How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Thursday, May 19, 2011

Baby Food Processor

Mebby Baby Chef Food Processor 5 in 1

Salam & selamat pagi untuk pengunjung-pengunjung blog QasehOhara Baby Food Paradise ini... disini mommies especially new mommies boleh share resepi-resepi & sebarang info berguna untuk panduan baby masing-masing. Saya juga ibu baru, mempunya baby boy yang tomei yang hanya berusia 10.5month. So, masih juga belajar & tercari-cari ilmu especially ilmu masak memasak ini demi menjamin tumbesaran yang sihat untuk baby ku tercayang itu ;)

So, hari ni saya nak share info tentang food processor. Food processor yang sesuai & boleh dipertimbangkan untuk mommies miliki untuk memudahkan penyediaan makan baby. Sememangnya diakui blender biase dirumah juga mampu untuk menyediakan puree untuk baby kita, namun, peredaran zaman yang lebih moden & para ibu yang bekerjaya, dengan adanya peralatan moden, kerja penyediaan hidangan makanan baby akan menjadi lebih ringkas dan mudah.

Saya mula memperkenalkan solid food kepada Abbie ketika dia berumur 6bulan, 1 bulan pertama, saya hanya memperkenalkan Abbie dengan fruits puree sahaja. Masih lagi ingat, fruits puree yang pertama adalah Apple puree yang menggunakan blender biasa, erm....agak leceh penyediaan nya memandangkan permulaan solid food, Abbie hanya makan suku Apple sahaja, manakala untuk menyediakan Apple puree saya perlu mensteam kan terlebuh dahulu apple tersebut. (Ini kerana saya lebih suka menyediakan puree daily basis....walaupun puree boleh disimpan secara frozen selama 3bulan, namun jika dibuat fresh adalah terbaik!!) Maka dengan itu, saya pun tercari-cari baby food processor yang terdapat dipasaran.

Memilih baby food processor haruslah berdasarkan kemampuan masing-masing, terdapat pelbagai brand & model di pasaran yang boleh di pertimbangkan. Jadikan Harga, function & kualiti sebagai ukuran. Macam saya, saya akui Avent Baby Food Processor memang menambat hati saya, namun pada ketika saya tercari-cari product ini, rata-rata harga yang ditawarkan lebih kurang RM499, ada juga yang menawaran dengan harga RM439 but no stock huhu, So akhirnya demi menimbangkan budget yang limited, saya memilih untuk memiliki Mebby Baby Chef Food Processor dengan harga RM299 (Harga asal RM399), so saya rasa amat berbaloi dengan harga, kualiti & kemudahan dalam penyediaan makanan baby.
Avent Baby Food Processor 2 in 1

Baby food processor boleh didapati di butik-butik barangan baby, atau dibeli secara online....salah satu kedai online yang menawarkan harga yang berpatutan yang saya ingin kongsi disini ialah kedai HAPPY BABY http://www.happybaby.com.my/  terdapat kemudahan penghantaran percuma disediakan.
Juga tidak ketinggalan, food processor yang terdapat di pasaraya seperti Jusco dan sebagainya juga tidak ketinggalan mampu meringkaskan kerja-kerja penyediaan makanan baby. Namun sekali lagi di ingatkan, pertimbangkan harga & function peralatan tersebut. ;)
Dibawah adalah Hand Food Processor yang digunakan oleh sahabat saya Pn. Erni yang turut menarik perhatian yang boleh didapati di local store ;)
Hand Food Processor (gambar ihsan dari Pn Erni)

3 comments:

IbuuRizqy said...

Salam . sis . Nak tanya , dekat mana bole dapat Food Processor yg 5 in 1 tuu ekk ?

Annie Tay said...

Wsalam...u boleh cuba masuk webpage ini www.happybaby.com.my dulu saya beli d situ dgn harga 299 with free delivery :)

AngelbAbeS said...

Salam. Nak tanya,fungsi food processor kalau kite nk buat puree je kan? Kalau kite nk buat bubur nasi...xleh gune jugak ke? Sbb org melayu kan selalunye bg anak mkn bubur nasi je....hehehe