Pages

Monday, March 4, 2013

Our new ride & 38weeks preggy


Hehehe menunggu orang baru tak keluar-keluar, akhirnya yang keluar dulu adalah kereta baru kami...
Alza sajok.... jimat minyak & jimat duit.
Sepatutnya dapat kereta on 28-Feb sempena 4th anni kami, tapi delay sikit, Jumaat 1st March baru keluar.
Kira sejak keluar kereta baru ni, kereta mommy memang dah tak gerak la... pasai apa?
Pasal itu koko Alex aka Abbie tak suka naik kereta mommy... "mommy car not nice" "mommy car, go away!" huhuhu
Kalau apek (my BIL) dtg and sakat kata nk amik kereta daddy, menangis dia... huhuhu

Kami amik Alza Advance full spec dgn leather seat, gps, reverse camera ect (nak tau lebih g sendiri kat website perodua) hahaha
regenya 70k but we only apply loan for 50k for 7yrs.
Untuk 7bulan akan dtg ni, terpaksa la bayar 2 kereta (mine & this alza) masih boleh tahan, tp untuk 5bulan (after mommy resign) daddy terpaksa bayar 2 kereta (sampai la kereta mommy habis bayar bulan Oct ni), sempit sikit poket, Pastu baru la status kewangan kami lega sikit.... siannnn

Update sekali dengan status peyut mommy nih, sudah 38minggu sekarang, tak sangka, masih boleh bertahan & masih bekerja... sebab sekarang policy company dah berubah, kalau zaman Abbie dulu, kene apply maternity leave 2 weeks b4 EDD, but now i can work until my EDD.
So tetap kerja.... baby masih selesa di dalam.
Sabtu lepas mommy pegi wat check-up, doc kata air ketuban, mencukupi, baby pun masih active dan belum ada tanda2 nak keluar. berat mommy pulak 71.9kgs, naik 700gm sajok...
Berat baby? hahaha memang terkejut kalau doc kata 4kgs sudah....
Doc kata last week baru 3.3kgs , impossible terus naik ke 4kgs, so doc remeasure and dapat more realistic weight which is 3.6kgs... apapun doc kata itu hanya anggaran, kadang kala tak accurate. sebab doc measure 3 bende sajok. saiz abdomen, kepala & tulang.
Doc kata baby memang besar, saiz kepala baby normal...cumanya abdomen dia besar.

Doc kata kalau nak induce boleh juga, datang isnin ni (which is today) or tmw...
or just tunggu sehingga ada sign or until my EDD but confirm baby will be bigger.
We may discuss if you plan to ceaser huhuhu
Bukan apa, abbie dulu tecik aje...2.66kgs, since 2nd ni tetiba besor pulak, doc pun worried nak confirm kalau induce baby boleh keluar. sebab memang mommy ada study sikit, ada juga induce yg berakhir ikut tingkap.
So kami masih berfikir, pintu ke tingkap.
Bersalin di hospital swasta, penting dalam membuat keputusan yang tepat, memang ade yang comment tak kisah ikut pintu ke tingkap,janji selamat. Tapi kalau swasta, kalau memula nk induce pastu tak boleh, kene ikut tingkap, ongkos nya jadi double seh....
Kalau terus mengalah ikut tingkap, kot boleh induce...ha kan ke rugi....

So buat masa sekarang, kami mengambil keputusan tunggu sehingga EDD, which is lagi 11hari.
Sabtu ni check-up lagi kalau tak bersalin, tengok air ketuban cukup ke tak, baby dah berapa kilo.
Kalau rasa betul2 tak boleh kami boleh terus pilih option tingkap, so tak perlu bayar double.
Tapi apa yang mommy baca, kalau saiz kasut kita besar (mine saiz 9) and punggung pun nampak lebar, maknanya kita boleh membuat bukaan pintu yg besar. Cuma need more work to push.
Apa pun ia melibatkan risiko dari segi nyawa & $$$

Daddy kata, dia tak kisah kalau mommy nak ikut tingkap, sebab company pun ada peruntukan dt 6k for Ceaser, cuma mommy ni rasa, kalau boleh nk terai normal.
Tapi kalau tak boleh dari 6 ribu+normal 2.5k total dh jadi 8.5k tak ke haru....
adeiii....
Doa2kan this few days (entah2 today) ada sign to labour.
My MIL kebetulan dah ada kat sini ready nak jaga my SIL yang nk buang rahim tu, so she can help to take care Abbie incase mommy & daddy go to labour room. Abbie pun close dgn naynay dia.

Pray pray pray, everything goes smooth and safe.Amin

Take care & comb your hair,
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

3 comments:

  1. wah wah wah...! dlm diam ko tukar jentera yea..sama geng laa kita..si hitam n si putih..alza ni mmg jimat myk..ekonomi katakan..

    ReplyDelete
  2. wah wah wah..dlm diam yea..kuar baby baru..sama geng lg kita..aku sangat yakin alza mmg menjimatkan minyak.

    ReplyDelete
  3. hehehe hubby ako ler, tp bukan kaler hitam la...mysterical purple katanya hohoho

    ReplyDelete