How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Monday, January 7, 2013

update pregnancy week29

Salam & selamat pagi semua....
Alhamdulillah kembali bersiaran & bertugas seperti biasa setelah ON/OFF working last week.
Actually this week ai oredi 30 weekd, but baru manage to update pregnancy check-up masa week29 hari tu huhuhu
Kebusyan dihujung & awal tahun 2013 yang penuh dengan cabaran & dugaan, semoga ia berakhir dengan satu pengakhiran yang begitu membahagiakan.
Sebelum mommy go ahead tentang cerita week29, mek kita flash back apa yang berlaku sekitar 2 minggu kebelakangan ini yang agak membusykan buah fikiran kami sekeluarga.

1- Persekolahan Abbie
    last minit (4 hari sebelum Abbie mula sekolah) baby sitter inform tak boleh hantar & pick abbie to/from skool. pening kami dok pikiq macam mana abbie nak ke sekolah, Day 1 mommy hantar & jemput, day 2 & 3 Abbie pegi naik van sekolah...mommy jadi spy nak tengok pukul berapa van pickup, pukul berapa van hantar, routing perjalanan van tu & how they handle the kids inside the van. So far 2 hari ni Alhamdulillah....nampak semuanya baik2 aja, only 1st day at skool Abbie nangis (tu pun sebab nampak kelibat mommy mengintai)
Moral: Tak payah la amik cuti sampai 1 minggu nak tunggu or intai anak kat skool, lagi depa nampak kita, lagi dia bertambah manja & nangis.

2- MIL admitted sebab sakit kaki.
   Sebenarnya MIL dah sakit kaki dah few weeks before mereka bercuti di Kota Singa, even masa depa enjoy kat USS pun MIL dah sakit kaki, tapi she took pain killer. Agaknya sengaja tak nk bagitau anaknya nanti diorang tak bagi join bercuti di sana. Sebaik sahaja balik dari Kota Singa, MIL jumpa doc, sebab dia tak mahu bergantung pada pain killer, doc admitkan utk buat fisio. Hubby pulak balik terus that week bila tau mak dia sakit & belikan OSIM leg massager yang regenya RM1888 huhuhu
Pastu semalam dengar citer, MIL dah resign dari tempat kerjanya... she said she dah tak larat, bila dah tak kerja duduk sensorang kat rumah, dia mula call anak dia ckp mak dah tua...dah tak boleh jaga u all, so pls take care of your self (its make my hubby super worried). ---- ada sambungan dari cerita ini...nanti ada masa ai cerita kan...hok part ni pulak buat mommy tak tidur malam huhuhu

3- My mom pulak kene minor heart attacked
     Dalam kebusyan amik halfday work & become part-time spy, ai dapat pulak berita mak masuk hospital sebab kene minor serangan jantung. YA ALLAH super risau sampai meleleh2 air mata & air hidung khamis lepas, mana tak nya...atok (abah mak), abg long mak, meninggal akibat serangan jantung...penyakit jantung ni keturunan. my mom oredi 64, my MIL 65. Depa dah tua, tak boleh nak kata mak makan apa? mak ada masalah apa yg buat susah hati sampai kene sakit jantung...takde...its tiba2 datang huhuhu
Just pray yang boleh saya bg utk mak, semoga mak panjang umur, dikurniakan kesihatan yg baik & tuhan mengampunkan dosa2 mak.... I love u mak. So jumaat tu terus mommy amik EL, lepas Amik abbie dr umah bs at 2pm kami gerak ke Temerloh utk visit emak, overnite kat hotel nearby..malangnya Abbie tak leh tengok nenek sebab hospital temerloh melarang budak bawah 12tahun masuk melawat huhuhu
Syukur, mak dah discharge ptg semalam, doc kata jantung emak bengkak...kene amik ubat la....

4- Kereta kelisa ku pulak wat hal
  Ya....mentang2 ASB dividen baru ajew masuk, dan-dan jumaat pagi tu tetiba radiator kereta tu panas melonjak2 tak hengat, panic bukan main lagi, call daddy pulak tak berangkat mcm call public phone, cuaca dah la panas, masa dah nak dekat jam 11am, mommy nak spy Abbie....last2 mommy tak dapat spy abbie balik, mommy gambatih drive dgn temp yang high tu balik rumah.
Bila enjin dah cool down, mommy check tangki air radiator tu kering kontang,
Memula memang nak marahkan daddy, tapi kesian tgk dh 3 hari dia berkejar2 dari PJ-Kajang.
Semalam test drive pegi pasar malam, sekali lagi temp naik, sah radiator bocor, nak tak nak hari ni drive kereta daddy pegi keje. Kereta mommy ni ni park dulu utk sementara waktu sehingga keadaan kami stabil
Tak habis2 dengan kejutan demi kejutan.huhuhu

Semoga lepas ni dah tak ada lagi berita mengejut yang tidak menyenangkan diterima. InsyaALLAH.
Inilah dugaan tuhan yang kami hadapi dengan tabah.


Okey, berbalik kepada check-up dengan my gyne baru2 ni (31-Dec-2012),
Check paras gula dlm darah - normal
protien dlm urine - normal
bengkak kaki - masih tiada (Alhamdulillah)
berat - 66.5kgs (naik 2 kgs in 2 weeks) meriah!!!
berat baby - 1.78kgs (naik 0.78kgs in 2 weeks) oso meriah!!
Problem facing - masa previous check-up mommy highlighted ttg masalah keputihan yang mommy alami, doc kata jangkita kulat & he provide insert med yang harus digunakan utk 7hari.
Tapi bila habis hari ke-7, keputihan dtg blk tp lagi teruk, mulai berketul2 & sedikit gatal huhuhu
Pastu doc bagi lagi ubat insert for this check-up tapi kuat sikit dos nya, hanya guna utk 3 hari sahaja.
Dan Alhamdulillah, sekarang my V terus bersih, sebab doc bagi sekali pencuci & probiotic.
Satu lagi beban di bahu telah hilang.
Next check-up is 14-Jan, pastu dah mula check-up everyweek.
Doc kata uri masih kat bawah, tapi tak la sampai menutup pintu keluar, nanti ia akan naik.
Rasanya maybe 21-Jan (week32 mommy mula wat check-up dengan KPJ).

Setakat semalam, Alhamdulillah semua barangan newborn baby dah selamat di cuci :)
Love the weather last weekend. panas ajew...sangat sesuai untuk menjemur.

And since my mom & mil tak sihat, nak taknak kami terpaksa mencari confinement lady yang sudi menjaga mommy masa dalam pantang.
Memula ingat nak 2minggu ajew, (sebab mak memula agreed to take care 2 weeks) but since dah hire confinement lady, kami nak extend sampai 1 bulan, So Alhamdulillah setakat ni kawan mommy ada suggestkan kakak dia yang janda berusia 40tahun yang sudi menjaga mommy dengan hanya RM700 sebulan. Kalau buat kerja bagus, InsyaALLAH kami bagi la additional 100 bila selesai tugasan nanti.

Hubby siap cakap, kalau kakak dia sudi jadi pembantu, kerja ok, apa salahnya kalau terus hire dia jadi maid kita... RM800 sebulan.... wah...baiknya hati daddy...tapi perlu ker? mommy kan dah tak kerja... hohoho

No comments: