How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Thursday, November 10, 2011

Say NO to Salt & Sugar to young babies!

Salt

Ada dikalangan mommy yang suka meletakkan sedikit garam di dalam bubur atau makanan bayi dengan harapan ia akan merangsang minat si anak untuk makan. Ia tidak semestinya berkesan kerana yang sebenarnya si anak lebih berminat dengan kepelbagaian rasa/tekstur makanan seperti memperkenalkan pelbagai jenis buah-buahan atau sayuran bukan nya dengan garam!

Adalah tidak perlu untuk menambahkan garam di dalam bubur atau makanan baby kerana fresh homemade yang kita sediakan itu sudah cukup kandungan sodium yang diperlukan oleh baby.
Namun menambah sedikit garam adalah tidak memudaratkan baby.

Sebab tu la memberikan bayi anda homemade food adalah pilihan yang bijak kerana kita mampu mengawal amount garam di dalam diet bayi kita.

Pemberian makanan yang mengandungi garam/sodium yang berlebihan akan menyumbangkan risiko Tekanan Darah Tinggi pada masa akan datang.
Lebih menggerunkan akan terjadinya kegagalan buah pinggang bila mana buah pinggang si kecil tadi belum lagi bersedia sepenuhnya untuk memproses sodium/garam yang berlebihan tadi dan juga "brain damage".
huhu takutkan

(Source: salt in baby food )

Sugar

Sebagai ibu bapa, kita mesti nak yang terbaik untuk anak kita. Tetapi nutritionists, dieticians and pediatricians telah bersetuju bahawa gula bukanlah makanan pilihan yang berkhasiat untuk anak kita. Biskut yang terdapat di pasaran & other junk food  mengandungi gula bukanlah pilihan terbaik.
Seperti garam, menambah sedikit gula di dalam makanan bayi tidaklah memudaratkan.

In fact, amatlah sukar untuk menjauhkan anak kita dari "memakan gula" sebab almost semua makanan mengandungi gula samada secara process atau semulajadi seperti candy and cookies, cakes and pies, naturally in fruit and milk. .
Antara nama lain selain gula di dalam label makanan terprocess:
  • Sucrose, which is common table or white sugar, is found naturally in sugar cane, sugar beets and, in smaller amounts, in some fruits.
  • Fructose, the sweetest sugar, which combines with glucose to form sucrose.
  • Glucose, which is slightly less sweet than sucrose.
  • Lactose, or milk sugar.
Gula adalah sumber karbohidrat yang merupakan sumber tenaga yang utama untuk tubuh badan.
Gula membantu kanak-kanak untuk berlari,melompat dan bermain.
Tetapi, pengambilan gula yang berlebihan  mungkin akan menyebabkan kanak-kanak hyperactive.
Tambahan pula gula hanya penyumbang karbohidrat dan tidak mengandungi protein,vitamin atau mineral yang boleh didapati di dalam makanan yang lain.
Baby yang telah di ajar dengan makanan yang manis akan meneruskan habit tersebut sehingga dewasa dan ianya adalah satu habit yang tidak sihat.

Di sini terdapat 146 reason kenapa gula tidak bagus untuk kesihatan (baby & dewasa) --> gula oh gula
sekian :)

No comments: