How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Thursday, October 4, 2012

Doa agar kandungan sihat & selamat

Sejak hari selasa tekak ni tak boleh tak telan makanan, asal makan ajew muntah, dan sejak malam tadi mommy kene cerry berry la pulak, hari ni mommy sudah betul2 lembek, bersandar di dinding pun rasa macam dinding itu yang bergoyang.... owh my....

Tadi sempat mommy sembang panjang dengan kakak yang sama2 keguguran tahun lepas, dia sudah berusia sekarang mengandung lagi 8bulan, anak pun sudah 2... ni kandungan ke 4 untuk anak ke3 katanya, yang bongsu dah darjah 1 pun. Katanya, untuk apa susah hati, sebab dia dah ada sepasang, kalau tuhan nak bagi ambil, jangan di risaukan jika dibandingkan dengan orang yang langsung tak de anak, dah habis beribu-ribu pun masih tak dikurniakan cahaya mata. Nasihatnya kepada mommy yang risau ini huhuhu

Mommy panjatkan doa kpd NYA agar melindungi bayi di dalam kandungan ini semoga bayi ini sihat, selamat & sempurna sehingga melahirkan. Hanya DIA yang mampu menjaganya dari dalam, namun mommy akan mencuba yang terbaik. 


“Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkan lah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkankah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

No comments: