Tart Nenas Gulung by Annie's Kitchen RM22 35biji Semestinya Buttercup |
Assalamualaikum... Alhamdulillah dah berkesempatan malam ini untuk mengupdate blog ni. Kesibukan siang hari di dapur Annie's Kitchen dengan menu seharian keluarga kami, dengan project sambal hitam pedas menangis untuk menyambut puasa, dengan tart nenas lagi. Alhamdulillah ada kawan2 yang sudi support bisnes saya. Syukur.
Hari Isnin lepas kakak singgah bermalam di rumah sebelum bergerak ke esokkan harinya untuk ke UiTM Tapah, anak buah dapat belajar disitu untuk jurusan perakaunan. Alhamdulillah semoga Pipot belajar bersungguh2. So saya pun mengambil kesempatan untuk mengirimkan pesanan kawan lama saya dari kampung. Kawan saya ni kawan dari kecik, dia memang regular customer Kimchi kami. Terkejut juga kalau setiap 2 minggu dok repeat order kimchi 2-3 jar. Memula katanya nk try 1 jar dulu, nak tengok rasa sama tak macam kimchi yg pernah dia makan, beli kat pasaraya tak sedap katanya. Bila dah pekena Kimchi kami, ha terus terikat dan ketagih hahahaha
La ni nak raya, dia stok-up Kimchi 3 jar, sekali order mini popiah udang kering 500gm dan 1 jar tart nenas gulung kami. Nak buat makan2 katanya. Kakak kata, dia ni memang suka tart, tiap2 tahun di kampung dia akan order berbalang2 tart nenas dari seller kat kampung tu. Saya kata tak apa lah, biar dia cuba tart saya, mana tau dia berubah arah...hehehehe
Rabu tu kakak pun COD kan lah pesanan saya kepadanya.
Petang sikit tu dalam pukul 5ptg, dia WhatsApp saya (tu print screen WhatsApp kami)
Tart nenas gulung yang terbaik! |
Alaaaa 15 jar je tu pun nak kepoh kannnn (kot la ade senior tart kat sini yg bilang gitu) saya ni baru berjinak so bila dapat bulk order mcm ni mmg terover teruja hihihihi
In sha Allah , tart kami sangat sedap, tidak menghampakan anda jika mencubanya.
Kami buka order setiap masa, bukan raya sahaja. Just place your order in advance.
Kami ada self-pickup di sekitar bandar kajang (BHPetrol Sg Chua/Tabung Haji Kajang/Sate Samury/ Plaza Metro Point Kajang/ Pearl Avenue Condo Sg Chua/ JPJ Bangi Seksyen 7)
Penghantaran di sekitar Putrajaya/Bangi - Addition RM5 charges.
Untuk tart kami tak ada postage sebab tart kami gebus gebas melted in the mouth, risau kalau hancur dalam perjalanan nanti.
Untuk tempahan boleh WA 0192822328 (Annie)
Homemade from Annie's Kitchen.
No comments:
Post a Comment