How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Tuesday, November 11, 2014

Tips, petua, cara mengelakkan dari terjadinya parut keloid selepas bersalin secara pembedahan

Setelah 1 tahun 7 bulan, baru ku tahu apa nama parut yang berberkas di kesan torehan akibat bersalin secara cesarean tu, namanya keloid. Parut keloid (Keloid scar)
Cam gambo bawah tu la lebih kurang parut keloid akibat bersalin secara pembedahan atau ceaser.
Tapi ni bukan la parut saya sendiri, ambil gambar dari Google ni.
Bukan semua orang yang mengalami proses bersalin secara cesarean mempunyai parut begini.
Nak tahu bagaimana keloid terjadi dan cara untuk mengelakkan parut keloid atau parut timbul akibat luka pembedahan ni terjadi?


Apa itu parut keloid?

Parut keloid adalah sejenis parut yang timbul dan abnormal (sentiasa membesar dan merebak melebihi kawasan parut sebenar). Ia dikenali sebagai parut luar biasa atau parut hidup. Parut ini terhasil daripada apa-apa luka contohnya luka selepas pembedahan, bersalin secara cesarean, melecur, luka sebab pemakaian subang (piercing), tatu (tatto), jerawat, parut cacar, parut BCG dan kadang-kadang secara spontan.

Punca keloid:


  • Penyembuhan luka yang tidak normal (Abnormal wound healing). Untuk sesetengah orang, sel-sel yang bertindak balas untuk memperbaiki luka tersebut tidak normal akibatnya terhasillah parut yang mempunyai tisu yang berlebihan (kolagen yang berlebihan) dan badan terus menghasilkan kolagen tersebut mengakibatkan parut sentiasa membesar.
  • Genetik : Parut jenis ini boleh diwarisi disebabkan oleh genetik.
  • Berkulit gelap, kerana orang berkulit gelap mempunyai melanin yang tinggi dan lebih berisiko untuk terjadinya parut keloid berbanding orang yang berkulit putih atau cerah
  • Makan gamat atau pati ikan haruan, gamat atau ikan haruan mempunyai kandungan kolagen yang tinggi, kolagen mempercepatkan pertumbuhan tisu baru, cuba elakkan memakan pati gamat atau pati ikan haruan dalam kuantiti yang banyak semasa dalam pantang.

Bagaimana nak merawat atau buang parut keloid?
  • Ambil injection silicon untuk kempiskan parut keloid tersebut
  • Sapu tea tree oil sambil memicit parut tadi untuk mengempiskan parut tersebut
  • Pembedahan, kebiasaannya bagi mereka yang mempunyai parut keloid akibat pembedahan, doctor akan membuang keloid tersebut pada c-section yang berikutnya (boleh berbincang dengan doctor anda)

Ha bagi mereka yang bakal bersalin secara cesarean, korang dah nampak kan macam mana parut timbul itu terjadi. Macam saya dulu tak tahu pula pasal parut ni, janji luka cepat sembuh, memang takde langsung makan pati gamat atau gamat ni, tapi dari day 1 selepas operation tu mak buatkan sup ikan haruan, 2 minggu berturut-turut hari hari makan sup ikan haruan fresh yang mak bawa dari kampung, bila dah habis sambung pulak dengan pati ikan haruan 2 kotak (12 botol), so kalau dihitung memang penuh sebulan tu dok makan pati ikan haruan. Kira nak kata putih kulit ni pun tidak, maka mungkin itulah punca terjadinya parut keloid yang huduh kat kesan bersalin pembedahan tu.


Mujur la mine type LCI (parut tu terlindung la dengan seluar dalam ) hihihihi
So untuk anda diluar sana, dan saya juga in future, cuba elakkan mengambil gamat atau pati ikan haruan secara berlebihan selepas mengalami pembedahan atau cesarean bagi mengelakkan parut timbul macam ni.

Cuba amalkan Set Berpantang Shaklee, berpantang cara moden dengan mudah, selamat tanpa risiko.
Ianya terdiri daripada:

  1.  B Complex: Sangat penting dalam metabolisma karbohidrat, lemak & protein, anti stress (sebagai penenang), membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu kita berfikiran positif (mood baik)
  2. Vitalea/Multivitamin: Mengandungi 28 nutrien termasuk 12 jenis vitamin dan 7 galian. Penambah tenaga segera untuk memberi kecergasan dan kekuatan mental.
  3. Zinc-Complex : Mempercepatkan proses pemulihan luka bersalin dalaman dan luaran samada secara normal atau pembedahan,  membantu penguncupan uterus mengembalikan daya ketahanannya serta mengelakkan keguguran rambut.
  4. Ostematrix : Membekalkan calcium secukupnya untuk ibu dan bayi dan mengelakkan sembelit terutamanya bersalin secara pembedahan (sembelit memberikan tekanan kepada luka pembedahan).
  5. Vitamin C : Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan, membina sel darah merah untuk penyerapan zat besi yang lebih baik
  6. ESP : Membantu memberikan tenaga berpanjangan kepada ibu, sebagai penggalak membanyakkan pengeluaran susu ibu, membekalkan sumber protien untuk kulit bayi yang cantik .
  7. Alfalfa : Untuk menurunkan bacaan jaundis bayi, sebagai milk booster . detox , memulihkan luka dalaman serta merawat keputihan.
  8. Vitamin E : Mempercepatkan proses membaiki luka dan mengelakkan parut keloid terjadi (dah tak perlu nak makan gamat atau pati ikan haruan lagi yang berisiko terjadinya parut keloid)


Set Berpantang Shaklee
Vitamin E bagus untuk mereka yang bersalin secara cesarean bagi mengelakkan terjadinya parut timbul (keloid scar)

Bagi mereka yang bersalin secara operate or cesarean, terbaik mengambil atau menambah Vita-E Complex di dalam Set Berpantang anda bagi merawat luka dan mengelakkan terjadinya keloid.

Antara kebaikan Vita-E Complex :

· Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan (vitamin awet muda).

· Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser.

· Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan.

· Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka.

· Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar.

· pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

· Vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.



PM/WassApp/WeChat Annie Tay di 0192822328 untuk mendapatkan harga istimewa Set Shaklee anda sekarang. Free Consultation. 


We Love, We Care & We Share

Take care & comb your hair,
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

1 comment:

rahaton azirah ramli said...

tgk cara caesar tu menakutkan kan..huhuhu...mudah-mudahan tak kena la..annie tolong doakan jgk ye :)