How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Monday, April 16, 2012

Pavlova

Pavlova Cake


Oven saya berasap lagi hihihi , lepas ni bercuti lama la oven saya, en suami sudah bising sebab saya telah membuat dessert yang sedap yang menyebabkan kami terpaksa makan banyak hohoho [hubby cakap kalau setakat makan berdua, beli aja lah mommy kat Secret Recipe - tapi kat secret recipe takde jual Pavlova la daddy oiiiii]
 Kedua, Pavlova ni macam separuh kek separuh dessert, ia manis...ya sangat manis sehingga en suami saya hanya menjamah sahaja, berbanding tiramisu yang saya buat baru2 ni, 70% dia yang makan, tapi kali ni 70% saya makan, 25% saya bagi anak-anak abang hubby makan, and hubby makan sikit je....Abbie memang di larang keras makan kek ni sebab ia manis tapi sedappppp
macam makan mashmellow cake la....sweet :P

Neway, saya cakap ini hobby saya, saya suka baking, saya dah cuba lain kali saya tak buat lagi dah huhuhu
Sebabnya bahan utama membuat pavlova ni ialah putih telur dan gula, gula yang menyebabkan ia ranggup, ada yang pernah cuba mengurangkan gula membuatkan tak jadi kek ini, so tak berani la ai kurangkan gula huhuhu
Neway, baking pavlova amat mengujakan sebab nak tunggu ia kembang, naik & merekah...kalau guna oven kokak macam saya punya tu, guide baking 60~75minit tapi saya terpaksa bake for 120minit wahaahahaha

Bahan-bahan:

4 biji putih telur (saya gunakan lebihan masa membuat tiramisu)
200 gm gula castor
1/2 tsp esen vanila
1 tsp cuka makan
1/2 tbsp tepung jagung

untuk topping, saya gunakan spray whipping cream, senang hahahaha pastu hias dgn buah-buahan yang mampu menyorokkan rasa manis tu especially buah-buahan citrus seperti raspberry, kiwi, strawberry, blueberry dll

Cara-caranya:
-panaskan oven 180C
- pukul putih telur dengan menggunakan mixer sehingga berbuih
- kemudian gradually, (1 table spoon each) tambahkan gula castor, sentiasa putar mixer sehingga habis.
- putar bahan tadi sehingga bertanduk (adunan tadi menjadi pekat, kalau di biarkan ia jatuh ia akan meninggalkan kesan ke atas adunan tadi atau pun merasai dengan tangan sehingga tiada rasa kesat - maknanya gula telah betul2 menyerap sebati dengan putih telur)
- selepas itu masukkan esen vanila & putar mixer.
- kemudian masukkan tepung jagung & cuka makan & buat kaup balik sehingga sebati.
- di dalam loyang, alaskan dengan kertas minyak (baking sheet) buatkan bulatan di tengah2 baking sheet dan tuangkan adunanan tadi dia atas bulatan tadi.
( supaya bila ia kembang, ia tidak akan menyentuh dinding loyang)
-  masukkan loyang dalam oven & turunkan suhu kepada 130C dan bakar selama 60~70minit
- bakar sehingga ia merekah
 ini lah hasilnya yang saya keluarkan selepas 70minit bake, dah merekah tapi tak cukup rekahannya, di dalamnya mashmellow saya belum begitu sempurna (tidak kering)
dan saya continue bake another 50minit (total 2jam huhu)
menggunakan oven kokak saye huhu

- Bila dah siap, saya tidak terus keluarkan, saya buka sedikit pintu oven dan biarkan ia sejuk di dalam oven
- Bila dah sejuk, saya keluarkan dari loyang & spray/sapukan whipping cream and hias dengan buah-buahan tadi
 ini lah hasilnya

 Pavlova saya boleh dikatakan 90% menjadi - masih tidak begitu sempurna bagi saya
manis
ia ranggup di luar, lembut di dalam (mashmellow) and cair di mulut

bahan-bahannya ringkas, processsnya kne teratur dan skill membakar & mengalihkan ia dari loyang memainkan peranan kalau tak hancur la dalam loyang tu sebab ia memang rapuh
thanks to en suami, yang memecahkan kek saya, dengan hanya sekali tekan blueekkkk
[biasa la, buat kek orang suka tekan kan...or cucuk dengan garfu but jangan buat itu dengan pavlova ya ]

from my heart;
mommy Annie

No comments: