How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Friday, May 20, 2011

Tomatoes recipe for Baby (8month & above)

Khasiat buah tomato:
Kandungan Vitamin C, A yang tinggi
Membantu penyerapan zat besi di dalam badan
Anti-oksidan yang mencegah pembentukan sel kanser,
Mencegah sakit jantung
Merendahkan paras kolestrol

Huh...banyak betul khasiat buah tomato kan....;) namun disebabkan buah ni mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi menjadikan buah ini sedikit masam/berasid. So, disarankan sekurang-kurangnya baby berusia 8 bulan keatas (terbaik 10 to 12month ) sahaja mula diperkenalkan buah tomato.
Pastikan buah tomato di masak terlebih dahulu, samada dimasak bersama bubur, atau steam untuk mengurangkan keasidan/atau masam buah tomato ini.
Terdapat buah tomato bersaiz normal atau pun tomato cherry sememangnya lazat untuk dihidangkan untuk si tecik kita.
Pelbagai kaedah masakan & hidangan untuk si tecik contohnya basic puree( puree steam tomatoes) namun saya sendiri tidak pernah memberikan baby saya makan puree tomato alone. Sebaliknya saya campurkan ke dalam hidangan bubur nasi si tecik yang sememangnya amat lazat sekali...betul!! rasa masam, manis dengan sayuran & ayam sememangnya membuat kita juga sukakan makanan baby itu hehe

Jom kita tengok macam mana nak masak tomato untuk si tecik yang tomei tu ;)


Bubur nasi tomato  
1 biji tomato besar atau 3~4biji tomato cherry large
1 rumpun bunga kobis
1/2 biji kentang/carrot
2 tbsp brown rice (masak bubur)
1 teasp bawang goreng
sepotong kecil ikan merah/tenggiri/serbuk ikan bilis (homemade)
seulas bawang putih
sedikit olive oil

Cara masak: ( Guna Slow cooker atau periuk biasa)
- masak brown rice, ikan, bawang putih, bunga kobis, tomato, kentang di dalam slow cooker sehingga menjadi bubur & lembut.
- bila sudah masak, taburkan bawang goreng & tuangkan olive oil
- kemudian puree dengan menggunakan food processor
- serve

option:
- masak bubur & ikan dalam slow cooker
- steam berasingan bunga kobis,kentang/carrot,bawang putih
- campurkan kedua bahan tadi & puree
- siap


**selalunya cara memasak bubur baby sama sahaja, cuma saya tukar-tukarkan sayuran & ikan atau ayam supaya baby tidak jemu & saya tidak bosan memasaknya...hehe


Sayuran lain yang boleh di campur di dalam bubur ini:

Carrots
Corn
Eggplant
Green Beans
Peas
bananas
Summer Squash - zucchini, yellow 
Pasta
Brown Rice
Chicken
Beef

No comments: