Selamat tengahari... dah lunch ke belum ni? Mommy kul 12pm dah kuar lunch, makan2 kul 1245pm dah masuk opis balik, daddy ajak shopping bra, tapi mommy malas la pulok, leceh sebab pakai pregnancy dress ni nak try test bra tu nanti leceh.... malam ajew kami shopping deh (ini gara2 mommy complain x cukup bra during pregnancy la ni, last weekend dah borong suar dalam hahaha - tak mahu terima kenyataan ai pakai size L, ai beli size M hohoho tgk L mcm besor ajew)
Adoiii mase sebelum kawen body ai size S, kecil molek, kurus meramping ajew...now pakai t-shirt size L, suar dlm dh tak boleh pakai free size, kene hok ade size hohoho
Agak2 lepas bersalin anak #2 nanti berjaya tak kembali ke S size?? Itu azam ai, nak balik ke zaman S, boleh sexy meksi :P :P
Okeh okeh jangan melalut panjang-panjang, en3 kali ini mommy nak share menu simple dimple untuk mommy yang specis sama macam mommy, taknak mengaku lazy tapi kami busy hahahha
Menu ni diajarkan oleh MIL, sangat mudah, kurang renyah di dapur, berkhasiat, lazat & disukai ramai.
Hubby ai puji ai kalau masak macam ni, dah macam mother dia yang masak.
Nama resipi ni ai tak pasti, tapi boleh tak ai bagi nama sendiri - Qaseh Ohara Black Rice
hihihihi
Bahan-bahannya:2 cup beras yang dicuci (or qty beras bergantung jumlah org yg nak makan)
1 potong dada ayam (isinya dipotong dadu) - ayam boleh digantikan dengan ketam yang di potong 4
3 kuntum cendawan cina (rendam hingga kembang & di mayang or dipotong dadu)
3~4 batang kacang panjang (dipotong kecil)
sedikit biji gajus (ikut suka, nak letak kismis ke almond ker tanak letak pun boleh)
2 biji bawang merah (ditumbuk)
2~3 ulas bawang putih (ditumbuk)
3" halia muda (ditumbuk)
udang kering (rendam & tumbuk)
sedikit minyak untuk menumis
kicap cair
kicap pekat manis
sos tiram
Ini lah hasil bahan tumbuk kita tadi
Cara masak:
1- Panaskan minyak & tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau wangi.
2- Kendian masukan isi ayam tadi di ikuti dengan cendawan cina & gajus tadi.
3- Masak seketika & masukkan sedikit air.
4- Tambahkan 1 tbsp sos tiram, kicap cair (jangan banyak2 kang masin, so sebab dah guna kicap cair, ai tak masukkan garam dah) & kicap pekat manis. Kacau.
5- Kemudian, masukkan beras ( dan masa time saya masak untuk tutorial ini gas pun habis, so terus transfer ke rice cooker) dan tambah air macam kita masak nasi biasa.
6- Tunggu sehingga rice cooker tu tunjuk "cook" and its ready to serve.
Continue masak dalam rice cooker
Ini lah hasilnya, Qaseh Ohara Black Rice, all in one... tak payah nak pikiaq pasal masak lauk pauk, semua dah ada dalam tu. Kalau rajin, boleh buat sambal udang - especially untuk meke yang suka makanan pedas, sebab nasi ni tak pedas, maka ia sesuai untuk toddler anda.
Kalau saya pula, saya suka buat soup, sebab my son suka makan soup, soup pun soup simple jugak,
panaskan air dalam periuk, campakkan hirisan buah tomato (wajib), bijian jagung, and either japanese mushroom or japanese tofu, or carrot, tambah sedikit homemade ikan bilis powder, no need garam. siap!
fyi, kat rumah ai memang jarang masak letak garam, 1 paket garam kecil tu tahan berbulan2 lamanya tau hoho
Selamat mencuba~
No comments:
Post a Comment