How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Thursday, December 27, 2012

Saya nak jadi ibu yang lebih baik dari semalam :)


** entry yg dibuat disaat mata saya ngantukkkk sangat2.... dah 2 malam tdo tak lena, mlm td black-out for few hours <panas betul> tak bley tdo huhuhu

Tengok kat wall FB ramai betul kengkawan yg share this picture, memula tak amik port pun... tapi sebab dah buhsan & ngantuk giler tadi, rajin jugak tangan ni meng"click" gambar ni & baca whole story yang di sharekan... ermmmm
Alhamdulillah saya bukan macam tu....
Dulu ya, masa bujang, masa belum punya anak sendiri, saya pantang tengok  rumah bersepah, berpasir, dapur tak tersusun kemas, macam2 lagi lah kesempurnaan yang saya nak. Saya akan marah anak2 buah saya kalau sepahkan or koyakkan novel saya, buat bising dsbg.

Tapi bila dah punyai anak sendiri, dengan secara automatik nya saya belajar utk menjadi seorang ibu... Ibu yang penyayang (eh bukan senang tau nak melahirkan anak ke dunia ni) nak bagi lekat kat rahim tu pun kene melalui proses keguguran dulu <sedih, kecewa> bila dah keluar tak kan sesenang ajew ko nak herdik, ko nak pukul ko nak tampar anak tu... Itukan apa yang ko nak sangat dulu... permata hati yang keluar dari rahim sendiri, penyempurna & penyubur kasih sayang antara suami & isteri.
Dengan adanya anak sendiri segala kepentingan diri sendiri dah tak kisah dah... janji hak anak, keperluan & kehendak dia dipenuhi. Mak belakang kira.... mak pakai baju beli kat market pun tak pe, anak kene pakai baju yang selesa, so kene beli dari kain yang betul2 lembut.... selesa utk dia.
Dengan anak jugak, kalau mommy declare nak buat perang dingin dengan daddy pun tak jadi, anak2 menjadi perapat hubungan kami :P hohoho

Sanggup mak ni tak shopping time grand sale sebab nak pastikan tiap2 bulan duit susu,pampers, baby sitter & saving anak cukup. mak takde saving takpe, anak mesti... <sebab nak ajar dia menabung dari kecil> tak nak dia susah macam mak ni dulu, bila takde saving, time nak masuk U sibuk nak kene pinjam PTPTN pastu bila dah keje buat2 terkejut dengan interest yang tinggi, pastu dah kata jadi beban. (dalam hati tak pernah salahkan mak abah dulu sebab mereka mmg susah kann...)

Bab rumah, yang kalau weekdays memang macam tongkah pecah, nak jalan pun asyik terpijak toys sesaja, bukan tak mahu kemas, tapi tu lah....bila kemas, si kecik tu cepat ajew punggah balik, dia mcm cabar kita, lagi kita kemas, dan dan masa tu jugak dia punggah balik, nak marah? kan dia budak kecik.... silap2 dia yang marah kita sebab dia kata "dont keep mommy" dia suka tengok toys dia sepah2.... 
Dah salah kita jugak kan , siapa suruh beli toys banyak2... memang beli utk dia main kan... :P
Kalau dengan daddy dia buat mcm tu, daddy amik rotan, suruh dia sendiri kemas toys yg dia sepahkan... kalau dia melawan daddy rotan sekali kat kaki... aduih... mommy tengok cam nak nangis, tapi itu cara daddy ajar anak, its work....Abbie amik toys satu per satu dia kemas, ikut arahan daddy... <tersentuh hati mommy melihatnya> 

Daddy memang tegas, tp alhamdulillah recently dia sudah jarang sgt menggunakan rotan instead we use "time  out" . Anak tak sakit, hati kita pun tak marah sangat. 

Kalau mommy tengah masak/cuci pinggan, si kecil ni sibuk jugak nak main air, dari mulut asyik membebel takut dapur basah, pinggan pecah, daddy sediakan besen kecil, isi sedikit air & biarkan dia main dalam toilet tu (kami monitor la) make sure lantai bilik air tu ada sticky mat supaya baby tak tergelincir. Kan.... dia happy, kita pun happy, bil air banyak? lantak la janji bahagia.

Si kecil selalu punggah barang dari kitchen cabinet? saya biarkan ajew... asalkan saya sudah pastikan barangan tajam macam pisau, barangan mudah pecah, barangan beracun tidak berada di kawasan yang rendah & mudah dicapai oleh si kecil... biarlah dia nak main periuk, sudip sampai ke depan asal kan dia bahagia. Make sure gate & grill pintu sentiasa berkunci, kalau kita busy kat depan pun, takde la dia keluar or orang asing yang masuk dalam. Rumah bersepah biarkan.

Bila nak kemas rumah macam tu?
Time dia take nap petang tu, kita susun la toys dia balik...
time dia masih tidur, diawal pagi bangun la sapu hall/vacum & mop. kemas2 apa2 yang tak boleh buat siang tadi.
Kalau dia sibuk nak kacau kita sidai baju/lipat baju.... jangan anggap ia kacau, instead kata tolong mommy... ajarkan dia... sedikit sebanyak dia tahu berdikari soon.

Saya terkejut bila last weekend, kami baru balik dari kampung, as usual hubby will unload bag from car, macam2 ada... Abbie pun tolong carry sama... yang berat2 pun dia angkat..."ami...heavy" katanya..huhu
siap unload dr kereta, tau apa dia buat? dia unpack pulak barang dalam bag, dia keluarkan pencuci muka,pembersih wanita & berus gigi mommy dia bawa ke dalam toilet & susun kat rack.
YA ALLAH terkejut but happy mommy tengok kaletah Abbie, dia buka compartment yg bsr pulak keluarkan teddy bear dia , letak kat hall, baju2 dia simpan dlm rack...
mana dia belajar?? Mommy tak pernah suruh pun,....
dia belajar dari pemerhatian dia, setiap kali baru balik dari kampung, itu lah rutin yg mommy lakukan....
Hati saya tersentuh hiba but happy.

Saya suka gunakan pendekatan, biarkan apa dia nak buat asalkan tidak membahayakan diri sendiri. Tapi sebelum tu tugas kita sebagai parent, make sure barangan merbahaya/beracun/mudah pecah atau apa sahaja yg kita tak mahu dia pegang/main diletak tinggi2 /sukar dicapai.
So takde issue marahkan anak pecahkan cermin mata, main lipstik sampai patah, rosakkan remote tv , tumpahkan bedak satu botol dlm rumah dan sbgnya sebab itu berpunca dari kecuaian diri kita sendiri.

Satu jari kita point kesalahan kepada anak kita, 3 lagi jari menunding kesalahan kepada kita (tak caya cuba buat sign tunjuk tu :P)

So sebelum marahkan anak, berfikirlah... susahnya nak dapatkan dia, nak lahirkan dia, nak besarkan dia, dah besar takkan sesenang kita nak pukul dia, marah dia.
Sebab tu saya menjadi mommy kesukaan Abbie, daddy menjadi orang yang selalu disuruh "go away"
dalam rumah saya, saya menjadi pengaman/pembela, manakala daddy menjadi pembentuk & pengajar disiplin. (saya tak suka guna perkataan menghukum) sebab kami tak menghukum sebaliknya kami mendidik.
Akal masih menguasai emosi.

Bila si anak buat salah, kami suruh dia mintak maaf, amin (salam) & bagi kiss & hug.

Alhamdulillah, kalau dibandingkan saya dulu yang agak tegas & pemarah, sesudah ada anak sendiri, saya rasai yang saya berubah, nak berleter pun takde. Tapi hidup ni memang mcm YIN & YANG
Kalau si isteri tu tegas, suami jd pelembut, kalau si isteri kuat leter, hubby pendiam/pendamai.
Dirumah, suami saya sangat tegas & kuat leteq (mcm mak nenek) so secara automatik saya jd pendiam & lembut :P
tak percaya???? lantak korank la hohoho :P


**** meraban punya meraban tulis entry ini, jam dah menunjukkan pukul 5ptg... hahahaha sat lagi dah nak balik.... okey, saya chow dulu, sekian perkongsian pengalaman keibu-bapaab dari saya. Bukan nak cakap saya sempurna, tapi saya masih belajar utk improve menjadi ibu yang terbaik, yang lembut & manja dgn anak tetapi tidak terlalu dimanjakan sehingga anak tak boleh ditegur pulakkan... jadilah seorang ibu yang wasatiah, penyayang, pemaaf & boleh menjadi sahabat kepada suami & anak2 INSYAALLAH :)




No comments: