Sabtu lepas ai masak nasi ayam, dah lama betul dapur ku itu tidak berasap, asyik balik kampung jek hohoho
So macam biasa la, kalau masak nasi ayam, mesti nak ada lauk, tak cukup dengan sup & dan sayuran spt timun,tomato & salad leaf ai masak ini recipe cina :P
kenapa ai mention recipe cine? sebab kadang-kadang my hubby complaint, kawen dengan melayu asyik makan makanan melayu jek...hahaha so kadang2 ai akan masak makanan ala-ala cina [untuk menambat hati en abang sayang katakan :P]
So sayuran ini memang sesuai dimakan dengan nasi ayam jugak, tambahan kalau kita masak nasi ayam, pasti kita akan buat chiken stock kan? ha, recipe membuat sayur ini memang menggunakan chicken stock.
Recipe membuat homemade chicken stock:
3 drumstick & 3 hips ; dibuang kulit & lemak
[boleh juga pakai tulang2 ayam tak kira berapa kuantiti mommies ada]
4 ulas bawang putih; ditumbuk
1~2 inci halia muda ; ditumbuk
air untuk merebus
1 cube meggi chicken stock (optional, jangan letak jika penyediaan untuk baby)
Rebus semua bahan sehingga air menjadi separuh dari asal
So, berbalik kepada recipe yang saya nak share tadi, Broccoli Mushroom with Oyster souce,
Bahan-bahannya:
1 jambangan broccoli
6~7 biji cendawan cina kering, direndam sehingga kembang
3~4 tbsp oyster souce
200 ml homemade chicken stock
1 tbsp tepung jagung + 1tbsp air
1 tbsp oil (olive, sunflower ect)
sedikit garam
Cara-caranya:
1- Rebuskan broccoli & cendawan dengan sedikit garam & minyak secara berasingan.
2- Tos kan dan ketepikan
3- Di dalam souce pot, panaskan minyak & tuangkan chicken stock tadi, biarkan mendidih.
4- Bila sudah mendidih, masukkan secubit garam & tuangkan oyster souce dan kacau.
5- Kemudian, masukkan tepung jagun+air tadi dan kacau sehingga kuah menjadi sedikit likat.
6- Susun broccoli & cendawan di dalam pinggan & tuangkan sos tadi.
7- Sedia untuk di hidang :)
No comments:
Post a Comment