Rabu lepas kindergarten anak2 ada buat jamuan pertengahan tahun, kalau tahun lepas mid year party mommy buat chocolate donuts with colourful chocolate rice and mini sosej bread. And end-year birthday party mommy tak sempat so kami just brought 20 pcs chocolate muffins. But this year Alhamdulillah, baby adik dah semakin bijak, mommy diberi kesempatan untuk active membaking semula. Alhamdulillah. memang dah lama oven tu menjadi gajah putih.
So, untuk mid-year party kali ni mommy buat jelly itik, tak banyak pun dalam 15 cups sahaja yg mommy bawa ke sekolah.selebihnya tinggal di rumah buat makan anak2. Depa suka sangat especially hat duck tu sebab rasanya besttt dan cute. Kali ni duck tu perasa jagung dan kolam perasa laici.
|
Jelly itik |
Turut tak ketinggalan, selain menjamu bebudak, mommy jugak buat untuk cikgu. Mommy bake last minit midnight tu brownies kedut ni. Tapi tulah sebab after 15min in oven, dahlia nangis nak nenen (ya i still breastfeed my 1.5yrs old baby), so nenenkan dia bila turun balik dah 45min in oven. a little bit dry and tak kedut sangat. tapi still rasanya sedap.
In sha Allah, going to make again to bring it to my sister kenduri. this time i nak buat siang supaya timing tu lebih tepat hahaha
|
Brownies Kedut |
Homemade by Annie's Kitchen
No comments:
Post a Comment