How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Monday, November 10, 2014

cara mudah menurunkan bacaan jaundis atau kuning pada baby baru lahir

First of all nak ucapkan terima kasih kepada sahabat saya Rahaton Azirah yang sudi berkongsi tips dan cara mudah menurunkan bacaan jaundis atau kuning pada bayi baru lahir di webpage beliau rahatonazirah.com 


Dulu masa anak sulung, Dhiya pun ada jaundis jugak tapi tak tinggi, bila kami sedar jaundis tu masa day 6, readingnya 14, tapi tak kene tahan ward, bila repeat on day 7 dah turun ke 13, doc yang merawat, doc meenakshi di KPJ kajang said, jaundis kalau dah day 7 and mula menurun akan terus turun. Melainkan kalau reading tu terus menaik yes, kene admit dan duduk bawah lampu. Tapi sebagai parent, kami tetap risau, kami ikut cara dan tips petua orang tua seperti jauhkan baby dari semua object atau benda bewarna kuning, bawa baby berjemur di matahari pagi selama 10 to 15minit, bagi baby sedikit anggur , org kata bagi anggur hitam, aku pegi bagi anggur hijau hahaha *masam bg sikit ajew pun
Ade jugak yang bagi petua sapukan kunyit hidup kat hidung, atau buat gelang tangkal kunyit kat tangan baby, kalau cina pulak bg minum sikit serbuk mutiara yang boleh dibeli di kedai sei sei, atau mandikan baby dengan ubat kuning yang boleh dibeli di kedai sei sei. Just cakap je nak ubat kuning baby.

Selain petua dan tips cara traditional,  nurse kerajaan yang datang tetap suh kami repeat blood test di klinik kesihatan,  sebabkan free dan ade sikit risau, kami turutkan jugak la setiap hari g buat blood test, kesian jari kaki yang comel halus tu dicucuk untuk ambil sample darah, bagi kerajaan , sehingga bacaan jaundis turun paras 10 baru mereka berpuas hati. 

Masa Daisy agak berbeza, aku tak bagi makan bende2 pelik macam serbuk mutiara, anggur atau sapu apa2 kat kat hidung dia. Just jemur dengan matahari pagi dan mandikan dengan ubat kuning dari kedai sei sei within 2 minggu usianya. Pasaipa Daisy ni fully breastfeed berbanding koko, and Daisy pulak ada prolonged jaundism maknanya tak macam koko dalam 10 hari jaundis dah takde, daisy pulak ambil sebulan nak hilangkan jaundis, walaupun dh turun bawah 10. Kata doc sebab breastfeed jaundis, mommy dia tak boleh start makan jamu dulu. 

So untuk yang 3rd baby ni ai cari la cara mudah nak rendahkan bacaan jaundis dan kalau boleh nak avoid atau elakkan terus baby dari terkena jaundis ni.
Alhamdulillah dapat perkongsian dari ibu yang sedang hamil jugak ni, katanya dengan pengambilan supplement shaklee Alfalfa menjelang 32 minggu ke atas kehamilan dan selepas kelahiran baby dapat mengelakkan baby dari terkena jaundis atau kuning.

Bagaimana Alfalfa membantu menurunkan bacaan jaundis? 

Mula- mula, kita kena tahu ape benda jaundice ni.

Kenapa jadi kuning? 

Jaundice ni berlaku sebab billirubin terlalu banyak. Billirubin adalah toksik yang terhasil dari sel darah merah yang kehilangan oksigen. Ia berwarna kuning atau oren. Tu yang kita panggil kuning tu
Senang cerita camni, sel darah merah mengangkut oksigen ke setiap bahagian badan kita. Setiap sel dalam badan kita termasuk sel darah merah akan mati dalam masa beberapa hari.
Sel darah merah ni akan sampai waktu, dia akan mati bila oksigen dah takde dalam sel tu. Sel ini akan jadi billirubin. Sepatutnya billirubin ni akan pergi ke organ hati. Hati akan proses billirubin ni.
Kemudian billirubin yang di proses akan dibuang sebagai najis atau air kencing. Najis baby yang warna gelap adalah sebab ianya mempunyai kandungan billirubin. Maksudnya, hati baby tu berfungsi dengan baik lah.
Orang dewasa pun sama, kan najis kita warna gelap, tu sebab billirubin lah tu.
Untuk kes baby kena jaundice, masa dalam rahim ibu, billirubin baby dimusnahkan oleh hati ibu. So takda isu. Tapi bila dah lahir, hati baby terpaksa musnahkan billirubin ni sendiri.
Masalahnya ada baby hati dia tak berapa matang atau tak berapa kuat, jadi hati tu tak dapat nak proses sendiri billirubin dia. Maka terjadi lah masalah terlalu tinggi bacaan jaundice.
Ini juga menjadi masalah utama kepada bayi pra- matang, hati bayi pra-matang adalah belum betul- betul matang. Sebab tu pre-mature baby kebanyakannya akan kena jaundice.


Bagaimana Alfalfa membantu?

Alfalfa bagus untuk kesihatan hati. Ia menguatkan hati ibu dan hati baby. Kalau ambil di hujung kehamilan, insya-Allah ia bantu kuatkan hati baby so that bila baby lahir, hati baby tu dapat proses sendiri billirubin dia
Untuk ibu yang tak ambil Alfalfa semasa hamil, dan baby kuning, ibu tersebut disarankan untuk menyusukan anak dan ibu ambil Alfalfa.
Alfalfa yang disalurkan melalui susu ibu ni akan bantu  kuatkan hati baby tadi, dan seterusnya hati yang kuat dapat musnahkan billirubin yang banyak.

Dan hasilnya?

Alhamdulillah dapat lah result macam 2 orang kisah kawan saya dalam pantang,
Sorang anak jaundice terus turun kuning lepas 3 hari makan Alfalfa.
Sorang lagi anak prolonged jaundice, dan Alhamdulillah lepas ibu ambil Alfalfa, jaundice anak turun :D
Ibu- ibu yang anak ada jaundice belum turun atau susah nak turun, jom lah dapatkan Alfalfa

Kegunaan lain Alfalfa


Alfalfa ni bukan saja untuk jaundice, tapi juga bagus untuk rawat keputihan ibu, turunkan bacaan kolesterol ibu dan ayah,rangsang penghasilan susu ibu (bagus ni anak jaundice kena menyusu kerap), bertindak seperti kacip fatimah, dan banyak lagi

Mai Pm/WassApp 0192822328 Annie Tay

Untuk dapatkan Alfalfa anda sekarang!


We Love, We Care & We Share

 Take care & comb your hair,
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

No comments: