How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Showing posts with label Baby Meal Gajet. Show all posts
Showing posts with label Baby Meal Gajet. Show all posts

Monday, July 2, 2012

Green leafy vege for toddler

                                                  gunting makanan from Daiso

Pengenalan: my son love green leafy vege such kangkung, pucuk keledek, bayam, kobis, broccoli, cauliflower dan macam2, dah lama jugak saya tak memuree [pureed] sayur-sayuran tu...rasanya sejak he is 16mos he love to join us eat family food.
So sejak itu, sangat lah mudah kerja saya, misi telah tercapai, now abbie fully eating family food.

So ramai jugak mommies kat luar sana wonder how to feed baby or toddler makan sayuran berdaun ni ya,
takkan nak bg kangkung tu panjang2 or daun pucuk keledek tu lebar2? tak tercekik ke kat tekak dia?
kan kasar nanti baby kunyah-kunyah tak telan.

Ha kat sini saya ada cara bagaimana nak bagi makan ur baby sayuran mcm ni:
ada di kalangan anda yang dah tau tapi lupa atau tak ingat, kat sini saya cuba untuk mengingkan ya :)

1# guna gunting khas untuk menggunting makanan, macam yang kat atas tu, tajam jugak saya beli di Daiso RM5 Jew satu....ada pilihan warna hijo & pink! hahaha of coz saya pilih pink kannnn :P
kalau masa buat hidangan untuk baby, kita dh siap2 potong kecil2 or pureed tapi bila baby makan makanan family, takkan lah hidangan kita pun nak cincang halus macam tu. So apa yang anda perlu lakukan, make sure stir fry or masak sayuran tadi tidak pedas, ha penting tu, kalau pedas macam mana mau makan?
saya tau kailan tu sedap kalau dimasak dengan ikan masin atau kangkung itu digoreng belacan, tapi jika ada si kecil yang makan sama, rasanya tak salah jika kita mengalah untuk just stir fry biasa saya sayuran tadikan... lebih sihat jugak sebab tak ada risiko darah tinggi :P
so...berbalik kepada macam mana nak bg makan tadi, bila sayur dah siap masak, kita gunting2 kan sayuran tadi kecil2 terus masuk ke mangkuk toddler tadi, make sure jangan buat di hadapan mereka, kang kes berebut pulak nak main gunting hohoho

2# kalau jenis mommy yang suka makan diluar atau makan dirumah mak or mak mentua, takkan pulak nk angkut gunting tu dalam handbag kan...almaklum makluk kecil kita ni pun suka jugak menyelongkar handbag so amatlah merbahaya kalau disimpan gunting ini di dalam handbag. So biasanya apa yang saya lakukan, hahahha saya akan tolong mengunyahkan sayur tadi semi hancur & bagi Abbie continue kunyah pulak.
So far Abbie tak kisah dengan makanan dr mulut mommynya ini, janji senang bgnya untuk makan.
Tapi...ada concern dengan cara ini, kalau my FIL dia akan bising katanya air liur merupakan medium untuk bakteria merebak, so tidak la digalakkan menggunakan cara ini . Tapikan, ada org lama2 kata anak akan dengar kata kita kalau makan makanan dr mulut kita hahahahaha :P
so its up to u :)

3# cara menyiang sayur tadi contohnya sayur pucuk keledek. Macam mana cara you all siang daun pucuk keledek ni ya? macam siang daun bayam jugakkah? patah kan batangnya dan siap?
Saya belajar cara ini dari my MIL, dia menyiang daun pucuk keledek dengan hanya mengambil daun dari celah2 urat daun sahaja, memang agak leceh tapi hasilnya lembut, so untuk daun pucuk keledek biasanya saya tak perlukan gunting untuk memastikan abbie makan.
Sebab kita akan buang urat2 daun yang menjadi punya daun itu sukar untuk dikunyah oleh baby.
Tak caya cuba buat :P


sekian selamat mencuba~

Thursday, May 19, 2011

Baby Food Processor

Mebby Baby Chef Food Processor 5 in 1

Salam & selamat pagi untuk pengunjung-pengunjung blog QasehOhara Baby Food Paradise ini... disini mommies especially new mommies boleh share resepi-resepi & sebarang info berguna untuk panduan baby masing-masing. Saya juga ibu baru, mempunya baby boy yang tomei yang hanya berusia 10.5month. So, masih juga belajar & tercari-cari ilmu especially ilmu masak memasak ini demi menjamin tumbesaran yang sihat untuk baby ku tercayang itu ;)

So, hari ni saya nak share info tentang food processor. Food processor yang sesuai & boleh dipertimbangkan untuk mommies miliki untuk memudahkan penyediaan makan baby. Sememangnya diakui blender biase dirumah juga mampu untuk menyediakan puree untuk baby kita, namun, peredaran zaman yang lebih moden & para ibu yang bekerjaya, dengan adanya peralatan moden, kerja penyediaan hidangan makanan baby akan menjadi lebih ringkas dan mudah.

Saya mula memperkenalkan solid food kepada Abbie ketika dia berumur 6bulan, 1 bulan pertama, saya hanya memperkenalkan Abbie dengan fruits puree sahaja. Masih lagi ingat, fruits puree yang pertama adalah Apple puree yang menggunakan blender biasa, erm....agak leceh penyediaan nya memandangkan permulaan solid food, Abbie hanya makan suku Apple sahaja, manakala untuk menyediakan Apple puree saya perlu mensteam kan terlebuh dahulu apple tersebut. (Ini kerana saya lebih suka menyediakan puree daily basis....walaupun puree boleh disimpan secara frozen selama 3bulan, namun jika dibuat fresh adalah terbaik!!) Maka dengan itu, saya pun tercari-cari baby food processor yang terdapat dipasaran.

Memilih baby food processor haruslah berdasarkan kemampuan masing-masing, terdapat pelbagai brand & model di pasaran yang boleh di pertimbangkan. Jadikan Harga, function & kualiti sebagai ukuran. Macam saya, saya akui Avent Baby Food Processor memang menambat hati saya, namun pada ketika saya tercari-cari product ini, rata-rata harga yang ditawarkan lebih kurang RM499, ada juga yang menawaran dengan harga RM439 but no stock huhu, So akhirnya demi menimbangkan budget yang limited, saya memilih untuk memiliki Mebby Baby Chef Food Processor dengan harga RM299 (Harga asal RM399), so saya rasa amat berbaloi dengan harga, kualiti & kemudahan dalam penyediaan makanan baby.
Avent Baby Food Processor 2 in 1

Baby food processor boleh didapati di butik-butik barangan baby, atau dibeli secara online....salah satu kedai online yang menawarkan harga yang berpatutan yang saya ingin kongsi disini ialah kedai HAPPY BABY http://www.happybaby.com.my/  terdapat kemudahan penghantaran percuma disediakan.
Juga tidak ketinggalan, food processor yang terdapat di pasaraya seperti Jusco dan sebagainya juga tidak ketinggalan mampu meringkaskan kerja-kerja penyediaan makanan baby. Namun sekali lagi di ingatkan, pertimbangkan harga & function peralatan tersebut. ;)
Dibawah adalah Hand Food Processor yang digunakan oleh sahabat saya Pn. Erni yang turut menarik perhatian yang boleh didapati di local store ;)
Hand Food Processor (gambar ihsan dari Pn Erni)