Cinnamon Rolls |
bukan tak boleh beli, memang bersepah kat luar sana ada terjual tapi tidak memenuhi keinginan anak tekak mommy nih. nak jugak buat sendiri. Bila buat sendiri ha memang menjilat jari la.
Ia menjadi kegemaran mommy,daddy & daisy. ok jujur, yang banyak makan cinnamon rolls ni is mommy & daisy sebab kami yang duduk rumah. koko dan daddy kan pergi sekolah & office. hehehe
tapi koko preference is kalau mommy sapukan Nutella lagi ummpphhh
ala budak, depa kalau letak apa dengan coklat mesti suka. so mommy plan, 2nd trial mommy nak buat khas untuk koko " Nutella rolls" mesti terangkat.
Sembang gebang buat apa yerk... jom tengok cara membuatnya.
Bahan-bahan:
400 gm tepung roti
1 tsp mauripan
25 gm gula pasir
20 gm susu tepung
1 biji telur
200 ml air sejuk
75 gm mentegar tawar
1 sudu teh garam
75 gm coklat masakan putih, cairkan utk hiasan
Bahan sapuan
50 gm mentegar tawar, lembutkan
50 gm gula perang
1/2 sudu makan serbuk kayu manis
100 gm kismis
Caranya :
Mommy guna Andrew James Bread Maker (BM), so memang senang & mudah sangat nak membuatnya. Pasal tu rajin sangat meroti setiap minggu hehehe
ikut aturan BM iaitu masukkan bahan cecair terlebih dahulu dan diikut bahan kering & tekan button doh. Tunggu 1.5hrs keluarkan dari BM dan kepiskan adunan (tumbuk2kan).
Canai nipis adunan 40 x 25 cm
Sapukan dgn mentega tawar. Taburkan gula perang. Ayak serbuk kulit kayu manis dan taburkan kismis .gulung sambil dipadat2kan. Potong setebal 2 cm.
Letakkan di loyang 24 x 24 x 4 cm yg dialas kertas roti dan disapu majerin
Biarkan selama 45 minit sehingga kembang.
Bakar selama 20 minit dgn suhu ketuhar 190C.
Hiaskan dgn coklat masakan putih.
We Love, We Care & We Share
Take care & comb your hair,
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E
No comments:
Post a Comment