Macam weekend2 yang sudah, kalau kami tak kemana2 memang I akan masak, bila ai masak siap la dgn buah & dessert pencuci molot. Dessert saya bukanlah complecated sgt yang memerlukan skill & modal yang tinggi, simple jew yang penting ia sihat & sesuai untuk seisi keluarga.
Slow cooker di rumah saya ni, saiz nya comel sahaja, hanya da function ON/OFF al-maklum slow cooker dari zaman bujang, sejak kenal honey dulu, mula la beli slow cooker, rice cooker untuk masakkan boipren terchenta, pastu kita picnic makan kat Tasik Titiwangsa,, hahaha lomantic gituwww :)
So sejak berbaby ni, saya gunakan slow cooker ni untuk memasak bubur, saya tak lupa untuk beli satu lagi tapi dengan saiz yang besar & function Low/Med/High untuk diletakkan di rumah baby sitter...kannn
saya memang tak mahu serve cold food for my darling son, so saya sanggup invest sikit untuk dia, tak rugi, nanti kami dapat jugak periuk tu kann.
So sejak Abbie dah tak makan bubur ni, takkan nak biorkan slow cooker tu berhabuk pulakkan, so saya memang suka boilkan home remedy macam ni, ini memang chinese style recipe, but ai loike.
Kali ni, ai nak share kan minuman dessert dari kelapa laut.
Untuk kita selalunya kita beli air kelapa laut yang terjual di pasar malam kan, tapi ada sesetengah pak cik yang meniaga kat pasar malam tu ada menjual kelapa ni. Ha kalau terjumpa boleh le beli, terai bikin minuman mcm ni. Ni ai beli di wet market nearby my house. Harga nya kalau tak silap RM4 kott sebab ai beli byk sayuran so tak pasti sepeket berapa, main beli ajew hohoho
Untuk kali ni, ai masak separuh dari qty paket ini, yang separuh lagi saya dah kupas kulitnya, racik halus & keep frozen, mayb next other weekend ai boleh boil lagi kann
ini lah rupanya sea coconut yang telah dibogelkan
bila dah bogel, racik halus, cuci & campakkan ke dalam slow cooker, letakkan air hampir penuh.
then campakkan beberapa biji dried red dates yang dah di cuci ke dalam slow cooker tadi.
Kemudian masukkan seketul gula batu bermadu, kalau tak ada yang bermadu, gula batu biasa pun boleh.
Nak lebey wangi, sila letakkan 2 helai daun pandan. tutup periuk ni.
Selalunya saya akan sediakan minuman ini di awal pagi, sebaik balik dari pasar,
so bila petang, dalam jam 3 ~ 4ptg tu yang tengah terik tu memang sesuai la untuk diminum
Ini lah rupanya minuman tadi yang siap sedia untuk diminum sejuk atau panas.
Direneh selama 6jam.
Selamat Mencuba :)
No comments:
Post a Comment