How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Monday, January 19, 2015

Dahlia Arianna Tay fullmoon

Alhamdulillah hari ini genap 30 hari usia my baby girl Dahlia Arianna Tay Rui Shuen,  Alhamdulillah baby dan mommy sihat2 sahaja.
Kalau di ikutkan tradisi kaum cina, mommy dah habis pantang dah. Tapi as usual mommy tetap ikut tradisi melayu yang berpantang 44 hari.
Kalau masa anak sulung dulu, excited,  baby 30 hari mommy dah bawa keluar gi jenjalan kat Alamanda. :p
Masa Daisy pulak, usia 2bulan mommy bawa pegi tawaf zoo negara.
In sha Allah baby kali ni, mommy dok ghumah sajok la, bukan serik tapi sibuk anak sekolah,  kot teringin nak jamu tekak nanti, habis 44 hari kita tawaf IOI city mall sudah lah ahaks.

Okey, sempena 30 hari baby Dahlia,  kami tempah 20 boxes 4pcs cute cupcakes untuk diberikan kepda jiran dan kawan2 daddy yang sudi membuat collection untuk anak ke3 kami. Tak sangka anak no3 pun depa sudi buat collection kan.
Orang memberi kita membalas dgn ikhlas hati.
Ni le rupe cupcakes nyer

4 pcs fullmoon cupcakes
Semoga baby Dahlia membesar dengan sihat, bijak dan aktif. Menjadi anak yg baik dan mendengar kata. In sha Allah.


Berat baby terbaru tak tahu lagi, kene tunggu 1 month check up 21 hb nanti.
Mommy punya berat lepas bersalin pun tak tahu pasai penimbang berat kat rumah ni rosak, kot boleh guna penimbang kek tu memang mommy dah timbang dah hahahaha
Bukan apa, hubby dok puji perut mommy dah slim ajew aduihai mana la tak happy and excited,  belum pun lg habis pantang kan.

Berpantang kali ni mommy mandi serom sempai sebulan ko, mommy beli mandian herba aura 6 pax, pastu mil belikan mandian herba lagi 10 pax... ha
Cuma bertungku ajew sampai 2 minggu huhuhu lepas koko start sekolah dah tak sempat dah, mil pun jaga sampai 27 hari saje.

Masalah perut buncit in sha Allah tak begitu membimbangkan, ala tire spare mmg masih ade, kan baru 30 hari, tunggu la sikit hari lagi, mommy mahu trim kan saiz punggung, pinggang dan lengan. Pinggang mesti muat balik jeans masa bujang 27" or berat target 48kgs. Yg pasti bawah 50kgs.
Even lepas habis pantang,  mommy tetap bercorset or berbengkung dengan zirana 2 in 1. Makan tak boleh diet, pasai mommy breastfeed and menjaga 3 org anak tau. Mau pengsan kalau x makan.
Yang penting, makan supplement Shaklee,  mommy boleh kurus, kekal bertenaga tanpa berlapar dan susu badan pun banyak dan kulit pun cantik.
Walaupun hanya dok rumah, sahm nak gak cantik kannn
Untuk siapa?
Untuk suami la, ♥♥♥♥

Nak makan products shaklee untuk kurus, untuk cantik,  untuk tambah susu, untuk kekal bertenaga,  jom wassapp 0192822328.  Lekaih!

We Love, We Care & We Share

 Take care & comb your hair,
 From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

Saturday, January 3, 2015

Birth story of Princess Dahlia Arianna Tay

#throwback

Few minutes after labour


Sabtu 20 Dec

Mommy ada weekly check up at KPJ, kami sampai agak lewat, ramai sungguh org yg menunggu giliran minggu ni, mommy dt no 24 huhu
Disebabkan baru panggil no 2, so kami balik dulu and dtg balik jam 1115am.
Masih harus menunggu lagi 5 giliran, awalnya daddy suh postpone saja appointment to next monday. Tapi mommy insisted nak jugak jumpa doc sebab minggu ni dah masuk 39 weeks, nak tahu opinion doctor sbb dah semakin tak larat nak berjalan, Braxton hicks semakin kerap dan sakit and mommy rasa baby pun macam dah kurang gerak. So risau, mommy nak check la condition baby inside , air ketuban cukup ke tak, if need czer I nak plan czer this time sebab I want daddy to join into OT.
Tapi bila tiba giliran mommy, ada sedikit kehampaan, sebab terlalu ramai patient,  dikhabarkan doc lee tak tidur semalaman, malam he have to attend patient labour, and as early as 5am, again he attend another patient labour, this morning another labour and a lot of patient.  So I can sense he cincai la checking on me.
Katanya baby dah last term position tp belum engage.  Scan baby everything still in good condition,  berat mommy 66.8kgs, tetiba berat baby boleh pulak 3.1kgs. Last monday scan doc said berat 3.3kgs. But doc said estimated only .
Funny sebab pengalaman 2 x mengandung , doc lee scan mmg tepat sampai bersalin.
So agak kecewa sikit. Balik pulak kene menapak sampai ke petrol station pasai hubby dh tunggu kat lobby hospital,  bila dia pusing, masa tu mommy keluar, mommy jerit2 lambai2 dia tak perasan (tak call sbb his battery phone flat).
So muncung cencorot la mommy tengahari tu.
Mmg dr jumaat mommy tak memasak, so lunch hr tu daddy tapau, and I sleep whole afternoon,  perghhh I guess I m so tired that day. Dinner hubby masak, for 1st time wow!!!
Pastu dia ajak mommy gi alamanda, katanya nak jenjalan, jom la, nanti cepat bersalin. But I tanak sebab dah tak larat nak berjalan, lepas maghrib selepas sedekahkan yassin utk abah, I play kan bacaan surah maryam kat perut ni, bagi permudahkan bersalin niatnya.
Lepas tu hubby ajak makan sate, katanya mommykan nak makan sate, so tapau la 15 cucuk sate dan makan di mamak digi sebab koko nak mkn roti nan cheese and makan roti tissue.  Perghhh berselera sungguh. Walhal dah 930mlm, kebiasaanya kami dah tido time tu.

21 December

2am : Tengah tido terjaga, biasa la mmg last term ni selalu terjaga akibat kekerapan Brixton hicks,  dan tiap kali pegi toilet check if ada blood spot (tanda bersalin) tapi tak ada. Kebetulan dh few days tak membuang air besar, jam 2pg tu bangun la buang air besar sekali.
Hubby tanya sakit perut ke? Mommy said no, normal past motion la. And try to sambung tido. Tapi susah betul, pusing sana, ousing sini, sakit perut takde.  Rasanya jam 3am baru dapat tido balik.

4am: baru nak tukar posisi tidur mengiring dari kiri ke kanan, tetiba terasa ada sesuatu yg suam mengalir keluar dr seluar dalam. Niat hati nak bangun nak check adakah keluar darah. (Dok ingat sign of labour keluar darah je pasai both anak before mmg sign of labour keluar darah dulu, walaupun tahu selain keluar darah, contraction and water burst is another sign of labour).
Tapi lagi nak bangun lagi banyak dan deras cecair suam tu keluar.
OmG it's water burst, dah nak bersalun dah ni.
Ku kejut kan hubby yang tidur di kaki ku, dekat aje tp sebab dia pun baru terlelap semula jam 3pg, so panggilan ku tidak didengari. Lantas aku baling patung spongebob hahahaha "honey, my water burst, I m going to labour".
Kataku yang terus mencetuskan kepanikan kpd dia hohoho
Katanya kita terus ke hospital,  bawa both kids and he will call his brother.
Bila mommy bangun dan bergerak turun ke hall bawah, air ketuban semakin byk keluar, menjejes jejes dr atas tilam sepanjang tangga menurun dan kemana saja mommy pergi, nak mandi pun rasa tak sempat, even ramai yg kata we have 24hrs dr air ketuban pecah ke labour. But I m afraid the more I move , the more water yg keluar, and my baby akan lemas dlm tu. Seriously I feel very cuak.
Apa yg I buat, tukar kain batik (lupa langsung nk pakai pad), bawa beg hospital & cellsafe pack and pegi hospital.

