth aku yea..mmg laa aku xtahu coz aku xalaminye dlu..btw utk 2nd pregnncy mmg aku nk jga mkn.eat quality than quantity kan coz 1st pregnncy pn aku gain weight sgt2

    ReplyDelete
  2. hehehe maap ler laling.... terdetik nak wat entry ni pun bila ko citer pasal SIL ko tu...dan tu ako teringat ako pun pernah ada simptom tu... tu yang nk share kat sini sbg pendedahan :) tak pe kan :P

    ReplyDelete