Pages

Tuesday, March 20, 2012

Peranan Susu Ibu dalam membantu kejayaan BLW

colostrum milk- susu awal mommy :)

Morning.....dari minggu lepas saya terdetik nak buat entry ni, tapi asyik tak berkesempatan or terlupa jer
Saya rasakan entry ini perlu dalam membantu ibu-ibu berjaya dalam pengenalan solid food to your baby.
Eh....apa kene mengena pulak pengenalan solid food dengan pemberian susu ibu pulak?? kenapa susu ibu? bukan susu formula?

Susu ibu merupakan MAKANAN terbaik untuk baby kerana:
  •  Ia mengandungi nutrition yang lengkap yang diperlukan untuk tumbesaran & perkembangan otak bayi  manusia [bukan otak anak lembu ya, sebab itu susu lembu segar (fresh milk) TIDAK LAYAK untuk di hidangkan kepada bayi kita]
  • Ia mudah di hadam
  • Sentiasa tersedia pada suhu yang tetap 
  • Ia memberikan perlindungan kepada bayi dimana susu awal ibu, colostrum yang berwarna kuning seperti kunyit mengandungi antibody (lgA) yang melindungi bayi dari alahan & jangkitan kuman.
  • Ia juga mencengah bayi dari jangkitan kuman seperti Rota Virus yang merebak melalui air yang tercemar.
  • more about kebaikan susu ibu 

Selain itu, apa juga makanan yang di makan oleh si ibu akan sampai kepada bayi yang disusukan melalui susu ibu tadi. Tidak kira pemberian secara direct or ebm, secara tidak langsung si anak yang sejak lahir tadi telah didedahkan dengan kepelbagaian rasa makanan. Provided si ibu mempunyai tabiat pemakanan yang sihat & seimbang. 
Oleh itu adalah penting bagi si ibu atau parent untuk menjadi role model dalam mempengaruhi corak pemakanan anak-anak.

Pemberian susu ibu secara direct juga mampu menyumbang kejayaan BLW dimana baby tadi yang terbiasa menggunakan rahang untuk "bekerja" mendapatkan susu ibu tadi dengan mudah belajar untuk mengunyah makanan.

Breastfeeding is continued in conjunction with weaning and milk is always offered before solids in the first 12 months. Although breastfeeding is the ideal precursor to baby led weaning (as the baby has been exposed to different flavours [1] via its mother's breast milk and the jaw action used during breastfeeding helps the baby learn to chew),[Source:  wikipedia.org/wiki/Baby-led_weaning]

Berdasarkan pengalaman sendiri, anak yang disusukan dengan susu ibu lebih mudah menerima solid food. 
Berbanding dengan anak yang bergantung dengan susu formula, mereka tidak didedahkan dengan kepelbagaian rasa makanan, so bila di perkenalkan solid food at 6mos, ramai dikalangan bayi tersebut yang reject the food instead only want formula milk. So tidak hairan jika ada yang sudah berusia 16mos pun still refuse eat and drink FM very often. 

Moral yang saya nak sampaikan disini; Jika mampu & terbaik, menyusukan anak dengan susu ibu menyumbang kepada kejayaan pengenalan solid food & meningkatkan tahap IQ anak anda.

peace no war :)



No comments:

Post a Comment