How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Thursday, September 6, 2012

Biskut Chipsmore Abbie


biskut yg blm di bakar
 Nama biskut ni biskut Chipsmore Abbie, sebab mommy buat guna mould Teddy Bear konon-konon untuk Abbie tapi Abbie sendiri tak merasa makan walaupun sekeping huhuhu
(sebab masa raya abbie & mommy masih batuk hukhukhuk)
Biskut ni mommy buat 2 hari sebelum balik beraya di kampung, buah tangan untuk emak den sebab den langsung tak beli biskut raya. Yang SIL belikan tu ai tinggalkan kat ghumah untuk diagih-agihkan ke jiran2, baby sitter & kawan2 opis. Yang ai buat sendiri ai bawa balik kampung.

Biskut ni menjadi feveret anak2 buah ai terutamanya si Adam BFF Abbie tu yang berusia 4tahun dan 2 lagi anak buah ai yang berusia 7 & 8tahun. Asyik buka je balang biskut tu sampai kene sound, bukan takut habis...tapi takut lemau kalau tak ditutup dengan rapat.
Rasanya memang mewah dengan coklat sebab ai guna dark chocolate chips, pastu guna van houten chocolate powder, ditambah lagi dengan badan kasar & biji bunga matahari...pergh.... memang high grain & brain food cookies la....
Tak boleh buat jual, kang jadi mahal...sebab nak makan sendiri kita mewah2kan la bahannya kan :)


Nak resepinya? Ha ini untuk rekod sendiri so next year raya boleh buat lagi..

Bahan-bahan:
450 gm tepung gandum
1 biji telur
250 gm mentega
100 gm gula halus
110 gm gula perang
100 gm dark choc chips
3 sb serbuk koko van houten
150 gm badam - panggang dan cincang
100 gm biji bunga matahari
1 sk baking soda

Cara - cara :

1) pukul mentega bersama gula halus hingga kembang
2) masukkan telur dan pukul lagi
3) masukkan tepung dan baking soda yang telah diayak sedikit demi sedikit - i tak ayak pon
4) masukkan choc chip, badam & biji bunga matahari
5) buat doh & canaikan, dengan menggunakan acuan teddy bear, bentukkan & susu dalam loyang yang disapu mentega.
6) bakar dlm oven dgn suhu 160c selama 15~20 minit 

No comments: