How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Tuesday, June 9, 2015

Baaa Baaa Baaa Baba White Sheep Have You any wool?


resepi biskut german butter cookies
Cute tak my 1st trial CNY cookies? Masa buat cookies ni baby Dahlia belum lagi 2 bulan, kebetulan hubby kene outstation, MIL dating rumah teman kami, katanya she can help to look for baby and let me make cookies, tapi bila dah siap terkejut dia, tengok rajinnya mommy mengentel sensorang. disebabkan cute punya pasal, mommy buat 4 doh from original amount, make about 200 biji.
sebab nak habaq mai sedap giler, melted in the mouth you. bukan aje utk orang tua, bebudak pun sesuai sangat makan cookies ni, tambah dengan shape cute semperna goat year , apa lagi sold out wa cakap lu :P

tapi hanya mereka yang rajin dan mempunyai sifat yang sabra dan minat yang mendalam aje boleh buat cookies shape ni sebanyak 200 biji, kalau tak kamu buat la bentuk bulat leper tu, very typical kan. nak raya ni boleh la buat, nak tambah pewarna pun boleh, pink ka, hijo ka, ikut suka bak kata org baru la menarik dan debom.


resepi biskut raya murah, mudah dan lazat
bahan-bahan: (make 50 biji)

125 gm premium unsalted butter (room temp)
40gm icing sugar
1tsp esen vanilla
125gm potato starch (nak guna tepung jagung pun boleh jugak)
80gm tepung gandum

baba white sheep

Caranya :

Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan.
 Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, kemudian masukkan esen vanila.
Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
Rehat kan sekejap doh di dalam peti sejuk selama 10minit.
Ambil sedikit adunan ( 1/2 camca besar or 8gm), kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 150C selama 12-15 minit
Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....


We Love, We Care & We Share

Take care & comb your hair,
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

Resepi marble cheese cake yang marbeles!!



serius mommy ni bukan pencinta butter cake, nenek ye suka makan butter cake. Tapi ni merupakan percubaan pertama membuat butter cake sebab masa ni hubby outstation for 2 weeks, bahan kat rumah banyak yang tak ada, butter tak cukup, most recipe calling for 250fm butter, tp kat rumah ni ngam2 untuk buat kek ni. godek punya godek jumpa satu blog yang share recipe yg mana semua bahan ada di rumah, so apa lagi, laju la malam tu mommy membaking, siap aje bako, puteri sulungku Daisy cepat aja hulur pinggan, terus suam2 tu kami potong kek, OMG serius sedap sangat. terus niat nak buat lagi, in sha Allah nak bake 2 biji untuk bawa balik kampong raya nanti. penat makan biskut raya, tetamu boleh makan kek pulak, lembut untuk budak2 baya daisy makan kan.

meh kita tengok resepi meh yg di copy paste semasa blgwalking.

Bahan-bahan150gm butter
200gm cream cheese
180gm gula aising
4 biji telur saiz A
100ml susu cair
1 tsp esen vanila
2 tbsp serbuk koko
250gm tepung gandum
1 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikarbonat

Cara-cara

1. Ayak bersama tepung gandum, baking powder & soda bikarbonat

2. Pukul gula, butter & cream cheese hingga kembang & gebu

3. Masukkan telur satu per satu. Pukul sebati sebelum telur seterusnya dimasukkan

4. Masukkan campuran tepung dari Langkah 1 td & esen vanila. Pukul sebati

5. Masukkan susu & pukul sebati

6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian biar dengan adunan asal & satu bahagian lg campurkan dengan serbuk koko

7. Tuang adunan asal & adunan koko berselang-seli dlm loyang yg elah digris & dilapik dengan kertas. Kertas tu pn kena gris sekali

8. Bakar pada suhu 150'C selama 45minit @ hgga masak 



We Love, We Care & We Share

Take care & comb your hair,
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

Resepi Roti Sarang lebah yang sedap giler.


roti sarang lebah
Ni roti kesukaan mommy, selaluuu sangat meroti roti ni, daripada tak cun sampai cun mommy buat, bak kata orang practise make perfect kan. Pasai apa suka roti ni, sebab ia sedap, lembut dan gebu. malah senang ajew membuatnya, bahan pun tak rumit. tak caya, moh mommy kongsikan resepi, as usual, resepi mommy sume mommy cedok masa blogwalking.

bahan-bahan:

300 gram tepung roti
200 gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar madu
1 biji telur
250 ml susu segar
6 gram yis
40 gram gula
40 gram butter
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain yogurt
resepi roti sarang lebah mudah
 
Mommy guna BM, kalau yg takde BM buleh guna mixer or tgn menguli la yer.
 Selepas 1 jam 1/2 menguli dengan Bread Maker ,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 40 gm setiap satu, bulat-bulatkan, susun doh di dalam loyang yang telah di sapukan sedikit butter. Susun dalam loyang hingga habis. Adunan ni agak banyak jika guna loyang 8 inc boleh dapat 2 loyang.
Kemudian tutup atasnya dengan kain dan perap semula.
Biarkan sehingga doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.
 
Selepas 40 minit, doh akan naik 2 kali ganda.
Sediakan glis telur iaitu campurkan 1 biji telur dengan 1 sudu besar susu segar dan kocok sebentar.
Gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, taburkan kuaci hijau, kuaci putih atau badam dan bijan hitam di atasnya.  Sapukan sekali lagi atas nye dengan egg wash supaya semua bahan topping melekat di atas doh, 
 
Akhir sekali  bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah bun di angkat, terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun berkilat.
roti sarang lebah sedap

Nak lebih sedap, selain makan begitu saja, kalau agak anda penternak lemak seperti saya, buleh la buat sos karemel untuk dicurah diatas roti tadi..perghh makan hadap macam tu aje kalau dgn sos ni, serius tak tipu.

bahan-bahan sos karemel:

1/2 cawam gula perang
1/2 cawan krim atau tick cream atau fresh cream
1/2 cawan susu segar
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar butter

Cairkan butter
Masukkan gula dan masak hingga gula mencair
Tuangkan krim, garam dan vanilla
Kacau rata
Jika sos agak pekat tuangkan susu cair , jangan tuang semua agak-agak ia licin ok.



We Love, We Care & We Share

Take care & comb your hair,
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

Resepi Red Bean Buns


Resepi roti kacang merah homemade
Seronok sebenarnya meroti ni especially kalau ada Bread Maker (BM), memang sejak ada BM ni mommy rajin sangat meroti, ditambah pula itu lah sarapan mommy hari2, budak2 ni pun pemakan roti, daddy pun ada breakfast yang boleh di tapau ke opis. Maka semakin gian la.
Macam2 jugak dah mommy meroti, roti sarang lebah, roti paun, roti hotdog,roti simpul sosej, pizza, donut doh pun boleh buat dalam BM. Memang berbaloi memilik BM ni.

Mommy tak mo, sembang gebang dalam ni, pasal masa untuk memblogging recently (lepas dapat 3rd baby) memang limited dan kadang2 tak ada langsung. Kalau tak tido malam yang lena, baik menjahit or iron daddy working clothes dari menhadap lappy ni. Siang memang I m fully hadap anak2 dan bermain kecahkan dapo, ha itu adalah sebab kenapa blog ni sunyi sepi dan bersawang lelabah. nak mengamil tempahan menjahit pun tak dan sebab mommy takde masa nak g post opis untuk pos barang, so for time being memang tak ambil order, kalau ada yang tak urgent and willing to COD I will take la.
eh termelalut pulak, jom tengok resepi mudah membuat red bean buns:

bahan-bahan:(bahan asa roti)

250gm tepung roti
50gm butter
50gm gula kastor
1tsp yis
1/2 tsp bread improver
1tsp susu tepung
1//2 tsp garam halus
1 biji telur gred B
105ml air sejuk
red bean paste (buat sendiri or beli siap kat bakery shop)
caranya :

Masukkan semua bahan ke dalam BM mengikut aturan (bawah basah, atas kering).
bila dah siap, tumbukkan buang angina doh tadi.
Measure 10 biji doh dengan berat 50gm setiap satu (dapat 10biji red bean buns).
red bean paste tadi di buat bulat seperti bola ping pong (lebih kurang 35gm sebiji).
canaikan doh tadi, dan letakkan inti red bean paste tadi dan bulatkan seperti bola, letakkan di atas dulang pembakar (yg digriskan) , leperkan doh tadi dan potong seperti bunga dengan menggunakan pisau.
Biarkan doh kembang selama 30-40minit.
Panaskan oven 180C
sapukan kuning telur dia atas roti tadi dan taburkan bijan
bakar selama 15minit
keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega untuk kesan kilat.


We Love, We Care & We Share

Take care & comb your hair,
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

Double Tree By Hilton Cookie Recipe



Recently we had 2 night stay at Double Tree By Hilton Hotel at Ampang and we IN LOVE with their welcoming cookie yang sangat sangat ummpphhh
kira sedap giler
terbaru, masa kami nak check out, sempat la kami mintak lagi 2 kpg cookies for koko & daisy. Senyum lebau laa anak dara tu.
So disebabkan kenan sangat dengan kukis tu, mommy ni gigih la mengugel sana sini carik resepi.
bak kata orang, dimana ada kemahuan, disitu ada jalankan, dan akhirnya membuahkan hasil.
Rupanya ramai pengunjung hotel yang sepesen macam mommy, yang jatuh cinta dengan kukis ni, dan mencari2 resepi. Banyak perkongsian resepi di alam maya ni ghupenye....

So I had my 1st trial, jom mommy kongsikan disini. cuma nak komen sikit tentang percubaan pertama ni, selain tak cukup half cup coklat chips (resepi ni required a lot of coklat chips) , kalau nak hasil yang 99% serupa dengan yang hotel bagi, sila la guna coklat chips semi sweet by Hershey's. tak mo guna hok prepacked by bakery shop, sebab taste dia beza. yang menjadikan ia yummeh tu adalah banyaknya coklat chips hersley ni. so kalau korang plan nak buat biz kukis ni, sila pertimbangkan kos dan harga jualan. hok yang nak membeli pun jangan la buat buat terkejut beruk kalau harga mahal sebab it used premium brand coklat chips untuk luxury taste of cookies. okey laling....
mak jemah tak meniaga kukis, so tak tahu harga kukiss, tapi klau nak mak jemah ni kirakan kos, boleh ajeww...


Nampak tu koko kata sedap! thumb up!

bahan-bahan:

1/2 cup rolled oat
2-1/4 cups tepung gandum (nak sedap lagi guna tepung rose - tepung khas utk buat biskut)
1-1/2 tsp baking soda (soda bikarbonat)
1 tsp salt
1/4 tsp cinnamon powder
1 cup butter, softened
3/4 cup brown sugar
3/4 cup gula halus
1-1/2 tsp esen vanilla
1/2 tsp lemon juice
2 eggs
3 cups Hershey's semi-sweet coklat chips
1-1/2 cups chopped walnuts


Caranya:

Blend rolled oat sehingga halus.
combine oat dengan tepung, soda bikarbonat, garam & cinnamon powder.
Dengan menggunakan mixer, putar butter, sugar, vanilla & lemon juice sehingga sebati.
tambahkan telur, sebiji demi sebiji sehingga sebati.
masukkan bahan2 kering dan putar sehingga menjadi doh.
tuangkan coklat chips & walnuts.
rehatkan doh di dalam peti sejuk semalaman.
panaskan oven 220C
susun sesudu doh di atas baking sheet dengan jarak 2inci.
bakar selama 15minit.


We Love, We Care & We Share

Take care & comb your hair,
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

Sunday, June 7, 2015

Resepi cinnamon rolls


Cinnamon Rolls
 Kalau resepi sebelum ni hasil permintaan en suami, tapi perkongsian kali ini hasil permintaan anak tekak yang mengidam sangat nak makan cinnamon rolls yang lazat yang ummmpphhhh
bukan tak boleh beli, memang bersepah kat luar sana ada terjual tapi tidak memenuhi keinginan anak tekak mommy nih. nak jugak buat sendiri. Bila buat sendiri ha memang menjilat jari la.
Ia menjadi kegemaran mommy,daddy & daisy. ok jujur, yang banyak makan cinnamon rolls ni is mommy & daisy sebab kami yang duduk rumah. koko dan daddy kan pergi sekolah & office. hehehe
tapi koko preference is kalau mommy sapukan Nutella lagi ummpphhh
ala budak, depa kalau letak apa dengan coklat mesti suka. so mommy plan, 2nd trial mommy nak buat khas untuk koko " Nutella rolls" mesti terangkat.

Sembang gebang buat apa yerk... jom tengok cara membuatnya.

Bahan-bahan:

400 gm tepung roti
1 tsp mauripan
25 gm gula pasir
20 gm susu tepung
1 biji telur
200 ml air sejuk
75 gm mentegar tawar
1 sudu teh garam
75 gm coklat masakan putih, cairkan utk hiasan

Bahan sapuan
50 gm mentegar tawar, lembutkan
50 gm gula perang
1/2 sudu makan serbuk kayu manis
100 gm kismis



Caranya :

Mommy guna Andrew James Bread Maker (BM), so memang senang & mudah sangat nak membuatnya. Pasal tu rajin sangat meroti setiap minggu hehehe

ikut aturan BM iaitu masukkan bahan cecair terlebih dahulu dan diikut bahan kering & tekan button doh. Tunggu 1.5hrs keluarkan dari BM dan kepiskan adunan (tumbuk2kan).

Canai nipis adunan 40 x 25 cm
Sapukan dgn mentega tawar. Taburkan gula perang. Ayak serbuk kulit kayu manis dan taburkan kismis .gulung sambil dipadat2kan. Potong setebal 2 cm.
Letakkan di loyang 24 x 24 x 4 cm yg dialas kertas roti dan disapu majerin
Biarkan selama 45 minit sehingga kembang.
Bakar selama 20 minit dgn suhu ketuhar 190C.
Hiaskan dgn coklat masakan putih.



We Love, We Care & We Share

Take care & comb your hair,
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

Resepi Apple Pie yang mudah dan gerenti sedap


Traditional Apple Pie
 Ini merupakan percubaan pertama mommy membuat apple pie bagi memenuhi permintaan en hubby yang katanya dah lama sangat teringin nak makan apple pie. Makanya mommy pun gugel sana gugel sini, terjumpa la recipe apple pie yang mudah. Rupanya ada dua jenis pie apple ni, satu apple crumble and satu traditional apple pie yang mommy buat ni ha.

Tanpa banyak bicara, for future reference mommy pun kongsikan resepi apple pie disini.

Bahan-bahan:

untuk membuat pastry:  250gm tepung hong kong (nak guna tepung gandum pun buleh)
                                       150gm mentega sejuk dipotong kecil
                                        50gm gula icing
                                        30gm air sejuk peti ice (jika guna tepung gandum)

caranya:  - gaul tepung dengan gula icing
              - masukkan mentega dan ramas sehingga menjadi serbuk roti.
              - uli pastry sehingga menjadi lembut/ doh.
             - bentukkan bulat, masukkan dalam plastic dan rehatkan di dalam peti sejuk selama 1jam.
             - panaskan oven 180C , canaikan pastry dan masukkan ke dalam Loyang pie . Asingkan sedikit pastry sebagai hiasan(tutup pie nanti).
             -cucuk dasar pastry dengan garfu, dan bakar selama 25minit.
             - tuangkan inti
             - canaikan lebihan pastry dan hiris memanjang. susun secara bersilang pada permukaan pie dan sapukan dengan kuning telur (pada percubaan pertama ni den terlupo pulak nak sapu kuning telo huhuhu).
            - bakar lagi selama 30-35minit.
                                       


sangat sedap, mudah dan licinnn
Bahan-bahan inti (filling):

4 biji apple hijau
1/2 biji parutan kulit lemon
secubit garam
2 tbsp. mentega
100gm gula perang
1tsp serbuk kayu manis
2tbsp tepung jagung/gandum
3tbsp air (untuk bancuhan tepung gandum)

caranya:
- apple dibuang kulit dan biji, dihiris nipis. ketepikan
- panaskan gula & mentega. dikacau rata
- masukkan hirisan apple, kacau rata
- masukkan garam, serbuk kayu manis & bancuhan tepung
- kacau hingga apple lembut & kuahnya pekat
- angkat & sejukkan

We Love, We Care & We Share

Take care & comb your hair,
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E