How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Friday, February 17, 2012

Salah satu cara untuk stop breast feeding

Salam pagi Jumaat yang mulia untuk pengunjung blog ku yang tak semenggah ini.....hehehe hatiku berbunga-bunga sebabnya hari ini jumaat, esokkan cuti...kami akan bercuti ke melaka [bercuti lah sangat :P]

Bila buat entry semalam secara tak langsung saya teringat pulak seorang kawan yang baru sahaja di sahkan mengandung sementara dia masih lagi menyusukan anak sulungnya yang hampir 16bulan itu. Sememangnya boleh juga jika mengandung untuk meneruskan penyusuan susu ibu/badan, namun jika jika khuatir ia akan memudaratkan bayi yang dikandung rasanya tak salah untuk berhenti menyusukan.
Doktor juga berpendapat sedemikian apatah lagi jika anda mempunyai sejarah keguguran sebelum itu.

Berbalik kepada cerita saya tadi, kawan saya ni pun bertanya kepada saya, bagaimana saya berhentikan susu badan kepada Abbie? Jawapan saya memang mudah, sebab Abbie memang tak menyusu direct so tak menjadi hal.
Namun, bukan bererti saya tidak boleh berkongsi ilmu yang saya ada. Ilmu yang di kutip dari emak & kedua kakak saya yang berjaya breast feed anak mereka sehingga 2 tahun :)

Jawapan mereka......getah akar patawali or akar seruntun. 
 akar patawali atau seruntun

Nama Tempatan:
Patawali/putarwali
Nama Saintifik:
Tinospora crispa, coculus crispum, Menispermum crispum
Nama Lain:
Akar seruntun, brotowali,batang wali
Famili:
Menispermaceae

Kalau di bandar ni mungkin sukar untuk mencarinya, namun kalau di kampung ia tumbuh meliar tak de siapa nak heran hehehe macam kat rumah saya tu.
getah akar patawali ini InsyaALLAH selamat di makan [kalau lah anak you all sanggup makan] sebab getahnya teramat-amat la pahit.

Caranya mudah:
calit or sapukan sedikit getah akar patawali pada nipple you sebaik sahaja si anak minta nenen tadi.
So bila si anak mencuba menghisap breast tadi, mereka akan terkejut dengan rasa pahit tadi dan menolak untuk menyusu . Pada permulaan mereka pasti akan menangis, namun rasa pahit tadi akan membantutkan niat mereka. Dan pada masa yang sama, berikanlah mereka susu formula. Yang penting ibu haruslah tabah, jangan jadi lemah semangat, biarkan anak menangis, lama kelamaan mereka akan terbiasa.

Menurut kakak saya, teknik ini memang mujarab, dia sapu sekali sahaja, terus anaknya tak mahu menyusu badan lagi. Namun pahit getah itu kalau terlekat di mana2 memang bertahan lama.
Sebab tu kalau mommy ada anak yang menghisap jari pun boleh menyapukan getah akar patawali ke jari anak itu. Saya memang terdetik untuk berbuat demikian, namun kakak cakap, nanti Abbie susah tidur malam sebab tak dapat isap jari, terus kami satu family tak dapat tidur....HAHAHA


Selain itu, anatara khasiat patawali ialah:

1- Batang Patawali digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinngi, kencing manis dan juga penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea.
2- Tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari.
3- Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka.
4- Kajian saintifik yang dijalankan ke atas Patawali menunjukkan tumbuhan itu mengandungi sejenis bahan yang dipanggil jattrorrhizine yang dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria.
5- Selain daripada itu ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan selera makan.
6- Pikroretin yang terdapat didalamnya dapat menurunkan suhu panas badan(mengubat demam).
7- Di Filipina tonik ini digunakan untuk mengubat sakit jiwa atau tekanan mental.
8- Air rebusan ini juga dapat mengubat sakit pinggang dan sengal-sengal(boleh dicampur dalam minyak urut).
9- Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit belerang.
10- Daunnya digunakan untuk mengubat penyakit sifilis.

No comments: