How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Thursday, December 29, 2011

Appeton multivitamin for Abbie


Salam mommies...mungkin hari ini merupakan hari terakhir ako bekerja & memblogging pada tahun ini ahaks... esok ako akan mulai bercuti...walaupun pada dasarnya cuti ku telah menjadi negatif (kira unpaid cuti la nie) tapi .....ade ako kesah???? wahaha sebab hubby pun bercuti esok...tak tahan la ako nak bekerja sensorang sedangkan semua orang mood bercuti. Production pun akan shutdown untuk 3 hari (tapi kesian...sebab ako ada terima urgent build yang baru je bermula hari ni & ship sebelum 5jan...5jan mesti dah sampai US) huhu
kesian pada mereka yang menjalankan lot di production floor...ako bersimpati ahaks...

Apalah yang ako merabankan ini :P
Niat di hati ni nak share nie ha,....Appeton Multivitamin yang diberikan oleh doctor yang bertugas malam di KPJ hari tu,.,.ingat tak ai ada share yang dah seminggu Abbie demam malam....demam sikit2 tak pe..ni shoot up to 39C...tapi alasan doctor Abbie is teething....so ubat apa dia boleh bagi selain ubat demam,,,nk pulak doctor tu dah menjadi kawan daddy (doctor tu cina jugak, nak convert so he will contact daddy to help him convert nanti) wahahaha so dengan baiknya doctor tu bagi sebotol besau multivitamin ni...dah bagi...kami amik je la kan biar pun kat rumah ada 2 botol scottemulsion lagi (orange & ori flaver) huhu

So semalam first time ai bagi abbie makan multivitamin nie....(sebelum nie ai pernah bagi infant multivtamin brand appeton jugak) tapi ai hate the smell...slalo letak dlm bubur baby, tapi bila abbie turn 12mos ai hantar pi umah baby sitter...tak tahu la..habis ke or bs tak bagi langsung huhu
So appeton utk toddler ni pun mempunyai bau yang sama dengan infant....weeekkkkkk i hate...tapi abbie look excited...tambah dalam tu ada diberi dengan picagari dia....ai assume tentu abbie reject punya lah....nanti dia ingat mommy nak bg ubat dekat dia....
tapi guess what...........he love it....he love appeton yang smelly tu, he love scottemulsion...he just love it!!
wah...memang berbaloi2.....so we plan to give multivitamin nie everyday & scottemulsion alternate day.....so tak le nanti terbiar expired dalam peti sejuk tu :)

Untuk mommies yang tak biase dengan kebaikan Appeton multivitamin ni, apa kata kita ZOOM  summary  kat bawah nie :P

- Merupakan multivitamin plus Lysine yang berfungsi membantu meningkatkan selera makan, pembantu pertumbuhan dari segi ketinggian & berat kanak-kanak.
- Ia mengandungi vitamin B1, B2,B6 , vitamin C yang menghalang pembentukan "scurvy" (bengkak gigi & gusi) dan seterusnya meningkatkan pertahanan diri melawan jangkitan kuman.
- Kandungan lemak tidak tepu, vitamin A & D3 membantu penglihatan yang baik & memastikan kandungan calsium dalam badan mencukupi. Ia juga membantu pertumbuhan gigi & tulang yang sihat.
- Vitamin B12 bersama asid folic adalah pentingan untuk pembentukan sel darah merah seterusnya mencegah dari terjadinya anemia.  
- Kehadiran vitamin E bagi memastikan sel-sel badan berfungsi dengan sempurna.
 - Manakala, Lysine sendiri merupakan asid amino essential yang tidak boleh diproduksi dalam tubuh ia membantu menambah selera makan dan "protien synthesis".  

Wednesday, December 28, 2011

Baby-Led-Weaning (BLW)


Pengenalan: Apa itu BLW?

Baby-led weaning (juga dikenali sebagai BLW) adalah satu method memperkenalkan makanan kepada baby dari susu kepada solid food.  BLW membolehkan baby mengawal sendiri pengambilan makanan pejal dengan cara "self-feeding" sebagai permulaan kepada proses mengenali makanan pejal. Pada permulaannya hanya sedikit makanan yang akan masuk ke mulut memandangkan pada tahap ini, baby baru hendak mengexplore tekstur dan rasa makanan. Namun jangan bimbang, lama kelamaan mereka akan pandai untuk menelan & menyunyah makanan tersebut.


Bagaimana untuk memulakan BLW?:

Pemberian susu ibu hendaklah di teruskan seiring dengan pemberian makanan pejal dan di sarankan memberikan sehingga baby berusia 12bulan. Walaubagaimanapun direct brestfeeding adalah satu jalan terbaik kearah BLW. kenapa? Ini kerana baby telah terbiasa dengan kepelbagaian rasa makanan melalui susu ibu dan semasa menyusu, rahang baby telah terlatih untuk menyunyah).
Adalah amat sukar untuk memperkenalkan BLW kepada baby yang minum menggunakan botol susu sejak dari lahir. Mereka mengambil masa untuk belajar menerima kepelbagaian rasa makanan & belajar untuk menyunyah.

Pada usia 6 bulan, baby belajar untuk menyunyah & memegang benda, dan inilah masanya yang sesuai untuk memperkenalkan finger food/BLW.

BLW menekankan terhadap penerokaan rasa, tekstur, warna dan bau makanan tersebut. Ini kerana baby itu sendiri akan menetapkan kadar/kuantiti makanan, dan makanan yang mana lebih menarik minat mereka. BLW menggantikan kaedah lama iaitu menyuapkan baby anda dengan puree/makanan yang di kisar dengan menyajikan pelbagai "finger food" untuk dipilih.

Terdapat satu teori yang mengatakan, baby akan memilih makanan yang mempunyai nutrisi yang di perlukan oleh badan mereka dengan cara merasa makanan tersebut.
Baby belajar BLW dengan lebih berkesan melalui persekitaran mereka, dengan membenarkan baby makan bersama ahli keluarga menyumbangkan kejayaan BLW.


Tanda-tanda baby ready for BLW:
Seperti saranan WHO, waktu terbaik memperkenalkan makanan pejal bila baby turn 6 bulan. Baby boleh duduk tegak diatas riba, atau dikerusi makan baby dengan bantuan atau sedikit bantuan.
Syarat-syarat boleh makan seperti yang telah dibincangkan DISINI


Basic prinsip of BLW:
  • Pada permulaan BLW, baby dibenarkan untuk menolak makanan pejal dan akan mempekenalkan di kemudian hari.
  • Baby dibenarkan untuk menentukan kuantiti makanan yang mereka mahu. Tetapi  tidak boleh menambah makanan di akhir sesi makanan especially dengan menggunakan SUDU. (ini untuk memastikan mereka menghargai makanan dan tidak mensia-sia kan makanan dengan membuang ke lantai & untuk memastikan BLW berjaya)
  • Jangan mengesa anak anda untuk menghabiskan makanan mereka. 
  • Berikan sedikit minuman sepanjang waktu makan. 
  • Selalunya BLW bermula dengan steam buah-buahan atau sayuran, ini untuk memastikan ia mampu dikunyah biarpun baby tidak mempunyai gigi.
  • Jangan sesekali memberikan makanan yang terlarang sebagai finger food ie makanan kekacang.
  • Makanan yang lain seprti oatmeal dan yogurt boleh diperkenalkan dengan membenarkan baby menggunakan sudu sebagai pengajaran makan sendiri menggunakan sudu.

Kebaikan BLW:

- BLW  menyokong perkembangan motor kanak-kanak di kawasan yang penting seperti koordinasi mata, tangan dan mengunyah.
- BLW menggalakkan kanak-kanak berdikari dan menyediakan persekitaran "bebas tekanan" semasa waktu makan untuk baby & juga ibubapa. Ini kerana sesetengah baby tidak mahu makanan pejal apabila di suap tetapi akan makan dengan gembira jika mereka di benarkan makan sendiri "finger food".


Sila Ambil Perhatian:
Ramai ibubapa (termasuk saya hihi) terbiasa dengan pemberian puree kepada baby di umur 6 bulan kerana dibimbangi finger food akan menyebabkan baby tercekik. Walaubagaimanapun, baby yang mengamalkan kaedah BLW sebenarnya sangat jarang untuk tercekik, ini kerana mereka tidak mampu untuk menolak makanan ke dalam mulut sehinggalah mereka belajar untuk menyunyah. Maksudnya, baby akan belajar memegang benda dahulu baru merka belajar mengunyah.  Oleh itu, perkembangan baby yang seiring dengan sistem penghadaman mereka membantu mereka handle makanan pejal.
Sebab itu adalah penting untuk memastikan baby dalam keadaan duduk tegak jika mahu menggunakan keadah BLW ini. Jika terdapat makanan yang berada jauh di dalam mulut, secara amnya mereka akan menjerit atau membatukkan makanan tersebut keluar.
Ibubapa mestilah berada sentiasa dengan baby di awal pengenalan BLW.


.......Good luck for mommies yang wish to start solid food with BLW.... :)

Carnation Milk Jelly - with seacoconut



Ingredient:
2x135g packs of jelly powder
250ml boiling water
1x410g tin of carnation milk
2 biji sea coconut- slice nipis
Method:
-  Boil water  & jelly in a pot.
- Whisk until the jelly is starting to dissolve.
- When jelly dissolved to water, add the evaporated/carnation milk and whisk until totally combined. 
- Place 1 slice of sea coconut in the glass/cup
- Pour into your chosen serving dishes/glasses. i use plastic cup.
- Chill in the fridge for at least 2 hours, preferrably longer, until totally set. 

let see how enjoyed Abbie eat this healthy jelly
yumm yummm

~ yummy with mommy ~

Bake Banana with Orange & Coconut


Salam mommies....permulaan hari yang agak busy, issue semalam yang begitu meghiris hati [terhiris sgt sebab kebetulan PMS] wahaha, di tambah pulan LAN & wireless kat office nie tak berfungsi, so tanpa intranet/internet I cant do my work, so semalam ai cabut awal la...430 dah lari balik.

So disebabkan sampai rumah 530pm [kesiankan...setiap hari 2jam perjalanan pergi & balik kerja...penat tau] , ai sempat memasak dinner for hubby [nasi goreng cendawan jew...abbie pun makan sekali....sekarang bila masak sudah mula tidak pedas...masak nasi goreng pun letak cili padi sebiji sebiji, so kalau nak pedas gigit jew cili tu....so baru la abbie boleh join the food.]

Tapi ai tak mo lah kongsi recipe nasi goreng tu, you ols mesti lebey terror dari ai wahahaha
kat sini ai nak share menu desert untuk Abbie semalam [aikk....daddy pun suka, siap request buat lagi la pulak] wahahaha
namanya "Bake Banana with Orange & Coconut"
namapun dah tau apa bahan yang ai gunakan kan :P

Bahan-bahan:
2 biji pisang masak (suka hati lah pisang apa)
4tsp olive butter
4tsp brown sugar
4tsp dried coconut
4ulas isi orange tanpa kulit & serat (ai guna limau CNY dh tu je yg ada)
aluminium foil

Cara:
- panaskan oven 180C
- potong aluminium foil agak boleh membungkus 2 biji pisang tu
- sapukan butter ditengah2 aluminium & taburkan gula perang tadi
- potong pisang serong2 dan letak diatas gula & butter tadi
- taburkan dried coconut & orange tadi on top of pisang tadi. kalau ada lebihan juice orange pun boleh tuang sekali.
- bungkus aluminium foil tadi & bake for 15minit.
- serve while it still warm

~yummy with mommy~

Tuesday, December 27, 2011

Avocado Muffin


Idea untuk membuat Avocado Muffin datang bila ai beli 3 biji avocado, peram & semua masak serentak.
Since me & Abbie love avocado [kecuali daddy je yang tak suka] so 3 biji tu nothing la for us to finish but jemu la pulak nak makan macam tu kan, so baking simple recipe daddy takkan marah kan :P
[en suami saya cukup bising bila saya membusy di dapur tanpa menjaga Abbie, so menu kami sememangnya simple2 & sesuai untuk busy mommy macam saya...busy sgt kerrr :P]
So on 25 Dec selamat la 12 biji muffin terhasil dari sebiji avocado....setakat pagi tadi, tinggal sebiji sahaja muffin tu yang di baham oleh kami bertiga [hubby tak suka avocado tapi bila buat muffin dia suka pulak]

So jom tengok apa yang mommy campak di dalam muffin ini:

Bahan-bahan:

2 cup self raising flour
2 cup olive butter (tu je butter yg ada di rumah)
1/4 cup sugar
1 biji puree avocado
1 biji telur ayam
1 cup fresh milk
1 cup almond (yang di blend halus)

Cara:
- panaskan oven 190C & sediakan muffin tray
- Putar butter untuk 3 minit & tambah gula, putar sehingga kembang
- masukkan telur & putar 2 minit
- di dalam bekas berasingan campurkan susu,avocado & almond powder, gaul sebati
- masukkan campuran susu, avocado & almond powder di dalam mixer tadi & putar sehingga sebati
- letakkan adunan lebih kurang 2 tbsp ke dalam setiap lubang tray [boleh menghasilkan 12biji muffin] mine use 6hole muffin tray so 2x bakar la
- bake for 20 ~ 25minit

 sedang membakar
[thanks to my hubby for those comment] wahaha

siap....Avocado muffin, kalau nak nampak cantik, boleh letak perwarna hijau bersesuaian dengan warna avocado....
[sekali lagi thanks to my hubby for the fud art]

Honey Bake Chicken Wing


Salam 27-Dec mommies...hari yang begitu malas untuk ke tempat kerja terutamanya bila dah bercuti 3 hari huhu, nie menu kami last Sunday....orang bake ayam belanda ai bake kepak ayam...tapi bukan belanda wahahaha 
oh ya, sekarang ai dah pencen masak bubur untuk Abbie sebab abbie dh bujang tau...he prefer to eat rice so boleh la makan honey bake chicken wing mommy nie :P
Recipe simple yang mendapat pujian en suami....kira2 special menu of the day la...selain menyajikan kerang rebus cicah sos, bening bayam & sambal belacan...
Jom tengok apa yang ai campak kat kepak ayam nie :)

Bahan-bahan:
1/2 kg ayam (ai letak 3 keping kepak ayam)
1 tbsp cili paste (nak pedas boleh letak lebey)
1 tsp black pepper (ai tak letak sebab kehabisan stok pula di rumah)
1 tsp ginger
2 tbsp honey (ai guna pure honey mart)
3 tsp all seasoning meggi powder (kalau tak suka jgn letak, ganti dgn garam)

Cara:
Gaul semua bahan dengan chicken wing tadi & perap 2 jam di dalam peti sejuk
kemudian bake pada suhu 200C selama 15 ~ 20 minit

~ yummy with mommy~

Tuesday, December 20, 2011

Abbie demam only at mid night

23-Nov, Abbie demam
29nov~1dec, Abbie demam (nite only)
5dec, Abbie demam (checked due to viral infection at throat)
11dec, Abbie demam (nite only)
19dec, Abbie demam (nite only)
Malam tadi, Abbie demam (nite only)

Mommy & daddy memang sleepless & mommy sakit kepala due not enough sleep, semalam saja amik MC sekali jumpa doctor, my BP high lio... 149/80 wallauweh.... patut den sakit kepala
Malam tadi waktu yang sama seperti tiap2 malam, 1230am, mommy terjaga and check Abbie tgh high fever, Check 37.7 C, suh daddy tampal cool fever, sekali lagi check 38.5 C , wah...daddy jom pergi KPJ (sengaja tak bagi ubat montot sebab kami nak tahu root cause) ingat doc akan buat blood test.
So kami stay di KPJ sampai jam 230am, Abbie tak dapat mengelak dari di sumbat montotnya untuk menurunkan demam yang yang shoot up to 39C!!
Jumpa doc, doc check sana, check sini & kami told the demam history, doc said, he healthy sebab Abbie tak de cough or flu or cirit birit malah seleranya juga ok. takde tanda denggi , doc said kalau denggi he cant stand for 2 week utk demam berpanjangan. so doc tanya kalau parent ada demam ka? kami kata kami sihat jek, hantar baby sitter ada baby yang demam ker? kami kata xde. doc tanya lagi, ada nampak tanda baby nak tumbuh gigi ker? kami kata yes...gigi taring 2 batang kat bawah tu nampak nak keluar, dah putih...
so doc cakap...yes...itu demam mesti due to teething.
tapi doctor, kenapa hanya demam di malam hari? siang ok jer...
doc cakap sebab malam la badan kita brubah, gum abbie mnegembang utk mengeluarkan gigi tu.siang dia leka main, tu yang tak demam.

daddy macam tak puas dengan jawapan tu, utk lebih penjelasan, mommy tanya kawan mommy [jawapan mereka serupa], mommy goggle [pun serupa].
nie mommy share apa yang mommy found [telah di alih bahasa] :)

Tanda-tanda baby demam/tidak sihat:

Peluh yang berlebihan pada kulit atau muka
Kulit kering, panas yang merasa panas apabila disentuh
Mengantuk (pasif-nak tidur aje)
Gejala pernafasan yang luar biasa atau sejuk
Sakit telinga
Muntah-muntah
Kurang selera makan


Bacaan suhu BUKAN lah satu-satunya petunjuk sama ada anak anda mengalami demam yang serius. Tingkah laku kanak-kanak kecil anda adalah faktor juga.  Jika ia tidak menghalangnya daripada bermain dan makan biasanya, tidak boleh menjadi sebab untuk dibimbangkan.

 PLS TAKE NOTE: Suhu setiap orang meningkat pada lewat petang dan malam. That explains why your toddler’s fever spikes at night. Kitar semulajadi termostat dalaman kita menjelaskan mengapa doktor mendapat banyak kes demam pada lewat petang atau tengah malam. 


Kaedah alternatif untuk mengurangkan demam anak kecil :

1- Anda boleh cuba untuk menurunkan demam kanak-kanak kecil dengan sponging dia dengan air suam (tidak sejuk) atau memberinya mandi suam.

2- Anda sentiasa boleh cuba menanggalkan pakaian mereka kepada pakaian dalam mereka dan membenarkan mereka berjalan di sekeliling rumah seperti ini. Ia akan mengurangkan suhu badan mereka. Pakaian cenderung sebagai penyumbang demam.


3- Jangan sekali-kali cuba untuk mengurangkan demam dengan sponging anak kecil anda dengan menggosok alkohol. Alkohol boleh diserap ke dalam aliran darah anak anda melalui kulit. Ia juga boleh menyejukkan beliau terlalu cepat, yang sebenarnya boleh meningkatkan suhu.

4-
Ubat-ubatan mengurangkan demam/menurunkan suhu badan buat sementara waktu. Tetapi ia tidak memberi kesan kepada punca jangkitan, oleh itu ia mengambil masa sekurang-kurangnya dua atau tiga hari sehingga anak anda bebas dari jangkitan.

Thursday, December 15, 2011

2nd HPV jab

semalam ai dh pegi for 2nd HPV jab...wahaha ngadu dgn doc bedi sakit kat tgn tu last for a week...
doc cakap 2nd nie tak sakit mcm first time [tp betul la] kalau sakit balik tuam dgn air panas,
next & last jab will b 5 month later which is 15 May 2012.
Ha lepas tu leh la kami sambung project yang terbengkalai hari tu, Abbie pun mase tu dah nak masuk 2 tahun. wahahaha :D
Tapi mase 1st jab tu buat sekali dgn pap smear doc suruh ai get ready by taking multivitamin & make my womb ready, yelah i ada slightly anemia, org anemia ni mmg berisiko untuk keguguran, sebab tu bila ai beritahu doc my concern, doc cakap nothing wrong with my rahim,i boleh produce once why shd have problem. just my red blood cell low tu yg mudah jatuh, tak boleh penat/wat keje lelebey....even now pun asal wat keje cpt now penat, somethimes rasa nk pitam, huhu iron tablet is a must from TODAY!

Abbie pun macam sunyi nye main takde kawan, asyik paksa mommy je main dgn dia, tak layan kang nangis manja pulak tu huhu
sabar ya abbie :P

Wednesday, December 14, 2011

Jom tolong saya....

Saya suka shopping, mommies suka shopping? mesti suka kan...hehe
hubby ai pelik kenapa la wanita nie baju 2 almari tapi masih cakap takde baju...wakaka
Dan, sebab saya suka shopping & suka tolong orang shopping, & juga kelapangan waktu bekerja, maka saya mula berjinak2 semula dengan part time biznez nie..wahaha,
so ai need your help here.....pls help to LIKE my official page kat SINI
Like ajew, kalau ada masa tengok2 la product yang ai tawarkan....sampai Ahad nie ada OFFER free delivery untuk selected item* ya...so hurry, PM ai kalau berkenan hehe

Thank you in advance :)

Tuesday, December 13, 2011

What to Feed Your Sick Child


Jika anak anda mempunyai Cirit-birit
Hidangkan plain water, seperti air masak/air kosong, sup (untuk kanak-kanak over 1yr), atau electrolyte solutions (selalunya di berikan di hospital), untuk mengelakkan dehidrasi (elakkan memberi juice dan soft drink -gula boleh memburukkan lagi cirit-birit); berikan normal diet seperti nasi, pisang , dan sayur-sayuran yang dimasak .

Jika anak anda mempunyai Sembelit
Hidangkan Prune atau jus prune untuk merangsang fungsi usus; makanan yang tinggi serat, seperti fresh apple, oren, lobak merah dan saderi; air untuk menyimpan najis .

Jika anak anda demam
Hidangkan diet yang biasa, tetapi disebabkan demam secara amnya mereka akan kurang makan, maka tambah dip souce atau butter untuk menggalakkan mereka makan. seterusnya meningkatkan kalori makanan & membanyakkan pengambilan cecair.

Jika anak anda mempunyai sakit tekak
Hidangkan teh panas noncaffeinated dengan madu (tetapi hanya untuk kanak-kanak over 1 );  ais krim smoothies berkalori tinggi (guna high fat yogurt) .

Jika anak anda mempunyai hidung tersumbat
Hidangkan makanan yang hangat, seperti sup ayam, yang bertindak sebagai vaporizer & mencairkan air hidung.


goggle utk Abbie Abbie nak makan apa sayang?

Couscous Salad


recipe yang simple & mudah di sediakan

Bahan-bahan:
3 tbsp couscous ( direndam di dalam air yang mendidih selama 15minit)
broccoli (di steam & dipotong kecil)
carrot ( di steam & di potong kecil)
1/2 ripe banana (dipotong kecil)
1 tbsp lemon juice
sedikit garam / kicap cair
1 tbsp parmesan cheese

Cara:
toskan couscous tadi & gaulkan dengan semua bahan
serve

mudahkan :)
~yummy with mommy~

Whole grain Nestum with Pessimon


Breakfast Abbie semasa berkunjung ke Naynay house.
Yer...baby tak sesuai makan nestum tapi Abbie oredi 17mos tau, dengan qty yang dibenarkan, Abbie boleh makan Nestum, nie pun bukannya nestum cerelac, tapi Nestle Nestum yang dalam tin tu
[gambar nanti saya upload] tanpa sugar tanpa susu
Jangan amik yang instant tu memang dah siap bergula & susu....manis
So Daddy yang prepare this menu, he add some Amway Protien [kalau takde mommies boleh je letak susu formula si tecik] & addkan potongan buah pisang kaki [pessiomon] make sure buah tu dah lembut, baru makan pun lembut & sebati je gabungan bahan-bahan tadi
ngeh ngeh ngeh
walaupun instant tapi tetap....
FRESH :)

Ohara's mix rice


 Salam mommies....tak tahu nak bagi nama apa recipe campak2 ku ini....so sebab sukakan "Ohara" yang bermaksud family, so ai namakan ia "Ohara's mix rice".
Sebabnya nasi ini bukan hanya sesuai utk baby or toddler tapi untuk seisi keluarga.
Cumanya kalau Abbie makan macam tu aje (mungkin cendawan tu harus di potong lebih kecil) dan untuk PaMa nie makan ler dengan sambal udang. Baru la marveles ngeh ngeh ngeh
Ni kira recipe mommy yang busy or malas nak masak banyak lauk macam ai ler :P

Jom tengok the making......



Bahan-bahan:
2 cup white rice (cuci & tos)
1 cup frozen green bean
1/2 cup carrot (dipotong small cube)
1 cup isi ayam yang dicincang
4 cup chicken stock or air biasa
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 inci halia muda (dicincang)
3 biji bawang merah ( dihiris halus)
2 helai daun pandan
1 tbsp olive butter
sedikit rempah menumis
sedikit garam


Method:
- Panaskan olive butter & tumiskan bawang putih, halia, bawang merah & rempah menumis sehingga naik bau
- Masukkan isi ayam disusuli dengan potongan carrot & cendawan cina. masak dalam 3 minit.
- Kemudian masukkan green bean & tuangkan beras yang telah di cuci
- Tuang chicken stock or air dan biarkan mendidih
- Tambahkan sedikit garam
- Transferkan ke Rice Cooker & letak daun pandan
- Biarkan ia masak
- serve dengan sambal udang
(lupa pulak nak upload sambal udang tadi)

Friday, December 9, 2011

Mix Apple juice for Abbie

Green & Red Apple juice for my cayunk Abbie last nite

Blend dgn juice maker few biji of apple (sebab buat untuk daddy & mommy jugak)
and tak lupa kacau dengan plain yogurt
yummeh....

lebih bagus buat homemade juice dari beli packed juice yang kompom2 bergula-gula huhu

pssttt: tantek tak picca tu? its taken by Samsung Note (daddy 34 birthday present huhu, tak aci!!!)
lepas nie harap ai will snap nice & sharp picca :)

Tauchu Fish


Bahan-bahan:
2 keping isi ikan Jenahak 
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1/2 cm halia *
1/2 biji capsicum merah - potong memanjang
1/2 biji capsicum hijau - potong memanjang
1 biji bawang besar - dihiris bulat2
1 biji tomato - potong 8
2 sudu besar tauchu Tamin
1 sudu kecil asam jawa
sedikit gula

Cara:
Bersihkan ikan, letak kunyit dan garam, kemudian goreng hingga garing
Bila ikan dah garing, angkat dan masuk dalam pinggan lonjong
Tumbuk bahan-bahan bertanda * hingga hancur
Tumis bahan-bahan tumbuk hingga naik bau
Masukkan bawang besar, kacau. Masukkan capsicum, kacau lagi
Masukkan tauchu. Jangan ambil airnya, masin!
Masukkan air asam dan sedikit air. Rasa... Selalunya tak perlu masukkan garam. Tauchu tu dah cukup masin.
Kalau dah termasin, masukkan sedikit gula. Sikit je... jangan sampai manis pulak.
Akhir sekali, masukkan tomato. Gaul suma sekali.
Masukkan ikan dan gaul hati-hati. Jangan sampai ikan hancur

My new family steamer


 Ini lah hadiah hari jadi saya yang ke 29 minggu depan, sepatutnya ai get Bread Maker tapi kan di sebabkan kestupidan ku di dapur, ai telah meleburkan penapis steamer untuk rice cooker tu.
Ye, kat rumah ai takde steamer pot, kalau untuk makanan dewasa ai steam guna rice cooker steamer, untuk abbie, mommy dah ada Mebby Food Processor.
So daddy cakap beli rice cooker & steamer baru. Bread maker KIV huhu
Atas permintaan en suami, he ask me to snap this photo here :P

 si tecik nie la yang paling bersemangat untuk merasmikan pembukaan kotak steamer ni.
Ala...steamer murah je beli dari Cosway (hubby ai kan Cosway person) huhu

Ini lah saya & hadiah saya.....

Sup Sayur & finger food


Salam Jumaat mommies....this week slow sikit memblogging sebab asyik tertinggal camera di rumah, bertukar hand phone dgn en. suami semasa kepergiannya ke Taiwan, so takde la ai candid any food photo lately huhu

Tapi tengok kemeriahan Abbie menikmati finger food kat atas tu memang suka sangat ai nak share menu & kenapa ia terjadi :)
Masa picca ini di ambil (last week) Abbie kurang sihat sebab ada viral infection di throat nya (al maklum abbie thumb sucker) huhu
So dia refuse solid food instead nk makan puree & soft food.
So mommy buat sup sayur & bg makan finger food, dr situ ai add kentang (as sumber karbohidrat), carrot, broccoli,asparagus, baby corn (sumber sayuran) & pecahkan telur atau salmon (sebagai sumber protien).
kannnnnn..... lengkap diet si tecik walaupun tak sihat :)

Ini lah rupanya sup sayur Abbie (tapi bukan Abbie aje boleh makan, its a family food!)
menu budak dah besar :P

Bahan-bahan:
Carrot - dipotong panjang
baby corn - di potong panjang
asparagus - di potong panjang (boleh ganti dengan broccoli)
kentang - dipotong panjang
sebiji telur (boleh diganti dengan isi ikan)
[last weekend 2 hari ai bg sebiji telur & next day ai ganti salmon]
sebiji bawang merah - di mayang halus
sedikit minyak sayuran/olive oil
secubit garam
rempah menumis
air (kalau rajin sila buat vegetable stock sendiri)

Cara:
- Panaskan minyak & tumiskan bawang merah & rempah menumis tadi sehingga wangi
- tuangkan air/ vegetable stock & biarkan mendidih
- Campakkan sayuran (kecuali asparagus/broccoli) & masak sehingga lembut
-  Pecahkan telur ke dalam periuk tadi & kacau
- masukkan sedikit garam (optional)
- Sebelum tutup api, campakkan asparagus/broccoli tadi
- serve  with rice or makan as finger food...

Monday, December 5, 2011

Strawberry Pancake


Ai selalo menderhakankan recipe...hahaha last weekend sebab ada buah strawberry di dapur, ku buat strawberry pancake untuk diri sendiri [ingat abbie tak suka sebab strawberry nie macam blueberry juga, melt bila di masak, tapi dia pun suker...cedappppp]
sekali tengok macam Pavlova, tapi pavlova versi pancake hahaha
So tak perlu lagi nak makan dengan jem or honey or maple sryup...fresh strawberry nie dah memberikan rasa yang asli & enak....
caranya korank leh campak slice strawberry dalam tepung pancake tadi or ikut method apple pancake tu, susun dulu strawberry slice dlm kuali....
seperti biase, walaupun buwuk rupanya, namun rasanya sgt marveles hahaha :P

Abbie & Cheestik :)


 tomei tak? hehe saje banyak free godam2 photo abbie last weekend.
Sian dak tecik tak sihat, mata pun kuyu je huhu
Sebab dak tecik nie dah mulai kurang menyusu, mommy pun menambahkan pengambilan calsium melalui cheese slice, calciyum or cheestik. juga menambahkan cheese dalam menu harian abbie tapi tak selalu kang muak hahaha
memang sesuai untuk di jadikan finger food, sangat berkhasiat, sebatang cheestik seumpama mengambil segelas penuh susu!
Abbie, dia suka sangat, habis sebatang setiap kali makan lalala~

mana nak cari? kat TESCO pun ada di jual...sila cari di bahagian cheese :)

SweetCorn Carrot puree with Oatmeal


Abbie sakit tekak.....malam tadi daddy bawa abbie see doc Yong di Balakong, sebab worried Abbie tak mo makan, asyik minum susu aje...kerap tapi tak banyak 3 ~ 5oz je...balik dari Taiwan daddy kata pipi Abbie nampak cengkung,. Doc Yong kata Abbie kne viral infection, tu yg dia demam ON/OFF sebab body imune system fight for the bakteria...jangkitan di tekak, throat abbie nampak merah je..no wonder dia refuse solid food instead nk makan lembut2 macam puree...
Nasib baik pagi tu mommy bagi makan ni.... SweetCorn Carrot puree with Oatmeal
mommy steam carrot & sweet corn, blend & mix dgn oat powder yang dicampur sedikit air panas & picitkan sedikit honey.
walla~ baru Abbie selera makan huuhu
Semoga cepat sembuh sayang.....

Friday, December 2, 2011

StrawCcoli Puree with Quinoa


Salam Jumaat mommies..... 1 day to go untuk menanti kepulangan kekanda ku sayang, tmw 8pm my hubby akan sampai ke KLIA flight from Taiwan huhu miss him so much! My darl son sampai demam2 windu daddy dia...asyik mention 'papa' aje huhu
So semalam ai dah pun bagi Abbie 5ml zentel ubat cacing tu, tengok la nanti keluar ke tidak cacingnya
Doc Wong kata, bagi waktu malam, and siang bila dia poo poo, kalau ada cacing, ia akan keluar. kalau takde tu maknya tak de la cacing hehe [sib la ko auntie, hadap la cacing abbie tu kalau ade...siape suruh lebamkan bahu Abbie semalam!]
Frust sebab semalam ai found bahu Abbie lebam, mcm kesan kene gigit or kene cubit or jatuh. tah la ptg ne baru nak tanye sebab pagi tadi bangun lambat!
knape lambat? abbie demam malam la , kurang tidur ako :(

So menu budak tecik tak sihat nie slalonya back to baby time.....puree but he love it lio
walau dh besau, Abbie tetap suka puree..habis 3/4 bowl!
tu menu colourful tu ai blendkan 2 biji strawberry dengan 3tbsp steam broccoli, lepastu add hot water, add 1 tsp honey & 3tbsp quinoa...kacau2 jadilah wonderful colour mcm tu, tertarik & habis licin si tecik tu makan... :)
Daddy cakap, bagi apa aja asalkan berkhasiat biarpun back to baby time, kalau dah abbie refuse porridge kannnnn :)

Tuesday, November 29, 2011

Couscous salad with salmon


First time ni ai mencuba memasak couscous untuk Abbie. Recipe yang bersumberkan bahan apa yang ada di kitchen mommy, tapi Alhamdulillah...di dalam ke fussy-an Abbie recently, he finished half from the bowl [before that mommy bagi makan bubur nasi tapi dia makan few spoon aje huhu]
Macam tu la saya....bila Abbie refuse to eat A food, ai akan buat food B....janji dia harus makan walaupun sedikit sedikit. Pelbagaikan hidangan dari segi rasa & penyampaian ya mommy [pesanan untuk diri sendiri & mommies yang mempunyai baby fussy eater]

Jom tengok macam mana ai make dis salad :)
Bahan-bahan:
2 tbsp couscous
1/3 carrot yang di potong cube & steam
1/4 timun jepun yang dipotong cube
1/4 isi ikan salmon yang di grill & di racik halus
4 batang asparagus yang di steam & dipotong kecil2
2 tbsp serbuk parmessan cheese

Method:
- rebus air sehingga boil & tutup api. Masukkan couscous & tutup periuk & biarkan selama 15minit.
- Selepas 15minit, angkat couscous dengan sudu (atau tapiskan) dan masukkan ke dalam bowl.
- Di dalam bowl, campurkan couscous dengan carrot, asparagus, timun jepun, isi salmon & serbuk parmessan.
- Gaul sebati & serve

p/s- walaupun abbie suka, tapi ai tak suka sebab couscous nie macam ada sikit bau.... mungkin dengan menambahkan sedikit perahan orange juice akan menghilangkan bau tersebut & melazatkan hidangan....[sebab kat rumah takde pulak buah oren] huhu

Bake Macaroni Cheese with Salmon


Bahan-Bahan:
Macaroni yang di rebus
1/4 Isi ikan Salmon  (steam & cincang)
Steam broccoli (dicincang)
Mozzarella Cheese
pepper
salt
1/2 tsp nutmeg powder
1/2 cup All-purpose flour
1 1/2 tbsp butter
1 cup FM
(maaf takde sukatan sebab buat main campak2 je hehe)

Method:
Cairkan butter & tuangkan all-purpose flour, gaul
Tuangkan susu & kacau sentiasa dengan api sederhana sehingga pekat.
Setelah pekat tutup api.
Tuangkan ke dalam macaroni yang direbus tadi.
Gaul & tambahkan broccoli, salmon, nutmeg powder, pepper, salt & mozzarella cheeze
Gaul sebati & bakar di dalam oven selama 10 minit 180C

MommY Fish Nugget


Abbie lately memang fussy eater huhu penat mommy masak bubur few spoon aje dia makan, kadang2 geram jugak.....tapi kalau mommy buat sup sayur, segaja mommy potong carrot,kentang panjang-panjang supaya abbie boleh makan as finger food, kalau tak makan nasi kentang tu dah ganti sebagai sumber karbo, carrot tu sayuran, sometimes broccoli jugak....protien nye di mana ya? ahha.....Naynay ada bagi banyakkkkk sangat isi & kepala ikan merah....kalau tengok macam nk termuntah banyaknye..
So semalam mommy buatkan Fish nugget :)
Abbie suka, tapi 2 keping je la dia makan...cukup la kan

Jom sharing the recipe ---->
Bahan-Bahan:
Isi ikan merah dipotong bentuk nugget
1 biji putih telur
3tbsp tepung gandum
bread crumb (kalau ada empingan jagung pun ok)
sedikit pepper

Method:
Taburkan pepper di atas isi ikan
Salut isi ikan dengan tepung gandum
Celup isi ikan dengan putih telur
Gaulkan isi ikan tadi dengan bread crumbs
Goreng/bake
Serve

Selamat Mencuba
~Yummy with mOmmy~

Apple Pancake

top & bottom apple pancake

Salam & good morning.....terasa macam mau ponteng seminggu dari ke tempat kerja huhu sebab ai memandu sendirian huhu
Abbie semakin la merapat dengan mommy, nak berkepet je semenjak daddy out station nie...ai wish 1 day if ai tak kerja mau mengikut jua daddy ke sana :)
Namun berterima kasih kepada my sister yang datang sabtu lepas untuk menjemput kepulangan suaminya dari Bali seterusnya meninggalkan sorang anak buahku untuk menemani sehingga kedatangan nenek & atok hari ni. Alhamdulillah berteman juga ai...(semenjak kawen ni ai jadi penakut la hahaha)

Ok lah, tak mo membebel panjang2 jom kita tengok menu breakfast Abbie last weekend
Apple pancake. senang je cara nak membuatnye..bahan nya sama macam pancake biase cuma kita tambah apple untuk lebih berkhasiat, kalau sebelum ni ai pernah buat blueberry pancake kan, buahnya di campur di dalam tepung. Tapi untuk apple pancake nie ia berbeza.

Apple tu haruslah di kupas kulit & di slice nipis.
Panaskan butter di dalam kuali & goreng hirisan apple tadi sehingga lembut (dalam 2 minit)
 Lepas tu, tuangkan lah bancuhan tepung pancake tadi.
Masak macam biasa, bila dah berlubang-lubang tu terbalikkan & ganti atas nonstick kuali yang lebar sikit.

Ha...hanya one side aje ada apple tau, another side macam biase. Seperti picca di atas tu...superb, bentuknya pun dah improve! hahaha ai loike :)

Friday, November 25, 2011

My collection my precious :)


Gaji & bonus dah masyukkk yeay....tapi takde plan pun nak buat pape hahaha [bukan duit banyak tp en suami menjadi King Control tentang kewangan hamba huhu]
Tapi....biase la, sikit2 pun untuk minat yang mendalam terhadap buku2 masakan ni, especially masakan untuk Abbie, tadi ai sempat merembat sebuah buku dari MPH....tu buku kat atas tu....ekceli [pinjam dari mommy Fara] ada 2 buah buku yang nak di rembat, buku ni "Baby & Toddler' harganya RM12.90 & satu lagi buku "Toddler" sahaja RM16.90  tapi biase la...King Control hamba tu hanya membenarkan 1 buah buku setiap kali pembelian....katanya, try habis semua baru beli lagi kua kua kua...
mommy pasrah je la....
Dalam tu pelbagai recipe yang sedap & simple bakal ai sajikan untuk Abbie...
Kalau mommies nak tahu apa reipe dalam tu, boleh ler cari di MPH berdekatan or tunggu lah entry saya akan datang......insyaALLAH :)

Kiwi Salad


 Semalam ai balik lambat, daddy macam biasa la, recently dia super busy sebab ada issue dengan Subcon di Taiwan, hari2 lepas balik keje , sambung lagi buat keje huhu
So mommy nk buat smoothie pun tak sempat, sebab si tecik ni kan baru baik demam semalam....so dia punya sticky....kalau gam UHU...
sampaikan nak kupas kulit kiwi pun guna sebelah tangan, sebelah tangan kanan dukong Abbie, sebelah tangan kiri kupas kiwi & potong hancur.
So jadi lah kiwi salad nie hahaha
Recipenya? Tersangat la mudah [recipe mommy annie nie memang yg simple2 aje yer....ai bukan pandai masak, yang penting ada kemahuan & made from fresh ingredient haha]
So sebiji kiwi yang di kupas kulit, di cincang tak berapa nk hancur, digaul dengan 1 cup CalsiYum perasa grape (atau apa2 flever yang mommies suka)
tengok la si tecik tu...suka banget!

Thursday, November 24, 2011

I love Cold Storage

Salam mommies.....
tadi ai pegi lunch date dengan mr hubby ku sayang... (ayat jiwang2 sebab bakal kene tinggal dgn hubbu o/s to Taiwan seminggu) huhu
Kami pergi melepak ke Subang Parade la, tempat biase
Tak tahu nak makan apa, sebab peyut masih kenyang...al maklum ai on diet wakaaka
Sebab mommy kepingin giler nk makan red velvet cake , mommy Widat cakap kat cofee bean ada jual...
so cepat2 kami singgah sana, ingat nk lepak makan cake sambil minum ice blended cofee tapi kan....huhuhu
"sorry due to Christmas celebration we replace red velvet slice itu cup cake, but the taste are still same"
waaaaaa wa tak mau! wa nak jugak red velvet in slice! (dah mcm orang mengidam mommy nie)
Plan nak baking red velvet isnin depan, tapi kan...daddy away for a week, kesian la daddy tak dapat makan red velvet mommy, so daddy kata buat lain kali lah..so postpone to TBD :(


 Ok....buang kisah2 sedey tu, actualy ai nak share ni, bende yang ai jumpa dlm Cold Storage Subang Parade ni....yang memang ai tercari2 lamo dah...recipe ado...bahan nye dok jumpe..... so tadi jumpa terus la rembat...daddy pun ok je lah tak membebel sebab mommy memang cari dah lama & he wanna leave me so cannot make me sad wakaka
So mommy amik Cous Cous RM13.99 kottt and Organic Oat For baby... RM7.99
Ha sebenaunye nak amik rolled oat sebab tgk label tu macam lebey berkhasiat tapikan ada regular rolled oat aje...means nak kena masak atas dapur...tak mo lah....(ai pun macam korank jugak, tak banyak masa di dapur) so cancel la amik yg instant aje :P

 Ha...hok nie mesti korang tertanya2 menatang gapo dio.....hahaha
Ini lah frozen Cod slice.....isi ikan cod yang di import. Hubby dah ckp ikan pelik2 nie mmg tak di jual fresh di malaysia market, mesti jual frozen, sama macam ikan dory, halibut ect
Tapi i m not sure ada mommy yg jumpa fresh slice of cod kat Isetan, KLCC...so siapa suka fresh pls check it out!
Tapi sebelum u ol make a move....jom tengok harga untuk 2 keping isi ikan Cod ini
.
.
.
.
.

huhuhu ai trus ckp kat daddy...next time la...mahal bebenor :P

Wednesday, November 23, 2011

Abbie makan kertas

Tetiba teringat incident ni, so ai nak share le peristiwa and lesson learn yang ai dapat darinya hihi

Abbie, my 16m2w son nie dulu mase below 12mos TAK PERNAH memasukkan apa2 pun dalam molot cumil dia....tapi sejak itu, dia sudah pandai...dimulai dgn toys ok la...geget baby cot ok lagi
Tapi lately ai ternampak dia makan kertas! so sebagai mommy yang sangatttttt la sayangkan anaknye (siapa la tak sayangkan anak dia kan) secara spotan (tindakkan reflek) ai terus la menghuluskan jari untuk mengorek kertas yang masih ternampak di bibir mulutnya itu.

Dan tau tak korank apa reaksi Abbie..? menangis? tidakkkkkkk membuka mulut? tidakkkkk

dia gigit sekuat hati jari mommy dia nie, dia gigit dan gigit sampai ai terjerit termencarut & nak tertampor je mulutnya...huhu sakit bangat bila Abbie yang bergigi 16batang tu menggigit jari telunjukku itu...merah dan berlubang.
Tapi nasib baik la kejadian tu berlaku dekat dengan hubby, so hubby datang hubby tekan rahang abbie, memaksa dia membuka mulut...tangan hubby kan besau, so terbuka la mulut abbie
maka terselamat la jari mommy dr terputus waakakka

lepas tu habis la mommy kene marah dengan daddy sebab:
1- mencarut depan baby huhu (tak sengaja dah sakit sangat) :(
2- bertindak sebelum berfikir

Daddy kata, kalau berlaku macam tu, mommy tak sepatutnya terus menjolok jari ke mulut abbie, instead mommy mintak dengan abbie...(tadah tangan depan mulut dia & suruh dia keluarkan baik-baik) selalunya hubby buat dan ia berkesan! huhu

Kedua if dah terjolok jari macam tu memang la abbie gigit, so caranya tekan rahang dia supaya terbuka bukan terjerit2 suruh abbie buka mulut huhuhuhu
Yes sir...saya sudah belajar dari kesilapan....sebelum ni Abbie tak pernah geget jari mommy huhu

Tuesday, November 22, 2011

How much milk does my toddler need?

Background:
I bring this concern sebab lately Abbie, my 16m2w son sudah mula kurang minum susu. Kalau sebelum ni he will drink 7oz each drink 4/5 times a day but now only 5-6oz only for 4 times a day. Jumlah keseluruhan ialah 20 oz sehari.
2 kali di rumah baby sitter, 2 kali di rumah sendiri iaitu sebelum tidur & at 5am.
Kalau orang tua, mereka akan kata... "bagus la...baby sudah besar, mommy boleh tidur lena".
And my hubby friend pun ada cakap...when baby start solid he/she shd reduce milk instead gantikan all the vitamin/calcium melalui pemakanan mereka.
Dan pagi tadi, mommy sempat bersembang dengan baby sitter...apa dia cakap? huhu
"Abbie sudah kurus, sebab tak menyusu waktu malam!" wallauweh....
tapi she mention abbie makan banyak, habis 1 mangkuk bubur, makan roti, makan cake (spongecake) and fruits, balik umah mommy feed lagi...so ai rasa normal la kalau dia dh kurang menyusu. Tak nampak pun dia kurus...huhu
But that statement "Abbie sudah kurus, sebab tak menyusu waktu malam!" membuat mommy worried, cukup ke susu yang abbie amik?
Jom share my finding :)


Source: baby centre yang telah di alih bahasa ahaks :)

Toddler, antara umur 1~3 tahun, harus minum susu tidak lebih dari 24 oz sehari.  16 - 20 oz adalah kuantiti yang boleh di anggap normal/ dicadangkan. Ini kerana, selepas baby berumur 1 tahun ke atas, susu merupakan satu minuman bukan lagi makanan untuk mereka.

Menariknya, tidak ada jumlah minimum susu yangtoddler mesti minum. Walau bagaimanapun, mereka memerlukan kalsium, vitamin D dan lemak yang sihat. Susu adalah sumber terbaik kalsium dan vitamin D. Jika anak kecil anda tidak minum susu yang banyak, dia perlu mendapatkan nutrien ini daripada sumber-sumber lain.

Toddler boleh mendapatkan kalsium daripada makanan ini yang berikut:

Lowfat yogurt 8 auns: 415 mg
Keju cheddar 1 1 / 2 auns: 306 mg
Susu lembu keseluruhan 8 auns: 291mg2% susu lembu 8 auns: 287
Jus oren yang diperkaya dengan kalsium 6 auns: 200-260mg
Susu soya dengan 8 auns kalsium: 80-500mg * membaca label untuk jumlah sebenar
Firm Tauhu dengan garam kalsium 1 / 2 cawan: 204mg * baca label untuk jumlah sebenar
Bayam yang dimasak 1 / 2 cawan: 120 mg
Kale dimasak 1 cawan: 94mgAis krim vanila 1 / 2 cawan: 85 mg
Brokoli 1 / 2 cawan: 21mg

Lagi alternative sumber calcium di sini

Jika toddler mengambil 8 auns yogurt dan hidangan keju, beliau akan memenuhi keperluan kalsium yang diperlukan. Jika anda bergantung pada fakta bahawa dia suka brokoli, perlu diingat bahawa dia perlu makan 16 cawan brokoli setiap hari.

Jika anak kecil anda tidak minum banyak susu , anda harus memastikan dia mendapat cukup vitamin D. Tidak semua yogurt diperkaya dengan vitamin D, jadi ia adalah penting untuk membaca label anda.

Anda juga hendaklah memastikan bahawa anak kecil anda tidak minum susu yang terlalu banyak. Jika dia minum lebih daripada 24 auns susu setiap hari,itu bermakna dia memakan kalori cecair terlalu banyak. Dia akan minum susu dengan banyak dan mendapat kurang sumber iron dan protein yang dia perlukan.

Lepas membaca artikel ni...mommy rasa lega...Abbie minum susu 20oz a day, makan calciYum, makan yogurt mix with fruits, cheese slice...itu semua sumber calsium sudah mencukupi untuk keperluannay :)