How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Tuesday, May 11, 2010

Fruit Tart


BAHAN-BAHAN PASTRY:-


113 g mentega
75 g gula halus
1 biji telur Gred A + 1 kuning telur
250 g tepung gandum

BAHAN-BAHAN KRIM PASTRY:-

300 ml susu segar
3 biji kuning telur
50 g gula halus
20 g tepung gandum*
20 g tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh esen vanilla
2 camca besar mentega atau marjerin

BAHAN-BAHAN HIASAN:-

Coklat cair secukupnya
Buah2an segar (ikut kegemaran masing2, aku suka letak strawberry =)
Jem aprikot atau piping jelly (optional)

Cara-cara

UNTUK PASTRY:-
- Dalam satu bekas, satukan mentega dan gula. Kacau menggunakan wisk hingga gula hancur.
- Masukkan telur dan terus mengacau hingga berkrim.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun menggunakan spatula hingga adunan menjadi doh yg lembut.
- Bungkus dgn plastik dan dinginkan dalam peti sejuk 2 jam.

UNTUK KRIM PASTRY:-
- Panaskan susu hingga menjadi suam. Matikan api.
- Dalam satu bekas, satukan kuning telur, gula dan tepung yg telah diayak. Kacau menggunakan wisk hingga berkrim.
- Tuang susu suam sedikit2 sambil terus mengacau hingga susu habis dituang.
- Tenggekkan bekas berisi adunan tadi atas air mendidih dan terus mengacau hingga adunan berubah menjadi pekat dan licin. Matikan api dan masukkan esen vanila dan mentega atau marjerin. Kacau hingga sebati.
- Alihkan ke dalam bekas yg bertutup dan tutup rapat.

Keluarkan doh dari peti sejuk. Ambil sedikit doh dan canai mengikut saiz acuan. Perlahan2 alihkan doh ke dalam acuan tat dan kemaskan. Buat hingga habis. Kemudian cucuk2 permukaan kulit tat dgn garfu.

Masukkan acuan tat yg telah diisi dgn doh ke dalam peti sejuk, sementera menunggu oven panas (pada suhu 175C). Bakar selama 10 - 12 minit atau hingga kuning ke emasan.

Bila masak, keluarkan kulit tat dari acuan dan sejukkan diatas redai.

Sapukan bhg dalam kulit tat dgn sedikit coklat cair.

Paipkan dgn krim pastri tadi. Banyak atau sikit bergantung pada kehendak masing2.

Susun buah2an segar mengikut kreativiti masing2....tak kira buah2an tempatan atau buah2an import....Boleh juga disapu permukaan buah2an tadi dgn jem aprikot atau piping jelly utk nampak lebih berkilat.

Contoh acuan tat yg diguna utk buat fruit tart nie....acuan terpulang pada kehendak masing2. Jika acuan kecil bilangan tat mungkin jadi byk...

No comments: