Pages

Wednesday, July 25, 2012

Graf tumbersaran Abbie

Good morning....
wah so sleepy, pukul 430 pagi Abbie dah bangun ajak bersahur, mommy macam biase la, goreng nasi aje ....simple :)
Hari ni jalan tak ler jem sangat macam semalam, semalam we took 2jam30min nak sampai ke opis.
Sepanjang perjalanan yang lama tu, hubby ai sibuk la suh ai resign la, ai cakap at least tunggu la dapat bonus kan, dah la tahun ni takde performance bonus, takde bonus tengah tahun, harapkan bonus hujung tahun jew.... huhuhu
Pastu hubby suh pulak ai amik unpaid leave 1 bulan bermula 1-August ni adeeeiiiii
orang tua ni kalau A katanya, A jugak lah,....dari semalam follow up dengan ai tanya, dah bagitau your bos ke belum?
Dia ni lupe ke bulan depan kan nak raya, kalau ai amik unpaid leave nak raya mcm mana? dah la baju raya & kuih raya belum beli huhuhu
memang tengah dalam mood serba salah ni, kesian kan bos, sebab closing nk raya ni, banyak sangat la request yang masuk, semua requestor kancong nak dapatkan units mereka siap before raya....
tapi arahan & permintaan suami saya tak boleh juga abaikan, kang derhaka namanya huhuhu
adooiiii ako yang tersepit dalam membuat keputusan.

Pagi2 tadi dalam mood mamai sebab tidur ternganga dalam kereta, ai di celikkan dengan kajadian kemalangan berdekatan pintu masuk kilang ni, trak panjang yang terparking molek kat tepi jalan tu di langgar  oleh kereta Viva yang dipandu oleh seorang pekerja wanita kilang ako yang MENGANTUK.
Cantik je viva tu hentam masuk bawah trak tu, trak tu kan panjang & tinggi, so habis kemek side penumpang tu....adessss....sib baik la ko yang langgar trak tu, kalau trak tu langgar ko mau kojol.

Neway, itu lah cerita panas & kelakar di opis pagi nih.....haahahaha
semuanya tentang pemandu wanita yang berjaya "menerbangkan vios" yang melanggar tiang letrik tanpa sebab sebaik sahaja keluar dari gate rumah ako.....adooiii la...lawak2

Entah mimpi apa pagi ini, masuk2 opis ai bersemangat untuk plot graf tumbersaran Abbie sejak lahir.
Tengok kan graf tu ada bulan dimana berat Abbie turun, entah le tak hengat apa sebabnya or mesin timbang tu yang ada problem.
So far Abbie dah semakin heavy, mommy dilarang keras oleh daddy untuk carry Abbie, even he always ask "mommy....pau pau" huhuhu





Monday, July 23, 2012

BRAT - Banana, Rice, Applesauce & Toast

BRAT, itulah makanan utama Abbie bila secara tiba-tiba Abbie diserang cirit birit.

Hari selasa seprti biasa,selepas pulang dari kerja kami terus menjemput Abbie dari rumah baby sitter, masa tu masih hujan, saya dapati kepala Abbie sedikit panas, mungkin demam. Dari rumah baby sitter hubby membawa kami ke Giant berdekatan, katanya nak belikan anggur untuk mak Abbie ni, sambil tu kami membeli cereal untuk Abbie, tak sangka masa tu hubby ada bagi Abbie makan 1 cup fruity yogurt, wah itu kan kesukaan Abbie, habis licin satu cup tu dia makan.
Entah kenapa dengan en hubby hari itu, dia macam nak tergesa2 jew membeli barang, membebel jew bila tengok mommy membelik2 peket cereal or biskut tu....ala biase lah, sebelum membeli mommy suka tengok expired date, halal ke tidak dan terbaru ada trans fat ke tak? kadang2 geram dengan hubby yang suka sangat mengesa, terus cancel membeli.

So setibanya di rumah, bila saya unpack barang-barang yang dibeli dah terkantoi kecuaian daddy yang mengambil biskut yang dah expired bulan Jun. Kannnn....membebel panjang la mommy ni, sebab tu ada baiknya ai check dulu sebelum beli, sebelum terambil barang expired mcm ni...ha...daddy admit dengan kecuainnya itu. Katanya esok kita return ya, so macam mana dengan yogurt yang you suap Abbie td? ada check expired date tak? katanya tak?? ha??? you are so careless la daddy. <pray nothing happen with Abbie & yogurt tu belum expired>

Then we have our dinner together, Abbie look fine, sihat jew, kemudian daddy change his pyjamas and he ask for milk. Daddy pun buat kan susu & mommy feed Abbie on sofa. Sebaik sahaja Abbie habis menyusu, dia rasa macam ada something kat tekak dia, mommy pun bangunkan dia & tepuk2 belakang pastukan dia terus vomit....bluuuekkkkkk....habis sofa fabric tu...sib baik la atas sofa lama hihihi
kami jadi risau, terus check temp Abbie, jarang sgt Abbie muntah after menyusu selain bila dia demam, tehn suhu badan show only 37.5 tak la tinggi sangat.

Malam tu, ai cakap dengan hubby, kita tidur di hall la, senang kalau Abbie demam nak tuam ke, muntah ke tak la turun naik , penat tau rumah double storey ni huhuhu
Bila jam 930pm kami dapati Abbie menggigil kesejukan, jari tangannya sejuk, bila check temp dah naik 38.5C, terus kami bagi fever syrup. Pastu kami tidurkan Abbie, mommy pun tertidur sama, lena~
Tapi daddy yang prihatin ni tak tidur, he keep monitoring Abbie , bila jam 11malam, Mommy terkejut bila daddy tengah sibuk sponging Abbie, katanya Abbie mengggigil lagi, kuat, suhu pun naik 39C
Ha????what??? why tak kejutkan mommy, jom kita ke KPJ! Masa tu dah tak pikir nak sumbat ubat kat montot Abbie sebab both of us tak ada skill.
Owh yer, sedari pulang dari rumah baby sitter Abbie dah kentut2, busuk betul kentutnya huhu

Di dalam kereta nak ke KPJ, mommy sangat la cuak, Abbie mengigil sangat la kuat, jari tangannya dh la sejuk & hampir biru, mommy hug Abbie & mommy tak bagi Abbie tidur atau lelapkan mata huhuhuhu
ai takut.....ai takut Abbie tidur & tak bangun2 lagi :( huhuhuhu
Walaupun jarak dari rumah ke KPJ 5minit ajew, rasanya sangat la jauh...lambatnye sampai......

Sesampai di KPJ, timbang berat, amik tekanan darah & jumpa doc, doc suggestkan masukkan ubat dlm montot sebab demam tinggi, katanya tak blh nak admit sebab Abbie baru jew start demam. Dari simptom yang doc tu lihat katanya mungkin viral infection.
Mereka suruh balik & just bagi ubat huhuhu

So kami balik la dengan mata yang bulat, sebab nak berjaga Abbie malam tu, malam tu suhu badan Abbie turun naik, bila suhu naik kami bogelkan Abbie & balut dengan tuala basah, sponging kepala, leher, ketiak, Abbie memang menangis x mahu di basahkan badannya, kesian.....badan mengigil tp suhu tinggi, bila suhu dah turun 37.5 kami stop sponging, dan akan ulangi lagi jika suhu naik.
Pendek kata dari sepanjang malam tu, Abbie hanya tidur dari jam 3am sampai 6am.
6am tu dia nak susu tapi muntah, pastu kami terbau busuk, rupaya Abbie tercirit, cair & banyak.
So dari situ lah Abbie keep cirit sampai jam 10pagi, dah 10kali Abbie tercirit, cecair hijau, habis la seluar & baju mommy pun kene.
Masa tu ai dah inform Bos untuk amik EL, hubby call baby sitter, ha masa tu la baru baby sitter cakap yang pagi sebelum tu Abbie ada muntah 1 kali & tak mahu makan. Geram pun ada, kenapa baby sitter tak bagi tahu awal2??? gggrrrrrr
tengah menunggu giliran

So bila pagi kami bawa Abbie ke KPJ sekali lagi, kali ini kami bawa Abbie jumpa doc Asmuni, Paed kat sana memandangkan doc Meena on leave.
Doc Asmuni said, kalau Abbie poo poo green tu maknanya dia keracunan makanan, dengar dari perut Abbie tu, cirit birit tu takkan stop lagi, since Abbie juga ada muntah, doc Asmuni suggestkan kami admitkan Abbie, Bagi kami, apa yang terbaik untuk Abbie kami terima.

Doc Asmuni cadangkan kami tukar brand susu formula semasa cirit birit ni, susu yang dicadangkan ialah Insomil Plus atau Novalec AD. Memang mahal susu tu, daddy belikan Abbie Insomil Plus tin kecil RM34 hanya bertahan untuk tak sampai 5hari huhuhu

Abbie ditahan wad selama 2 malam, cukup la 2 malam, hari Jumaat tu kami dah mintak doc untuk dischargekan Abbie, kata doc Abbie belum betul sembuh but he's getting better.
Day 1 : Abbie cirit birit 20x
Day 2: Abbie cirit birit 5x
Day 3: Abbie cirit birit 5x
Day 4: 1x
Day 5: 1x

Alhamdulillah, Abbie recovering very well, sepanjang 2 malam di hospital habis 2 botol air drip masuk ke badan Abbie, tu pun nurse dah standby 1 lagi botol tp sib baik kami minta discharge awal.
Demam pun takde sepanjang Abbie berada di hospital, hanya pada malam tu aje...
Sample najis pun dah di check ia negative rota virus.
so far even Abbie poo poo 20x Abbie tetap active, tak lembek, di ward dia lah kanak2 riang yang suka merayau kesana kemari. Sampai kan nurse tu dah kenal Abbie ni, hahaha kann baru 3 bulan lepas Abbie admitted :P

Hari ini, Mommy sudah mula bertugas seperti biasa, Abbie pun kami tetap hantar ke bay sitter.
Walaupun pada mulanya daddy cakap, mommy are you ready to resign early? How about if we change baby sitter?
Kami tetap ada doubt tetang baby sitter, tapi setiap kali alasan yang diberikan "Abbie isap jari, jarinya kotor"
tapi as a baby sitter, boleh tak you ensure my son finger/thumb sentiasa bersih?
Its not easy to stop thumb sucking tau,

Punca?
Tak tahu nak cakap punca bagaimana Abbie terkena food poisoning ni, samaada dari yogurt yang mungkin dah expired, isap jari tangan yang kotor, atau makan makanan dari rumah baby sitter yang tercemar, tapi takde pulak baby yang satu lagi tu kne cerry berry.
So untuk tidak menyalahkan sesiapa, kami buat kesimpulan:
1- jangan cuai untuk check expired date setiap food yang dimakan (untuk daddy yang cuai!)
2- jangan bagi makan yogurt ketika perut kosong
3- Sentiasa cuci tangan Abbie setiap kali Abbie menyentuh barang. (perrrghhh hok ni memang penat, kene standby kain basah selalu di tangan, and mata keep looking at him)
4- semua toys Abbie , daddy dah cuci, and wajib cuci weekly basis.

Apa makanan yang sesuai ketika cirit birit?
I will say BRAT- Banana, rice, applesauce & toast
Kalau anak yang sembelit dan sukar berak kita kata avoid BRAT, tapi utk anak yang cirit birit kita bagi makan BRAT. selain tu, tukar susu untuk sementara waktu, kepada insomil plus or novalec AD, boleh didapati di farmasi, sementara tak beli lagi tu, boleh la cairkan susu formula yang bayi kita consume sekarang.
Avoid dairy product-susu kotak, cheese, milo, choclate drink,
Avoid fruits- orange, kalau boleh semua jenis buah jgn bagi dulu
Minuman juice, soda ect try avoid.
So far masa Abbie kat spital tu lar ai bagi makan biskut lemak yang spital bagi tu, selalu ai tak bagi sebab takut sembelit, but kali ni, ai bagi, nasi putih, bubur sengaja ai tak bagi, sebab watery, Abbie need carbo for energy, so bagi RICE itu terbaik. Beli roti, kalau tak dapat roti bakar, roti biasa or roti berinti pun tak apa, tapi jangan bagi roti berinti kaya ya.

Alhamdulillah, Doakan selepas ini Abbie akan membesar dengan sihat & dijauhi tantrum.
<nanti kita cerita tentang tanrum di entry akan datang> huhuhu

Tuesday, July 17, 2012

Hepatitis A vaccine at 24 mos

Last saturday, kami bawa Abbie berjumpa Paed kami, Doc Wong di Sg Chua. Appointment yang telah di rancangkan 6bulan yang lalu, kali ini kami pergi untuk mendapatkan vaccine hepatitis A.
Okey mungkin ramai yang rasa pelik, ada ke lagi jab when baby 2tahun?
Saya rasa ini adalah vaccine optional untuk klinik gomen. Tapi bagi doc Wong, as we mention to take all available vaccine, she put this on schedule. You can refer more about this vaccine HERE.
Vaccine ini harga nya RM80, kene ambil 2 kali, yang pertama pada usia 2tahun & yang ke 2 pada usia 2tahun 6bulan.

Abbie yang sudah besar & bijak, dengan yakin dia melangkah masuk ke bilik doc Wong, tetapi sebaik sahaja ternampak doc Wong, dia terus pusing balik. Bila kami carry him, dia terus menangis, we said "he oredi forgot doc Wong" but doc Wong said "he never forget me, thats y when he saw me he turn back, he knew doc Wong will give him jab" hahahaha.

So bila timbang, kami dapati berat Abbie naik dengan cantik sekali, :)
Alhamdulillah, selera makan Abbie baik, walaupun makan sikit, tetapi kerap, makan hanya makanan utama yang memenuhi pyramid makanan, InsyaALLAH.
Cuma kadang kala kantoi juga bila balik dari rumah baby sitter kami dapati giginya kotor, atau dia membawa balik rice craker! huh....makan jajan ya! 
Nak buat macammana, we already tried or best, kalau dah diluar kawalan tu, takkan nk marahkan baby sitter pulak, he oredi 2, so we give kelonggaran, balik rumah gosok gigi & no junk at all!
Thats daddy & mommy's rule ya :)


Doc Wong ada mencadangkan Abbie to take ubat cacing, tapi mujurlah ai sempat inform doc wong yang Abbie dh ambil ubat cacing on Nov 2011, so doc wong said no need to take, take only once a year.
fuhhhh..... memang kalau boleh nak elakkan ambil ubat2 macam ni, tambahan pula Abbie bukan bermain tanah, cuma kadang2 ada juga keluar di porch tak pakai kasut kann....

Semoga Abbie terus membesar dengan sihat, bijak & tak jadi gemok mcm daddy ya :P

Sea coconut with dried red dates & honey stone sugar

Macam weekend2 yang sudah, kalau kami tak kemana2 memang I akan masak, bila ai masak siap la dgn buah & dessert pencuci molot. Dessert saya bukanlah complecated sgt yang memerlukan skill & modal yang tinggi, simple jew yang penting ia sihat & sesuai untuk seisi keluarga.

Slow cooker di rumah saya ni, saiz nya comel sahaja, hanya da function ON/OFF al-maklum slow cooker dari zaman bujang, sejak kenal honey dulu, mula la beli slow cooker, rice cooker untuk masakkan boipren terchenta, pastu kita picnic makan kat Tasik Titiwangsa,, hahaha lomantic gituwww :)
So sejak berbaby ni, saya gunakan slow cooker ni untuk memasak bubur, saya tak lupa untuk beli satu lagi tapi dengan saiz yang besar & function Low/Med/High untuk diletakkan di rumah baby sitter...kannn
saya memang tak mahu serve cold food for my darling son, so saya sanggup invest sikit untuk dia, tak rugi, nanti kami dapat jugak periuk tu kann.

So sejak Abbie dah tak makan bubur ni, takkan nak biorkan slow cooker tu berhabuk pulakkan, so saya memang suka boilkan home remedy macam ni, ini memang chinese style recipe, but ai loike.
Kali ni, ai nak share kan minuman dessert dari kelapa laut.
Untuk kita selalunya kita beli air kelapa laut yang terjual di pasar malam kan, tapi ada sesetengah pak cik yang meniaga kat pasar malam tu ada menjual kelapa ni. Ha kalau terjumpa boleh le beli, terai bikin minuman mcm ni. Ni ai beli di wet market nearby my house. Harga nya kalau tak silap RM4 kott sebab ai beli byk sayuran so tak pasti sepeket berapa, main beli ajew hohoho

 Untuk kali ni, ai masak separuh dari qty paket ini, yang separuh lagi saya dah kupas kulitnya, racik halus & keep frozen, mayb next other weekend ai boleh boil lagi kann

 ini lah rupanya sea coconut yang telah dibogelkan 

 bila dah bogel, racik halus, cuci & campakkan ke dalam slow cooker, letakkan air hampir penuh.
then campakkan beberapa biji dried red dates yang dah di cuci ke dalam slow cooker tadi.
Kemudian masukkan seketul gula batu bermadu, kalau tak ada yang bermadu, gula batu biasa pun boleh.
Nak lebey wangi, sila letakkan 2 helai daun pandan. tutup periuk ni.
Selalunya saya akan sediakan minuman ini di awal pagi, sebaik balik dari pasar,
so bila petang, dalam jam 3 ~ 4ptg tu yang tengah terik tu memang sesuai la untuk diminum

Ini lah rupanya minuman tadi yang siap sedia untuk diminum sejuk atau panas.
Direneh selama 6jam.

Selamat Mencuba :)

Monday, July 16, 2012

Kronologi Keguguran kali ke 2

Masa Abbie turn 1, kami mula plan untuk bagi Abbie adik, sejak itu kami berusaha, 2 bulan kemudian, bila Abbie berusia 1tahun 2bulan, Saya disahkan pregnant, sama macam Abbie, cukup kitaran period yang ke 28, ai buat test kat rumah its show positif...punya lah happy, tapi kan....
sebab nak sangat bagi Abbie adik, lepas bersama suami, saya tertidur sampai la ke pagi tanpa sempat mencuci dulu cik V tu.
Akibatnya saya mengalami keputihan yang sangat teruk. So bila di sahkan preggy, saya cepat2 jumpa gyne, nak berubat, so bila gyne sahkan yang saya betul preggy, gyne tak boleh bagi ubat makan, katanya kalau preggy, saya hanya boleh mengambil ubat yang dimasukkan ke dalam cik V.
Kebetulan pula masa tu bulan puasa, cuba banyangkan masalah yang saya hadapi? Berpuasa & risiko jangkita candida tu its really complicated.
Ditambah pula masa scan pertama kali doc tidak dapat melihat denyutan jantung janin.Katanya mungkin sebab saya sudah ke toilet  sebelum scan, menyebabkan keputusan scan tidak jelas.
Doc advice me to come back after 2 week, so after 2 week ai datang lagi, masalah cik V still same & denyutan janin sudah kelihatan.masa tu 6week preggy. glad

sampai la suatu hari minggu(ahad), masa  10week  preggy, saya merajinkan diri untuk membersihkan halaman rumah, mencabut rumput2 di dalam pasu bunga, manakala disebelah petangnya kami ke JJ bersiar2 sambil mommy preggy ni konon2nya haus, nak minum air kelapa,...amik ko sebiji air kelapa tu ako minum...nikmatnya perrghhhh...
pastu isnin tu ada jamuan hari raya, entah macam mana after lunch tu tetiba ai ternampak brown spot kat panties huhuhu cuak tersangat la cuak beb, sebab masa keguguran kali pertama pun early sign is keluar brown spot mcm ni, terus call hubby, balik tu kami terus singgah klinik doc bedi,
doc bedi buat scanning, and found janin dah tak ada denyutan jantung, tapi sebab tak ada tanda2 keguguran, he ask us to wait & come back after 1 week.
masa tu ai dah sebak, ai dah sedih, ai dah diam huhuhu
tapi tak la sesedih masa keguguran kali pertama, sebab kali ini ai sudah ada permata hati, abbie tersayang.

Tapi tak sampai seminggu, keesokkannya sudah bleeding, tapi ai tetap menangis bila bleeding tu datang masa kerja, sakit? tak rasa sakit langsung, tak macam masa 1st dulu.
So kami amik half day, daddy kejarkan mommy ke KPJ Kajang.DISINI kisah ako terpaksa membuat D&C.

Selepas D&C, ako hanya dapat MC seminggu jew...huhuhu
dulu ako dt 2minggu, mungkin kali ini sebab ako nampak sihat jew kott :P
So ako pun berpantang &  bertungku sama seperti orang yang dalam pantang :P


 Selepas buat D&C ai datang jumpa balik doc bedi untuk buat pap smear & doc bedi suggestkan ai amik vaksin for HPV. HPV spt yang you all tahu, ia vaksin yang mencegah kanser rahim.
Alhamdulillah melalui pap smear, ai takde masalah kanser cuma disahkan dijangkiti bakteria candida.

Ingatkan my cik V dah sihat, rupanya infection itu terus menghantui huhuhu
Puas jugak la saya berubat secara moden - dengan mengambil antibiotic, hubby pun tak pasal2 kne makan ubat jugak, kami tak boleh bersama sehingga ai benar2 sembuh .
Dah temui jalan buntu dengan perubatan moden ai terai mengamalkan perubatan India - Ayurvedic untuk 3 bulan, hasilnya alhamdulillah beransur sembuh biarpun tak 100% tapi tak larat nak berpantang you...macam2 tak boleh makan huhuhu
Tapi selepas hampir selama 10bulan ako sensara huhu, ako berkenalan dengan Shaklee Alfafa melalui internet la, tanpa segan silu ai beli pack besar lagi...makan untuk sebulan terus..... perrghhh...cik V ku sungguh la bersih & kering, masalah yang menghantui selama ini terus hilang!

Sangat2 berterima kasih dengan SHAKLEE, :)

Cumanya masalah dengan alfafa ni tak boleh makan kalau plan to conceive sebab bila ako makan alfafa ni, period pun missed, missed bukan positif tapi negatif, So sebulan tu jew la ako makan, lepas stop makan, 3hari kemudian cik P pun datang.

So lepas tu ako terai lagi untuk bagi Abbie adik....

hasilnya......kita tunggu ya :)

Friday, July 13, 2012

Bedtime Stories


Yeay......happy malam tadi hubby bawa kami ke MPH Alamanda untuk beli buku Bedtime Stories for Abbie. Previously Abbie only have 1 book yang mommy beli long long time ago masa Abbie tecik2.
Tapi dengan effort yang mommy tunjukkan, daddy allowed me to add more collection for Abbie bedtime story. Happy banget you!

Di MPH Alamanda tak sebesar MPH Subang Parade, so senang nak cari section Junior Reader, ada banyak rack and so much choices yang menarik hati. Huhuhu
Plan nak beli 1 buku tapi sebab banyak buku yang menarik hati, berjaya juga ku pujuk daddy belikan 2 buah buku. Yess.... a lot of interesting book kat situ, geram...kalau hubby tak kisah mau penuh 1 rack mommy borong :P

So malam tadi kita mulakan dengan "The Great Big Bedtime Stories" tu, nahhh Abbie pun tiap2 malam macam dah gian nak duduk atas tilam sambil dia isap ibu jari kirinya tu, bersandar di ketiak kiri mommy, sambil mendengar mommynye membacakan cerita dengan lorat bahasa inggeris yang berterabur hahahaha
BI dah sebijik-sebijik tu pun boleh jugak tersalah2 sebut, perkataan yang tak ada ditambah2 hahahaha
Al maklum mengantukkkk nasib baik malam tadi tak perlu baca satu buku.

Nite before, Abbie tak boleh nak tidur, he as me keep on reading sampai mommy tertido, bila mommy diam, dia pun menjerit huhuhuhu
Neway, I m so happy to read story book for my son, rasa tenangnye, rasa macam dah complete tugasan sebelum kami tidur. Tidur dengan kasih sayang! :P

Good Nite :)

Wednesday, July 11, 2012

The danger of giving fruit juice to baby

Selalu kita sering kali berprasangka memberikan bayi memakan buah apple adalah sama value nya dengan memberikan homemade apple juice tanpa gula.
Tapi tahukah anda apabila buah tadi di tukarkan dalam bentuk juice, secara tak langsung anda telah membuang fiber yang terdapat dalam buah tadi. Dan menghasilkan gula di dalam juice tadi dalam bentuk yang tak disedari iaitu sukrosa & fruktosa. Itu adalah nama lain selain dari gula atau sugar.
Kehadiran gula di dalam juice tadi menyebabkan juice tadi tidak sesuai diberikan kepada bayi.  Juice tadi sama value nya dengan minuman soda, 100 plus ataupun ice lemon tea.

Sebab itu untuk bayi berusia 12bulan ke bawah, kita galakkan untuk memberikan buah-buahan dalam bentuk puree, smoothies atau dimakan begitu sahaja untuk mengekalkan fiber , active enzymes, bioflavinoids, dan antioksidan yang baik untuk bayi anda. Kerana itu, apabila menyediakan puree anak anda terbaik, janganlah ditapis puree atau bubur tadi. Menapis hanya akan membuang/menyingkirkan fiber dari buah/sayuran tadi.

Di SINI ada di kongsi kan keburukan memberikan juice kepada bayi, antaranya:


  • Reduced Breastmilk or Formula Consumption.
  • Dental Decay.  Some children have difficulty absorbing and digesting fruit juices, and this leads to symptoms of colic, gas, and abdominal pain in many children, especially those who are given excessive amounts of juice. Lacking the enzymes in whole fruit, fruit-sugars found in juice may cause flatulence, diarrhea, and other discomforts.
  • Harmful Additives.
  • Indadequate Nutrition. Nutritionally speaking, fruit juice is not much different than sugar-water with some additional vitamins.
    Whole fruit meals are preferable to fruit juices, and they are equally enjoyable for most babies. Pureed, mashed, or solid fruits are loaded with fiber, active enzymes, bioflavinoids, and antioxidants, and provide a number of valuable health benefits to infants and young children.

    The reason you do not want to have fruit juice is because you are taking all the fiber out of the fruit, and what you are getting is a big hit of sugar. So that really is not any better then drinking sweeten soda or sports drink or sweeten ice tea. Yes your getting little bit more in the way of nutrients, but your getting such a big hit of sugar.
    Do not give fruit juices to a baby under one year of age, unless specifically instructed to do so by your pediatrican. Juices provide no nutritional benefits over whole fruit and should especially be avoided by babies under six months of age.

Monday, July 9, 2012

Pregnancy home remedy

Ini lah home remedy yang saya amalkan semasa mengandungkan Abbie, sangat bagus untuk anemia mom macam saya, selain membantu menambahkan darah, ia jugak menguatkan rahim.
Remedy ini diturunkan oleh makcik hubby

Bahan-bahan:

Dried longan
Dried red dates
tongkui
kei chee

**semua bahan2 ini boleh didapati di kedai tabib cina

Cara penyediaanya:

Dengan menggunakan slow cooker, cuci bahan-bahan tadi & campakkan ke dalam slow cooker, isikan air yang ditapis sehingga penuh & boil semalaman or 6hours.
Takperlu tambah gula.

Sesuai diamalkan minum setiap hari or kalau malas seminggu sekali.

Selamat mencuba :)

Pengalaman Mengandungkan Abbie

3bulan selepas keguguan kali pertama saya mengandung lagi :)
Happy sangat2 so happen masa tu saya baru je quit job dari British India, masa ni hubby dah keje di Freescale, PJ. Kami menyewa bilik di Mentari Court sementara menunggu tenant kami di Kajang move out.
So memula tau pregnant tu saya terus amik all the supliment macam iron, vit C, B, Calsium
Masa tu keje saya makan tidur layan movie , memang tak perlu masak or buat keje rumah hahaha
banyak syokkkk.... pengalaman keguguran yang lepas benar2 membuat saya fobia, saya beli buku panduan pregnancy dalam bahasa melayu & inggeris, keje saya membaca selain melayan movie hahha
nak scan to confirm pregnancy pun saya tak berani, saya tunggu sehingga kandungan mencecah 9minggu baru kami pegi check-up kat klinik panel berdekatan, mujur la doc tu baik, dia suggestkan saya makan obimin, memandangkan saya mula rasa kepayahan mengambil banyak tablet untuk supliment2 tu.
So bila dah kompom mengandung, saya mula bercadang nak buka kad merah kat klinik goverment berdekatan. Yang terdekat is di kampung lindungan, PJ.
Owh ya...masa tu syukur alhamdulillah morning sickness saya tak la teruk, sekadar mual di awal pagi semasa menggosok gigi, untuk mengelakkannya, memandangkan saya tidak bekerja, saya gosok gigi lewat sikit, bila perut dah terisi dengan sarapan pagi hahahaha

Makanan kegemaran saya buah anggur, wah makan makan makan, seminggu sekali mesti beli anggur 1kg , sekali makan berbiji2 lemon :P
Tapi bila saya pegi buat kad merah kat klinik gomen, depa tak bagi makan anggur banyak2 katanya blh menyebabkan kencing manis, nak makan, makan dlm kuantiti yang kecil...macam 7biji seklai makan hahahhaa
Tapi hanya itu pertama & terakhir saya datang ke klinik gomen tu, sebab balik tu saya komplain dengan hubby, saya kne datang sana jam 730pagi, datang lewat kul 8 contohnya saya ni dah kira orang yang terakhir dt nombor, rupanya dah ramai giler orang kat sana, pastu menunggu giliran, dari kul 8 sampai kul 1tghhari baru sudah....sib baik la saya ada bekalkan air milo kotak & roti, sekali sampai sana, bukan ada doctor, nurse aje yang buat checkup.tak ada scan, memang sangat2 memenatkan & melecehkan.

Dalam tempoh 1st trimester kandungan, saya suka bangun tengah malam, dalam jam 1pagi and terasa lapar. Apa yang saya buat, saya akan bancuh secawan milo & makan 2~3 keping biskut & tidur balik.
Hampir tiap2 malam sepanjang 1st & 2nd trimester saya akan bangun malam & makan :P

Sebab morning sickness tak teruk, selera makan saya normal dan bertambah2 hahhaa
bila saya berpindah di kajang, kalau sarapan, boleh makan sampai 2 pack nasi lemak, makan sampai saya termuntah balik huhuhu
Kalau saya muntah after meal, hubby akan suruh saya makan lagi sekali, tapi bukan meal yang sama la, katanya tak boleh biarkan perut saya kosong.

Satu pengalaman yang saya tak kan lupakan, masa tu masih tinggal di Mentari Court, dalam 10 week kott, lepas kerja kami ke Kajang berjumpa tenant kami, sebelum bergerak pulang ke PJ, kami singgah makan di gerai, ai pekena nasi putih, tom yam, sayur campur & telur bungkus, perrghhh sungguh la berselera makan,
Tapi on the way balik ke PJ perjalanan took about 45 minit la jugak, pusing sana sini, orang preggy, ai mula la rasa fenin, rasa nak muntah, mulut tu penuh jew dengan air liur, kejap2 suh hubby berhenti nak meludah hahahaha
Hubby kata nanti ai belikan asam kulit limau, untuk menghilangkan loya tu, so sebaik sahaja sampai di sekitar mentari court kami singgah di 99 speedmart, tak dan nak keluar, kereta berhenti jew ai terus buka pintu & muntah kat situ sambil duduk kat seat tu, masyaALLAH selambak....semua dinner yang ai amik tadi terkeluar balik.... melihat hasil muntah tu, bukan ai ajew yang loya, hubby pun kembang tekaknya hahaha
masa tu dah lega dah dah tak ade rasa loya, asam tu dah tak di perlukan lagi,
So you tau apa my hubby said, jom kita pegi McD yang berdekatan tu, makan lagi...
yes, ai makan lagi 1 set bege McD hahahaha
see berselera jew sepanjang kehamilan, mau taknye ai gain 20kgs :P

So happen masa kandungan 9minggu jugak saya mendapat pekerjaan sekarang, so bila saya dah mula kerja, saya tak punya masa untuk pegi check-up sampai half day macam tu, almaklumlah saya baru mula kerja, dah diterima saya yang mengandung ni kerja pun dah bersyukur kan...
so sepanjang kandungan sehingga 16minggu saya tak membuat check-up dimana2, sehingga saya berpindah ke Kajang, kakak Ipar mencadangkan saya membuat pregnancy checkup di Klinik Wanita Bedi.
Ha disitu la saya memulakan routine pregnacy check-up sejak 4bulan ke atas, masa tu doc tak la tengok sangat perubahan berat saya sebab seingat saya sebelum saya pregnant berat saya 52kgs....since saya pernah keguguran, kalau pergi ke gomen klinik pun dah merah, so same with here, doc bedi biarkn saya makan, since my HB pun tak ler tinggi mana hhuhuhu <sebab saya ni anemia>

Tapi bila dah berat tu makin mencanak2 naik, okey,...berat saya naik 20kg sepanjang mengandung hahaha
doc mula berkata "control pemakanan, eat more quality food than quantity" :P
Pada pemeriksaan 4bulan tu jugak la doc bedi ni dah nampak gender Abbie, tapi masa tu kami tak nampak, tak clear sgt,  Tapi bila bulan 5 checkup sekali lagi Abbie tunjukkan gender nya dan kali ini sangat la jelas, si bird bird tu tercacak je hahahaha
kami sangat2 la happy :P
Bila 6bulan dan sehingga melahirkan Abbie dah tak mahu tunjukkan gendernya, dia memaling kebelakang & menunjukkan buttock nya hahaha
So kami bernasib baik, dapat melihat pada 4 & 5 bulan itu.... kalau tak memang akan wonder la sampai Abbie lahir :P

Masa kandungan 7bulan, kaki saya mengalami water retaintion yang teruk, bengkak yang sangat la dalam...
Tapi alhamdulillah saya tak ada kencing manis ketika mengandung, hanya kaki bengkak
Ia tak sakit, tapi nak berjalan sangat la berat, sampai kan saiz kaki pun bertambah 1 saiz

Bila kandungan 8bulan, saya sempat join kelas bersalin di KPJ
senaman utk mak buyong

goodies dr KPJ

Masa itu lah kami sangat berkenan untuk melahirkan di KPJ, sebelumnya kami plan to give birth at Britannia Woman & Child Speciallist Hospital. Masa tu jugak kami berjumpa dengan Stella wakil dr crycord untuk menyimpan darah dalam tali pusat tu. Namun malangnya semasa melahirkan doctor yang bertugas [Doc Lee] mengatakan yang darah di dalam tali pusat tu tak mencukupi, less than 40ml seperti syarat yang dikehendaki untuk menyimpan. Kan saya anemia, mungkin sebab itu darah dari saya ke Abbie tak banyak huhuhu
Tapi kami tetap menyerahkan sample darah yang ada ke Stella, namun after few days kami mendapat tahu sample kami tidak memenuhi syarat, darah kurang 40ml, so they will refund the money huhuhu

So pity kan...nanti 2nd baby we terai again ya...
bed rest for a week [this picca on 6-jul a day before give birth]
possing baekk punya :P

Masa ai pregnant 35 week tu, darah tinggi naik, biase lah check-up after work, penat...dapat 2 hari MC kalau tak silap, MC Rabu & Khamis, pastu doc suh datang balik check on Monday, bila check Monday tu, doc kata BP naik lagi, doc kata sintom pre-eclempsia sebab ia ada water retaintation cuma dah kencing manis ajew...so doc bagi MC rest kat ghumah selama seminggu, kata doc 6-Jul nanti datang balik, masa tu my EDD is 27-Jul, tapi kan tak sempat nak datang balik 6-Jul tu, pagi 6-Jul tu ai dah bleeding, hahahaha
7-Jul Abbie pun selamat melahirkan....
 gumuk kan....saya gain 20kgs la masa preggy, my weight masa give birth is 72kgs :P

dapat hadiah in advance

sedikit catatan few days sebelum kelahiran Abbie:



4-Jul-2010

" Smlm the whole day i didnt go any whre even hubby dah ajak p jenjalan kat The Mines...tp kaki ku yg bengkak giler nie mmg tak larat nk buat any window shopping, nk ke dapur pun tajam berduri je tapak kaki nie....huhu al maklum i gain mre than 20kgs. so smlm mmg rest aje at hme & just going out to buy coconut drink at 530pm....
we having

Abbie 2nd Birthday Celebration

Salam & good morning.... :)
I have wonderful weekend with my family, its was gr8 time spend time together & celebrate my son 2nd birthday :)
Persiapan serba sederhana telah dilakukan 2minggu sebelum kedatangan hari yang dinanti2
kami just celebrate secara sederhana dengan keluarga di kampung.

Pagi-pagi sabtu jam 530pagi Abbie dah bangun, wah nampaknya beliau sungguh excited & teruja untuk pulang ke rumah nenek menyambut hari jadinya. Waktu itu jugalah 2tahun lepas Abbie dilahirkan ke dunia ni di KPJ Specialist Hospital, Kajang.

 Bangun pagi2 ajak mommy main, selalunya Abbie takut dengan rambut palsu ni, tapi pagi tu dia suka pulak mommy letakkan diatas kepalanya...hahaha dah macam gegurl :P
Rambut palsu ni pemberian auntie jiran sebelah ni, dia bagi Abbie toys anak lelaki & anak perempuan dia,,,agaknya terbagi sekali rambut palsu ni, hahaha
 Somelkan....kalau daddy nampak mesti dia marah mommy, daddy tak suka mommy buat Abbie cam gegurl :P

So pagi2 jam 645pagi kami dah bergerak pulang ke rumah nenek, Singgah sebentar di Ampang untuk berjumpa kak Umi, sebab mommy ada tempah cream puff dengan Ummi Oven Bakery :)
Sedap...Abbie suka, pagi tu terus dia makan 2 biji :P

 Singgah bersarapan  di Karak, sesampai di rumah nenek, cucu2 yang nenek jaga - Debab, Mira, Hairi & anak kak Cik, Adam sudah menanti. Adam yang sakit kakinya tu pun tetap nampak happy & cergas bila dapat bermain dengan Abbie, Adam ni Abbie BFF. Berkepit aje bila Abbie balik kampung :)
Tengok lah betapa rapatnya kezen2 ni ...
Pada mulanya kami nak adakah "Beach Party" pagi tu...sebab tu kami dah bawa balik swimming pool yang besar tu, tapi kesian bila Adam kakinya sakit, kata kakak kelenjar nya bengkak, harap2 ia tidak memudarat & cepat sembuh ya Adam.
So "Beach Party" cancel.

 Pagi tu hanya biarkan mereka bersuai kenal & bergomol sesama sendiri. hahaha

 Tengok la video kat bawah ni, mereka bermain di dalam bilik memang meriah, bila nenek nampak, habis semua kene halau hahaha
maap, nenek pantang tengok budak main atas tilam :P

Plan asalnya menu kami nak masak udang masak lemak nenas, tapi kan siang tu di rumah kenduri mereka dah masak udang masak lemak dengan gambas la,,,,kari ayam...
So kami go simple menu, mommy goreng mee basah , kakak masak sayur campur & nasi putih.
Kami tempah 2 ekor ayam golek, mok su nya buatkan strawberry dadih, dibelikan cumi, coklat ,sponge cake, kuaci & jajan seplastik besau uuuu, OMG....yang jajan tu ai cakap dengan my SIL simpan nanti biarkan anak buah ai yang lain bawa balik kat rumah diorang, tapi coklat & cumi tu ai hidangkan jugak lah untuk menjaga hati mereka yang sudah memberi, Biarkan la kanak2 yang berusia memakannya kann....
Then ada jugak kuih bakar yang kakak ai tempah, tembikai, tetamu yang hadir pulak ramai jugak, ingatkan nak celebrate kami kami aja, rupanya kakak menjemput anak2 jirannya , mak pulak menjemput besannya haaa...itu yang ramai tu, tapi Alhamdulillah makanan mencukupi :)


Kami makan hidangan berat di dapur dahulu, sebelum acara memotong cake di hall depan.
Ruangan itu di deco oleh en suami & kanak2 ini

 Tengok lah aksi lasak mereka, happy dengan belon2 kannnnnn...
ai dah cakap, birthday parti WAJIB ada belon, itu pun ai beli 30pcs tak cukup....
masa acara tiup lilin, kanak2 tetamu ada jugak mintak belon....maap lah dek, auntie tak de sediakan goodie bag la... bagi auntie membazir aja, kami raikan secara sederhana, namun i.Allah tahun hadapan auntie akan lebihkan belon, noice maker & hat tu ya :)

 Cute jew deco ni, daddy tampal rendah ikut ketinggian Abbie :P


 Happy Birthday my precious son, semoga menjadi anak yang soleh, taat pada ibu bapa, bijak & berjaya di dunia & akhirat, aminnnnn

 Tahun ini simple kek Coklat Indulgence dari Secret Recipe, ha....ramai betul peminatnya
Sedap, maklum la orang kampung, dok penah makan kek SR, huhuhu
Neway, thats the reason mommy cancel kek dari kak Umi, atas permintaan mereka yang teringin nak makan kek SR, semoga kalian berpuas hati ya :)

 Jom kita layan aksi riang kanak2 ini, hatiku pun berbunga riang & happy melihat Abbie sungguh happy & lincah pada malam tu :)

 Sebelum Abbie birthday, kami dah practise tiup lilin, seperti kebiasaanya sebelum mommy sempat habiskan lagu tu dia dah hembus lilin, tapi kali ini, on the day, he really wait till we finish sing baru tiup wowww.....
Then blow the noice maker pun dah pandai a week before his birthday, tu yang dia lebih excited :P




Jom saksikan aksi riang Abbie on his 2nd birthday celebration :)

 Dengan nenek tersayang, masa ni Abbie tengah makan cream puff, orang lain makan kek dia makan cream puff :)
 Dengan atok, adam & hairi, tapi tengok la comotnya baju & muka birthday boy ni hahhaa

Okey......
seperti tahun lepas, when abbie celebrate his 1st Birthday, baby sitter akan bagi hadiah kek,
tahun lepas baby sitter bagi sebiji Blueberry cheese cake, tapi tahun ini baby sitter bagi Pandan Layer Cake, so big.
Kami sambut untuk kali keduanya malam tadi di rumah kami di kajang.
 Pandan layer cake

Tetamunya adalah Ah Pek, Ah Umm, koko Justine, che che Joline & auntie yang menumpang dirumah kami untuk 2 minggu .
Saksikan video dibawah :)



Friday, July 6, 2012

Lemak Trans BERACUN!

Isu panas melanda para ibu2 di Facebook, baik di wall, page or group bila ramai orang menyebarkan gambar dibawah termasuk saya.
Bila saya tengok CAP tu, dengan yakin saya sebarkan sebab ia bukan cerita dongeng untuk menjatuhkan biz lactogen or anmum. But ia adalah satu banner untuk menyedarkan & membuka mata pengguna yang tertipu oleh marketing strategi mereka.
Sebagai pengguna bijak, kita haruslah bijak memilih dan membuat keputusan berdasarkan gambar2 dibawah yang dikongsikan oleh CAP dilaman web mereka.








source: CAP