How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Tuesday, May 15, 2012

Kueh Keria yang comel


Good morning....
saya bersiaran lagi pagi ini di sini......rasanya mulai hari ini, saya hanya akan bersiaran di sini & page saya aje kottt..... memandangkan faktor kerja yang semakin busy & saya bukanlah seorang yang pro dalam hal masak memasak ini, just sekadar berkongsi yang tiada istilah "saya tak reti memasak, so kita makan kedai sahaja lah, or saya tak ada masa memasak untuk anak saya , so makan cerelec aja lah " 
itu semua hanya lah alasan....
if i can do it, so do u, mommies
biarpun ia simple tapi ia adalah hasil air tangan kamu sendiri.
Kasih sayang yang mengalir dalam penyediaan makanan anak & keluarga mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dalam satu family, barulah boleh melahirkan keluarga yang harmoni, dan anak2 yang bijak & comel.

comel macam kueh keria kegemaran saya ni....dah lama betul saya teringin nak buat kueh keria sendiri.
kalau yang beli di kedai ia disaluti gula yang manis, isinya pula banyak tepung dari keledek.
Tapi hasil air tangan saya dan Abbie.....yes.,,..Abbie turut sama melenyek & menggaul tepung untuk membuat keria ini...hahahaha
saya melibatkan abbie dalam membuat kueh keria ini, memandangkan itu sahaja peluang saya di dapur dengan seorang anak lelaki yang macam magnet ni, kemana mommy pergi....dia akan cakap "pau pau" maksudnya nak mommy dokong huhuhu
so bila saya bawa periuk dan segala keperluan di atas lantai, kami duduk & menggentel bersama.
maka terjadilah kueh keria yang comel & gebus macam abbie hahhahaha

dari 1kg japanese sweet potato ni, saya dapat 30biji kueh keria. dengan menggunakan 1 cup tepung gandum & 3 tbsp gula halus...tanpa menambah air...ha....memang maveles sebab kelembutan & kemanisan itu datang dari keledek manis itu sendiri.
12 biji saya frozen kan untuk dibuat sarapan untuk dibawa ke opis, yang lain saya goreng ahad lepas....habis dimakan kami ber3.

memang puas hati, lain kali boleh buat lagi lalalala~

Monday, May 14, 2012

Jom potty training


Hai....ini entry terakhir saya untuk hari ini, or mungkin minggu ini, sat lagi nak turun opis bawah buat keje hohoho
hari ni dapat memblogging puas sikit sebab "bos" saya MC ....[MC sebab tengok bola la ni kott kan ada lawan bola malam tadi huhuhu]

Weekend time is a precious time for a family person like me. this is the wonderful time we can spent time with our precious boy.
As usual, kalau weekend mommy will cook, Abbie will wear CD's and learn potty and at same time play with mom & daddy.
Kami dah upgrade our "Qaseh Ohara's Montessori Play Skool" dengan membeli rack tambahan yang baru....bab deco mendeco belum berkesempatan lagi, baru gunting kertas, abbie dah mintak nak main gunting, siap gunting mommy nak tulis, abbie sibuk nak main marker huhuhuu
so simpan ajer la harapan untuk menDIY playskool abbie ni sehingga tarikh yang tak tahu akan muncul ke tidak :P

Acara yang mommy suka is potty training...hehehe kalau bab poo poo dalam potty Alhamdulillah Abbie dah lulus....mesti nak potty sambil tengok TV atau main toys...kalau tak dia tak betah nak duduk lama-lama kat situ.... "Jongkong Emas" Abbie dah macam orang tua....al-maklum la makan pun dah makan family food, rasanya patut la Abbie dah tak selesa untuk poo dalam CD's/pampers lagi

Tapi bab shii shii abbie masih tak berjaya....2 hari aje dah 4 kain buruk mommy kene cuci....kencing sana sini kalau tak pakai CD's susah sikit Abbie nak control kencing ni....
kene take time untuk ajar Abbie shii shii kat toilet huhuhu

 Tengoklah tu...muka serius meneran sambil tengok ewi... [abbie sebut TV "ewi"]
dah pandai besembang, tapi jangan terkejut kalau mommy tak faham apa yang Abbie sembangkan sebab abbie sometimes speak mandarin sometimes english huhuhuhu

Ini la rupa potty baru Abbie yang cute, diturunkan dari kezennya di Singapore - Ariel tapi tak sampai 1 hari kepala teddy bear tu dah terpatah, sebab abbie main potty yang ganazzz hahahaha
<mujur barang free > :P

Cara bagi makan probiotic

kapsul probiotic yang telah dikosongkan & pencungkil gigi.

Ini adalah satu cara mudah memberikan anak anda makan probiotik yang berbentuk gel/cecair di dalam capsul.
Apa yang anda perlukan hanyalah tooth pick!

Yes.....tips ini sangat sesuai untuk anak yang senang makan ubat macam Abbie, tapi kalau older toddler lagi mudah, just bagi mereka telah capsul ini dan minum air.

Untuk Abbie, we still don't trust him to swallow this capsul...takut tercekik pulak, so kami gunakan tooth pick/pencungkil gigi untuk mengoyakkan kapsul itu.

Apa yang anda pelukan: kapsul probiotic & pencungkil gigi.
Caranya: cucukkan pencungkil gigi ke kapsul probiotic, kemudian picitkan keluar probiotik itu di dalam mulut anak anda. siap

probiotik yang diambil oleh abbie dalam bentuk cecair/gel ia seperti berminyak, so usaha untuk membancuhkan dengan air hanyalah sia-sia kerana ia tidak larut sepenuhnya di dalam air. kecuali jika anda membeli probiotic berbentuk serbuk di dalam kapsul.

Liang cha


 Okey....last weekend kami menu cina, lately ai loike chinese food especially vegetarian food sebab ia healthy. Lagipun ai ni pun memang dah separuh vegertarian sebab tak gemar makan daging & ayam, sampaikan amat la susah nak bagi Abbie makan daging atau ayam....hanya fishball & udang menjadi kegemaran beliau macam mommy. lately Abbie dah upgrade dengan memakan sotong pulak...hahaha
memang ikut jejak langkah mommy anak bucuk cayangku ini hihihi

Liang Cha, adalah minuman herba cina yang sangat popular untuk menyejukkan badan dikala cuaca sekarang  yang kadang kala panas berdenting dan tak semena2 hujan menderu.
So hubby saye tolong membelikan sepeket liang cha untuk direbuskan dirumah.
Kepeket daun-daun dan rumput kering ini berharga RM8, ia terdiri dari tebu kering, bunga kering, daun kering (silap haribulan daun macam lalang pun ada hahaha), akar2 kering & buah apa yang sebijik ni, kalau nak rebus kene pecahkan dulu...pendek kata, ia HALAL sebab ia terdiri dari tumbuhan yang dikeringkan sahaja tanpa unsur haiwan. :P

 Sepeket liang cha ini saya rebus dengan seperiuk air & seketul gula batu bermadu...ha...ini pun pertama kali saya jumpa gula batu bermadu, tapi lupa pulak nak snap photo..saiznya agar besar sebesar batu berwarna oren (warna madu).
Rebus sehingga mendidih & tapiskan airnya untuk diminum. Boleh direbus berulang kali sehingga airnya menjadi pudar/jernih. Ada 4~5 kali rebusan.

Ini lah secawan liang cha bagi menggantikan air masak pada hujung minggu kami yang lalu.
Rasanya enak, macam gula melaka pun ada, macam air tebu pun ada....enak
abbie tak suka minum liang cha suam, tapi kalau sejuk sikit (simpan dalam peti sejuk) amboiiiiii kemain suka dia minum

Kalau nak rasa boleh cari di kedai tabib cina pun ada ya :)

Poor Man Food


Salam monday laling.....
Last week ai teringin nak makan masakan cina ni...hubby ai panggil "Poor man food"
sebab makanan ini berasal dari kalangan keluarga orang miskin, mereka tak mampu membeli mee yang merupakan makanan ruji masyarakat cina kuno zaman dahulu kala...
so mereka menggunakan tepung bagi menggantikan mee.
Bahan-bahan asas hanya tepung, ikan bilis & sawi.
Tapi lama-kelamaan makanan ini meluas hingga ke kalangan orang kaya pun makan jugak
maka namanya "Meehun Kue soup".
Meehun kue dalam bahasa hokkien bermaksud tepung doh  (meehun = tepung, kue = doh).
So untuk kami, orang kebanyakkan [bukanlah orang kaya] saya memodified kan dengan menambah udang & fish ball, dua bahan yang merupakan kegemaran si tecik kami.ngeee~~


Bahan-bahannya:

1 cawan Tepung gandum
2~3 batang sawi
1/2 cup ikan bilis yang digoreng rangup
3 tbsp ikan bilis yang digoreng (diblend halus) ini bagi menggantikan ikanbilis/chicken stock sebab si tecik pun makan bersama, kalau hanya orang dewasa makan, you all boleh la menggunakan separuh cube chicken stock 
1/2 cup udang yang dibogelkan kulitnya
10 biji fish ball
cili padi
kicap cair
bawang goreng
tepung jagung
pepper
1/2 periuk air untuk kuah


Cara-caranya:

                                             
Tepung gandum ini di uli dengan sedikit demi sedikit air sehingga menjadi doh.
Jangan lupa letakkan 1/2 tsp garam sebagai perasa.
Bila dah jadi doh mcm ni, simpan sekejap di dalam peti sejuk lebih kurang 2jam.

 Ha...macam ni la rupa doh yang dikeluarkan dari peti sejuk, kita boleh carik2kan nipis nipis macam play doh yang anak kita main tu hehehe

  1.  rebus air 1/2 periuk dengan serbuk ikan bilis yang diblend tadi sehingga mendidih.
  2. Bila dah mendidih carik-carikan tepung doh tadi nipis2 dan kecil2 [sebesar duit 50sen) ke dalam periuk tadi. buat sehingg habis doh tadi. Pada mulanya tepung tadi akan tenggelam, dan lebih kurang 30saat ia akan terapung naik [maknanya tepung itu sudah masak].
  3. Bila dah habis mencarik tepung, masukkan fishball & udang [udang bogel tadi kita gaulkan dengan 2 tbsp tepung jagung & sedikit pepper]
  4. Kemudian masukkan sedikit garam & campakkan daun sawi tadi.
  5. Biarkan masak selama 5minit dan tutup api. jangan lama-lama kang sawi tu layu pulak.
  6. Cili padi tadi dipotong kecil2 dan direndam di dalam kicap cair.
  7. Bila nak makan, taburkan bawang goreng & ikan bilis goreng sebelum dimakan dengan cili potong tadi
  8. Untuk anak kecil, sila skip cili potong tadi, kalau tak kompom melalak huhuhuhu                                        

Ini la rupanya carikan tepung di dalam soup ini....simple recipe tapi cukup sedap dimakan sehingga air hidung pun meleleh kepanasan & kepedasan...
ya...sedap dimakan semasa ia masih panas.

selamat mencuba :)

Friday, May 11, 2012

Tahniah!

Wah...Tahniah untuk kawan-kawan saya yang telah disahkan positive mengandung baru-baru ini.
Ada few frens (kalau tak silap 4 orang kott ) yang saya tahu telah mendapat good new this week.
Tahniah sekali lagi, saya tumpang gembira untuk kalian. Jaga lah kandungan itu baik-baik ya :)

Saya? ini lah saya nak meluahkan perasaan saya....diharap kalian sudi berkongsi mendengar kegelisahan dihati ini....
saya masih tetap mencuba & akan terus mencuba huhuhuhu seperti bulan-bulan yang lepas, hari yang ditunggu-tunggu tiba juga dengan bendera jajahan negara jepun itu huhuhu

Tapi sejak saya mencuba kembali ini, 3 bulan kebelakangan ini, sebelum jepun menjajah :
1) mood saya akan swing - kadang2 mende remeh temeh pun saya boleh naik darah , atau kecik ati hohoho
2) breast saya membesar & sakit - pada sebanyakkan orang itu adalah perkara biasa pabila jepun menjajah, tapi pada saya ia adalah perkara baru huhuhu
3) kalau sebelum bersalin tu normal la bila jepun datang, senggugut pun datang, tapi selepas bersalinkan abbie saya dah tak ada sengugut, tapi lately senggugut saya datang balik huhuhu (tapi tak ler sekuat seperti sebelum bersalin).

Saya banyak berkongsi perasaan dengan en hubby, betapa kecewanya saya menanti hari yang bakal membawa perkabaran gembira kepada kami, namun en hubby dengan tenang menasihati saya agar tidak terlalu berharap agar tidak terlalu kecewa. katanya dia akan sentiasa disisi, we still have a lot of time to try (hubby seorang yang  berfikiran positive walaupun dia dikelilingi kawan-kawan yang sudah berkahwin sekian lama namun masih tiada cahaya mata & ada juga yang hanya mampu mempunyai 1 cahayamata) dia tidak takut..katanya peluang masih ada untuk kami mencuba.

Sebelum ini saya mengalami jangkitan yang menyebabkan saya keguguran, saya mendapatkan rawatan doktor moden & juga Ayurvedic dan Allhamdulillah akhirnya saya telah cure sebab itu lah baru sekarang kami mula mencuba kembali untuk conceive.Tapi masih tidak berjaya, saya mengambil iron tablet, vit B & C setiap hari. Terbaru, saya makan kembali Bak Foong pills dari Eu Yan Sang seminggu sekali untuk menguatkan rahim.
Kami membuat perkiraan setiap bulan bagi menentukan waktu subur saya. Pendek kata, kami berusaha selain memanjatkan doa agar dimurahkan "rezeki" kami.

Kadang-kadang saya terfikir, adakah process D&C yang saya lakukan semasa keguguran ke2 yang lepas telah mencacatkan permukaan rahim saya? Rahim tercalar & tidak sekata menyebabkan susah lekat walaupun telah berjaya conceived? Terasa menyesal melakukan D&C sedangkan semasa keguguran yang pertama, saya tidak melakukan D&C saya mampu untuk mengandung kembali selepas 3bulan keguguran. huhuhu

erm..... entahlah...kerisauan saya mengalahkan mereka yang masih belum dikurniakan cahaya mata ahaks :P

Oleh kerana saya tidak berjaya mengandung lagi, so saya akan teruskan vaksin ke3 dan terakhir HPV saya yang dijadualkan pada 15-May ini, iaitu hari Selasa depan. Saya plan to ask my gyne tentang permasalahan & dilemma saya. Since saya mengambil HPV ini, selalunya doctor akan sarankan saya untuk tidak mengandung 1 atau 2 bulan pertama. Apapun kita consult gyne this tuesday ya :)

So, impian saya untuk mendapatkan dragon baby hanya akan tercapai dalam masa 12thn akan datang :P
Bermaksud saya tak sempat untuk melahirkan baby dragon this year huhu <saya rasa tak best walaupun hubby kata dia tak kisah huhuhu>

<akuhanyaseorangwanitabiasa>

Baby teething

Salam Jumaat kalian,
Seronoknya esok cuti....yeay....
Hari Jumaat la yang saya mampu releks sikit, psssst...lunch tadi sempat lagi saya menonton Avengers besttt!!

Neway, last monday (kalau tak silap) saya terjumpa one of my fren status yang bertanyakan pendapat tentang masalah gigi anaknya yang berusia 2tahun.
[harap my fren have no problem ai share her status here huhuhu]
Bukan niat untuk mengaibkan, tapi sekadar pencetus idea untuk saya mencoret di sini, juga membukakan & menyedarkan mata para ibu bapa yang mungkin terlupa tentang pentingnya penjagaan gigi anak sejak dari bayi tumbuh gigi.
Kalau tak suka, pls inform saya ya, nanti ai remove from my page hohoho


Sedikit penerangan tentang pertumbuhan gigi baby.

Gigi pertama bayi anda secara puratanya akan tumbuh pada usia 6bulan, namun ada juga yang tumbuh seawal 3bulan dan paling lewat 1tahun (tapi sangat jarang berlaku).
Gigi bayi yang juga dikenali sebagai gigi susu akan tumbuh sehingga anak itu berusia 3tahun, yang keseluruhannya mempunyai 20 batang gigi susu.

Kebiasannya gigi susu akan tumbuh seperti aturan berikut:

  1. The two bottom front teeth (central incisors)
  2. The four upper front teeth (central and lateral incisors)
  3. The two lower lateral incisors
  4. The first molars
  5. The four canines (located on either side next to the upper and lower lateral incisors)
  6. The remaining molars on either side of the existing line of teeth

Gigi kekal akan tumbuh sekitar usia 6tahun. Gigi kekal tumbuh sama aturan seperti gigi susu. Apabila gigi kekal tumbuh, gigi susu akan tercabut.

Berbalik kepada kisah yang disharekan oleh kawan saya ini, betapa pentingnya penjagaan gigi bayi sejak dari hari pertama gigi mereka tumbuh. Di SINI terdapat beberapa entry yang saya share kan dari segi tips memberus & peralatan mencuci gigi bayi. Tooth tissue sangat sesuai digunakan untuk mencuci gusi, lidah & lelangit bayi walaupun bayi anda masih belum tumbuh gigi. Ini bagi mencuci sisa-sisa selepas minum susu.

Apabila baby anda telah mula makanan pejal, tabiat memberus gigi haruslah ditekankan. Ini bagi memastikan gigi anak anda bersih & juga mulut yang sihat. Bawa anak anda bersama-sama semasa anda memberus gigi bagi memberikan pendedahakan kepada mereka. Seperti yang kita maklum, anak kecil ini umpama span yang baru dibeli, mereka akan menyerap segala yang mereka lihat. So this is the best time to teach. 
Mulakan dengan mencuci dengan tooth tissue, kemudian beralih kepada finger brush & seterusnya menggunakan berus gigi bayi bersama-sama dengan safe to swallow tooth paste.

Selain dari mengajar tabiat memberus gigi dari bayi, cara pemakanan juga memainkan peranan penting terutama kepada si anak yang tak suka memberus gigi. Cuba elakkan memberikan makanan/minuman yang manis kepada bayi anda terutama gula-gula, coklat , ice cream & makanan ringan lain yang bergula.
Makanan bergula ini bukan sahaja tidak baik untuk gigi, malah untuk buah pinggang sikecil dan penyumbang kepada faktor obesiti. 

Thursday, May 10, 2012

Probiotik untuk Abbie


Kalau dulu hubby belikan probiotic untuk mommy yang mengalami infection .Ia berbentuk serbuk di dalam kapsul form.
Tapi sejak Abbie yang ke2 kalinya kena viral infection and throat ulser, daddy belikan Abbie probiotic ini pulak.... Ia disarankan oleh bos hubby yang mempunyai 2 orang anak. Both anaknya mengambil product ini sebagai makanan tambahan.
Harganya? Satu kotak RM198, tapi kami dapat harga RM180 sekotak hehehe
Walaupun ia agak mahalkan tapi untuk kesihatan si Abbie tersayang, daddy tidak berkira, he brought 2 box sekali gus....

Probiotic ini tidak sesuai diambil bersama antibiotic, kalau anak anda masih dalam medication, sila habiskan antibiotic tersebut terlebih dahulu kemudian baru boleh makan product ini.
Sebabnya, antibiotic itu akan hanya membunuh segala bacteria jahat & juga baik.
So kalau makan probiotic ini bersama antibiotic memang kerja yang sia sia hohoho

 Kat kotak ini menunjukkan product ini sesuai untuk diambil oleh kanak2 dibawah umur 12tahun.
Aturan pemakanan & cara penyimpanan di tunjukkan disini.
Probiotic ini dalam bentuk capsul, tetapi di dalam nya berbentuk cecair pekat/gel , malam tadi 1st time we give this to Abbie, caranya just cucuk capsul tu dengan tooth pick & picitkan cecair itu di dalam mulut Abbie, kulit kapsul tu kami buang. Alhamdulillah....Abbie sukakannya....walaupun daddy kata baunya ada sikit macam scott emulsion yang perasa asli tu. Sampaikan tak cukup satu capsul, abbie nak lagi hohohoho
Happy la daddy, rasa tak sia2 beli 2 kotak, sebab abbie sukakannya.
Tapi tu la, terlupa pulak kena bagi awal pagi semasa perut kosong hhahahaha

Kalau probiotic yang dalam bentuk serbuk di dalam capsul, selalunya saya akan koyakkan capsul tersebut dan tuangkan serbuk probiotic itu di dalam sukatan cawan yang kecil & bancuh dengan sedikit air (dalam lebih kurang 10 to 15ml). kacau dan dengan menggunakan stringe atau macam abbie dia terus minum macam itu aja.

Minum pada waktu pagi, 30minit sebelum sarapan pagi.

 Bahan-bahan yang terkandung di dalam probiotic ini

Probiotic ini kaya dengan pelbagai jenis bakteria baik, ia membantu membina sistem pertahanan badan si kecil.
Ia mengandungi 17 jenis bakteria baik

17 strains of friendly lactic acid bacteria
1. Lactobacillus acidophilus
2. Lactobacillus amylovorus
3. Lactobacillus casei
4. Lactobacillus plantarum
5. Lactobacillus brevis
6. Lactobacillus fermentum
7. Lactobacillus buchneri
8. Lactobacillus kefiranofaciens
9. Lactobacillus acetolerans
10. Lactobacillus bulgaricus
11. Lactobacillus damnosus
12. Lactobacillus urinaeequi
13. Pediococcus acidilactici
14. Pediococcus pentosacceus
15. Pediococcus halophilus
16. Leuconostoc mesenteriodes
17. lactococcus lactis



12 kebaikan mengambil probiotic ini:


1. Boosts immunity.
2. Promotes ideal bowel environment therefore optimizing bowel health.
3. Reduces gut fermentation and putrefaction therefore lessening gas, bloating and other problems.
4. Reduces risk of diarrhea for travelers.
5. Neutralizes carcinogens in the bowel.
6. Replaces friendly bacteria lost following antibiotics use.
7. Balances vaginal flora that has been disturbed by candida or other unfriendly flora.
8. Assists those with lactose intolerance.
9. Enhances digestability and bioavailability of food such as protein and fat.
10. Provides a ready source of B vitamins.
11. Plays a role in reducing serum cholesterol.
12. Safe for pregnant and lactating mothers.

source: www.osn.com.my

Wednesday, May 9, 2012

Makan sayur itu bagus kan

Semalam dinner kami lauk steam tofu with prawn & fried taugeh with kuchai leaf.
Abbie as usual taken his dinner at BS house and bila kami having dinner, we will called it late dinner for him,
memula hubby feed him tofu...nom nomm nomm dia makan, pastu bila dia tak mahu tofu baru kami bagi makan udang. Ha,,,,udang ni hanya boleh diberikan kemudian sahaja, kalau awal-awal dah bagi udang, nanti habis semua udang dalam pinggan dia nak makan, fyi Abbie hantu udang.

Kemudian bila mommy nak cuci plate, hok balance taugeh tu daddy terai la bagi Abbie makan, wahahahaha
tak sangka Abbie makan mcm orang belum taken dinner.
banyak betul dia makan taugeh tu.
Lepas taugeh, makan supper pulak, half roti yang mommy dapat masa donate blood siang tu.
tak kira lagi sebijik green kiwi as a dessert...erm.....
Alhamdulillah...selera Abbie back to normal.
Menyusu 1 malam 4 kali, balik kul 7pm nak nenen, ai buat 5oz habis, kul 9 atau sepuluh nak susu lagi, buat 6oz habis...kang tengah malam tak tahu kul 12 ke 1am pun nak nenen, buat lagi 6oz habis....dan kadang2 jam 5 or 6pagi nenen lagi 5 or 6oz hahahahaha
Sampai baby sitter cakap Abbie dah gemuk, makan banyak.
Alhamdulillah.....biarlah dia gemuk, makan banyak dari tak makan, kami akn risau sangat2.

Jom layan video abbie ni, siap basuh tangan lagi kat sink ekekeke



Mee Suah Soup

Salam & Selamat Sejahtera semua..
Apa khabar? Huhuhu penat la mencuci sawang kat blog ni , dh semakin kurang masa berfb & blogging , apatah lagi nak tolong mommies dalam gorup solid...
Maap la yer, kalau rasa memerlukan hidmat nasihat saya, just komen dlm blog or PM di Page saya, InsyaALLAH nanti saya akan reply.

Ni pun time lunch, kebetulan hari ni lunch di opis saje, buleh la saya memblogging....

Menu nak share hari ni adalah Mee Suah Soup
Untuk peminat makanan cina atau mee type food macam Abbie memang mudah
Kegemarannya, mee goreng, bihun goreng, spagetthi , pasta , janji ada fish ball, sayur & udang!!
Yess.,...udang adalah kegemaran #1 Abbie,
kalau dah makan udang, lauk lain tak mahu dah huhuhu

Mee Suah Soup ini menggunakan bahan yang terdapat dalam peti sejuk kamik, simple dimple itu memang motto saya dalam penyediaan makanan baik anak atau family.

                                     


Bahan-bahan:
1 keping mee suah
4 biji vegetable fish meatball (boleh ganti dgn isi ayam atau prawn ball ect)
2 batang sayur sawi
1/5 batang kentang
2 ulas bawang putih (ketuk je)
1 biji telur ayam
sedikit garam & pepper
air untuk kuah
sedikit minyak sayuran ie olive,sunflower oil untuk menumis

Cara-caranya:
1- Panaskan minyak & tumiskan bawang putih hingga naik bau.
2- tuangkan air & jerang sehingga didih.
3- masukkan carrot yang dihiris nipis, vegetable fish ball yang dibelah 2 atau 4 & telur yang telah di kocak.
4- tambahkan sedikit garam & pepper.
5- masukkan mee suah & sayuran.
6- Kacau & tutup api.

Kalau dibiarkan sejuk, mee suah tadi akan menyerap air kuah tadi & sangat sesuai untuk dihidangkan kepada anak anda.
Menu ini bukan sahaja untuk anak, tp untuk seisi keluarga...
selamat mencuba.