Pages

Wednesday, December 10, 2014

Resepi waffle yang rangup dan mudah di buat di rumah

Homemade waffle by mommy annie tay
Pagi tadi kami bersarapan dgn homemade waffles,  dah lama tak buat waffles kat rumah ni, tetiba kelmarin ada resepi waffle melintas kat wall FB tu yang tetiba datang keinginan nak membueknyo. Anak2 pun memang suka makan waffle,  lagi pun mudah saje resepi nya, bahan2 pun simple aje, suma yang ada dirumah ni.

Bilandi tengok balik resepi kat FB tu sama aje dengan resepi yang mommy buat sebelum ini, bezanya jumlah tepung gandum dalam fb tu 2 cawan, mommy punya 12 tbsp (tapi sama aja qtynya).

Moh mommy share lagi sekali resepi mudah waffle ni ya, dulu dah share kan kat sini

Bahan-bahan (2-3 orang) :
·                     12 sudu besar tepung gandum 
·                     2 sudu kecil instant yis kering 
·                     1 sudu besar gula
·                     1/2 sudu kecil garam
·                     3 sudu besar mentega yang dicairkan 
·                     1 cawan susu segar dalam suhu bilik
·                     1 biji telur dalam suhu bilik.
·                     1 sudu besar esen vanila 
·                     1/2 Air panas/suam (untuk dimasukkan sedikit demi sedikit)

Cara-caranya :

1. Campurkan tepung gandum, yis kering, gula, garam, mentega, telur, esen vanila dan susu segar. Gaulkan kesemuanya dan pukulkan secara perlahan-lahan dengan menggunakan whisk. Kemudian, masukkan air panas / suam secara sedikit demi sedikit. Ini untuk pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan elakkan daripada menjadi terlalu cair.

2. Bila adunan dah sebati, rehatkan sebentar bahan-bahan yang disediakan tadi untuk 10-15 minit. Sambil tu panaskanlah waffle maker td.

3. Bila waffle maker benar-benar panas, tuangkan adunan bermula dari tengah hingga ianya merebak dengan sendirinya ke bahagian tepi corak waffle maker.

4. Jangan tutup terus penutup waffle maker selepas adunan dituangkan,tunggu 5-10 saat. Tekankan sedikit penutup waffle maker sewaktu menutupnya. Ini untuk memastikan corak waffle lebih sekata dan terhasil dengan cantik. 

5. Kebiasaannya masa untuk buat satu waffle ialah lebih kurang 5~8 minit. Tapi i nak ingatkan, selalu-selalulah jenguk waffle bila 5 minit dah berlalu. Tak jadi masalah kalau nak buka dan tutup penutup waffle maker sewaktu dalam proses memasak. Bukan apa, takut bukan jadi rangup je waffle tu tak pasal-pasal terus jadi hangus.

6. Keluarkan waffle bila warnanya berubah menjadi golden brown (coklat keemasan).

7. Nak makan, sapulah dengan peanut butter, kaya, nutella, jem, ice cream or apa2 yang menjadi kesukaan kalian :) 


Adunan yang dah direhatkan 15minit
Naik bubbles

Mommy punya waffle maker Takada jew
Kene panaskan dulu

Bila dah tuang adunan dalam waffle maker ni, biarkan dulu dalam 10saat,
Baru tutup dan tekan sikit penutupnya,
Nanti lampu hijau pun menyala
Bila dah masak lampu hijau tadi pun padam.

Tadaaaaaa
Ini la rupanya waffle dari Takada waffle maker mommy.
Memang crunchy tp kne makan panas2
Dah sejuk, lembut la sikit kurang crunchy. 

My little princess memang pelanggan pertama mommy
Koko still sleeping,  for her mommy sapukan honey

Ini lagi my happy customer
For him mommy sapukan nutella
Yums!
So selamat mencuba ya kawan2 di luar sana :)

We Love, We Care & We Share

 Take care & comb your hair,
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

No comments:

Post a Comment