PapayaCado+ Asparagus+Baby Corn with Brown Rice & Fish
Abbie Dinner semalam
(Sorry lupa nk snap photo) huhu
Tahukan korang tentang khasiat buah papaya ini? Jom saya nak berkongsi ilmu yang saya perolehi.(Sorry lupa nk snap photo) huhu
Sebelum itu, knapa saya memilih topic ini pada post kali ini, ini kerana semalam kami membeli sebiji papaya untuk dimakan sebagai pencuci mulut, oleh itu, saya mengambil kesempatan untuk menyediakan puree papaya untuk my little darl since he oredi almost 11mos. Yes...terbaik papaya diberikan kepada baby anda apabila mereka berumur 7~8bulan.
Papaya bukan sahaja manis & sedap..malah ia berkhasiat. Ia mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi (membantu penyerapan iron di dalam tubuh), Vitamin A & juga Vitamin E. Ia juga merupakan sumber folic asid & fiber yang tinggi yang mampu mengatasi masalah sembelit & kesukaran membuang air besar.
Selain membuat puree papaya alone, anda jugak boleh menyediakan papaya mengikut kombinasi di bawah:
- Apple+Papaya
- PapayaCado
- PapaBanana
- Blueberries+Papaya
- Mango+Papaya
- Peach + Papaya
- Carrots + Papaya
- Sweet Potato + Papaya
- Chicken + Papaya
Menu special yang mesti anda cuba:
Tropical Chicken with Brown Rice
2 tbsp Brown Rice
1 slice papaya (2oz papaya puree cube)
1 slice mango (2oz mango puree cube)
1 pc isi ayam
- Brown Rice & ayam di masak di dalam slow cooker sehingga menjadi bubur.
- Bila sudah masak, ambil isi ayam tadi & puree kan bersama papaya & mango tadi.
- Kemudian campurkan bubur brown rice dengan ayam+mango+papaya puree tadi
- Serve
Salam kunjungan... nice blog.. singgah la ke blog saya ;)
ReplyDelete