Pages

Friday, December 28, 2012

Bread is unhealthy?


Ramai juga yang berkongsi tentang "unhealthy bread" ni, mommy tanak komen lelebih la kat sini, kang silap2 kene kutuk pulak kat wall org lain huhuhu

Apa pun mr google boleh membantu anda utk mendapat maklumat lebih lanjut.
Yang penting, tepuk dada tanya selera, nak teruskan ke tidak, sebab ramai jugak yg berilmu, yang tahu, tapi tak mahu amalkan.... ade jugak yang memperlekehkan "roti pun tak sihat, silap haribulan nanti keluar pulak artikel "water is unhealthy" " hohoho
apa-apa pun itu diri anda, itu kesihatan anda, kalau sakit pun pakai medical card anda (kalau ade).

Kat sini ada disenaraikan  14-healthy-foods-that-are-actually-bad-for-you.

So mommy ni memang dah lama terdetik, dan now semakin berdetik2 nak letak gadget ni dalam wishlist.
Cuba teka gadget apa?

Bulan lepas (Dec) mommy dah tambah 2 gadget iaitu waffle maker (dah rasmikan pun ) dan Double Pan Happy Call Multi grilled (tunggu barang belum sampai lagi huhuhu)
So mommy ingat nak letakkan "bread maker" dalam senarai wishlist gadget dapur mommy.
Memang dah lama di suarakan hasrat ni kat daddy, cuma memandangkan mommy ni kan sibuk (konon2 sibuk) daddy kata kalau mommy dah tak kerja baru boleh beli, Abbie memang suka bread, daddy pun sama... nanti meimei keluar pun tentu suka bread kan....
So kalau ramai family member, mommy pun dh jd surirumah yang punyai masa menggunakan bread maker tu, daddy kata baru berbaloi memilikinya. Daddy tak nak nanti beli pastu dok tersimpan dalam kotak/kabinet... rugi! So fakta/artikel yang sahabat kita share kat group HSFFYB ni akan digunakan sebagai MODAL utk menarik daddy membelikan nya hohohoho

Lepas tu, soya maker pulak, pastu yogurt maker pulak, lepas tu lepas tu lepas tu ......
daddy pun leteq 48jam berturut2 kat mommy...katanya MOMMY INGAT DADDY CHOP DUIT KERRR hahahahaha
amik ko <verangan tak salahkan> :P

No comments:

Post a Comment