How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Tuesday, August 14, 2012

uMist Baby Osim

Sejak Abbie discharge dari hospital disebabkan cirit birit sehari sebelum puasa, lepas seminggu Abbie kene batuk2, so masa follow-up checkup di KPJ, kami suarakan la kerunsingan kami tu, doc ada la bagi ubat batuk untuk Abbie. Ubat batuk ni lain sikit dari yang biasa kita dapat di klinik kanak2 yang biasa nya berwarna warni tu. Ubat batuk ni Abbie tak suka, tak sedap mungkin, tapi kene jugak amik untuk 1 minggu.
So bila sudah 1 minggu batuk Abbie tak jugak kebah, malah dah ada penyakit baru iaitu flu.
Kami rungsing, tapi kami berikan Abbie masa agar antobodi di dalam dirinya mampu melawan bakteria tu.
Tapi ia menjadi semakin serius bila Abbie mula bernafas berbunyi, keluar banyak tahi mata apabila bangun dari tidur, lepas tu tamper dia semakin menjadi-jadi, YA ALLAH sejak discharge dari hospital tamper & tantrum Abbie sangat la mencabar kesabaran kami. Dia kalau datang angin nak mengamuk, tanpa sebab dan alasan macam orang kene sampuk atau histeria, susahnya kami nak tenangkan dia.
Tak tahu apa puncanya, mungkinkah sebab keadaan dia yang kurang sihat tu membuatkan dia mudah naik baran. Bila Abbie mengamuk, dia akan mencederakan diri sendiri, dia cakar kulit kakinya, kulit dadanya, kulit mukanya, kalau geram sangat dia gigit tangannya, kalau bab hantuk kepala kat dinding atau lantai itu adalah perkara biasa. Kalau kami cuba menghalangnya, kami pun menjadi mangsa cakaran & gigitannya.

Memang selalu saya yang hilang sabar berbanding daddynya, kalau mommy hilang sabar, tak cukup dengan mommy menjerit, mommy amik rotan & rotan di tapak kakinya. Geram...sering kali mommy diingatkan oleh daddy untuk bersabar, peluk erat Abbie.
Abbie menjadi stress & frust bila kami sukar untuk memahami baik2 perkataan yang diluahkan. 
Ya kalau dia berbicara dalam bahasa english ok, saya faham walaupun kadang2 tak faham jugak, tapi kadang2 langsung kami tak fahami, mungkin Abbie bercakap dalam bahasa mandrin. adoiiii
itu sering kali membuat dia stress.
Kami tahu,kami harus bersabar, tantrum ini akan mulai hilang bila kami sudah saling mempunyai persefahaman dalam berbicara. Saya memang tak sabar nak hantar Abbie ke sekolah, supaya dia boleh bergaul, dan memantapkan lagi bahasa dia bagi memudahkan kami berkomunikasi.



Okey...berbalik kepada kisah Abbie yang batuk & flu berpanjangan tu, ia sampai la terjangkit kepada daddynya. Yang jadi parah pulak, mommy ni mengidam nak makan snogurt, so malam2 pegi la beli snogurt, makan pun nak kene tunggu Abbie tidur...daddy beli 200grm...banyak la jugak...so kami melantak snogurt malam tu, esoknya mommy pulak mulai cough...cough badly
memang sukar sekali nak handle abbie yang bertantrum tu dengan keishatan mommy yang kurang baik ni.

Pagi Sabtu kami bawa Abbie berjumpa doc Yong untuk di neubulizerkan flame dia... nampak dah berkurang sikit bila Abbie makan ubat doc Yong. Alhamdulilah.
Mommy pun semalam dah jumpa doc mommy untuk dapatkan ubat batuk yang mengantukkan itu huhuhu

Daddy yang over risau, siap belikan kami uMist humidifier by OSIM yang harga nya rm188, adoii dah nak raya ni pun daddy dok shopping cenggini untuk kami.
Katanya supaya kami dapat tidur yang lena... huhuhu
memang semalam saya menitiskan air mata bila, bangun pagi2 nak hantar Abbie ke rumah baby sitter, saya dapati baju yang dibasuh malam tadi dah tersidai, ruang tamu yang bersepah dengan toys Abbie dah kemas & tersusun rapi...semua kelengkapan Abbie daddy dah sediakan & masukkan dalam kereta. sampah & pinggan2 kotor dah dicuci. YA ALLAH....
tak cukup dengan itu, daddy call mommy tanya kabar mommy, daddy call nanny tanya kabar baby.
Petang tu, dengan menggunakan Notes, mommy terbaca email daddy yang menyuarakn kebimbangannya tentang tantrum Abbie kepada abang & kakak iparnya...huhuhu
he really seorang father yg sungguh prihatin, sgt penyayang.....memang menitis la air mata ai semalam.
Tapi takde la nak bagitau hubby, nanti mommy kene leteq, sebab dah dapat suami yang baik pun mommy kadang2 bersifat garang dgn daddy :P

YA ALLAH aku bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sungguh penyayang & prihatain, semoga jodoh kami kekal ke akhir hayat kami berdua.Amin.

No comments: