How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Tuesday, November 30, 2010

tips re baby food

masak bubur cam biasa..cuma ltak kntg n karot jer..potong dadu jer..elakkn bubur jd likat n bby cpat muak... tp ada bumbunya...cranya ambil segengam ikan bilis yg gred elok lbih baik (pangkor) basuh bersih n toskan..sangai / goreng tanpa minyak ngan api perlahn sampai garing n kering...blender kering n masuk dlam tpprware..bila bby nk makn ltak 1 sudu kdlm buburnya..sdap....cubala...bleh simpan dlm p.sejuk n than lama..maknya pun msti suker jga...hi hi


menu bb saya yg 8 bulan....

masak bubur nasi + ayam + sawi+kentang + seulas bwg putih kecil =blender hancur
lepas 4/5 hari tukar lauknya, ikn bilis - direndam jap bg kluar gramnya, rebus & blender
halus
lps tu tkar lg, udang & carot = blender halus
nak senang & jimat masa msk nasi & jimat gas = basuh beras ikutla banyk mana nak, sangai/keringkan dlm pinggan sampai kering airnya pun takpe...pastu blender halus jd mcm tepung/serbuk,simpan dlm bekas kedap udara...
bila nak guna cuma masak sup sayur + lauk je pastu letakkan beras yg dah blender siap2 tu..nak bwk travel pun senang
sblm ank umur setahun saya tak letak garam cuma tambahkan kicap soya masa dia nak mkn...

bubur nasi bb

Bahan utk bubur:-


Kentang -- parut

Carrot -- parut

Bawang Besar - potong halus (chopped)

Bawang Putih - parut (lagi senang le)

Beras

Ayam (jgn potong, biar ketul2)

Cara:- letak semua bahan dlm slow cooker pastu slow cook



Sayur

Keesokkan harinya, u stim je sayur2an sekejap pastu blender bersama ayam yg u masak dgn bubur tu (ayam tu kan tak hancur kan, pilih daging sahaja, buang tulang).. pastu gaulkan dlm bubur tu.. sayur2an ni tak leh masak lama, so utk kekalkan vitamin dia kita stim sahaja, jgn masukkan dlm slow cooker tu so that dia tak over cooked



hasilnya bubur ni manis je sbb ada kentang & isi ayam tu.. sure baby suka..



Ikan

kalo u nak letak ikan, ambil isi ikan bhg ekor yg takde tulang, u stim ikan dgn sayur tu keesokkan harinya, pastu blender dan gaulkan dlm bubur.. dari pengalaman i la kan, kalo isi ikan dimasak semalaman (slow cook), bubur tu bau hanyir.. bb tak suka.. kalo ayam atau daging ok lah..



NOTA PENTING



1. Bubur Halus/Ditapis: Utk bubur yg u nak tapiskan/shieve, u blender sekali la bubur tu dgn sayur/isi ayam tu.. then tapiskan sekali..



2. Bubur Kasar: Tak payah blender bubur tu sbb bubur dah hancur sbb slow cooking. Just blend sayur & isi ayam/ikan je pastu gaulkan ke dlm bubur..

bubur nasi bb

1-nasi


2-carrot

3-brokoli

4-kentang

5-ayam/daging



semuanya di rebus tp brokoli rebus kemudian.tp bila semua dah agak2 empuk kita tambah dgn sesudu minyak jagung... tiada msg mahupon garam atau gula

bubur nasi bb

buat bubur tp pekat la kalu cair  bb tak suka..letak ikan tenggiri..syur lak brokoli, bayam, carot..tu la makanan dia hari2 tp alhamduliillah dia suka..

resepi baby >8month

Bubur Nasi, Ikan Merah dan Lobak


Bubur ini sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.

3 sudu nasi yang baru dimasak

Sekeping ikan merah - anggaran 50 gram, pastikan tanpa tulang

1 ulas bawang putih

1 sudu lobak merah yang telah didadu

1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.

1 cawan airMasuk semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk.

Gunakan api besar untuk didihkan masakan dan kecil api dan biar sehingga lobak merah lembut dan ikan masak.Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit lagi.Kisar halus atau terus hidangkan.


Sup Kobis Bunga dan Kentang

Bayi 8 bulan ke atas.

1/4 cawan kobis bunga - potong kecil

1 biji kentang saiz sederhana - di dadu

5 ekor ikan bilis - tumbuk halus2.

5 cawan air

Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak api besar.Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk. Masak lagi selama 20 minit.Kisar halus. Hidangkan. Brokoli Bakar. Brokoli dibasuh dan dipotong kecil. Panaskan oven 190 C. Kupas dan cincang bawang. Rebus brokoli, 5 minit sehingga lembut, toskan air, ketepikan. Tumis bawang dengan sedikit minyak. Masukkan tomato. Masak selama 10 minit. Masukkan brokoli. Tutup api.

Masukkan nasi, brokoli dan tomato dalam bekas pembakar. Pukul telur, susu dan separuh daripada keju yang telah diparut untuk dijadikan sos. Tuangkan sos tadi ke atas campuran nasi dalam bekas pembakar tadi. Taburkan baki keju cheddar tadi ke atas campuran nasi. Bakar 40 minit atau sehingga perang.

Bubur Nasi dan Kurma >8month

Bubur Nasi dan Kurma


Sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.

3 sudu nasi yang telah dimasak

1/4 cawan air suam

2 biji kurma dibuang bijinya

Caranya...

Masukkan semua bahan dalam pengisar

Kisar halus

Hidangkan

Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam >8month

Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam


Sebenarnya bahan ni nak masak untuk orang dewasa... alang-alang, buat la untuk baby . Masakan ni sesuai untuk baby umur 8 bulan ke atas...

Bahan-bahan (2 hidangan atau lebih)

1 sudu nasi

1/4 keping tauhu

1/4 keping dada ayam - potong dadu

3 hiris lobak merah

3 kuntum kecil brokoli

Cara-caranya

Kukus semua bahan.. *

Lenyek atau kisar sehingga mendapat tekstur yang anda mahu.. ops.. yang baby mahu.... *Saya kukus senang aje... masukkan bahan yang nak dikukus dalam mangkuk tahan panas.. Lepas tu, bila kita masak nasi, sebelum nasi kering, saya letakkan mangkuk tadi atas nasi, dan tutup semula tudung periuk... lepas padam api, biarkan dulu beberapa minit.. lepas tu angkat je la...

Resipi Kentang, Lobak dan Pis Bersusu

Resipi Kentang, Lobak dan Pis Bersusu


Bahan-bahannya

1/4 biji kentang saiz sederhana dadu

1 sudu lobak merah dadu

1 sudu kacang pis beku1/

2 cawan air

3 sudu susu ibu/formula dibancuh

Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk. Masak api kecil sehingga empuk.Setelah empuk, masukkan kacang pis.Masak 5 minit.Masukkan susu, kacau.Hidangkan.Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan.

Bubur Nasi

Bubur Nasi


Bahan-bahan

Rebuskan beras (masak bubur nasi)

10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis

1 helai daun sedari

secawan air

Cara membuatnya

Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.

Masak ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.

Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.

Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.

Hidangkan.

Resipi masakan kentang

Resipi masakan kentang


Kentang saiz kecil 1 biji

Keju cedar 1 keping

Brokoli 2 'pokok' kecil

2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum.

Cara membuatnya

Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.

Rebus brokoli sehingga masak.

Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.

Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim.

for working mummy

1. ambil nasi yang masak biasa


2. rebus ikan bilis dan sayur-sayuran bleh mix kalo nak (brokoli/kentang/carrot/bayam merah,etc)

3.bahan 2 dah lembut bleh campur ngn nasi td dan blend..

4.anak anda pasti suke..:)

bubur nasi + labu

bubur nasi + labu




- bubur nasi

- sebelah labu yg kecil



masakkan bubur dahulu..

kemudian labu di rebus dan dilenyekkan



bila nak makan,baru campurkan labu ngan bubur..

rase labu tu manis..

selamat mencuba…:)

Bubur nasi+lobak merah+ikan bilis

Bubur nasi+lobak merah+ikan bilis




Senang je.



1. Sedikit beras (agak2 la)

2. sepotong lobak merah di potong kecil-kecil

3. Ikan bilis (goreng tanpa minyak dulu,kemudian kisar halus)



Beras dibasuh bersih. Masak beras dan lobak merah hingga jadi bubur. Pas tu tabur ikan bilis yang dikisar tadi. Gaul. Kemudian bubur tu dikisar. Boleh bagi baby makan. yummy..yummy..



p/s : boleh pelbagaikan sayur seperti bayam,brokoli dan kentang. Selamat menjamu baby anda!

ah bie resepi: Strawberry and Honey Dew Puree

Strawberry and Honey Dew Puree




Bahan-bahannya:

Sepotong sederhana honey dew/tembikai susu..

6 biji strawberries



Caranya:

Basuh bersih dahulu semua buah..

Kupas kulit dan buang biji honey dew.

Lecekkan melalui penapis..

Ketepikan dalam mangkuk.

Buang tangkai/'hull' strawberries tu..

Lecekkan melalui penapis..supaya tiada biji..

Campurkan ke dalam lecekan honey dew..

Bismillah dan suap ler..

hmmm....

ah bie resepi: Avocado and Papaya Puree..

Avocado and Papaya Puree..

Bahan2:

Sebiji avocado kecil yg masak..

1/2 buah betik kecil yg manis dan masak.. (kalau buah betik yg besar..hmm...1/6 atau 1/4 ok ler kot..

Sedikit perahan limau nipis/kasturi/lemon (sikit jer..jangan banyak..setitis dua jer..)



Caranya:

Cuci bersih dan rendam seminit dua di dalam air garam..

Cuci lagi dan kupas kulit avocado.

Lecekkan isinya dgn garfu sehingga menjadi 'paste'.

Lecekkan melalui penapis bersih yg 'sterile'.

Masukkan setitis perahan limau untuk mengelakkan avocado jadi 'browning'.

Ketepikan..



Kupas pula kulit betik, buang biji, ambil isinya.

Lecekkan melalui penapis juga..

Campurkan bersama-sama dgn avocado puree tadi..

Masukkan ke dalam mangkuk plastik baby yg bersih dan comel.

Baca Bismillah..suapkan baby anda..

Mmmmmm...sedapnye.... Nak sikit...