430am: sampai hospital tanpa handphone tanpa ic or hospital appointment card. Hahahaha, dgn 2 kids yg sdg tido pun terbangun msk labour room,  nurse check katanya baby head still far, bukaan pun x sampai 2cm. Diaorg suh hubby balik, nanti dh nak labour br call hubby. They not even call my doc yet.katanya doc lee too tired sbb ada sorg doc yg bercuti, doc lee ganti, since friday nite doc lee tak tido. Pada asalnya memang langsung tak sakit, tapi bila masuk jam 5am, mula rasa contraction.
Memang berbeza contraction sebelum water burst and contraction after water burst.  Masa koko dulu, I can stand alone in ward melayan contraction sampai bukaan 10cm br I call nurse, sbb dh tak tahan sgt.
Tapi kali ni nak sampai bukaan 5cm pun rasanya sakit ya amat. Sampai 5cm diorg baru nak bagi I ubat berak, dah la tengah sakit, pegi toilet semasa contraction hilang sekejap, berlama sikit nurse dah ketuk pintu toilet. Ha tau pun risau, awatnye masa tak sakit tu bagi siap2 ubat berak? Adoiii
Bila bukaan dh 8cm baru diorg call doc, and call my hubby. Masa tu I dah nak nangis sebab hubby dah janji, will stay with me during labour, but where is he?
Jam 7am baru hubby datang, katanya abg dia br dtg (bcoz he didn't call his brother instead just wassapp huhuhu) his brother help to take care our sleeping children. I m so glad hubby with me during my labour.  And about 8am kot baru doc lee sampai, masa tu I dah lalok, sebab I di paksa hidu gas tu. Masa koko dulu i tak merasa dimasukkan ubat berak atau hidu gas, sebab everything goes smoothly and easy. But this time the pain is unbearable,  I keep asking where is the doc, I cannot wait, so pain. And nurse force me to hidu that gas, and aaarghhhhh I jadi lalok and I didn't feel the contraction pain. Ade la 3 x jugak kene hidu sementara tunggu doc lee sampai. Masa doc lee sampai, hubby kata I smiling semasa lalok tu hahahaha hahaha

In labour room during contraction



They keep me awake again, and then only ready to push the baby. Omg sampai terberak I you tau, pasai depa bg ubat berak bila dh 5cm bukak, and bila I take longer time dlm toilet diorg ketuk pintu risau. Haaa kannn sudah *takde malu dah sebab sakit sangat.
Push push push keluar la princess mommy yg comel ajew....berat lebih sikit dari koko , 3.02kgs.
Hah....kecik aje...awat susah sgt nak keluar. Kali ni I can feel baby head keluar and few minutes later placenta keluar. Kalau koko dulu, I tak rasa baby keluar, syok sgt teran, tau2 dh keluar. This time bila dh keluar rasa legaaaa sgt.
Huhuhu sakit sebenarnya bersalin ni yer. :p
Doc lee cakap, I dah lupa cara teran, baby kecil aje. Yelah dh almost 5yrs, yg 2nd kan czer, senang je hahahaha
I told nurse , why my 1st baby I tam sakit mcm ni, then nurse said, bukan x sakit, tp u dah lupa sakitnya :p
Tp I rasa sakit sangat sebab water burst dulu. Kalau koko dulu dh buka 10cm pun water x burst, tp doc yg pecahkan.
Sebab tu berbeza. Huhuhu

Baby fresh from oven


Monitor mommy contraction and baby heart rate

832am,  baby was born

Nah introduce my little princess Dahlia Arianna Tay Rui Shuen,
Lahir di KpJ jam 832am, seberat 3.02kgs, 50cm pjg, 32cm ukurlilit kepala. Secara normal with episiotomy huhuhu.
Malangnya,  same case with koko, we unable to keep her cord blood sebab terlalu sikit. Even cellsafe tak ada minimum amt of cord blood to proceed mcm cryocord,  tp qty yg doc berjaya collect too little and tak cukup utk di extract.
Huhuhu small baby, small unbiblical cord, maybe short too yg menyebabkan tak cukup darah. Only daisy have big tali pusat and doc manage to collect blood cord sampai terlebih2. Semoga anak2 mommy semua sihat2 belaka, im sha Allah. (Cellsafe will fully refund our advanced fees in 30days, no worries ).








We Love, We Care & We Share

 Take care & comb your hair,
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E