How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Tuesday, September 11, 2012

13minggu sudah

Alhamdulillah sudah melepasi 1st trimester, di awal kehamilan yang dipenuhi dengan kebimbangan disebalik excited being pregnant. Kita doa & harapkan yang baik-baik aja... biarpun ada juga kalangan kenalan yang mengalami keguguran pada bulan ke-5 kandungan, dan ada juga yang mengetahui bayi yang dikandung tidak bernyawa pada bulan ke-8 kandungan, ia benar2 membuatkan saya sentiasa gusar sehingga bayi ini selamat dilahirkan huhuhu

Adakah saya terlebih paranoid or fobia yang melampau? mungkin tapi saya cuba tidak memikirkannya
tak baik kan berfikir yang bukan-bukan.
Oleh sebab itu, bila kandungan mencecah 13minggu ni saya mula bersemangat membuat list barang2 baby yang saya mahu tambah/tukar. Nama baby pun kalau utk girl saya dah finalkan, tunggu pengesahan jantina jew next visit with gyne (harap2 nampak). for me tak mahu la secret2, kalau dapat tahu pun baguskan, boleh la buat preparation dari segi nama & barang2 baby.

Teringat masa mengandungkan Abbie, sebab saya ada fobia yang lebih fobia dari sekarang, saya LANGSUNG tak bershopping keperluan baby. set bersalin tu hubby yang beli di Amway kononnya nak hadiahkan kepada rakannya yang menyambut full moon baby, tapi mana ada org dh bersalin 30hari pakai set bersalin kan...so simpan2 sampai la bini nye ni mengandung...rezeki terpijak hahaha
pastu barut2 baby kakak bagi, botol2 susu avent tu kwn hubby bg, beg baby kakak ipar bagi, ai hanya beli basic pakaian baby dalam 5helai jew kott, lampin, besin, set mandian, changing matt baby & tilam. selebihnya tunggu saat bersalin hubby kata tgk orang bagi apa, lepas tu apa tak cukup ai tambah.

So rezeki Abbie, bila Abbie lahir, kakak ai bg lagi beg baby , kwn2 ai bg set baju baby & bottle strelizer, kwn hubby bg gym, car seat, stroller, cecair pencuci botol, pati ikan haruan, dan macam2 termasuklah sebundle pakaian baby, 2nd strelizer, electric breast pump, CDs from my SIL dari Spore.
Bila baby lahir, baru kami dapati tak cukup itu & ini, hubby pun pegi beli kat Manjaku Kajang.. hubby beli baby carrier, baby sling, hubby beli bauncer, buaian baby, baju2 baby macam2 apa2 keperluan tambahan baby hubby yang beli sebab ai kan dalam pantang. So bila Abbie genap 30hari, kami pergi ke Alamanda, ha masa tu la 1st time mommy dapat shopping sendiri set romper dalam Mothercare. YA ALLAH nikmatnya la rasa bershopping tu, lebih hebat bila baby dah lahir.

So sekarang, ai told my hubby ai nak do the shopping, especially if i get a gegurl, aiyaa... walaupun ada 2 kotak pakaian baby gurl dalam almari Abbie tu, ai tetap nk shopping, some ai nak buat sendiri since ai dah ada sewing machine sendiri hihihi
I plan to change my breast pump - since the old breast pump ada bunyi... brand ameda, its a good brand and free from my SIL, so rasanya worth it if 2nd baby ai tukar baru...cumanya sebab after give birth ai nak resign, bila difikir2 balik , tak perlu kot tukar yang electric, manual ajew sudah ok... tapi kan en hubby kita pulak yang lelebih,.,.katanya leceh la pakai manual... u penat nanti, hahaha ai loike, ada benda daddy tak kedekut, ada benda dia kedekut (bukan la kedekut tp x mo memnazir). so dalam kepala dok pk nak amik madela freestyle tu ahaks...

Hubby saya seorang yang mengcontrol financial isterinya 101% semua expenses saya mesti dpt approval dari dia. Tapi kalau kene gaya, dia okey jew. mcm recently we buy sewing machine Brother NV50 pada awalnya dia suh amik package, ai yang x mo sebab br beginner, tp bila sampai saya gatai pulak ai nk package.. dia ON ajew.
Tapi bila bab saya nak letgo 3 baby carrier tu - 2 dia beli & 1 my SIL bagi, let go sebab saya nk Orbit Carrier yang regenya RM309 tu, dia tak bagi huhuhu katanya jangan membazir!
My hubby kata, kalau dh ada masih elok conditionnya tak perlu nak tukar, kalau tak ada nk beli atau yg dah ada tp tak tip top condition nya baru blh tukar :(

Kannn... so for now i akan focus DIY baby stuff dulu, hok nak kene beli tu last minit nanti boleh beli.

So far tentang baby dalam ni, Alhamdulillah sihat, morning sickness semakin berkurang, perut semakin membesar (jangan tak caya) jalan dh a bit slow (memang sengaja jalan slow), makan masih lagi sikit.. huhuhu tak tahu macam mana nak makan banyak....sian baby dalam ni, dia makan apa ya...mommy makin kurus ker? or berat naik dgn slow... owh x sabaunye nak jumpa gyne 24hb ni.

Okey, 22hb ni patutnya i ada interbiu ATC kat menara kawalan udara subang, event to the whole day. tapi kan hubby tak kasi pegi la pulop, katanya kalau kene keje shift, baik tak payah pegi interbiu terus. ai tak suka u keje shift. sekian.

Esok, plan nak g IKEA, cari kain lalalala~
jom, ade sesiape yg nk kirim :P

No comments: