BRAT, itulah makanan utama Abbie bila secara tiba-tiba Abbie diserang cirit birit.
Hari selasa seprti biasa,selepas pulang dari kerja kami terus menjemput Abbie dari rumah baby sitter, masa tu masih hujan, saya dapati kepala Abbie sedikit panas, mungkin demam. Dari rumah baby sitter hubby membawa kami ke Giant berdekatan, katanya nak belikan anggur untuk mak Abbie ni, sambil tu kami membeli cereal untuk Abbie, tak sangka masa tu hubby ada bagi Abbie makan 1 cup fruity yogurt, wah itu kan kesukaan Abbie, habis licin satu cup tu dia makan.
Entah kenapa dengan en hubby hari itu, dia macam nak tergesa2 jew membeli barang, membebel jew bila tengok mommy membelik2 peket cereal or biskut tu....ala biase lah, sebelum membeli mommy suka tengok expired date, halal ke tidak dan terbaru ada trans fat ke tak? kadang2 geram dengan hubby yang suka sangat mengesa, terus cancel membeli.
So setibanya di rumah, bila saya unpack barang-barang yang dibeli dah terkantoi kecuaian daddy yang mengambil biskut yang dah expired bulan Jun. Kannnn....membebel panjang la mommy ni, sebab tu ada baiknya ai check dulu sebelum beli, sebelum terambil barang expired mcm ni...ha...daddy admit dengan kecuainnya itu. Katanya esok kita return ya, so macam mana dengan yogurt yang you suap Abbie td? ada check expired date tak? katanya tak?? ha??? you are so careless la daddy. <pray nothing happen with Abbie & yogurt tu belum expired>
Then we have our dinner together, Abbie look fine, sihat jew, kemudian daddy change his pyjamas and he ask for milk. Daddy pun buat kan susu & mommy feed Abbie on sofa. Sebaik sahaja Abbie habis menyusu, dia rasa macam ada something kat tekak dia, mommy pun bangunkan dia & tepuk2 belakang pastukan dia terus vomit....bluuuekkkkkk....habis sofa fabric tu...sib baik la atas sofa lama hihihi
kami jadi risau, terus check temp Abbie, jarang sgt Abbie muntah after menyusu selain bila dia demam, tehn suhu badan show only 37.5 tak la tinggi sangat.
Malam tu, ai cakap dengan hubby, kita tidur di hall la, senang kalau Abbie demam nak tuam ke, muntah ke tak la turun naik , penat tau rumah double storey ni huhuhu
Bila jam 930pm kami dapati Abbie menggigil kesejukan, jari tangannya sejuk, bila check temp dah naik 38.5C, terus kami bagi fever syrup. Pastu kami tidurkan Abbie, mommy pun tertidur sama, lena~
Tapi daddy yang prihatin ni tak tidur, he keep monitoring Abbie , bila jam 11malam, Mommy terkejut bila daddy tengah sibuk sponging Abbie, katanya Abbie mengggigil lagi, kuat, suhu pun naik 39C
Ha????what??? why tak kejutkan mommy, jom kita ke KPJ! Masa tu dah tak pikir nak sumbat ubat kat montot Abbie sebab both of us tak ada skill.
Owh yer, sedari pulang dari rumah baby sitter Abbie dah kentut2, busuk betul kentutnya huhu
Di dalam kereta nak ke KPJ, mommy sangat la cuak, Abbie mengigil sangat la kuat, jari tangannya dh la sejuk & hampir biru, mommy hug Abbie & mommy tak bagi Abbie tidur atau lelapkan mata huhuhuhu
ai takut.....ai takut Abbie tidur & tak bangun2 lagi :( huhuhuhu
Walaupun jarak dari rumah ke KPJ 5minit ajew, rasanya sangat la jauh...lambatnye sampai......
Sesampai di KPJ, timbang berat, amik tekanan darah & jumpa doc, doc suggestkan masukkan ubat dlm montot sebab demam tinggi, katanya tak blh nak admit sebab Abbie baru jew start demam. Dari simptom yang doc tu lihat katanya mungkin viral infection.
Mereka suruh balik & just bagi ubat huhuhu
So kami balik la dengan mata yang bulat, sebab nak berjaga Abbie malam tu, malam tu suhu badan Abbie turun naik, bila suhu naik kami bogelkan Abbie & balut dengan tuala basah, sponging kepala, leher, ketiak, Abbie memang menangis x mahu di basahkan badannya, kesian.....badan mengigil tp suhu tinggi, bila suhu dah turun 37.5 kami stop sponging, dan akan ulangi lagi jika suhu naik.
Pendek kata dari sepanjang malam tu, Abbie hanya tidur dari jam 3am sampai 6am.
6am tu dia nak susu tapi muntah, pastu kami terbau busuk, rupaya Abbie tercirit, cair & banyak.
So dari situ lah Abbie keep cirit sampai jam 10pagi, dah 10kali Abbie tercirit, cecair hijau, habis la seluar & baju mommy pun kene.
Masa tu ai dah inform Bos untuk amik EL, hubby call baby sitter, ha masa tu la baru baby sitter cakap yang pagi sebelum tu Abbie ada muntah 1 kali & tak mahu makan. Geram pun ada, kenapa baby sitter tak bagi tahu awal2??? gggrrrrrr
tengah menunggu giliran
So bila pagi kami bawa Abbie ke KPJ sekali lagi, kali ini kami bawa Abbie jumpa doc Asmuni, Paed kat sana memandangkan doc Meena on leave.
Doc Asmuni said, kalau Abbie poo poo green tu maknanya dia keracunan makanan, dengar dari perut Abbie tu, cirit birit tu takkan stop lagi, since Abbie juga ada muntah, doc Asmuni suggestkan kami admitkan Abbie, Bagi kami, apa yang terbaik untuk Abbie kami terima.
Doc Asmuni cadangkan kami tukar brand susu formula semasa cirit birit ni, susu yang dicadangkan ialah Insomil Plus atau Novalec AD. Memang mahal susu tu, daddy belikan Abbie Insomil Plus tin kecil RM34 hanya bertahan untuk tak sampai 5hari huhuhu
Abbie ditahan wad selama 2 malam, cukup la 2 malam, hari Jumaat tu kami dah mintak doc untuk dischargekan Abbie, kata doc Abbie belum betul sembuh but he's getting better.
Day 1 : Abbie cirit birit 20x
Day 2: Abbie cirit birit 5x
Day 3: Abbie cirit birit 5x
Day 4: 1x
Day 5: 1x
Alhamdulillah, Abbie recovering very well, sepanjang 2 malam di hospital habis 2 botol air drip masuk ke badan Abbie, tu pun nurse dah standby 1 lagi botol tp sib baik kami minta discharge awal.
Demam pun takde sepanjang Abbie berada di hospital, hanya pada malam tu aje...
Sample najis pun dah di check ia negative rota virus.
so far even Abbie poo poo 20x Abbie tetap active, tak lembek, di ward dia lah kanak2 riang yang suka merayau kesana kemari. Sampai kan nurse tu dah kenal Abbie ni, hahaha kann baru 3 bulan lepas Abbie admitted :P
Hari ini, Mommy sudah mula bertugas seperti biasa, Abbie pun kami tetap hantar ke bay sitter.
Walaupun pada mulanya daddy cakap, mommy are you ready to resign early? How about if we change baby sitter?
Kami tetap ada doubt tetang baby sitter, tapi setiap kali alasan yang diberikan "Abbie isap jari, jarinya kotor"
tapi as a baby sitter, boleh tak you ensure my son finger/thumb sentiasa bersih?
Its not easy to stop thumb sucking tau,
Punca?
Tak tahu nak cakap punca bagaimana Abbie terkena food poisoning ni, samaada dari yogurt yang mungkin dah expired, isap jari tangan yang kotor, atau makan makanan dari rumah baby sitter yang tercemar, tapi takde pulak baby yang satu lagi tu kne cerry berry.
So untuk tidak menyalahkan sesiapa, kami buat kesimpulan:
1- jangan cuai untuk check expired date setiap food yang dimakan (untuk daddy yang cuai!)
2- jangan bagi makan yogurt ketika perut kosong
3- Sentiasa cuci tangan Abbie setiap kali Abbie menyentuh barang. (perrrghhh hok ni memang penat, kene standby kain basah selalu di tangan, and mata keep looking at him)
4- semua toys Abbie , daddy dah cuci, and wajib cuci weekly basis.
Apa makanan yang sesuai ketika cirit birit?
I will say BRAT- Banana, rice, applesauce & toast
Kalau anak yang sembelit dan sukar berak kita kata avoid BRAT, tapi utk anak yang cirit birit kita bagi makan BRAT. selain tu, tukar susu untuk sementara waktu, kepada insomil plus or novalec AD, boleh didapati di farmasi, sementara tak beli lagi tu, boleh la cairkan susu formula yang bayi kita consume sekarang.
Avoid dairy product-susu kotak, cheese, milo, choclate drink,
Avoid fruits- orange, kalau boleh semua jenis buah jgn bagi dulu
Minuman juice, soda ect try avoid.
So far masa Abbie kat spital tu lar ai bagi makan biskut lemak yang spital bagi tu, selalu ai tak bagi sebab takut sembelit, but kali ni, ai bagi, nasi putih, bubur sengaja ai tak bagi, sebab watery, Abbie need carbo for energy, so bagi RICE itu terbaik. Beli roti, kalau tak dapat roti bakar, roti biasa or roti berinti pun tak apa, tapi jangan bagi roti berinti kaya ya.
Alhamdulillah, Doakan selepas ini Abbie akan membesar dengan sihat & dijauhi tantrum.
<nanti kita cerita tentang tanrum di entry akan datang> huhuhu