Pages
▼
Tuesday, November 6, 2012
Saya sudah ada pembantu
Comel tak pembantu saya? Ini lah dia penghibur lara, periuh rumah tangga yang mampu membuat kami marah, suka & gembira.
Sejak dah nak bergelar koko ni, semakin rajin Abbie membuat kerja rumah, kalau lepas makan atau minum air, cawan terus dia bawa ke dapur dan campak dalam sink. Akibat suka sangat campak cawan,mangkuk dalam sink, last weekend mommy rendam kuali yang baru lepas masak rendang hati lembu, sekali bila Abbie campak cawan dalam kuali tu, air terpercik ke dalam mata dia....aduihhh pedih...menangis si tecik saya. Sejak dari hari tu, dia pandai letak cawan/mangkuk elok2 dalam sink...tengok dulu apa ada dalam sink, baru letak cawan kotor tadi :)
Alhamdulillah juga recently mommy kembali cook on weekdays, simple2 menu ajew , kami akan having dinner kat hall, guna meja study Abbie tu, lepas makan, Abbie pun akan tolong angkat dulang ka, pinggan kosong ka ke dapur...adeii sejuk hati mommy & daddy. Tugas mommy masak, tugas Abbie mengemas, tugas daddy cuci pinggan, semua orang memainkan peranan....
Ni aktiviti malam tadi lepas dinner, bila daddy cuci pinggan, mommy sidai baju...si kecil ni sibuk sangat nak tolong, macam biasa, kalau tak sampai di ambil kerusi IKEA tu dan panjat. Sampai cloth pantylinear mommy pun dia tolong sidaikan :P
Lepas habis sidai, tak perlu cakap,Abbie akan bawa bakul pegi dapur letak kat tepi mesin basuh...wah...lebih mudah kerja mommy sekarang ni.
Nanti dah ada adik, boleh sangat dah nak disuruh-suruh letak CD dalam toilet ke, jaga adik ke kann :P
No comments:
Post a Comment