Didalam kereta saya terdengar berita sedih tentang kematian 2 bayi secara serentak di sebuah nursery yang sama di Taman Permata, Ulu Kelang....berita lanjut di
Ia mungkin ketentuan ilahi kerana ajal maut jodoh pertemuan telah ditentukan olehNYA, namun jika kita di tempat ibu bapa si kecil itu kita pasti tidak dapat menerima kenyataan sedemikian....tentunya pemergian bayi yang dikandung selama 9bulan memerlukan jawapan atas apa yang terjadi...ya kenapa? apa puncanya?
saya amat bersedih....bimbang dan bersyukur kerana ia tidak berlaku ke atas diri saya....namun disini saya ingin berkongsi apa yang saya tahu demi untuk mengelakkan ia terjadi kepada saya or anda di masa akan datang.
Yes...setiap yang berlaku kita mampu mencegahnya.....sebelum itu, kita haruslah mengetahu punca /rootcause kenapa ia terjadi
Antara punca-punca baby tersedak susu:
1- Milk flow is too fast :
ketahui size/speed nipple yang anda berikan kepada baby anda.
2- May be a reflux:
anda boleh menbaca detail apa itu reflux disini --> acid-reflux
3- May be ada lubang pada G.I tract :
bagi baby yang kerap mengalami choking/tersedak semasa minum susu, paed boleh membuat pemeriksaan melalui x-ray jika terdapat lubang pada Human_gastrointestinal_tract
4- Posisi baby semasa menyusu:
Posisi kepala baby semasa menyusu juga memainkan peranan menyumbang kepada tersedak. Oleh itu letakkan bantal untuk meninggikan kepala semasa penyusuan.
5- Kecuaian penjaga:
Untuk point ini saya tidak mahu menundingkan jari kepada sesiapa namun berdasarkan kejadian sebelumnya, kebanyakan kes yang terjadi di nursery mereka meninggalkan baby menyusu sendirian dan menyendalkan bantal untuk menyokong botol susu tersebut.
6- Kekurangan ilmu :
Ibu bapa atau pihak nursery tidak didedahkan dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi untuk menangani masalah tersedak untuk mengelakkan ia menjadi serius yang membawa kepada kematian.
Jika di selami punca-punca diatas kita akan nampak kebanyakkan ia adalah faktor yang kita mampu ubah, mampu mengelakkan kejadian tak diinginni dari berlaku. Ibu bapa & penjaga juga memainkan peranan.
Antara langkah pencengahan yang mampu kita lakukan adalah:
1- Pastikan kita menggunakan nipple size yang sesuai untuk baby mengikut umur dan keupayaan mereka. Gunakan NB nipple untuk slow flow terbaik gunakan Mr Brown teats kerana size nipple nya yang kecil.
2- Jika sebelum ini pernah berlaku mild choking or baby tersedak di rumah (mungkin reflux or what so ever) pergilah membawa bayi anda berjumpa Paed untuk pemeriksaan lanjut, kita tidak mengharapkan doktor menjumpai sesuatu yang buruk namun, mendapat nasihat doktor adalah terbaik.
3- Ibu bapa dan pihak nursery haruslah (wajib) dibekalkan dengan ilmu CPR demi menangai kejadian seperti tersedak dari menjadi serius. Di SINI terdapat step-step bagaimana melakukan CPR ke atas bayi yang tersedak/choking.
Video INI boleh membantu menyelamatkan nyawa bayi tersebut. Ia mungkin terlambat jika anda mengharapkan paramedic datang ke rumah. Sekurang-kurangnya anda mampu mengembalikan pernafasan bayi tadi sebelum berkejar ke mana-mana pusat perubatan yang berhampiran.
4- Elakkan memasukkan cereal ke dalam susu baby. Memasukakn cereal ke dalam susu akan memekatkan susu tersebut seterusnya menyumbangkan kejadian baby tercekik semasa menyusu.
Setakat ini yang saya tahu untuk di kongsikan disini sebagai tauladan & panduan bagi saya dan semua. Selebihnya kita kena tanya doctor yang menangani kes ini. Mereka tahu apa yang terjadi si sebalik kejadian tersebut.
Yang penting kita mencuba untuk mengelakkan dari terjadi sesuatu yang buruk.
Anak adalah amanah Allah untuk kita , peliharalah insan kerdil yang tidak berdosa itu
huhu
sekian~
2 comments:
Annie..ni benda saya paling susah hati tau..tq sharing ilmu ni..
Me too fara....tak faham mengapa ia sering trjadi trhadap insan sekecil itu huhu
Post a Comment