Pages

Wednesday, September 9, 2015

Mom at Day, Crafter at Night


11pm now...
2nd entry for tonight...I think enough la for today. kita jadikan stay up malam ni lebih productive... sat lagi nak figure out what next project yang nk sew hahahaha
sebelum tu nak share project last 2 week. masa mood rajin mai...
 

 


 Marvel folded wallet for my son. kemain happy dia dapat wallet ni.
selalu sangat berangan nak ada wallet sendiri. nah mommy buatkan.
kain dalam yg kaler khakis tu adalah kain seluar Dokers bapa diorang yang dah koyak kat montot hahaha
Nak buang sayang...kita recycle la.
 
 ini pemandangan isi dalam wallet koko?
anyone interested? hahahha
 

yang ini pulak pouch for my self. sebab dah ada "3" handbang... so tak cukup tangan nak pegang lagi additional handbag. selalu drive koko ke sekolah or keluar rumah dengan hubby mana ai bawa wallet.
maksudnya tak bawa IC, lesen memandu or even MONEY. hahaha
kalah pendatang u.
so dengan pouch ni... tak perlu lagi jadi pendatang. malah lebih secure.
dengan kes ragut banyak sekarang ni, pakai beg ni simpan dalam baju.
takde org perasan ko bawa beg.
mak mertua ai dh order...hahahha order ko...beg begini size passport tp tak mo belt...dia request nak selit kat belt seluar dia. katanya mudah kalau dia p travel.
 
 haa...yg ni special.
pasal hubby yg request. bukan senang hubby nak request sesuatu dr wife dia.
tapi bila dia tengok wallet yg mommy buatkan utk koko..hubby terus request mommy buatkan card slot wallet for him.
katanya kad dia banyak sangat.
tapi I made 12 slot pun masih x cukup..but he loves it enough make me soooooooo happy.

 
 
next project????
tungguuuuuuuuu
 
okies...good night xoxo
11.15pm



We Love, We Care & We Share

Take care & comb your hair,
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

Resepi Garlic Parmesan Cheese Bread yang terlajak laris


As salam semua...
Dah lama betul tak berkesempatan untuk menghapdet blog ni. bersawang2 spiderman dah. jenuh nak cuci ahaks! Macam biasa..janji kosong...kalau ada masa in sha Allah mommy Annie ni akan menghupdate la apa2 yang best lagi kat sini like resepi ka...jait2 ka...menjual2 ka hahahaha
Buat masa ni...sebarang tempahan menjait mommy annie tak amik ye dek non...sebab jadual seharian tersangat hectic u. malas nak cakap routine seharian mommy annie ni kat rumah...tapi kalau you all beranak 3 dengan anak2 yang bijak aktif sebab depa consume #SHAKLEE Omega nahhh u ols tahu lah bagaimana. Now depa semua pakat tidoq belaka....mommy annie pun baru habis mengiron baju bapak diorang..niat nak menjahit sikit (jait project sendiri pun list panjang berjela2) seminggu sekali ja pun mood stay up at night dating...selebihnya mood terbongkang secara berjemaah since 9pm till morning hew hew hew...

okey lah...terlajak sembang pulak aiiii
kali ni mommy annie korank nak share resepi roti yang dok viral kt FB last week. eh...apa2 resepi yg viral kt fb korank jangan share ajew...tp terai nye idokkk..
kalau resepi simple macam roti ni...why not korank try skill meroti korang kan...
okey..fyi...mommy annie dah lamaaaaa sangat cuti meroti . pasaipa...
pasai bila tersedar...eh dah 8bulan usia Dahlia...awat berat cheq tak turun nih?? kalau dulu masa daisy...after 8month dah dapat berat anak dara dah...
ni gara2 over confident u.
masa daisy kan I deliver czer....dah la tak berurut atau berbengkung masa pantang...so kind of scary..
bila habis pantang dok sapu gel kuruih itu...dok pakai slimming corset ini...dok jaga makan hat rebus2 aja... malam plak busy menjait.
tapi bila dapat dahlia,,,lupa pulak....dok gian test power my bread maker yang nun beli jauh dr UK nun hahahha sampai lupa badan ko pun dah macam roti. Mauripan ko memang jahat!!!
so di pendekkan cerita...after raya hari tu, mommy annie ni pun cuba cuba la mendiet. walaupun sebenarnya sepanjang hidup dia ni tak pernah ada istilah DIET. ko percaya ke aku diet?? cuba try test tengok aku makan macam mana??? hahahhaha
diet itu idok ler...cuma control la xtvt yang terlebih bahan penaik tu,,,maacam meroti, mengukis, membaking la kata orang...setakat makan harian tu macam biasa...bedal jew. I breast feed...x bley diet la....kang lapor gigil kaki tangan weih....dengan melayan karenah anak2 aktif ni kang mau jadi Mommy Monster kuasa 8...nah!!!! amik ko!

eh la.... melalut kelaut lagiiiiii
okey okey...resepi ni sebab sedap...terlajak laris...anak2 suami suma suka dan puji besttt macam roti pizza hut...so mesti diabadikan di blog ni. kalau korank nak abadikan di blog korank pun xde sapa nak larang okey.
resepi ni hasil copy paste resepi yang viral kt FB dan juga tambahan google kat internet. pasaipa aku mencik resepi yang pakai cup cup ni...tak sama weih cup ko dengan cup aku. so aku suka pakai gram. so I change my resepi ikut gram dan tambah sikit mana yang baik dan buang mana yg buruk....alaaa... macam pepatah...yang baik dijadikan tauladan...yg buruk dijadikan sempadan....
eh betul ka?ke...
amik yg jernih buang yg keruh???
ah blasah la labuuuuuu.....

Resepi Garlic Parmesan Cheese bread

Bahan2: (p/s- cara aku guna BM...so mudah sebab semua sumbat ikut turutan BM okey)

160ml farm fresh milk
1 biji telur
40gm melted butter
200gm gula castor
300gm tepung roti (nak pakai tepung gandum pun buleh, nak mix pun buleh)
2tsp instant yis
1/2 tsp salt

masukkan semua bahan dalam BM and select dough. after 1j30min dough pun siap kembang.
keluarkan dough td dan tumbuk2 bagi keluarkan angina dia.
amik Loyang...tak kisah Loyang bulat or 4 segi. sapukan dgn butter.
sementara itu...sediakan bahan topping iaitu

olive oil (agak2 banyak mana utk sapu ke permukaan roti nanti)
serbuk bawang putih (kalau takde ko cincang halus fresh bawang putih) lagi banyak lagi bangus.
sedikit serbuk dried parsley leaves (yg dlm botol tu) yg ni aku add sendiri.

combine semua bahan topping tadi.

okey...berbalik kepada doh yang dh ditumbuk tadi...uli dan canaikan dan tebar dalam Loyang tadi.
lepas tu potong2 memanjang (buat ala2 bread stick macam kat pizza hut tu) potong dgn roller cutter kalau takde pakai pisau plastic potong kek pun boleh.
lepas tu..rehatkan doh selama 45minit.

bila doh dah kembang, panaskan oven 180C .
Sapukan bahan toping tadi keatas roti tadi. DAN....
taburkan dengan grated parmesan cheese ikut suka hang. kalau aku suka banyak2 baru sedappp hahahha
lepas tu bakar selama 15minit.
kalau oven kau ada jetcook macam aku punyer... 10minit dah cukup. kang burn pulak huhuhu

okey...selamat mencuba... :)
Terlajak sedap



We Love, We Care & We Share

Take care & comb your hair,

From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

Tuesday, June 9, 2015

Baaa Baaa Baaa Baba White Sheep Have You any wool?


resepi biskut german butter cookies
Cute tak my 1st trial CNY cookies? Masa buat cookies ni baby Dahlia belum lagi 2 bulan, kebetulan hubby kene outstation, MIL dating rumah teman kami, katanya she can help to look for baby and let me make cookies, tapi bila dah siap terkejut dia, tengok rajinnya mommy mengentel sensorang. disebabkan cute punya pasal, mommy buat 4 doh from original amount, make about 200 biji.
sebab nak habaq mai sedap giler, melted in the mouth you. bukan aje utk orang tua, bebudak pun sesuai sangat makan cookies ni, tambah dengan shape cute semperna goat year , apa lagi sold out wa cakap lu :P

tapi hanya mereka yang rajin dan mempunyai sifat yang sabra dan minat yang mendalam aje boleh buat cookies shape ni sebanyak 200 biji, kalau tak kamu buat la bentuk bulat leper tu, very typical kan. nak raya ni boleh la buat, nak tambah pewarna pun boleh, pink ka, hijo ka, ikut suka bak kata org baru la menarik dan debom.


resepi biskut raya murah, mudah dan lazat
bahan-bahan: (make 50 biji)

125 gm premium unsalted butter (room temp)
40gm icing sugar
1tsp esen vanilla
125gm potato starch (nak guna tepung jagung pun boleh jugak)
80gm tepung gandum

baba white sheep

Caranya :

Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan.
 Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, kemudian masukkan esen vanila.
Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
Rehat kan sekejap doh di dalam peti sejuk selama 10minit.
Ambil sedikit adunan ( 1/2 camca besar or 8gm), kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 150C selama 12-15 minit
Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....


We Love, We Care & We Share

Take care & comb your hair,
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

Resepi marble cheese cake yang marbeles!!



serius mommy ni bukan pencinta butter cake, nenek ye suka makan butter cake. Tapi ni merupakan percubaan pertama membuat butter cake sebab masa ni hubby outstation for 2 weeks, bahan kat rumah banyak yang tak ada, butter tak cukup, most recipe calling for 250fm butter, tp kat rumah ni ngam2 untuk buat kek ni. godek punya godek jumpa satu blog yang share recipe yg mana semua bahan ada di rumah, so apa lagi, laju la malam tu mommy membaking, siap aje bako, puteri sulungku Daisy cepat aja hulur pinggan, terus suam2 tu kami potong kek, OMG serius sedap sangat. terus niat nak buat lagi, in sha Allah nak bake 2 biji untuk bawa balik kampong raya nanti. penat makan biskut raya, tetamu boleh makan kek pulak, lembut untuk budak2 baya daisy makan kan.

meh kita tengok resepi meh yg di copy paste semasa blgwalking.

Bahan-bahan150gm butter
200gm cream cheese
180gm gula aising
4 biji telur saiz A
100ml susu cair
1 tsp esen vanila
2 tbsp serbuk koko
250gm tepung gandum
1 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikarbonat

Cara-cara

1. Ayak bersama tepung gandum, baking powder & soda bikarbonat

2. Pukul gula, butter & cream cheese hingga kembang & gebu

3. Masukkan telur satu per satu. Pukul sebati sebelum telur seterusnya dimasukkan

4. Masukkan campuran tepung dari Langkah 1 td & esen vanila. Pukul sebati

5. Masukkan susu & pukul sebati

6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian biar dengan adunan asal & satu bahagian lg campurkan dengan serbuk koko

7. Tuang adunan asal & adunan koko berselang-seli dlm loyang yg elah digris & dilapik dengan kertas. Kertas tu pn kena gris sekali

8. Bakar pada suhu 150'C selama 45minit @ hgga masak 



We Love, We Care & We Share

Take care & comb your hair,
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

Resepi Roti Sarang lebah yang sedap giler.


roti sarang lebah
Ni roti kesukaan mommy, selaluuu sangat meroti roti ni, daripada tak cun sampai cun mommy buat, bak kata orang practise make perfect kan. Pasai apa suka roti ni, sebab ia sedap, lembut dan gebu. malah senang ajew membuatnya, bahan pun tak rumit. tak caya, moh mommy kongsikan resepi, as usual, resepi mommy sume mommy cedok masa blogwalking.

bahan-bahan:

300 gram tepung roti
200 gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar madu
1 biji telur
250 ml susu segar
6 gram yis
40 gram gula
40 gram butter
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain yogurt
resepi roti sarang lebah mudah
 
Mommy guna BM, kalau yg takde BM buleh guna mixer or tgn menguli la yer.
 Selepas 1 jam 1/2 menguli dengan Bread Maker ,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 40 gm setiap satu, bulat-bulatkan, susun doh di dalam loyang yang telah di sapukan sedikit butter. Susun dalam loyang hingga habis. Adunan ni agak banyak jika guna loyang 8 inc boleh dapat 2 loyang.
Kemudian tutup atasnya dengan kain dan perap semula.
Biarkan sehingga doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.
 
Selepas 40 minit, doh akan naik 2 kali ganda.
Sediakan glis telur iaitu campurkan 1 biji telur dengan 1 sudu besar susu segar dan kocok sebentar.
Gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, taburkan kuaci hijau, kuaci putih atau badam dan bijan hitam di atasnya.  Sapukan sekali lagi atas nye dengan egg wash supaya semua bahan topping melekat di atas doh, 
 
Akhir sekali  bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah bun di angkat, terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun berkilat.
roti sarang lebah sedap

Nak lebih sedap, selain makan begitu saja, kalau agak anda penternak lemak seperti saya, buleh la buat sos karemel untuk dicurah diatas roti tadi..perghh makan hadap macam tu aje kalau dgn sos ni, serius tak tipu.

bahan-bahan sos karemel:

1/2 cawam gula perang
1/2 cawan krim atau tick cream atau fresh cream
1/2 cawan susu segar
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar butter

Cairkan butter
Masukkan gula dan masak hingga gula mencair
Tuangkan krim, garam dan vanilla
Kacau rata
Jika sos agak pekat tuangkan susu cair , jangan tuang semua agak-agak ia licin ok.



We Love, We Care & We Share

Take care & comb your hair,
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

Resepi Red Bean Buns


Resepi roti kacang merah homemade
Seronok sebenarnya meroti ni especially kalau ada Bread Maker (BM), memang sejak ada BM ni mommy rajin sangat meroti, ditambah pula itu lah sarapan mommy hari2, budak2 ni pun pemakan roti, daddy pun ada breakfast yang boleh di tapau ke opis. Maka semakin gian la.
Macam2 jugak dah mommy meroti, roti sarang lebah, roti paun, roti hotdog,roti simpul sosej, pizza, donut doh pun boleh buat dalam BM. Memang berbaloi memilik BM ni.

Mommy tak mo, sembang gebang dalam ni, pasal masa untuk memblogging recently (lepas dapat 3rd baby) memang limited dan kadang2 tak ada langsung. Kalau tak tido malam yang lena, baik menjahit or iron daddy working clothes dari menhadap lappy ni. Siang memang I m fully hadap anak2 dan bermain kecahkan dapo, ha itu adalah sebab kenapa blog ni sunyi sepi dan bersawang lelabah. nak mengamil tempahan menjahit pun tak dan sebab mommy takde masa nak g post opis untuk pos barang, so for time being memang tak ambil order, kalau ada yang tak urgent and willing to COD I will take la.
eh termelalut pulak, jom tengok resepi mudah membuat red bean buns:

bahan-bahan:(bahan asa roti)

250gm tepung roti
50gm butter
50gm gula kastor
1tsp yis
1/2 tsp bread improver
1tsp susu tepung
1//2 tsp garam halus
1 biji telur gred B
105ml air sejuk
red bean paste (buat sendiri or beli siap kat bakery shop)
caranya :

Masukkan semua bahan ke dalam BM mengikut aturan (bawah basah, atas kering).
bila dah siap, tumbukkan buang angina doh tadi.
Measure 10 biji doh dengan berat 50gm setiap satu (dapat 10biji red bean buns).
red bean paste tadi di buat bulat seperti bola ping pong (lebih kurang 35gm sebiji).
canaikan doh tadi, dan letakkan inti red bean paste tadi dan bulatkan seperti bola, letakkan di atas dulang pembakar (yg digriskan) , leperkan doh tadi dan potong seperti bunga dengan menggunakan pisau.
Biarkan doh kembang selama 30-40minit.
Panaskan oven 180C
sapukan kuning telur dia atas roti tadi dan taburkan bijan
bakar selama 15minit
keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega untuk kesan kilat.


We Love, We Care & We Share

Take care & comb your hair,
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

Double Tree By Hilton Cookie Recipe



Recently we had 2 night stay at Double Tree By Hilton Hotel at Ampang and we IN LOVE with their welcoming cookie yang sangat sangat ummpphhh
kira sedap giler
terbaru, masa kami nak check out, sempat la kami mintak lagi 2 kpg cookies for koko & daisy. Senyum lebau laa anak dara tu.
So disebabkan kenan sangat dengan kukis tu, mommy ni gigih la mengugel sana sini carik resepi.
bak kata orang, dimana ada kemahuan, disitu ada jalankan, dan akhirnya membuahkan hasil.
Rupanya ramai pengunjung hotel yang sepesen macam mommy, yang jatuh cinta dengan kukis ni, dan mencari2 resepi. Banyak perkongsian resepi di alam maya ni ghupenye....

So I had my 1st trial, jom mommy kongsikan disini. cuma nak komen sikit tentang percubaan pertama ni, selain tak cukup half cup coklat chips (resepi ni required a lot of coklat chips) , kalau nak hasil yang 99% serupa dengan yang hotel bagi, sila la guna coklat chips semi sweet by Hershey's. tak mo guna hok prepacked by bakery shop, sebab taste dia beza. yang menjadikan ia yummeh tu adalah banyaknya coklat chips hersley ni. so kalau korang plan nak buat biz kukis ni, sila pertimbangkan kos dan harga jualan. hok yang nak membeli pun jangan la buat buat terkejut beruk kalau harga mahal sebab it used premium brand coklat chips untuk luxury taste of cookies. okey laling....
mak jemah tak meniaga kukis, so tak tahu harga kukiss, tapi klau nak mak jemah ni kirakan kos, boleh ajeww...


Nampak tu koko kata sedap! thumb up!

bahan-bahan:

1/2 cup rolled oat
2-1/4 cups tepung gandum (nak sedap lagi guna tepung rose - tepung khas utk buat biskut)
1-1/2 tsp baking soda (soda bikarbonat)
1 tsp salt
1/4 tsp cinnamon powder
1 cup butter, softened
3/4 cup brown sugar
3/4 cup gula halus
1-1/2 tsp esen vanilla
1/2 tsp lemon juice
2 eggs
3 cups Hershey's semi-sweet coklat chips
1-1/2 cups chopped walnuts


Caranya:

Blend rolled oat sehingga halus.
combine oat dengan tepung, soda bikarbonat, garam & cinnamon powder.
Dengan menggunakan mixer, putar butter, sugar, vanilla & lemon juice sehingga sebati.
tambahkan telur, sebiji demi sebiji sehingga sebati.
masukkan bahan2 kering dan putar sehingga menjadi doh.
tuangkan coklat chips & walnuts.
rehatkan doh di dalam peti sejuk semalaman.
panaskan oven 220C
susun sesudu doh di atas baking sheet dengan jarak 2inci.
bakar selama 15minit.


We Love, We Care & We Share

Take care & comb your hair,
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

Sunday, June 7, 2015

Resepi cinnamon rolls


Cinnamon Rolls
 Kalau resepi sebelum ni hasil permintaan en suami, tapi perkongsian kali ini hasil permintaan anak tekak yang mengidam sangat nak makan cinnamon rolls yang lazat yang ummmpphhhh
bukan tak boleh beli, memang bersepah kat luar sana ada terjual tapi tidak memenuhi keinginan anak tekak mommy nih. nak jugak buat sendiri. Bila buat sendiri ha memang menjilat jari la.
Ia menjadi kegemaran mommy,daddy & daisy. ok jujur, yang banyak makan cinnamon rolls ni is mommy & daisy sebab kami yang duduk rumah. koko dan daddy kan pergi sekolah & office. hehehe
tapi koko preference is kalau mommy sapukan Nutella lagi ummpphhh
ala budak, depa kalau letak apa dengan coklat mesti suka. so mommy plan, 2nd trial mommy nak buat khas untuk koko " Nutella rolls" mesti terangkat.

Sembang gebang buat apa yerk... jom tengok cara membuatnya.

Bahan-bahan:

400 gm tepung roti
1 tsp mauripan
25 gm gula pasir
20 gm susu tepung
1 biji telur
200 ml air sejuk
75 gm mentegar tawar
1 sudu teh garam
75 gm coklat masakan putih, cairkan utk hiasan

Bahan sapuan
50 gm mentegar tawar, lembutkan
50 gm gula perang
1/2 sudu makan serbuk kayu manis
100 gm kismis



Caranya :

Mommy guna Andrew James Bread Maker (BM), so memang senang & mudah sangat nak membuatnya. Pasal tu rajin sangat meroti setiap minggu hehehe

ikut aturan BM iaitu masukkan bahan cecair terlebih dahulu dan diikut bahan kering & tekan button doh. Tunggu 1.5hrs keluarkan dari BM dan kepiskan adunan (tumbuk2kan).

Canai nipis adunan 40 x 25 cm
Sapukan dgn mentega tawar. Taburkan gula perang. Ayak serbuk kulit kayu manis dan taburkan kismis .gulung sambil dipadat2kan. Potong setebal 2 cm.
Letakkan di loyang 24 x 24 x 4 cm yg dialas kertas roti dan disapu majerin
Biarkan selama 45 minit sehingga kembang.
Bakar selama 20 minit dgn suhu ketuhar 190C.
Hiaskan dgn coklat masakan putih.



We Love, We Care & We Share

Take care & comb your hair,
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

Resepi Apple Pie yang mudah dan gerenti sedap


Traditional Apple Pie
 Ini merupakan percubaan pertama mommy membuat apple pie bagi memenuhi permintaan en hubby yang katanya dah lama sangat teringin nak makan apple pie. Makanya mommy pun gugel sana gugel sini, terjumpa la recipe apple pie yang mudah. Rupanya ada dua jenis pie apple ni, satu apple crumble and satu traditional apple pie yang mommy buat ni ha.

Tanpa banyak bicara, for future reference mommy pun kongsikan resepi apple pie disini.

Bahan-bahan:

untuk membuat pastry:  250gm tepung hong kong (nak guna tepung gandum pun buleh)
                                       150gm mentega sejuk dipotong kecil
                                        50gm gula icing
                                        30gm air sejuk peti ice (jika guna tepung gandum)

caranya:  - gaul tepung dengan gula icing
              - masukkan mentega dan ramas sehingga menjadi serbuk roti.
              - uli pastry sehingga menjadi lembut/ doh.
             - bentukkan bulat, masukkan dalam plastic dan rehatkan di dalam peti sejuk selama 1jam.
             - panaskan oven 180C , canaikan pastry dan masukkan ke dalam Loyang pie . Asingkan sedikit pastry sebagai hiasan(tutup pie nanti).
             -cucuk dasar pastry dengan garfu, dan bakar selama 25minit.
             - tuangkan inti
             - canaikan lebihan pastry dan hiris memanjang. susun secara bersilang pada permukaan pie dan sapukan dengan kuning telur (pada percubaan pertama ni den terlupo pulak nak sapu kuning telo huhuhu).
            - bakar lagi selama 30-35minit.
                                       


sangat sedap, mudah dan licinnn
Bahan-bahan inti (filling):

4 biji apple hijau
1/2 biji parutan kulit lemon
secubit garam
2 tbsp. mentega
100gm gula perang
1tsp serbuk kayu manis
2tbsp tepung jagung/gandum
3tbsp air (untuk bancuhan tepung gandum)

caranya:
- apple dibuang kulit dan biji, dihiris nipis. ketepikan
- panaskan gula & mentega. dikacau rata
- masukkan hirisan apple, kacau rata
- masukkan garam, serbuk kayu manis & bancuhan tepung
- kacau hingga apple lembut & kuahnya pekat
- angkat & sejukkan

We Love, We Care & We Share

Take care & comb your hair,
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

Monday, January 19, 2015

Dahlia Arianna Tay fullmoon

Alhamdulillah hari ini genap 30 hari usia my baby girl Dahlia Arianna Tay Rui Shuen,  Alhamdulillah baby dan mommy sihat2 sahaja.
Kalau di ikutkan tradisi kaum cina, mommy dah habis pantang dah. Tapi as usual mommy tetap ikut tradisi melayu yang berpantang 44 hari.
Kalau masa anak sulung dulu, excited,  baby 30 hari mommy dah bawa keluar gi jenjalan kat Alamanda. :p
Masa Daisy pulak, usia 2bulan mommy bawa pegi tawaf zoo negara.
In sha Allah baby kali ni, mommy dok ghumah sajok la, bukan serik tapi sibuk anak sekolah,  kot teringin nak jamu tekak nanti, habis 44 hari kita tawaf IOI city mall sudah lah ahaks.

Okey, sempena 30 hari baby Dahlia,  kami tempah 20 boxes 4pcs cute cupcakes untuk diberikan kepda jiran dan kawan2 daddy yang sudi membuat collection untuk anak ke3 kami. Tak sangka anak no3 pun depa sudi buat collection kan.
Orang memberi kita membalas dgn ikhlas hati.
Ni le rupe cupcakes nyer

4 pcs fullmoon cupcakes
Semoga baby Dahlia membesar dengan sihat, bijak dan aktif. Menjadi anak yg baik dan mendengar kata. In sha Allah.


Berat baby terbaru tak tahu lagi, kene tunggu 1 month check up 21 hb nanti.
Mommy punya berat lepas bersalin pun tak tahu pasai penimbang berat kat rumah ni rosak, kot boleh guna penimbang kek tu memang mommy dah timbang dah hahahaha
Bukan apa, hubby dok puji perut mommy dah slim ajew aduihai mana la tak happy and excited,  belum pun lg habis pantang kan.

Berpantang kali ni mommy mandi serom sempai sebulan ko, mommy beli mandian herba aura 6 pax, pastu mil belikan mandian herba lagi 10 pax... ha
Cuma bertungku ajew sampai 2 minggu huhuhu lepas koko start sekolah dah tak sempat dah, mil pun jaga sampai 27 hari saje.

Masalah perut buncit in sha Allah tak begitu membimbangkan, ala tire spare mmg masih ade, kan baru 30 hari, tunggu la sikit hari lagi, mommy mahu trim kan saiz punggung, pinggang dan lengan. Pinggang mesti muat balik jeans masa bujang 27" or berat target 48kgs. Yg pasti bawah 50kgs.
Even lepas habis pantang,  mommy tetap bercorset or berbengkung dengan zirana 2 in 1. Makan tak boleh diet, pasai mommy breastfeed and menjaga 3 org anak tau. Mau pengsan kalau x makan.
Yang penting, makan supplement Shaklee,  mommy boleh kurus, kekal bertenaga tanpa berlapar dan susu badan pun banyak dan kulit pun cantik.
Walaupun hanya dok rumah, sahm nak gak cantik kannn
Untuk siapa?
Untuk suami la, ♥♥♥♥

Nak makan products shaklee untuk kurus, untuk cantik,  untuk tambah susu, untuk kekal bertenaga,  jom wassapp 0192822328.  Lekaih!

We Love, We Care & We Share

 Take care & comb your hair,
 From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

Saturday, January 3, 2015

Birth story of Princess Dahlia Arianna Tay

#throwback

Few minutes after labour


Sabtu 20 Dec

Mommy ada weekly check up at KPJ, kami sampai agak lewat, ramai sungguh org yg menunggu giliran minggu ni, mommy dt no 24 huhu
Disebabkan baru panggil no 2, so kami balik dulu and dtg balik jam 1115am.
Masih harus menunggu lagi 5 giliran, awalnya daddy suh postpone saja appointment to next monday. Tapi mommy insisted nak jugak jumpa doc sebab minggu ni dah masuk 39 weeks, nak tahu opinion doctor sbb dah semakin tak larat nak berjalan, Braxton hicks semakin kerap dan sakit and mommy rasa baby pun macam dah kurang gerak. So risau, mommy nak check la condition baby inside , air ketuban cukup ke tak, if need czer I nak plan czer this time sebab I want daddy to join into OT.
Tapi bila tiba giliran mommy, ada sedikit kehampaan, sebab terlalu ramai patient,  dikhabarkan doc lee tak tidur semalaman, malam he have to attend patient labour, and as early as 5am, again he attend another patient labour, this morning another labour and a lot of patient.  So I can sense he cincai la checking on me.
Katanya baby dah last term position tp belum engage.  Scan baby everything still in good condition,  berat mommy 66.8kgs, tetiba berat baby boleh pulak 3.1kgs. Last monday scan doc said berat 3.3kgs. But doc said estimated only .
Funny sebab pengalaman 2 x mengandung , doc lee scan mmg tepat sampai bersalin.
So agak kecewa sikit. Balik pulak kene menapak sampai ke petrol station pasai hubby dh tunggu kat lobby hospital,  bila dia pusing, masa tu mommy keluar, mommy jerit2 lambai2 dia tak perasan (tak call sbb his battery phone flat).
So muncung cencorot la mommy tengahari tu.
Mmg dr jumaat mommy tak memasak, so lunch hr tu daddy tapau, and I sleep whole afternoon,  perghhh I guess I m so tired that day. Dinner hubby masak, for 1st time wow!!!
Pastu dia ajak mommy gi alamanda, katanya nak jenjalan, jom la, nanti cepat bersalin. But I tanak sebab dah tak larat nak berjalan, lepas maghrib selepas sedekahkan yassin utk abah, I play kan bacaan surah maryam kat perut ni, bagi permudahkan bersalin niatnya.
Lepas tu hubby ajak makan sate, katanya mommykan nak makan sate, so tapau la 15 cucuk sate dan makan di mamak digi sebab koko nak mkn roti nan cheese and makan roti tissue.  Perghhh berselera sungguh. Walhal dah 930mlm, kebiasaanya kami dah tido time tu.

21 December

2am : Tengah tido terjaga, biasa la mmg last term ni selalu terjaga akibat kekerapan Brixton hicks,  dan tiap kali pegi toilet check if ada blood spot (tanda bersalin) tapi tak ada. Kebetulan dh few days tak membuang air besar, jam 2pg tu bangun la buang air besar sekali.
Hubby tanya sakit perut ke? Mommy said no, normal past motion la. And try to sambung tido. Tapi susah betul, pusing sana, ousing sini, sakit perut takde.  Rasanya jam 3am baru dapat tido balik.

4am: baru nak tukar posisi tidur mengiring dari kiri ke kanan, tetiba terasa ada sesuatu yg suam mengalir keluar dr seluar dalam. Niat hati nak bangun nak check adakah keluar darah. (Dok ingat sign of labour keluar darah je pasai both anak before mmg sign of labour keluar darah dulu, walaupun tahu selain keluar darah, contraction and water burst is another sign of labour).
Tapi lagi nak bangun lagi banyak dan deras cecair suam tu keluar.
OmG it's water burst, dah nak bersalun dah ni.
Ku kejut kan hubby yang tidur di kaki ku, dekat aje tp sebab dia pun baru terlelap semula jam 3pg, so panggilan ku tidak didengari. Lantas aku baling patung spongebob hahahaha "honey, my water burst, I m going to labour".
Kataku yang terus mencetuskan kepanikan kpd dia hohoho
Katanya kita terus ke hospital,  bawa both kids and he will call his brother.
Bila mommy bangun dan bergerak turun ke hall bawah, air ketuban semakin byk keluar, menjejes jejes dr atas tilam sepanjang tangga menurun dan kemana saja mommy pergi, nak mandi pun rasa tak sempat, even ramai yg kata we have 24hrs dr air ketuban pecah ke labour. But I m afraid the more I move , the more water yg keluar, and my baby akan lemas dlm tu. Seriously I feel very cuak.
Apa yg I buat, tukar kain batik (lupa langsung nk pakai pad), bawa beg hospital & cellsafe pack and pegi hospital.

430am: sampai hospital tanpa handphone tanpa ic or hospital appointment card. Hahahaha, dgn 2 kids yg sdg tido pun terbangun msk labour room,  nurse check katanya baby head still far, bukaan pun x sampai 2cm. Diaorg suh hubby balik, nanti dh nak labour br call hubby. They not even call my doc yet.katanya doc lee too tired sbb ada sorg doc yg bercuti, doc lee ganti, since friday nite doc lee tak tido. Pada asalnya memang langsung tak sakit, tapi bila masuk jam 5am, mula rasa contraction.
Memang berbeza contraction sebelum water burst and contraction after water burst.  Masa koko dulu, I can stand alone in ward melayan contraction sampai bukaan 10cm br I call nurse, sbb dh tak tahan sgt.
Tapi kali ni nak sampai bukaan 5cm pun rasanya sakit ya amat. Sampai 5cm diorg baru nak bagi I ubat berak, dah la tengah sakit, pegi toilet semasa contraction hilang sekejap, berlama sikit nurse dah ketuk pintu toilet. Ha tau pun risau, awatnye masa tak sakit tu bagi siap2 ubat berak? Adoiii
Bila bukaan dh 8cm baru diorg call doc, and call my hubby. Masa tu I dah nak nangis sebab hubby dah janji, will stay with me during labour, but where is he?
Jam 7am baru hubby datang, katanya abg dia br dtg (bcoz he didn't call his brother instead just wassapp huhuhu) his brother help to take care our sleeping children. I m so glad hubby with me during my labour.  And about 8am kot baru doc lee sampai, masa tu I dah lalok, sebab I di paksa hidu gas tu. Masa koko dulu i tak merasa dimasukkan ubat berak atau hidu gas, sebab everything goes smoothly and easy. But this time the pain is unbearable,  I keep asking where is the doc, I cannot wait, so pain. And nurse force me to hidu that gas, and aaarghhhhh I jadi lalok and I didn't feel the contraction pain. Ade la 3 x jugak kene hidu sementara tunggu doc lee sampai. Masa doc lee sampai, hubby kata I smiling semasa lalok tu hahahaha hahaha

In labour room during contraction



They keep me awake again, and then only ready to push the baby. Omg sampai terberak I you tau, pasai depa bg ubat berak bila dh 5cm bukak, and bila I take longer time dlm toilet diorg ketuk pintu risau. Haaa kannn sudah *takde malu dah sebab sakit sangat.
Push push push keluar la princess mommy yg comel ajew....berat lebih sikit dari koko , 3.02kgs.
Hah....kecik aje...awat susah sgt nak keluar. Kali ni I can feel baby head keluar and few minutes later placenta keluar. Kalau koko dulu, I tak rasa baby keluar, syok sgt teran, tau2 dh keluar. This time bila dh keluar rasa legaaaa sgt.
Huhuhu sakit sebenarnya bersalin ni yer. :p
Doc lee cakap, I dah lupa cara teran, baby kecil aje. Yelah dh almost 5yrs, yg 2nd kan czer, senang je hahahaha
I told nurse , why my 1st baby I tam sakit mcm ni, then nurse said, bukan x sakit, tp u dah lupa sakitnya :p
Tp I rasa sakit sangat sebab water burst dulu. Kalau koko dulu dh buka 10cm pun water x burst, tp doc yg pecahkan.
Sebab tu berbeza. Huhuhu

Baby fresh from oven


Monitor mommy contraction and baby heart rate

832am,  baby was born

Nah introduce my little princess Dahlia Arianna Tay Rui Shuen,
Lahir di KpJ jam 832am, seberat 3.02kgs, 50cm pjg, 32cm ukurlilit kepala. Secara normal with episiotomy huhuhu.
Malangnya,  same case with koko, we unable to keep her cord blood sebab terlalu sikit. Even cellsafe tak ada minimum amt of cord blood to proceed mcm cryocord,  tp qty yg doc berjaya collect too little and tak cukup utk di extract.
Huhuhu small baby, small unbiblical cord, maybe short too yg menyebabkan tak cukup darah. Only daisy have big tali pusat and doc manage to collect blood cord sampai terlebih2. Semoga anak2 mommy semua sihat2 belaka, im sha Allah. (Cellsafe will fully refund our advanced fees in 30days, no worries ).








We Love, We Care & We Share

 Take care & comb your hair,
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E