Adakah anda rasa penat & tidak bertenaga?
Anda ingin memanjakan diri dengan melakukan rawatan di Spa, namun budget tidak mengizinkan. Jangan bimbang, anda juga boleh melakukan Spa dirumah, tanpa kos yang tinggi dengan hanya perlu RAJIN sahaja.. Dapatkan produk Garam Bukit dr Cik Annie untuk mencuba cara di bawah. Selamat mencuba…
Rawatan Kaki
Dengan Menggunakan Foot Salt RM 7
Cara Penggunaan Foot Salt: (Simple)
Campurkan 1 sudu makan bersama 1litre air panas suam. Rehatkan kaki anda di dalam air rendaman sambil menonton televisyen, membaca atau bersembang dilaman chat internet. Anda akan dapati kaki kurang sengal dan ianya lebih lembut dan bersih.
Cara Penggunaan Foot Salt: (Untuk yg rajin)
Campurkan 1 sudu makan Foot Salt , sedikit kapur makan bersama 1litre air paip dan kacau . Masukkan kaki ke dalam campuran tersebut dan letakkan ais dalam kuantiti RM1 (dibeli dr 7Eleven). Rehatkan kaki anda di dalam air rendaman dalam 20~30 min sambil menonton televisyen, membaca atau bersembang dilaman chat internet. Jangan bergerak2 kan kaki anda. Hasilnya, anda akan dapati kaki kurang sengal dan ianya lebih lembut dan bersih.(Especially utk yang kaki shopping atau kaki jalan).
Pengelupasan Scrub Kulit
Serbuk Garam Kristal RM 7
Cara membuatnya : (Simple)
Mula -mula mandi air suam untuk membuka liang roma atau pori . Melalui campuran serbuk Garam Kristal dengan minyak terapi ( minyak zaiton atau sebarang minyak asli yang anda sukai ) amat sesuai untuk menyahtoksid . Anda akan alami kesan yang memuaskan seperti hari yang lepas-lepas. Pada masa yang sama , tenaga anda akan ditingkatkan melalui kandungan mineral yang ada dalam garam campuran minyak . Rawatan ini juga dapat melancarkan perjalanan darah dalam badan anda .
Cara membuatnya : (Untuk orang rajin)
Masukan, 3.5 sudu garam kristal asli bersama 1 sudu . minyak kekacang macadamia dan sesuku sudu minyak lavender yang 100% asli . Kacau campuran ini sehingga halus dan sebati . Baring atas sehelai tuala dan sapu seluruh badan anda dengan campuran ini . Untuk lebih mudah dan selesa biarkan orang lain yang melakukannya .
Rawatan Alergy
Dengan menggunakan Salt Soap RM6
Sapu seluruh bahagian yang terkena alergy dengan minyak terapi ( zaiton ) atau apa -apa minyak kesukaan anda. Gosok sabun dan biarkan selama 15 - 20 minit . Basuh dengan air dan lap .
Minyak dan sabun dapat meredakan alergy yang dirasai oleh anda. Disamping itu kulit anda ,menjadi halus dan pada masa yang sama sisa toksin dikeluarkan dari badan anda dan aliran darah lebih lancar dari biasa .
Mandian De-TOX
Dengan Menggunakan Foot Salt RM 7
Atau
Dengan Menngunakan Salt Soap RM 6
Mandian ini juga mempunyai kesan yang sama dengan perawatan pengupasan kulit. Selain itu ia berfungsi untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada badan , menyahtoksid , melancarkan perjalanan darah , menghilangkan sakit-sakit sendi dan melegakan keletihan yang di alami oleh badan akibat kehilangan tenaga sebelumnya.
Cara membuatnya : (Menngunakan Salt Soap)
Sebelum anda melakukan rawatan ini. Sapukan seluruh anggota badan anda dengan minyak zaiton atau sebarang minyak kesukaan anda . Selepas itu gosok badan anda dengan sabun kristal garam . Minyak ini untuk mengganti air .
Nota: sabun garam ini strukturnya kasar dan tidak licin . Biarkan selama 15-20 minit untuk memastikan segala khasiat garam dan miyak meresapi kulit . Setelah itu bilas dengan air . Untuk dapatkan khasiat berterusan jangan campur bahan kimia selepas mandi. Sabun garam kristal ini amat baik untuk menghilangkan bau badan dan ketiak yang bermasalah . Gunakanlah tanpa was-was.
Selepas menggunakan sabun tu . Ambil sedikit minyak zaitun lumur pada sabun kesat daki atau kotoran yang ada pada sabun . Basuh sedikit pada air. jangan terendam dalam air sebab sabun ni mudah cair kalau terendam terlalu lama. Simpan di dalam bekas yang bersih. Jangan letak ditempat yang lembap . Kalau perlu jemur diterik matahari untuk meningkatkan khasiatnya . Kalau ada lampu garam letak dekat lampu garam dan biar ia kering sendiri.
Cara membuatnya : (Menggunakan Foot Salt)
Campur 2 genggam garam kristal dalam tab mandian dengan air secukupnya untuk melarutkan garam lebih kurang 1 jam . Setelah garam larut isi air panas mengikut suhu badan.
Perhatian : Jangan guna sebarang campuran kimia dalam mandian ini .
Berendam dalam tab selama 15 hingga 20 minit . Anda akan alami perasaan seperti berada dalam perut ibu semasa berendam dalam air garam ini . Selepas mandi jangan terus pakai tuala atau lap badan . Biarkan ia kering sendiri.
Pages
How to order?
WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com
Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.
Siapa saya?
- Annie Tay
- Kajang, Selangor, Malaysia
- I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller
― Richard Buckminster Fuller
Followers
Monday, November 3, 2008
Variety of Crystal Salt Lamp
Saturday, October 18, 2008
Berminat dgn barangan Jed, Kristal & Garam bukit?
Foot Salt RM6 per peket Kegunaannya ialah utk merendamkan kaki. bagi menghilangkan bau stokin yg bucukkk itew dan juga melembutkan kulit kaki yg keras kematu serta membunuh kulat. Salt Soap RM5 Kegunaannya ialah sebagai scrub badan, selain menghilangkan kegatalan, ia juga menanggalkan sel2 kulit mati dan melembutkan kulit. Juga mengelakkan jangkitan kulat seperti panau untuk kulit yang alahan pada peluh... Lampu garam saiz kecik RM15 dlm 2 kg himpunan lampu garam
Friday, October 10, 2008
Jualan Lampu Garam/ Crystal Lamp
1 Kg = RM6 Sahaja
Average Sebiji lampu 6 ~ 8 kg .
(saiz bergantung kepada permintaan & stok)
Berminat sila hubungi :
Annie @ 019-2822328
deknormj99@yahoo.co.uk
Khasiat & Fungsi Crystal Lamp (Lampu garam)
Bertindak sebagai natural nature ionizer.
Meneutral dan meningkatkan kualiti udara (udara bersih).
Mengurangkan pencemaran udara.
Mempercepatkan tahap pemulihan pesakit asthma.
Menyembuhkan luka akibat terbakar.
Memberikan kesan positif keatas tindakan kita terhadap perangsang deria.
Mengurangkan sebahagian besar bakteria yang terkandung didalam udara dirumah.
Digunakan sebagai bahan terapi penyinaran untuk meningkatkan sistem imunisasi kita.
Melegakan resdung,migrain,pening kepala,demam panas dan serangan selsema.
Meningkatkan tahap produktiviti kerja/kosenterasi.
Meningkatkan kapasiti denyutan jantung.
Mengurangkan perasaan cemas/berdebar-debar.
Mempengaruhi tahap serotomin dalam aliran darah.
Kenapa Anda Harus Memilik Lampu Garam di rumah?
Kebanyakan kita sekarang hidup dan bekerja dalam tempat yang dikelilingi oleh TV, komputer, fotocopy machine, printer, microwave, aircond dan macam macam lagi. Alatan ini semua mengeluarkan ion-ion +ve yang berlebihan kedalam udara yang kita sedut setiap hari. Dari sudut kesihatan, menyedut berlebihan ion +ve boleh menyebabkan gangguan mental dan fizikal terutama paru-paru.
Kita mungkin perasan yang kita lebih nyaman dan selesa pada tempat tempat seperti kawasan pergunungan,air terjun,tepi pantai atau pun selepas hujan lebat. Ini adalah kerana ditempat tersebut dan ketika selepas hujan lebat,kandungan ion -ve adalah lebih tinggi pada ketika itu yang menghasilkan elektrikal balance atau dipanggil ionic balance.
Lampu kristal garam ini sangat sesuai digunakan dimana-mana ruang dalam rumah atau pun pejabat (jika dibenarkan) untuk mengurangkan kesan-kesan radiasi. Lampu kristal garam ini jauh lebih baik daripada mana-mana made ionizer sebab ianya tak mengeluarkan bunyi bising dan tidak memberi/menghasilkan ozone yang tidak baik.
Ia juga dikatakan juga mampu membuang/menghindari dari tenaga negative/ masaalah gangguan halus ditempat dimana sinaran cahaya lampu garam ini diletakkan, dapat menenangkan fikiran, selain ia mencantikkan sudut rumah.
Latar Belakang Lampu Garam Bukit
Tidak ramai tahu bahawa garam bukit terbentuk secara semula jadi sekitar 256 tahun dulu mempunyai fungsi yang baik terhadap kesihatan. Garam bukit hanya diperolehi di kawasan berbukit sekitar Asia dan Eropah ini dikatakan mampu memulihkan pelbagai penyakit selain menjadi bahan kecantikan alternative dekad ini. Garam bukit ini diimport dari Pakistan bagi menjamin kualiti dan keaslian elemen dan zat yang terkandung di dalamnya.Rawatan berasaskan garam bukit ini popular di kalangan masyarakat Cina purba dan ia disifatkan ekslusif kerana bahan semula jadi ini diperoleh daripada gunung garam batu yang terbentuk secara semula di kawasan tertentu terutama seperti Pakistan, India dan China.
Garam Bukit mempunyai nilai potassium yang tinggi ,sangat masin dan terbukti baik untuk kesihatan. Garam rendah seperti sodium pula dapat menuteralkan asid dan gas dalam badan.Laut mati yang amat masin juga mempunyai fungsi yang sama. Garam sebenarnya dijadikan bahan penuteral kepada bahan bahan yang berasid. Perut yang berasid akan membuatkan sistem otot,tulang dan saraf teroksid dan ini akan membuatkan sipesakit menjadi kejang,lenguh,kebas,sengal,bisa-bisa tulang dan sebagainya.Keadaan ini akan menggangu tidur dan kosenterasi.Tubuh yang berpenyakit sebenarnya mempunyai banyak kandungan asid dan gas.Garam bukit adalah pemangkin atau penggalak kepada mana-mana unsur yang lemah.Juga kuasa peluntur yang mesra alam dan dapat diterima semula untuk menyuburkan tanah.
Wednesday, October 8, 2008
Resepi Spaghetti & Kek Batik
Salam rabu utk semua, utk jamuan raya yg bakal d adakan 13 Oct nie, Anne plan nk msk kek batik & Spaghetti, so anne nak share d resepi tsbt =)
Spaghetti Cik Annie
Bahan – bahan
1 kotak spaghetti (250 gm) - direbus dahulu bersama sedikit minyak masak. Ditapis dan gaul bersama sesudu butter/marjerin)
sedikit olive oil untuk menumis
1 1/2 cawan air
2 cawan minced beef
1 tin button mushroom (asingkan dari airnya, dan di belah dua)
1/2 tin kecil tomato paste (or tomato puree)
1/2 tin kecil sos tomato
sebiji bawang besar (di cincang halus)
2 biji bawang putih (di cincang halus)
sedikit celery (di hiris)
serbuk oregano dan mixed herbs (basil,paprika)
sebiji tomato (di belah empat)
sebatang carrot (dipotong dadu)
4 or 5 keping cheese (optional)
caranya:
1-Tumis bawang yg dicincang bersama sedikit olive oil sehingga naik bau.
2-Kemudian masukkan minced beef dan kacau seketika.
3- Masukkan sos tomato, tomato puree, oregano dan mixed herbs dan sedikit air. Jangan terlalu cair. Dan kacau lagi.
4- Setelah memdidih, masukkan mushroom, carrot, tomato dan garam secukupnya. Kacau sekali sekala sehingga masak dan padam api.
5-Masukkan cheese dan celery, gaul hingga sebati.
6- Semasa menghidang, letakkan kuah diatas spaghetti.
Kek batik Cik Annie
Bahan-bahan ( 1 loyang )
1 packet milo (packet yg plg kecil)
1 tin susu cair (biase guna susu carnation evaporated)
1 buku buttercup (250gm)
1 cawan gula halus
1 biji telur ayam (dikepuk biasa)
1 sudu besar serbuk koko (optional)
1 1/2 packet biskut marie
Cara-cara:
1-Cairkan buttercup di dalam kuali dgn api yang kecil.
2-Masukkan gula dan kacau sehingga cair. Diikuti dengan susu cair, telur, sebuk koko dan milo.
3- Kacau bahan-bahan tu smpi pekat (dlm 15 min)
4- Bila da pekat, tutup api dan masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati.
5- Then, masukkan ke dalam loyang dan padatkan.
6- Kendian, masukkan dlm peti sejuk untuk keraskan. (takes 2-3hours untuk mengeras)
7- Potong dan hidangkan.
Kanak2 mmg suka banget kek nie...=)
Spaghetti Cik Annie
Bahan – bahan
1 kotak spaghetti (250 gm) - direbus dahulu bersama sedikit minyak masak. Ditapis dan gaul bersama sesudu butter/marjerin)
sedikit olive oil untuk menumis
1 1/2 cawan air
2 cawan minced beef
1 tin button mushroom (asingkan dari airnya, dan di belah dua)
1/2 tin kecil tomato paste (or tomato puree)
1/2 tin kecil sos tomato
sebiji bawang besar (di cincang halus)
2 biji bawang putih (di cincang halus)
sedikit celery (di hiris)
serbuk oregano dan mixed herbs (basil,paprika)
sebiji tomato (di belah empat)
sebatang carrot (dipotong dadu)
4 or 5 keping cheese (optional)
caranya:
1-Tumis bawang yg dicincang bersama sedikit olive oil sehingga naik bau.
2-Kemudian masukkan minced beef dan kacau seketika.
3- Masukkan sos tomato, tomato puree, oregano dan mixed herbs dan sedikit air. Jangan terlalu cair. Dan kacau lagi.
4- Setelah memdidih, masukkan mushroom, carrot, tomato dan garam secukupnya. Kacau sekali sekala sehingga masak dan padam api.
5-Masukkan cheese dan celery, gaul hingga sebati.
6- Semasa menghidang, letakkan kuah diatas spaghetti.
Kek batik Cik Annie
Bahan-bahan ( 1 loyang )
1 packet milo (packet yg plg kecil)
1 tin susu cair (biase guna susu carnation evaporated)
1 buku buttercup (250gm)
1 cawan gula halus
1 biji telur ayam (dikepuk biasa)
1 sudu besar serbuk koko (optional)
1 1/2 packet biskut marie
Cara-cara:
1-Cairkan buttercup di dalam kuali dgn api yang kecil.
2-Masukkan gula dan kacau sehingga cair. Diikuti dengan susu cair, telur, sebuk koko dan milo.
3- Kacau bahan-bahan tu smpi pekat (dlm 15 min)
4- Bila da pekat, tutup api dan masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati.
5- Then, masukkan ke dalam loyang dan padatkan.
6- Kendian, masukkan dlm peti sejuk untuk keraskan. (takes 2-3hours untuk mengeras)
7- Potong dan hidangkan.
Kanak2 mmg suka banget kek nie...=)
Subscribe to:
Posts (Atom)