How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Wednesday, December 26, 2012

Jom buat waffle di rumah :)


Good morning..... terasa macam hari ini monday pulak, almaklum semalam kan cuti.... cuti yang agak memenatkan recently.... full day full dengan house core activities huhuhu

Just nak sharing my new kitchen gadget yang dah lama diidam-idamkan, waffle maker!
Ini gara-gara si tecik saya yang suka sangat makan waffle, selalu kami beli yang dalam packet Gardena brand tu (plain flavour is the best).
Puas jugak cari mana nak dapat waffle maker ni? Terjumpa dalam katalog redemption credit card daddy brand Trio tapi dah takde stok, cari kat Parkson jumpa juga Trio brand tp tinggal hanya display item, cari kat JJ, Tesco, C4 semua tadop.
Pastu jumpa membe jual kt FB brand Trio tapi regenya RM120 tak termasuk postage.
Goggle punya goggle jumpa jugak kat Mudah harga boleh tahan murah jugak, tapi is either COD or postage, postage fee RM20.
Dan akhirnya terjumpa kat Lazada.com.my waffle maker brand Takada ni... harga asal katanya RM89, tapi mase ai beli ade offer RM79 with free postage. Ade seminggu jugak ai keep tengok waffle maker ni, harganya tetap tak berubah, tak naik or tak turun. Hajat hati nak tunggu gaji hujung bulan ni baru beli, tapi takut nanti sale habis, so beli ajew la dengan saki baki duit yang ada dalam account.
Tapi nak jadi cerita, sehari selepas ai buat payment, tetiba depa tukaq harga jadi RM59 sahaja dengan free postage!! MAKKK I terkejut & terus sakit hati tau.
I call lazada, i cakap, i check my order status payment recv but pending for shipping, so i nak cancel my order. Dia tanya kenapa? ai cakap la sebab u all tukar harga macam tu ajew... kenapa tak letak due sale tu... 
kira ai complaint tak puas hati... lagi pun i havent received my item yet,
Tapi itu customer service cakap, yang barang ai dah keluar, ai mintak tracking# and check. I end up the call dengan suara yg agak kecewa & tak puas hati (dengan maksud, lain kali ako band shopping dengan ko)!!
Pastu kan malam tu, kawan i nak beli la sebab ai told her the price dah turun, tetapi malam tu harga dah naik balik ke asal RM79 hohohoho
Sesiapa yang manage to deal during RM59 memang beruntung, sebab sat ajew harga tu turun as low as that price... i rasa dia naikkan balik selepas my call :P


Pagi tadi adalah percubaan pertama membuat waffle dengan waffle maker ni, hasilnya 
.
.
.
.
.
.
.
.
cakkk!!!

Nampak dip-licious kan....bertambah superb bila disapukan dengan nutella yang mil bagi free from spore hihihi
Potong comel2 bentuk love tu, mommy bekalkan utk Abbie flavour nutella & kaya kesukaan abbie for breakfast.
Nak recipenya?
Moh mommy kongsikan disini hasil perkongsian orang lain kat web :P


Bahan-bahan (2-3 orang) :
·                     12 sudu besar tepung gandum 
·                     2 sudu kecil instant yis kering 
·                     1 sudu besar gula
·                     1/2 sudu kecil garam
·                     3 sudu besar mentega yang dicairkan 
·                     1 cawan susu segar dalam suhu bilik
·                     1 biji telur dalam suhu bilik.
·                     1 sudu besar esen vanila 
·                     Air panas/suam (untuk dimasukkan sedikit demi sedikit)

Cara-caranya :

1. Campurkan tepung gandum, yis kering, gula, garam, mentega, telur, esen vanila dan susu segar. Gaulkan kesemuanya dan pukulkan secara perlahan-lahan dengan menggunakan whisk. Kemudian, masukkan air panas / suam secara sedikit demi sedikit. Ini untuk pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan elakkan daripada menjadi terlalu cair.

2. Bila adunan dah sebati, rehatkan sebentar bahan-bahan yang disediakan tadi untuk 10-15 minit. Sambil tu panaskanlah waffle maker td.

3. Bila waffle maker benar-benar panas, tuangkan adunan bermula dari tengah hingga ianya merebak dengan sendirinya ke bahagian tepi corak waffle maker.

4. Jangan tutup terus penutup waffle maker selepas adunan dituangkan,tunggu 5-10 saat. Tekankan sedikit penutup waffle maker sewaktu menutupnya. Ini untuk memastikan corak waffle lebih sekata dan terhasil dengan cantik. 

5. Kebiasaannya masa untuk buat satu waffle ialah lebih kurang 5~8 minit. Tapi i nak ingatkan, selalu-selalulah jenguk waffle bila 5 minit dah berlalu. Tak jadi masalah kalau nak buka dan tutup penutup waffle maker sewaktu dalam proses memasak. Bukan apa, takut bukan jadi rangup je waffle tu tak pasal-pasal terus jadi hangus.

6. Keluarkan waffle bila warnanya berubah menjadi golden brown (coklat keemasan).

7. Nak makan, sapulah dengan peanut butter, kaya, nutella, jem, ice cream or apa2 yang menjadi kesukaan kalian :) 

No comments: