How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Wednesday, October 31, 2012

Outing at Sate Samuri,Kajang




credit to my hubby x-bos punya wife yang manage to take nice pic for both of them. Bukan senang nak amik gambo Abbie possing menghadap camera ni. Tengok ada photo yang "koko" terpaksa pegang kepala dia supaya pandang ke camera hahaha
This picture taken at Restaurant Sate Samuri Kajang on last 2 or 3 weeks kott tak ingat, masa hubby x-bos datang ke Kajang nak makan sate, so as local people kami bawa la dia ke sini. Disebabkan datang time lunch, sini ajew la yang ada, mereka kata sedap... pada kami biase ajew la...
Kalau datang malam, kompom kami akan bawa ke Sate Antarabangsa di bangi tu... lagi sedap, walaupun mahal 10sen tapi berbaloi...terasa sangat rasa serai & rempah perapnya.
Bagi saya yang dah duduk Kajang ni, sate samuri dah terlalu di komersial kan sangat, kalau dtg peak hour on saturday nite, sate depa kaler kuning ajew....macam bakar sekejap.... isi ajew penuh... tips sate yang sedap ni nak bakar kene letak kulit sikit...baru lah minyak kulit ayam tu keluar, sate tak kering & nampak juicy.
Kalau sate willy kat sg ramal tu, kalau datang time baru buka, silap2 sate malam tadi tak habis di jual semula.
Ia sejuk & keras compared dengan sate yang baru dibakar pada hari yang sama.
Saya bukan buat cerita, tapi saya sendiri dah kene, 1 packed sate yang dibeli kebetulan dicampur semalam punya & harini punya...kan ada beza.
Pastu rempah & pembakaran tak konsisten, kadang2 satenya sedap berasa rempah, kadang2 biase mcm sate samury, plak tu kadang2 terbakar hangus...arang ajew jadi kat sate tu... arang hitam tu kan tak elok, its can cause cancer.
So terbaik sate Antarabangsa kat Bangi tu memang tak pernah lagi mengecewakan walaupun regenya 80sen sebatang hohoho
Kuah sedap, sate sedap, suasana kedainya pun luas. Sebab sedap walaupun mahal, tuan kedai dah extend kedai dia.... maju perniagaan dia.
Sekian~ :P

Insurance policy: make sure you get your yearly statement

Just reminder, semalam kami (me & hubby) di debarkan sehingga kami rasa tak boleh duduk diam, nak balik ghumah cepat nak tengok balik file & policy no. for our self insurance policy yang dibeli on year 2007.
Hubby call ING, mintak yearly statement sebab dah lama tak dapat or tak pernah dapat, tetiba dijawap oleh customer service tu insurance policy kami never exist/not exist. Walhal every single month for many donkey year kami buat standing instruction (SI) form my hubby credit card. So where is the hell of the money goes if the policy not exist? wah wah wah debor giler sebab berapa riban dah kami bayar, berapa banyak dividen/interest kalau kami labur kan duit tu.

Okey, mesti ada yang tertanya...kenapa & bagaimana tetiba hubby terdetik nak make call to ING tentang yearly statement tu kan. Puncanya kami baru2 ni terminate monthly donation to UNICEF. As you all may know, kita boleh donate kepada UNICEF setiap bulan melalui potongan/SI credit card & they said they will sent the statement yearly for tax deduction. Tapi rupanya kalau kita tak call mintak statement, depa tak sent pun. Cakap ajew bunga2 wangi2 masa mintak donation. So lepas call & terminate donation (after a year donation) hubby call pulak Palace of the Golden Horses tempat hubby buat fully medical checkup bulan lepas. Pun sama, katanya everymonth fees yang kami bayar, mereka akan hantar statement, tapi masih tak hantar, macam biasa kene follow up baru nak sent. Ini pun digunakan untuk tax deduction.
So dengan tak semena2 hubby teringatkan our insurance policy with ING yang kami beli since 2007, masa tu masih bekerja di SCM company lama kami. Kami beli as employee so monthly fees dia lebih murah dari orang luar beli. Contohnya you paid RM50 a month for 50k coverange, kalau GE, you paid RM50 a month you baru dapat 25k coverage. Kami beli addtional dari what company provided. Kami beli extra medical plan & insurance. Tapi medical plan tu kami cancel on year 2010 (tapi recently rasa menyesal pulak cancel sebab cost kemasukkan & rawatan di hospital swasta semakin meningkat, nak harap kan medical company for normal sickness boleh la,,,,).
So berbalik kepada cerita insurance tadi, bila hubby call customer service bertanyakan statement policy insurance kami (my policy paid by my hubby, so dia la yang tolong settlekan urusan mcm ni). cust service tu kata policy kami not exist. Puas bagi IC# semua tetap xde record.
Balik rumah malam tadi, sekali lagi hubby call , bila dah ada policy# pun tak ada record.
Cuak beb!
I ask hubby, if totally dont have record what will you do?
He said, I will talk to their manager, if I need to write in to Bank Negara I will do.
So pagi tadi hubby bawa lah file policy mommy & daddy ke opis.
Pagi2 dia dah call ING, and guess what?
.
.
.
Our policy is still there...but its under corporate account, not public... sebab tu cust service yang assist public policy tak boleh tengok. Walaupun kami dah resign dari company lama, tapi record kami masih under corporate, sebab rate kami berbeza...murah dari public. Beli insurance policy under company lebih murah dari you beli walk in at ING agent or centre.
They received our payment every month, the account is active & the yearly statement they sent to our previous company. fuhhhhh
Terus la hubby drop email to change the billing address.
Suspen ajew kan? :P
Lega bila dah tau masih active & exist, kalau tak cuba bayangkan, ai resign from that company since 2009, sekarang dah end 2012, dekat 3 tahun, 200 setiap bulan... kalau tak exist takkan hilang mcm tu ajew?

So moral untuk di kongsi, make sure you buy your insurance policy with someone closed, easy to contact & can be trust. Make sure you received yearly statement. Jangan jadi gelabah macam kami ni :P

Abbie 2y4m: free pampers at nite

Morning.... dah lama tak menghupdate gambo anak bujang saya, selalu saya huplod gambo dia setiap bulan ni blog yg satu lg, tapi sebab dah lupa password, bersawang le gamoknye blog tu.
Ni latest picture taken by his daddy, credit to his daddy sebab manage to make Abbie stay still for a picture even dengan senyum yang dibuat-buat ahaks.


Demam tent kembali lagi, kali ni tent dah tak parking kat hall instead letak dalam our bedroom, memang semak samun bilik tidur kami tambahan pulak kami tidur tak berkatil LOL :p
Setiap malam memang agak susah nak ajak Abbie naik atas tidur dalam bilik, main ajew keje nya... mana taknya 9.30pm daddy dah bagi signal supaya mommy bawa Abbie naik atas, nak tak nak terpaksa mommy ayat Abbie to bring what ever toys he want to play in the room. So memang room messy dengan toys dia yang rata-ratanya adalah kereta, lori, buldozer ect. (Boy la katakan).

Tag entry ni adalah "potty" tapi sebelum sampai ke main thing yang nak share , ai memang suka membawa pembaca meraban dulu kan hahaha
Kan dah 1 bulan Abbie free pampers at nite, 1 packed L size huggies mommy dah berjaya let go, tinggal satu packed terpaksa cancel sebab baru perasan dah terbuka (even belum guna tapi not nice la jual kat orang yang dah terbuka kan). since baby sitter still need to use pampers at day time (katanya Abbie akan terkencing jugak walaupun disiang hari kalau tak berpampers) agak sukar nak percaya namun kami agak, mungkin Abbie leka bermain tu yang terkucil dalam seluar. Tapi bila kami ambil dari baby sitter, kami minta lepas mandi petang tu tak payah berpampers, sebab pampers tu sampai ke pagi takkan basah. Kannn membazir, takkan nak pakai balik esok malam.

Memang di akui Abbie kadang2 terkencing jugak di malam hari, namun bila kami sarungkan pampers, kebanyakkannya dia takkan kencing dalam pampers, is either dia langsung tak kencing malam or dia akan bangun & kejutkan kami nak "shi shi" di tandas walaupun berpampers.
Even balik kampung baru ni pun kami pakaikan pampers di malam hari sebab taknak tilam tebal nenek tu basah, tapi dia memang tak kencing malam. Pagi tu bangun baru nak shi shi.

But, malam semalam, Abbie terjaga tengah malam macam orang mengigau nak shi shi, cepat-cepat la mommy ni sarungkan pampers dengan harapan dia akan shi shi dalam pampers, uihhhh tak mahunya dia, dengan mata tertutup tu dia cakap nak shi shi, so mommy bukakan seluar & ask him to wake up. Dia bangun, tapi sebab tengok dia mengantuk sangat mommy dokong Abbie ke toilet dalam bilik ni, aiiii dalam mengantuk tu boleh la pulak dia tak mahu shi shi dalam toilet tu, dia nak shi shi kat toilet dapur... adeeiiii, sib baik la kat luar bilik tu ada toilet lagi..... (rumah kami ada 3 bilik air- 2 diatas & 1 di dapur) so selamat tak perlu turun ke dapur. Tapi bila nak pakaikan seluar, nampak dah terkucil sikit, gaya macam dia dah nak terkencing lepas tu dia tersedar.

Malam tadi pun sama, sedang lena tidur, dia bangun nak shi shi.... mommy super tired memang tak larat nak bangun. Kalau malam semalam dia demand nak mommy yang teman shi shi, tapi malam tadi daddy yang bawakan dia ke toilet. Mujur la dia nak shi shi dalam toilet bilik tu. Tapi daddy kata seluar Abbie dah basah, laa.. dah terkencing rupanya....baru dia tersedar. Nasib baik mommy alaskan tempat tidur Abbie dengan baby quilt. Quilt ajew la yang basah... so lepas shi shi dalam toilet, tukar seluar & Abbie tidur balik.

So pagi tadi kami have discussion within me & hubby, we said that yang kami tak pernah paksa Abbie to free pampers so early, tapi kami nampak Abbie sendiri punya effort to wake up at night & shi shi in toilet. So we should encourage him & never ask him to wear pampers anymore. Lets support him. yeah!

Balik kampung baru ni, ada kawan yang tanya, macam mana nak ajar anak free pampers? Anaknya sudah genap 2 tahun masih poo & shi shi dalam pampers. I jawap simple ajew, belikan mangkuk potty...
Kalau dia tanya lebih awal, ai akan cakap, dari awal sejak baby boleh duduk, ajarkan duduk atas magkuk potty, hari2 ajar dia berpotty, InsyaALLAH cepat baby free pampers.
Jangan terkejut ada juga yang sudah 4tahun masih memakai pampers kalau kita parent never teach them.


Tuesday, October 30, 2012

20weeks pregnancy: ako & makanan :)

Alhamdulillah sudah 20 minggu aka 5bulan sudah kandungan saya ini, syukur my baby is healthy & active inside. Morning sickness sudah lama berlalu pergi... cumanya nafsu nak minum susu masih belum ada ahaks
walaupun tak bernafsu, namun tetap di paksa oleh en hubby untuk minum, tiap2 malam he will make secawan susu anmum mix with milo or horlicks untuk saya. Kalau tak mix ai tak mo minum :P
hahaha

Bebaru ni balik kampung for Aidil Adha celebration, wah wah wah... sebelum balik dah call mak, tanya mak masak apa? Mak kata mak masak lontong ajew (nasi impit & kuah lodeh). alamak ai bukan peminat lontong, fyi ai tak suka masakan gulai or kuah santan ni. tak tahu... kalau dah tak de choice baru makan.
So tanya mak, boleh tak suruh kakak ipar buatkan rendang hitam (sepupu kepada rendang tok). Mak kata okey nanti kakak ipar ai buatkan.,....wahahaha happy nya....

So punyalah cekelat, ai balik pagi jumaat tu you...jam 8am baru sampai, sampai makanan sudah siap terhidang, lauk pauk dah bermacam2 sebab tempat saya masih lagi mengamalkan tradisi bertukar2 juadah.
So kuah lodeh ada 3 jenis, 2 jiran punya, 1 mak punya, rendang pun macam2 kaler, ade yg pucat, ada yang menarik ikut air tangan memasing, mak tak perlu buat kuah kacang, kuah kacang jiran bagi, siap dengan lemang, ayam masak merah. Mak pun rupanya masak rendang daging cili padi, kakak pulak hantar rendang ayam kampung cili padi... perrghhh 2 kali saya menambah...menu yang saya tala & taram makan sampai lebam is rendang daging mak, rendang hitam kakak ipar, rendang ayam kampung kakak & kuah kacang wak marsinah (jiran saya) perrgghh makan sampai perut ni rasa senak.

Petang tu pulak mak masak lemak cili padi rebung dengan perut lembu... (alamak ni la part yang saya rugi ni) sebab perut dah 2 round makan nasi impit, so ptg tu totally dah tak boleh sumbat, niat nak meratah rebung pun tak mampu...kekenyangan tahap ular sawa baru telan lembu. terus tak makan jamah sikit jew rebung tu huhuhu

Hari raya ke-2 saya berkunjung ke rumah abang, kakak ipar yang masak rendang hitam tu hidangkan kami lauk kampung...pergghhh memang best, dah muak seharian semalam makan daging & rendang, kami dihidangkan dengan labu masak lemak, ikan gelama masin, sambal totok (orang jawa mesti tau) & telur dadar. Seriusly ai makan bertambah & org terakhir yang siap makan :P
Memang balik kekenyangan lagi... sampai di rumah mak buat sup tulang hasil korban jiran depan rumah... makkkk ako ni dah la hantu sup gear box, sempat juga ku sedut satu sum sum tulang tu & cicah dengan sambal kicap, hubby dah panggil suh bagi makan anak...katanya anak tadi makan sikit ajew.....

Owh terlupa, petang jumaat tu my sister in law datang bawa soto, mertua adik pun datang bawa soto... so saya bantai jugak soto...soto memang kegemaran saya. So sebab dah melantak tu , sabtu malam tu pun sekali lagi saya tak makan...sebab perut rasa kenyangggg ajew..... :P
Pagi tu sarapan mak buat nasi lemak...adeiiii faveret tu, sampai 2 pinggan ai makan you :P :P

So ahad tu pekena sarapan dengan karipap yang kakak dr kuantan bawa,.,,memang sedap sangat sampaikan 3 biji ai makan macam tu ajew...pastu wajib makan apam balik special kalau berkunjung ke kampung saya....wah wah wah wah...
meriahkan.....

Ni kira makan balas dendam sebab masa raya puasa lepas saya diserang batuk (morning sickness teruk) semua tak boleh makan, so raya haji ni saya rasa kepuasaannya hihiihi
Kita tunggu dan lihat ajew la next check-up berapa kg berat saya naik...

tak cukup dengan tu, saya bawa balik 1/2kgs hati lembu & 1kgs daging lembu :P

Monday, October 29, 2012

Bersederhana itu lebih baik...

Salam Aidil Adha semua.... mesti semua lemau nak masuk keje hari ni kan...
same la dengan saye ni, adeiii tak larat betul bangun tidur pagi tadi...  hubby dah siap2 baru dia kejutkan mommy bangun :P (dalam hati rasa nak MC tp kan hari Isnin ni... dah cuti 3 hari tentu banyak keje tak leh nak cuti...) mak punya faveret day nk MC is either rabu or jumaat hehehe

Seperti biasa, kalau raya puasa or raya haji mesti lah balik kampung ai, takkan nk blk BP pulak... tu celebrate CNY boleh ler :P
Balik kampung ai, ai ler yang pokai, sebelum balik, dah dapat gaji, dalam diam tanpa hubby tau ai transfer dekat 2rat utk GB DC & Minky fabric. As usual I will ask them to post to my office, so I plan bila kain sampai ai tanak terus bawa balik, nak perap dalam opis dulu, masuk bulan 12 nanti or dah siap jahit semua kain kat ghumah tu baru boleh bawa balik kain ni. Kalau tidak.... bernanah la telinga ni kene leteq dengan en hubby hohohoho
Balik kampung ada la bawa duit raya utk anak buah, lebihan duit raya puasa, tapi ai bagi kat budak2 bawah umuq ajew... yang dah bujang/anak dara tu x mo bagi lah. Hubby tanya... how much u give? I said RM5 aje... then he started mumbling to me, dah tau takde duit tu bagi la RM2 sudah, lagi pun hanya raya haji, mak bapa depa bukan bagi kat Abbie pun... adeiiii ai bagi kat 5 orang je pun tu pun yang umur 4 ~10tahun ja.
I cakap dengan hubby, ai bagi ikhlas, sebab ai happy tengok budak2 tu happy dapat duit raya... ai never ask their parent to repay, so ai tak kisah kalau my son dapat duit raya ke tak. I kira sedekah... ai told hubby kita memberi RM5 tuhan akan murahkan rezeki kita dia akan pulangkan RM50 dlm bentuk yang kita tidak sedar. Yang penting niat ikhlas & tak mengharap balasan, hati kita lapang kannn.

My hubby bukan lah kedekut, tapi dia tengah runsing tu, bumbung rumah kami masih belum di baiki (tukang buat rumah tu masih busy), cermin kereta dia yang pecah tu belum ganti, bukan setakat cermin, bonet tu pun kene ketuk, kalau dah ketuk kene lah spray... kebetulan pulak 15-Nov ni roadtax kelisa ai expired, dan pulak ada 2 saman speed trap rm600 kene settle adoiii semua itu money. tu yang tetiba malam tadi hubby suh postpone our trip to Cameron Highland next 2 week. huhuhu
Balik kampung pulak, mak ni masa tu la dia beli tilam baru utk ai, mintak claim 200, ha... dah ako bayar duit tilam ajew tak bagi duit belanja... sampaikan on the way balik kajang semalam berenang air mata ai ni sebab salam tangan abah dengan tangan kosong. Dan ai sms my sister kat kampung suh hulurkan rm50 untuk duit rokok abah. tadi ai bank in kan kat my sister. ala... balik kampung mana la bawa duit banyak2, ingatkan withdraw rm250 tu cukup huhuhu

Malam tadi, hubby bawa ai pegi Alamanda, entah mimpi apa dia bawa mommy masuk kedai kasut Clarks.
Katanya kasut yang mommy teringin nak beli tu.... adeiii dia lupa ke yang dia suh ako berjimat. Ai nak masuk kedai Bata jew... (memang selalu beli kasut Bata ajew) kebetulan sandle ni dah season sangat, dekat 2tahun pakai dah, bila sarung kasut baru,,,terasa sangat selesanya kasut baru. tahap beli kasut baru terus buang aje sandle ni. So bila sampai kedai Clarks tu, daddy cakap, mommy u pilih la kasut mana u nak ye... u ada credit card kan, ai bawa abbie masuk Toy r Us (kebetulan si tecik saya tak mahu masuk kedai Clarks tu)... mommy okey ajew la... belek punya belek... nak cari sandle ajew pun.... tengok rege RM338, RM275 adeii kalau kat Bata kasut mcm tu baru rege 40 or 50, tapi ai agreed kasut kat sini even nampak leper mcm Vinci tapi soft & very comfortable,  so cepat2 ai tanya balik hubby... daddy, what is your price range? (aiyaa... ai know la my hubby, dia jenis berjimat punya olang.... ai tak sampai hati nak simply spent even dh dapat green light.) the he said, how much the shoe? ixit rm150~200? I said no... its 250~400 la... for a sandle only. Then daddy said, no lah kita pegi kedai Bata ajew :P
But I'm not sad.... kalau sebelum ni memang teringin sangat nak pakai clarks tau, tapi bila fikir balik, dari letak 300 kat kaki baik ai beli kasut kat bata, baru 60 paling mahal pun, pastu duit balance tu bagi kat mak abah. sangat la bermakna nilai 50 buat mereka. Tak apa, ai still have a lot of chance to wear such shoe.
Biar pun balik kampung baru ni mak beli solid wood sofa yang regenya rm2k++ tapi bior lah itu duit dia, sebagai anak, maka ada duit ke, tak ada duit ke, ako tetap hulur selagi hayat mereka di kandung badan.
Kalau dah tak ada nanti, InsyaALLAH ako janji nak buat upah haji untuk mereka. YA ALLAH perkenankan lah doa hambamu ini.amin.

Itu lah sesekali balik kampung, ako jadi insaf le pulak... ako sorang jew yang agak senang sikit, keje dlm ekon goyang2 kaki cukup bulan dt gaji, tengok abg ako keje polis bantuan 12jam shift & tolong bini packing kuih & jual kuih...adeiiii ako tak mampu buat mcm tu. Ako bersyukur....susah2 mcm tu abg ako tetap ingat bersedekah kuih2 yang tak habis tu, alhamdulillah semoga tuhan memurahkan rezeki mereka.
Walaupun sedikit kalau kita beringat & berkongsi, InsyaALLAH tuhan akan gandakan nilainya.
So jangan jadi kedekut tahi hidung masin ya :P :P
Dan moral untuk saya: JANGAN JADI BOROS.
Hidup ini ibarat putaran roda, kadang kita di atas, kadang kita di bawah, jika kita tidak beringat, kita sendiri yang akan susah.

Satu yang saya geram (saya harap abg ipar saya tak baca en3 ini), he likes to borrow money from my hubby, walhal title dia GM - deputy General Manager. Setiap bulan kalau tak dapat 500, 200, tak dapat 200, 100 pun jadi... pastu kalau bayar pun penuh.... bak kata orang gali lubang tutup lubang, bayar awal bulan, pinjam hujung bulan. So tak pernah settle, kalau betul susah tak apa, ini gaji dia kompom lebih byk dr hubby, gaji wife dia double dr gaji ako, baru2 ni dia nak pinjam 200, hubby x kasi, dia kata 100 pun ok lah, hubby buat tak tahu ajew... sebab bulan lps kami pun pokai..sampai duit tabung dapur mommy bg kan daddy. Pastu kami dapat tahu last saturday dia bawa anak2 dia pegi Kidzania, kat damansara, pastu sabtu baru ni dia pegi makan angin kat penang. Bengang tak? kalau xde duit buat apa pegi jalan2?
My hubby pun tersedar yang abg dia ni ada hobby suka pinjam duit walaupun berduit. So ai warn my hubby, i told him, their earn more than us, their have 2 kids, and we oso going to have 2 kids, your bro spending like rich people & if you borrow him money, ai will spent my money sesuka hati. Sangat sakit hati bila kita berjimat utk family kita, tapi orang lain amik kesempatan dr kesenangan kita.
We may look senang, tp ada masa susah kita, kita diam2 kita kaver sendiri, ikat2 perut, korek mana yg boleh korek janji tak menyusahkan orang lain.

So sekian luahan hati mommy monday blues hari ni...
jom kita turun line wat keje :P

Thursday, October 25, 2012

Breast pump

Takde orang yang nak ke Ameda breast pump ni breast-pump-to-let-go. I let go RM250 included the beg tau, beg tu ajew dah mahal...can nego to rm200. Sesiapa yang berminat boleh call ai.
I recommend kan untuk mom yang tak bekerja tapi mau buat stock susu kat rumah atau kegunaan dalam pantang sebab everything is great about this pump kecuali ia berbunyi aje. Ini gara2 tak pernah hantar service lah. sucking no problem.

I've decided to buy new one, tapi tak tahu lagi model apa sebab kalau ai continue work after bersalin, ai prefer to have Madela FS ( my hubby still not prefer me to purchase on9 or main kutu) so we plan to ask my SIL in Singapore to look for this pump kalau ada year end sale kat sana, merangkap kalau2 mereka pula nak sponsor kan... terbaik! hahaha

Kalau ai tak kerja, ai dont think i need such expensive pump, kalau pump Ameda ni dapat jual, ai nak beli manual pump, but hubby said manual pump leceh, he prefer to use electric pump, maybe we go to cheap one such Spectra 3 ect. Tapi kalau still this pump still available, to avoid membazir ai guna aje la pump ni.
Tak kerja kan, baby banyak direct feed so rasanya okey.

Still.... I havent decide yet either to stay or resign...now mcm dah berat nk resign ajew (sebab boleh menjahit) hahaha
Tapi bila tengok bank account rasa nak keje... boleh shopping2 :P

Khasiat Habbatul Sauda


Ini lah rupanya habbatul sauda yang masih asli dalam bentuk biji tanpa di prosess. Mommy kirim dari kak Umi untuk membelinya di Ampang Point demi nak buat tungku bayi tapi takde la guna dengan banyak, hanya dalam 1 tbsp sajok untuk satu tungku, so ada banyak lagi lebihan biji habbatul sauda ni. Saje simpan kott ada kawan yang give birth, boleh ler mommy buatkan untuk mereka :)

Lagi pun ada yang kata habbatul sauda ni sangat membantu menambah pengeluaran susu semasa dalam pantang. Ye disebabkan ia bersifat panas, so pengambilannya sama la macam jamu atau herb, kene lah tunggu baby 2minggu atau setelah baik jaundis baru makan. Tapi kene la minum air banyak, kang kalau tak berak keras, kamu jatuh demam pulak... (macam saye...tak biase makan jamu, dulu masa trial nak bagi warmkan rahim ni makan jamu lepas 3 hari makan terus demam hahahaha). 

Saya tak mahu ulas lanjut tentang khasiat lain, sebab kalau terai search kat gugel memang banyak keluar tentang khasiatnya, contohnya kat sini.

Tuesday, October 23, 2012

19week check-up with 4D scan ngee~

Good morning..... semangatnya mommy datang keje hari ni...hati berbunga-bunga riang dari biase ahaks!
Bangun lambat hari ni, kuar rumah pun dah 730pagi gara-gara Abbie lps menyusu jam 330am tak mo tidur, dia mintak "mommy car" ingatkan mengigau, mommy pun bagi la...pastu terus dia bangun main-main, kejut daddy suh tukar tempat tidur sleep at his place.... main sampai kul berapa tah baru dia tertido balik huhuhu

Okey kita berbalik kepada 19weeks checkup malam tadi ye :P
Dapat blood test result last month, huhuhu my HB pakai pen merah sebab only 10.9, tapi doc kata don't worry... polis tak tangkap pun :p (buat lawak la gyne ako ni), dia kata janji u amik supplement & drink milk ok. BP normal, timbang tengok berat 57.5kgs hahahha lagi half kilos dah hilang dalam jamban :P
Alhamdulillah tak perlu dah amik pil kuatkan rahim, just normal obimin & calcium provided by doc.


Pastu sebab nak tengok gender, doc pun tanya la, u nak buat 4D scan tak? hubby yang selalunya calculative tu tetiba agreed sambil mendokong Abbie. Apa lagi... I CAN'T WAIT!!!

 So ini lah hasilnya... memang agak sukar doc nak snap static picture sebab baby is very active, she moving around, kicking...asyik gerak, nak focus kat muka dia agak sukar.
Kejap2 dia suck thumb, hahha Abbie pun nampak....Abbie said "baby.... baby suck thumb"
yaloh...baby suck thumb like you la koko.
Doc kata, how come your baby, call baby? :P
selagi tak keluar adik, selagi itu la kami panggil him baby doc.


 Then doc ask, what baby you want? girl or boy? to my son
Abbie jawap...girl.
Then doc scan....scan.... then terbuktilah ramalan doc last visit is true :P

 Bila dah scan, doc nak terai lagi focus kat muka baby, (as mention she keep moving, its hard to focus to her face), kali ni dia terus tutup muka dengan kedua-dua tangannya...hahaha
sooooooooooooooo cute!
Daddy sangat la happy, tergelak2 dalam bilik doc tu. Daddy pelik, how come she know to suck thumb, alamak....ni la daddy..kurang sgt membaca :P

picture baby cover her face with both hand

Ini video baby sucking thumb

video baby cover her face

Next visit is on 19-Nov, pray me & baby inside always healthy. AMEN.

Monday, October 22, 2012

meet my gyne today

I am 19weeks oredi...happy~ :D
Baby dalam ni pun sangat la active, kalau baring leh nampak dah perut tu berombak bila dia menendang, berat dah naik 58kgs, tulang rusuk kiri ai mulai sakit (dunno why, gonna ask my gyne today) :(
People keep asking what is my baby gender hahaha today we'll see if the baby want to share...
Malam tadi siap mimpi lagi, habis semua romper, legging pink yang my SIL bagi tu kene distribute... ai marah la..kenapa bagi orang pink romper tu? Rupanya its chinese traditional culture to distribute baby pink cloth to welcome baby girl (ini hanya tradisi mitos dalam mimpi saya sahaje hohoho)
hakikatnya, saya memang menantikan khabar gender girl (kalau boy pun saya tak kisah) sebab bila kata girl, saya boleh keluarkan semua pakaian baby girl 2 kotak yang my SIL bagi, kat rumah MIL pun ada lagi... sort mana2 yang perlu ditambah, saya nk shopping kat Mothercare, and boleh ler saya memborong kain pink untuk membuat baby quilt & new pillow case.
Kalau boy, saya rasa kotak2 tu akan tersimpan lagi sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak HOHOHO

Really can't wait to see my gyne after work, nak bawa dak tecik Abbie sekali...biar dia dapat tengok baby dalam peyut mommy ni...kesian mommy, dari dalam perut kene tendang dengan baby adik, kat luar koko pulak tidur bukan main la lasaknya... elok tidur selari dengan kita, boleh dia pusing kaki tendang perut...adeiii... asal malam mommy terpaksa ubah posisi tidur selari dengan Abbie. Tilam king tu hanya untuk mommy & Abbie ajew...daddy tidur tilam bujang :P

Abbie favorite pant :)

Good morning, Its blues monday again.... tapi tak sempat nak memblues sebab busy sangat la pagi ni, ni dah nak dekat lunch baru dapat memblogging :)
Update: Last friday mommy dapat kain dari GB GGK, wah tak sangka cepat jugak kain ni sampai...maklum ler beli dari oversea, ingatkan took 3week baru sampai, ghupanya 2minggu kot dah sampai.
Lagi pun mommy tak de la tertunggu2 setiap hari, tu yang bila kak Rozy PM tracking# ingatkan dia salah orang hahaha
So inilah 4yard kain yang mommy pilih... actually ia tak pandai sangat memilih kain ni, janji ia corak kanak2 ai happy dah. Lagi pun rambang sangat la mata ni....adoiii ikutkan nak amik banyak lagi...tapi max column kat situ pun 4 ajew hahaha, lain kali kita join GB lagi yer... murah sikit dari beli local seller.

Apa yang mommy plan nak buat dengan kain-kain ni? Mestilah nak meneruskan project membuat snuggler, seluar Abbie yang mommy janjikan dah lama dulu, CD (nak beli PUL mahal sangat, tunggu baby besar sikit, mommy buat CD pakai PUL, now newborn takpe pakai cotton lagipun mommy buat 4 layer tau, 2 cotton , soaker & 2 bamboo velour), pastu nak buat bibs la... kain2 perca mommy tak buang, sebab mahal kain ni, mommy nak buat patchwork...tunggu ajew lah hasilnya.

 So last weekend, mommy tak de la menjahit gile-gile, penat la, balik tu mommy cuci dulu kain-kain ni, kene cuci sebelum kita proceed with any project, sebab takut kain ni akan shrink. So subuh sabtu tu baru mommy menjahit - tu pun menjahit barut baby yang mommy alter kecilkan saiznya. Leceh jugak, rasa macam buat baru lagi senang, nak jimat punya pasal...sabau je la labu....3rd baby KOMPOM mommy buat barut baru...barut ni mommy akan sedekahkan kat adik kalau isterinya bersalin nanti.

Masa nak cuci kain ni Abbie nampak la pulak 1yard kain corak car, dia tak kasi masuk mesin, dia suka sangat dengan car fabric ni. Bila sidai pulak, cepat ajew dia tarik.... dia keep looking at the car, so bila dah kering, cepat2 la mommy potong kain utk buat seluar Abbie. Subuh-subuh ahad mommy bangun jahit seluar ni, tapi tak sempat siap, Abbie dah bangun cari mommy.
Lunch hubby's x-bos berkunjung ke rumah, so bila petang tu Abbie tidur, mommy pakat jahit bagi siap seluar ni. Sebaik ajew siap, terus mommy suruh Abbie terai. Wahhh excited kawan ni nak pakai, happy.
Biila dah pakai tak mahu buka pulak, lepas mandi petang pun nak pakai seluar ni, nak tidur pun pakai seluar ini. Adeeiii mommy cakap kat daddy, kalau bawa seluar ini ke rumah nanny, bimbang nanny complain Abbie tak mahu pakai seluar lain, so bila dia sedang tidur, kami tukarkan seluar Abbie gagagga

 Budak kecik ni sekarang dah tak boleh duduk diam, sangat susah nak mengambil gambonya berpossing tetap depan camera. So kita candid ajew la yer.... Abbie dengan seluar hasil tangan mommy tu :)

Bila tengok Abbie yang excited dengan car pant nye, mommy dah potong seluar kain dinosaur pulak, tunggu nak jahit ajew... kain car ni pun dah potong untuk CD 2 keping, maybe balance tu mommy nak buat long pant pulak utk tidur malam since Abbie <3 the design very much.

Friday, October 19, 2012

Time-out

Time-out adalah salah satu method untuk mendisiplinkan anak-anak. Bila Abbie tak mendengar kata atau tiba-tiba memberontak, ai use to mumbling to him (bukan lah marah, tapi lebih kepada membebel macam mak nenek) end up ai get beaten by him! LOL
Abbie quite a bad temper sometimes, inpatient & easily to get stress when thing didn't work out as what he want. Contohnya, kalau dia sedang bermain Lego, one of the block very hard to stack on, ha...dia mula la stress... terus terjerit2, kalau kami tegur dengan kami kami ni kene marah, kadang2 lagi kita concern, lagi menjadi baran dia. Itu contoh lego, contoh lain kalau dia cuba memasukkan sesuatu yang lebih besar dari lubang coin box tu kan tak boley masuk...ha stress la dia. Tetiba dia akan terjerit dan buang barang.
Kami jarang sangat marah Abbie, yang selalu terjadi bila kami marah ialah bila dia menonton TV terlalu dekat, selalunya bila di tegur dia akan berundur ke belakang, mendengar kata, tapi ada masanya angin nya tak baik, bila di tegur dia dah pandai melawan, dia tak mahu bergerak, malah dia marahkan kami.
So... disini lah tindakkan disiplin harus diambil.

Kalau sebelum ini, mommy terkenal dengan molot leter mommy - end up ai kene beat by him.
Daddy pulak rajin merotan Abbie - end up Abbie lagi temper, siap gigit2 daddy & Abbie sendiri akan lebam berbirat kat kaki atau tangan ~kesian kan huhuhu
But since raya last time, lepas we suspect Abbie "kene ganggu" we feel guilty menghukum Abbie macam tu (daddy la yang terlebih hukum) , so sejak tu kami gunakan Time-out.

 Time-out adalah mengasingkan sebentar anak yang misbehaviour tadi dari sebarang activity for a short time at very safe place. Contohnya macam saya cakap tadi, Abbie yang tiba-tiba mengamuk apabila stress, bila di tenteramkan dia memberontak dengan membuang barang atau cuba memukul kami, what we do (normally daddy do this) daddy will carry him at put him on sofa. Told him, he need to stay there until he behave, we inform him apa kesalahan yang telah dia lakukan, he should do that & demand him to stop crying & say sorry. Give him about 2 minute, if he didnt stop crying in 2 minute, daddy akan datang lagi sambil remind him, if he didnt stop crying, he will continue sit there. But normally Abbie get use with this time-out, dia tahu yang daddy is agry, bila di dudukkan di sofa dia menangis tapi menangis dengan nada yang dibuat-buat *manja!
So selalunya after 2 minute, daddy akan datang bawa secawan air - bagi dia minum sebab dah banyak menangis. Lepas tu suruh dia hug daddy & say sorry settle la :P
Ataupun mommy yang tak tahan, mommy akan cakap, come hug mommy, dont cry or else daddy will cane you... kalau dia betul2 marah dia tak mahu ai ambil dia, but as mention selalunya dia pura2 menangis, so when i offer hug, cepat2 dia sambut (mommy yang memanjakan anak hohoho).

 Ini kejadian malam tadi, kene time-out kat soffa akibat tetiba stress bila tengah main lego.
Sambil menangis buat-buat, matanya tengok TV.

 Menangis diteran-teran sampai tenganga2 molot comel ni.. hahahaha
mommy gelak ajew sambil merekod gambar ni...
 .
.
.
.
.
..
.
.
..
.
.
akhirnya...
Daddy offer roti terus dia diam dari pura-pura nangis....makan roti pun sambil nangis... konon2 still sedih tapi habis jugak sebuku roti dengan molot yang penuh gagagga

Begitulah bentuk hukuman kami dirumah, say good bye to rotan...
For me, time-out is more effective berbanding rotan & membebel.
Time-out you just need to put him on sofa, told him what he have done & what suppose he do.
Demand him to say sorry dalam masa yang sama supaya dia learn agar tak mengulangi lagi.
Peace & quite, tak de suara parent marah-marah, takde suara budak menangis kene pukul.
:)

Abbie berlatih menulis

Ingat tak my entry: printed worksheet for preschooler last week? Okey sebenarnya last visit ke rumah MIL few weeks ago, Abbie dapat banyak buku latihan & buku2 bacaan untuk 2tahun ke 4tahun pemberian my SIL. Okey, its 2nd hand but still can use. Tapi Abbie still dont have pencils colour or pencils.
So bila mommy membuat project memerint dari link free printed worksheet tu, daddy pun menyokong mommy dengan membenarkan mommy memborong crayon, pencils colour, magic colour... sib baik mommy tak sempat rembat gunting yang pelbagai shape tu hahaha (RM26.90 tau kat Pustaka Rakyat) hihihi my next wishlist.
So bila dah ada peralatan menulis, apa lagi..mesti la tunjukkan kat daddy yang pembelian kami tak sia-sia.
Satu malam satu sheet kami lakukan. Mulakan dengan mewarna Bunny (sorry lupa nak amik gambo) ha dari situ la mommy tau yang Abbie pengang pencil secara "Palmar grasp" (jom refer  SINI)
Last2 mommy yang colour tantek2, nanti kalau mommy upload leh nampak mana Abbie colour, mana mommy colour. Neway, bab chantik ke , tak mo terkeluar line ke itu patut dibuang ke tepi dulu. Biasa lah sebagai permulaan, kita nak anak kita belajar membiasakan memegang pencil, belajar pegang pencil dengan cara yang betul. Bila dah betul pegang pencil, baru lah kita boleh expect mereka mewarna dengan cantik, menulis dsbg. Mungkin dalam usia 3 or 4tahun nanti. *sabar ya mommy


 So salah satu activity yang sesuai untuk tots 2tahun ni adalah focus on straight line. Membuat line lurus dari kiri ke kanan, kanan ke kiri, atas ke bawah, bawah ke atas, senget dsgb. Contoh terbaik, printkan garis putus2 macam dalam gambar kat atas tu, suh mereka ikut.
Ye...permulaan mestilah mommy kene demo, kene buat ayat bagi mereka ingat, contoh macam belon tu...Alhamdulillah Abbie ingat sebab mommy cakap "goooo UP to the beloon" - Belon tu latihan membuat garis lurus bawah ke atas.
Daun tu latihan membuat garis lurus atas ke bawah.
Tengok la hasilnya, at least he wanted to do repeatedly with different colour pensil walaupun masih belum sempurna lurusnya.
Sebab tu ai advice to print & fotocopy few set, nanti boleh buat ulang2...mungkin sebulan sekali.
Belajar ni tak perlu rushing, tak apa nampak macam buat activity yang sama, namun bagi si kecil ini mereka akan teruja sebab mereka masih lagi belajar.

 So next we continue with aeroplane... membuat garis lurus dari kanan ke kiri pulak
Tengok la tekunnya anak bujang saya, saya amik masa cukup 30minit sehari, dari jam 8malam sehingga 830malam, selebihnya kami buat activity lain atau bebas such main Lego ka, main car ke, sambil telinga tu dok melayan The Wild, Ice Age 4, Madagascar 3, Dibo, Narnia ect hahahaha

Moh ler layan aksi si tecik saya belajar menulis :)




Tots homeskool project

Semalam mommy gugel-gugel terjumpa satu blog yang share her activities for her tots, mommy tertarik dengan 2 project kat bawah ni... saje nak tampal kat wall playskool Abbie.
Punya la semangat, semalam jugak mommy memerint t-shirt pattern & weather icon tu. Balik awal semalam mommy amik peluang mewarnakan t-shirt tsbt, daddy pun tanya... "ha, project apa pulak tu mommy?"
I explain la to him, how its work. Then punya lah tak sangka, lepas dinner tu daddy bawa mommy pegi Pustaka Rakyat kat BBBangi tu memborong keperluan yang mommy nak.
Katanya " mana ada daddy selalu marah mommy, daddy always support mommy" hahaha
Bila dia tahu mommy berkecil hati, masa tu pandai juga dia memujuk mommy (macam mana nak lancarkan mogok diam???) :P

Ala...beli apa pun, beli 2 helai manila card, gam (sebab tak jumpa gam kat rumah...rasanya ada 2 botol, kalau di cari tak jumpa, kalau tak cari, nampak ajew...adeiii) & beli multi colour ice cream stick (untuk activity mengkategorikan warna) - nanti ada masa ai upload entry & photo untuk activiti tu ya...
Abbie so far memang dah tau membezakan warna, kami gunakan application dalam Galaxy Notes, dimana mengajar tots mengenal shape, colour or shape&colour. So far shape kegemaran Abbie adalah "STAR" asal kuar shape, mesti mintak star....kalau takde star tak mo continue....adeeiiiiii
macam-macam ragamnya...


 teaching your tots mengenal warna.

teaching your tots mengenal & mengetahui cuaca sekeliling

Tapi belum boleh ditampal di dinding, pasai apa? mommy terlupa nak beli blue tag untuk melekatkan t-shirt2 & weather tu. So simpan dulu... mungkin malam ni kita ke Pustaka Rakyat lagi??? hahahha

Wednesday, October 17, 2012

Tak dapat makan, layan gambo pun jadi lah huhuhu

Tiap kali mengandung..mesti nak makan taiwan beef glass noodle... yang kat ampang sajok... kat tempat lain x mo sebab tak biase dengan taste dia. Taiwan Beef Glass Noodle ni wajib dimakan dengan salted vege..
maveles..... siap mintak extra salted vege & chilli lagi HAHAHA
Dulu mase duduk Setiawangsa atau keramat, senang jew nak lari ke Ampang, tapi sejak duduk Kajang ni adoiii hubby liat sungguh nak ke sana, jem sokmo MMR2 tu yang buat dia fobia nak masuk town.
Meleleh la molot Abbie sampai lahir tak dapat makan.
Kali ini sekali lagi rasa mengidam tu ada, ai mengidam pun bukan bende pelik2 atau jauh beribu batu sampai kene terbang ke taiwan atau korea kan...tapi en hubby dengan kejam & rela membiarkan mommy ni kempunan huhuhu *sedey :(


 Ini la ghupanya Dry Taiwan Beef Glass Noodle yang ku idamkan huhuhu

salted vege & chili wajib d makan sekali 

Kalau ke Korean Restaurant pulak, make sure pegi yang halal punya... sebab kalau tak dalam kimchi pun ada wine *tak sedap!
Wajib makan & ask for more is KIMCHI la of coz! Dulu ada stall kat Carefour subang, now dah tutup... Soul Garden pun ada agak jauh le pulak, I notice there have halal restaurant kat Sunway Pyramid & Ampang (Sweetree) adeeiii..... jom kecurkan air liur


Sundubu Jjigae makanan faveret ako! walla~ mana mau carikkkkkkkk

Jenis-jenis olive & kegunaannya

Olive oil atau lebih dikenali sebagai minyak zaiton oleh orang melayu sangat kaya dengan omega-3, monounsaturated fatty asid & antioxidant. Terdapat beberapa jenis olive oil yang terdapat di pasaran , yang membezakan bagi setiap jenis ialah bergantung kepada khasiat yang terkandung di dalamnya, rasa, bau, cara penghasilan, pemprocessan & pembungkusan selain harganya yang turut berbeza.

Secara umumnya terdapat 3 jenis olive oil di pasaran iaitu:

  • Extra virgin olive oil
  • Virgin olive oil
  • Pure olive oil.
Namun terdapat lagi 3 jenis olive oil yang jarang kita jumpa iaitu:
  • Refined olive oil
  • Olive pomace oil
  • Lite or Light olive oil

Extra virgin olive oil
The highest quality olive oil yang turut dikenali sebagai queen of oil yang mempunyai acidity level <1% dan kaya dengan antioxidant.Lebih mahal & kaya dengan nutrition. Extra virgin olive oil is best use in salad dressing. 

Virgin Olive oil.
Mempunyai acidity level ~2.0%. Virgin olive oil good for cooking purpose, mainly for saute & baking and can be use for salad dressing as well. Its good for body & hair massage too.

Pure olive oil.
Simple olive oil, ia adalah campuran refined olive oil & extra virgin olive oil. Mempunyai acidity level around 2.0% but have low nutrition value compared with extra virgin olive oil. Good for heavy duty cooking but not good for salad since lack of taste & aroma.

Refined olive oil.
Obtain by refined virgin olive oil by eliminate acidity level. Its good for heavy duty cooking and not good for salad dressing.

Olive pomace oil.
Very similar to pure olive oil but carries non nutrition value. Its good for heavy duty cooking.

Lite or Light olive oil.
Low in calori & low grade of olive oil. Low in nutrition, aroma, taste & smell. Suitable for cooking & baking.

Pencil Grasp Development

Jom tengok kat mana perkembangan anak kita sekarang? I am preparing Abbie to skool next year, started to let him familiar with colour pencil, crayon for colouring xtvt & draw a straight line.
So far what I can see Abbie still at stage " palmar grasp" hohoho
Ketinggalan kah? tapi base on below picture, takde la ketinggalan... its a learning step.


How to encourage young toddler to grasp pencil better? We need to do more Gross Motor activities.
What is gross motor activities? Gross motor xtvt help to prepare them for handwriting, concentrating, following instructions, sport skills and team work. You can click here for a list of gross motor activities.

Tuesday, October 16, 2012

Aku bukan doctor :P

hehehe panas tak tajuk entry kali ini....tah, sejak preggy ni nak mengemo ajew kejenye... especially dengan en soami tu, macam anjing dengan kucing.... asyik nak berbalah jew recently... tapi kan...kami ni air di cencang takkan putus :P InsyaALLAH...
Orang nampak saya molot pot pet, molot laser xde insurance kan.... tu maknanya saya ni happy go lucky type, wa tak simpan dalam tau.... tapi kalau hati wa sakit banget, wa diam jeww... diam biarkan diri ini bermonolong dengan diri sendiri, kannnn mesti korank pulak wonder, asal dia diam ni?? sakit ker? ahakss...

Sebenarnya topic ni nak cakap pasal Pre-eclampsia, bukan lah ulasan macam seorang doctor pakar wanita yang sangat berpengalaman, sekadar perkongsian untuk memberikan pendedahakan kepada ibu baru yang sedang hamil & ibu yang dah ada anak pun masih tak tahu apa itu pre-eclampsia kan Puan Ila Noor? :P
(Puan Ila Noor ni is my BFF, she not even know about what is pre-eclampsia walaupun pernah melahirkan seorang anak)  Recently her SIL terlantar & masih terlantar di ICU disebabkan pre-eclampsia sejak kandungan 4bulan lagi, anak sulung, ibu muda baru 24tahun, bila kandungan mencecah 7bulan doc terpaksa operate keluarkan bayi dalam perut demi menyelamatkan nyawa baby tadi....Alhamdulillah baby tadi selamat, namun si ibu masih lagi bertarung.....katanya paru2 telah dimasuki air dan memerlukan bantuan pernafasan manakala buah pinggang telah rosak dan memerlukan mesin dialisis....ngerikan.... ni gara2 kita tak sedar tentang apa itu pre-eclampsia & bahaya yang menanti bila dh jadi eclampsia) Eclampsia boleh mengancam nyawa ibu & anak tau. Marilah kita doakan adik ipar Puan Ila Noor ni cepat sembuh dan kembali normal seperti sediakala.
Ngeri pulak bila Ila share cerita ni last week huhuhu

Bukan apa, saya sendiri pernah di katakan mempunyai simptom pre-eclempsia, apa simptom pre-eclampsia ni?

  • Tekanan darah tinggi bermula dari 140/90 ke atas
  • Bengkak pada bahagian kaki dari peha ke tapak kaki
  • Kadar protien yang tinggi dalam urine disebabkan gangguan buah pinggang
  • Kenaikan berat badan > 1.36 kg setiap minggu sepanjang trimester ke-2 & lebih 0.45 kgs setiap minggu pada trimester yang terakhir.
Antara gejala lain:
  • Mata Kabur
  • Pedih Ulu hati
  • Rasa loya & muntah
  • sakit kepala

Ha.... masa saya pregnantkan Abbie (Abbie lahir bila kandungan mencecah ngam2 36minggu) 2 minggu terakhir iaitu bermula 34week saya dah mula mempunyai gejala pre-eclampsia iaitu tekanan darah tinggi & sakit kepala. Bengkak kaki tu adalah perkara normal jika ia tidak di datangi dengan gejala2 lain. Kaki saya bengkak since kandungan 6bulan, bila masuk 34minggu tu bengkak kaki saya sedalam 1inci tau! Berat saya naik sampai 20kgs. Pada mulanya gyne saya kata, nak makan apa, makan lah...tapi bila kaki sudah mula membengkak & berat dah pun naik 20kgs (1minggu sekilo naik during 3rd trimester) gyne mula berpesan, eat quality food not quantity. Tapi alhamdulillah saya tak mempunyai diabetes atau protien di dalam urine semasa mengandung. Bila saya mula mengadu sakit kepala yang sangat kuat & bila diperiksa saya mempunyai very high BP, doc menyarankan saya MC untuk 2 minggu... bed rest at home katanya , kalau tak ai terpaksa admit you. Setiap hari semasa MC tu saya perlu ke klinik untuk memeriksa blood pressure. Sehingga blood pressure back to normal, saya tak perlu lagi buat pemeriksaan. Tapi doc kata last day MC datang untuk check-up. Tapi belum sempat jumpa gyne, saya dah terberanak hohohoho
Yang kelakarnya masa nk admit hospital ai still have high BP, merah pen kat kad kemasukkan saya, namun masa di labour room Alhamdulillah blood pressure saya kembali normal.

Sebab itu adalah amat penting untuk sentiasa mematuhi check-up yang telah ditetapkan, jaga pemakanan & diet semasa mengandung, jangan makan untuk 2 orang (during Abbie, ai eat a lot, ai can eat nasi lemak yang rm3 sepeket tu 2 bungkus) makan sampai termuntah even at 3rd trimester.... 
so kali ini MIL dah pesan siap2, jaga pemakanan, avoid banana & red meat katanya (MIL pesan kat hubby, and MIL i bukan lah doctor tp nasihatnya sekadar untuk berhati2 agar ai tak le dt high BP lagi).
Tapi so far even ai dah pregnant 4.5month ai baru naik 1kg... percaya tak??? kali ni ai nampak kurus, pipi cengkung hanya perut jew yang naik. 

Siapakah golongan yang wanita hamil yang berisiko menghidap pre-eclampsia?
  • Wanita hamil anak pertama
  • Kehamilan anak kembar
  • Pesakit diabetes
  • Ibu hamil yang mengalami tekanan darah tinggi sebelum hamil
  • Ibu yang bermasalah buah pinggang
  • Wanita hamil yang pernah memgalami pre-eclampsia
Info lebih lanjut, anda boleh refer gyne masing2 atau gugel kat SINI.

Segala info yang dikongsi adalah berdasarkan pengalaman sendiri & sekadar pendedahan, harap diperbetulkan jika ada info yang tersalah & pls share pengalaman anda juga :)

Saya berdoa agar kandungan kali ini, saya dijauhi dari simpton pre-eclampsia ni Amin!

My career plan

Dilemma datang lagi...ahaks.... nak resign ke nak terus keje? adeiii
Kalau dulu sebelum kawin, ai plan to upgrade my self, earn as much as I can, jumping company & looking forward the good job with high pay. Bila penat keje swasta ai apply gomen, dapat interbiu UPM ai tak pegi, dapat interbiu Kastam ai tak pegi... latest dapat interbiu Air Traffic Controller, ai tak pegi....adeiiiii
Ape sebenornya yang ako nak dalam kerjaya ako ni?
Sejak dah kawin ni, tambah sejak ada anak ni , ako rasa yang career tu dah tak penting lagi... apa yang penting & lebih bermakna adalah anak-anak & keluarga. Ye bukan kita tak boleh berjaya seiring kerjaya & family, cuma apa yang kita mahukan yang terbaik untuk mereka.
Dengan distance ke tempat keje yang mengambil masa 2~3 jam sehari perjalanan memang memenatkan.
adeeiiii, kalau dulu hubby dah tetapkan syarat, nak resign tunggu mommy dapat 2nd baby, tapi bila 2nd baby is on the way, hati ni mula berbelah bagi gagagga
Bila difikir-fikirkan syok jugak dapat pegang duit sendiri walaupun tak boleh spent sesuka hati.
I m thinking & told my self ai nak keje sampai umur 35tahun. Meaning lagi 5tahun, why?
Sebab when I am 35yrs, Abbie 7tahun dah mula masuk darjah satu, so ai can focus on him & family, send him to school, pick him, sent his younger bro/sis to kindergarden, cook for family, afternoon sent him to tuition & provide home tuition for my own child. Best kann.....
Itu planning saya, so secara kesimpulannya, saya hanya bekerja 10tahun, ada lah saving sikit dalam KWSP & kereta pun dah habis bayar. Tinggal 2 lagi loan ASB to settle, bab tu easy peasy sebab kalau saya tak amik dividen tahunan, setiap bulan saya mmg tak perlu bayar, so I resign with free of debt. Senang hati kan.

Tapi....bila tadi tengok memo & planning my dept ni macam meluat la pulak...
Kalau dulu I under US account , but recently when my previous dept dah dibubarkan, ai masuk diff dept, its local account, mereka control sangat2....semua nak cut cost, nak dapat increment atau upgrade pun susah.
Apa la tadi, mereka kata nak kurangkan pekerja yang berpengalaman & amik freshie & that freshie mestilah multitasking...kene take care few process at one time. wallauweh...freshie korang bayor berapa la sgt, baru 1.5k pastu keje mcm kuli, yang engineer tu gaji giban2 keje semua suh kami buat....adooiiiii
sistem kasta betul la kat sini. Mereka plan to kurangkan operator & technician yang berpengalaman demi untuk mengurangkan cost....
erm....hubby kata kalau ada VSS amik la mommy, sekurang2nya mommy resign dapat duit hahahha
yea...ako sedang menunggu, al maklum ako juga tergolong dalam golongan yg bergaji agak tinggi tapi keje agak la senang gagagagga
tu yang ako riso, kot tahun depan depa ask me to be more multitasking with current pay
kompom ako tak nak. Ako keje cam engineer jugak, tp gaji tech ajew... Engineer boleh work from home dengan full salary, ako pulak ko bg gaji pekerja A&W banyak chantek!!!!

So, besar kemungkinan ako rasa lepas habis pantang ako nk resign (mungkin dalam pantang ako tender, pastu masuk opis seminggu ke kemas2 barang terus cabut). So dalam pantang ako still bergaji. ok kan plan macam ni. :)

Monday, October 15, 2012

week 18

Alhamdulillah sudah 18minggu usia kandungan saya, selepas kejadian muntah2 & cirit birit @ week 16 tu, ai started to worried about my baby inside... alah siapa yang kenal ai tentu tau yang ai have pregnancy fobia.
pengalaman keguguran 2 kali benar2 menbuat saya fobia, yes ai tak serik untuk being pregnant but ai do scared on my baby health inside. I knew only GOD can protect him but as a mom kita kena jaga pemakanan & tindakan kita diluar sini. Segalanya adalah ketentuanNYA. Namun perasaan resah & bimbang tu sukar untuk di sisihkan selagi tak tengok baby ni lahir dengan sihat & sempurna.

So bila dapat merasai tendangan bayi dari dalam, alangkah bahagianya hati ni, selalu time saya bersantai, akan ku usap perut ni untuk merasai tendangan halus & lembut dari dalam. Hubby pun selalu tanya, have you feel the kicking? I wish I can feel it too
Yes, still soft dear, the baby still small. Itulah yang selalu menjadi perbualan kami.
I knew my hubby oso worried but he will never show it to me. He must be the hero, for me to be always strong.
Owh I really can't wait to visit my gyne next monday. Perasaan ni macam kita baking cake, so excited, while waiting the cake is ready, kita akan sentiasa intai kek tu dari cermin oven, dah naik ke? merekah ke kek tu?
Ha macam tu la... kalau la boleh scan baby tiap2 minggu, ako lah orang yang akan beratur untuk scan macam tu. Tak perlu 4D scan, cukup lah hanya untuk memastikan baby dalam tu sihat & selamat.

Malam tadi tanpa di duga, ai have nightmare dream. I dream I had misscarrige at my hometown. Its like this week, sebab dalam mimpi tu i m so sad sebab lg 1 minggu nak jumpa gyne. I kata kenapalah mesti jumpa gyne 1 bulan sekali, is too long sampai ai dah keguguran. Baby tu masih kecil, macam cicak lagi... macam bunga yang baru nak berkembang... huhuhu
so sad sebab sudah 4bulan & semua orang dah tau yang i m pregnant and the most sad is i m now preparing stuff for new born. :(
But.... its juat a dream.
Bangun pagi2 i told hubby i got nightmare, hubby said, just think about good thing, its just a dream.
I wonder, how he know about my dream, sekali lagi dalam kereta tadi odw to work, ai ask him, do u know what i dream of?
Then he ask me to share.... pastu hubby said, trust in GOD, trust baby inside is healthy, only healthy & perfect baby will born. Just forget about your dream. I knew you have fobia during pregnancy. But trust in GOD.

Baiklah, mommy akan cuba melupakan mimpi buruk tu, pray baby dalam ni sihat, Alhamdulillah pagi ni pun dah byk kali jugak merasai tendangan soft baby ni. YA ALLAH tabahkan lah hatiku, peliharalah baby di dalam ni, semoga dia sihat & sempurna YA ALLAH.

Doc Bedi, I can't wait to see you next monday, hope can see baby gender too supaya I knew which fabric colour to buy for my quilt project :P hehehe

Aksi sempoi sambil poo poo


Cakkk... hahaha kali ni mommy dah sensor bird2 Abbie ya sebab Abbie dah bujang la, shy....
Budak tecik ni poo poo dengan bergaya sekali semalam, tiap kali poo poo mesti nak bawa kereta "Adam" nya itu.... buat mimik muka & mahu either daddy or mommy teman. Lama pulak tu....bila busuk, pandai pulak dia tutup hidung "chow chow" katanya hahaha

My grown up little boy (tak lama lagi boleh panggil koko) memang dah berjaya potty dlm toilet sebelum umur 2tahun, nowadays pampers pun dah tak nak pakai walaupun malam hari. Last week when I share kan, both saturday & sunday tu dia berjaya tidur tanpa pampers - TAK BASAH PUN...
Tapi kan... kalau Abbie penat, accident jugak huhuhuhu
Ada 1 malam sampai 3 kali kami tukar seluar dia, last2 daddy kata, time Abbie tengah tidur pakaikan pampers. Kadang2 bila pagi tengok pampers basah jugak, kadang2 kering... masih belum consistant. Biasa la tu kan....masih awal yang penting ada kemahuan. Lagi pun Abbie baru 2y3m kan....
Target dapat adik tahun depan, Abbie betul2 free pampers ya.

Homesewn Cloth Pantylinear

Salam & Good morning... adeiiii malas betul nak pegi keje pagi ni, almaklum hujan tetiba turun jam 615pagi(dah pagi baru nak hujan...lagi ler rasa nak tarik blanket hohoho).
Sejak ada mesin jahit ni, weekend saya tak berapa cukup tidur,...kenapa? asal saya terjaga awal pagi, lepas menyusukan Abbie sekitar jam 3pagi tu saya terus turun ke bilik jahit, menjahit about 2hours and tidur balik.
Satu hari only about 2~3 hours boleh duduk kat mesin jahit ni....weekdays totaly dilarang sentuh *adeiiii
Thats my hubby rule... katanya weekdays spent time with Abbie, weekend since no need to work, you can wake up late then do your activity when baby is sleeping :P

                                          
So ini lah hasil keras tangan mommy last weekend - homesewn cloth pantylinear.
Actually last weekend dah buat sekeping, orang kata terai test power dulu, yang 1st tu ai hide the linear kat dalam wing, so what you can see only 1 pattern or 1 colour. Tapi bila tengok yang terjual tu, depa suka tunjukkan pad tu kat luar, so this time ai buat pad kat luar.

Selalu jumaat malam tu ai dah bangun menjahit, hubby siap kejutkan lagi..."mommy, do you want to do your project?" but I am too tired, sleep like pig! hahaha
So pagi2 lepas subuh tat kala orang sambung tarik selimut sebab hujan, ai pakat gunting kain kat bilik jahit.
Gunting lagi 9 keping CP.
Okey, meh ai nak share material yang ai gunakan.... ai boleh kata project CP ni adalah sungguh jimat, kenapa?
1- Tak perlu beli....kalau beli 1 CP kat pasaran, mahal woo mau belasan ringgit sekeping (I dunno why they sell so damn expensive, mungkin jenis kain & material yang digunakan tu agak mahal).
2- Saya guna fabric scrap dari lebihan buat cloth diapers, some ai beli macam designer cotton yang ai buat untuk wing tu, some ai guna yang MIL bagi (polka dot tu adalah cotton jessey - lembut sangat sesuai diletakkan kat kulit cik V) & absorbent ai guna baby old blanket! Bukan lah old bererti dah pakai, blanket tu kain fleece tp sebab kaler kuning (as i mention before pantang dipakaikan kat baby) so ai gunting buat jd inner. Jimat tak?
3- Pattern ai download & print from internet. Yes actually ada banyak pattern yang ada especially part wing tu, cuma ai tak sempat nak print, hanya pattern ni yang ada. Lain kali kita wat pattern wing lain yang lebih jimat kain :P
4- Jenis jahitan pun ada macam2, ada yang jahit dari dalam & terbalikkan (next time ai try this method) but this time i just jahit dari luar :P * simple dimple kan kata nak pakai sendiri.

 Sabtu malam, ai bangun & jahit 9keping CP ni dalam masa 2 jam. Butang jahit petang ahad tu time Abbie tengah tidur. Tu lah orang kata, bila dah jahit mesin, tangan ni malas betul nak jahit tangan adeeiii sampai sakit2 tangan ni menjahit butang.
Ye...dengan butang tu la CP kita tadi terletak chantek kat panty tu, kalau tak de wing & butang, alamat tercicir pulak CP ni bila berjalan :P

 Design 1
Design 2

Setakat ni, ada 2 design ajew saya buat untuk 10 keping CP (FYI, ini bukan untuk dijual, masih untuk diri sendiri) Kalau ada yang berminat, InsyaALLAH kalau siap barang baby saya, saya akan buatkan dengan kain yang comel sikit (tak confident la nak buat kan orang...maklum la saya masih belajar huhuhu)

So saya dah tutup baik2 mesin jahit saya, ai told my self, ai cuti menjahit dulu sebab takde kain dah huhuhuhu
Tapi sebab tangan ni gatal, malam tadi saya keluarkan 10 keping barut baby yang Abbie punya dulu untuk di kecilkan. Sebenarnya planning nak buat jugak barut baru untuk baby, tapikan rasa macam membazir pulak, sebab bende dah ada, pakai pun sekejap kat dalam baju ajew pun. Barut ni kakak yang tolong buat, kaler putih ajew tapi terbesar...kalau dipakaikan kat Abbie sampai ke dada ditutupnya, so malam tadi saya tetas jahitannya, saya gunting jadikan ukuran 5.5" x 18". Rasanya saiz tu sesuai untuk baby, my sis made 7"x18".

InsyaALLAH 3rd baby nanti kita buat barut baru sebab tengok malam tadi pun dah kuning2 sikit barut ni sebab kene ubat jaundis abbie dulu :P

Friday, October 12, 2012

Printed worksheet for Preschooler & Kindi

Age 2      Focus mainly on straight lines.
               Encourage them to draw their line from left to right to mimic the process of printing from left to right.


Age 3      Straight, zig zag and curved lines are all appropriate to practice at Age 3
               Encourage tracing from left to right.


Ages 4-5   Good exercise for children just starting to print their letters
                Gives a feeling of success to kindergarten students nervous about printing.


Here have few link you can download & print. Lets make the learning is fun. Teaching in advance is the best way to get genius baby on board :)

http://www.kidslearningstation.com/

http://www.tlsbooks.com/preschoolworksheets.htm

http://www.worksheetuniverse.com/preschoolworksheets.html

http://www.jumpstart.com/parents/worksheets/grade-based-worksheets/preschool-worksheets

http://www.first-school.ws/theme/handwriting.htm

http://www.schoolsparks.com/early-childhood-development/fine-motor

http://www.kidzone.ws/prek_wrksht/index.htm

http://www.ziggityzoom.com/category/categories/educational-fun

http://www.preschoolpalace.org/

http://www.printactivities.com/Tracing.html

http://www.preschoollearners.com/

http://www.essentialkids.com.au/preschoolers/preschool-activities

http://voices.yahoo.com/free-preschool-alphabet-tracing-printable-worksheets-11727152.html?cat=25

http://www.tlsbooks.com/

http://www.earlychildhoodlinks.com/teachers/worksheetspreschool.htm

http://www.squidoo.com/free-preschool-learning-worksheets

https://www.kinderplans.com/p/49/preschool-kindergarten-worksheets


My list of project

Keje kilang ni, bila tiba hujung tahun...memang order slow, build request yang diterima sangat la kurang, so keje pun lapang ajew, itu senario biasa dalam Q4. Tapi syukur dalam kelembapan ni, kami akan dapat juga contractual bonus hujung bulan 11 ni. Ha.... sib baik hujung bulan 11, Sebab hujung bulan 12 atau lebih tepat hari pertama bekerja bulan 1 thn depan dt lagi bonus ASB :)
Senyum lebor mak buyong ni gagaga, Dapat bonus ni rasanya ai nak beli breast pump.... aiyakkkk 
dalam kepala dok pk nak beli Madela Freestyle tapi kan kalau dah tak keje macam rugi jew beli mahal2 kan.. Madela swing or S3 will do. Hubby cakap tunggu increment dia tahun depan, kalau he got a lot of salary adjustment, ai resign aje la... kalau tak terpulang la kalau nak sambung keje.
So breast pump will be the last item I will buy in my newborn baby list. Lagi pun breast pump lama masih ada dan masih boleh digunakan kalau setakat nak guna dalam pantang tu (concernnya ia berbunyi ajew... tak mahu mommy less confident kalau pump berbunyi dalam bilik pump kat opis ni) hohohoho

Tadi saya balik ghumah time lunch, macam biasa la lepas mkn masuk bilik jahit...siap last CD yang saya dh potong tu....haiii happy sgt dh 10 keping saya siapkan ngeee~
Tapi project CD akan tergendala sampai la kain2 GB saya tu sampai.... lambat sikit, katanya take 2~3week huhu Kalau sampai time cuti Deepavali tu boleh ler saye lenjan menjahitkan.... 4 CD dalam satu hari... amik ko! Ni tengah gian tersangat gian nak jahit CD & Snuggler.... bak kata orang, selagi tak cukup qty yang saya nak selagi tu rasa tak puas hati. Tapi apa kan daya...bersabarlah...
Sementara itu, saya akan proceed dengan lebihan kain yang ada untuk buat cloth pantylinear. Bukan apa, preggy kali ni masih terbawa2 keputihan yang sebelum ini.huhuhu So puas la pakai pantylinear yg beli tu, tu yang nak buat sendiri, kebetulan material tu ada. Gunting fleece warna kuning yang di band untuk kegunaan newborn tu sebagai inner & cebisan designer cotton/flannel yang MIL bg tu buat la sikit2 untuk kegunaan sendiri. Alamak...saye baru jew terai test buat 1 keping, dah ada kawan yang nak tempah...adeiii
Bukan tolak rezeki tapikan sekarang ni memang priority buat barang baby & mommy sendiri dulu. Bila semua barang dalam list tu dah settle, baru boleh buatkan orang lain (sambil2 tu ai nak improve jugak jahitan ni...biorlah nampak pro sikit :P)

Owh ya...sibuk2 menjahit barangan baby ni, kawan ai cik Puan Ila pun dah tergoda nak beli mesin jahit ngeee~ Beli la Ila...nanti kita leh sembang pasal kain, pattern dan mcm2 lagi besttt!
Tapi kan kalau u beli direct dgn LSN, leh dt free kelas menjahit utk 2 hari tau. Setakat jahit baju kurung tu depa leh ajar percuma jew.... Kalau nak mommy Abbie bg tutorial buat CD or snuggler pun boleh.... BFF punya pasal no worried la...janji belanja ako makan sushi HAHAHAHAA :p 

Okey antara list project yang masih pending is:

1- 14 keping CD (Nak cukupkan 24 keping... target 6keping sehari so buat utk 4hari punya)
2- 2 helai baby snuggler (Total nak buat 4 keping, 1 lagi tu nak terai buat saiz besar kot blh pakai sampai toddler esp nite time kan).
3- 10 keping cloth pantylinear 
4- 2 keping quilt ( setakat ni ada 1 keping colour very light pink orang bagi, ni kene tunggu sampai tahu gender baby baru decide nak jahit - nak tentukan colour apa) 1 keping saya nak pakai panel, satu keping saya nak terai wat patchwork dgn menggunakan kain2 perca yang ada hihihi
5- Buat bantal baby & booster Abbie. Kalau dapat girl, saya nak buat sarung warna pink, kalau dt boy...just guna Abbie punya *jimat!
6- Sarung tilam baby cot.
7- Sarung quilt baby cot (currently yang SIL bagi panel warna biru for boy... kalau boy ai tak perlu buat, kalau girl ai nak buat pinky colour hihihi)
8- 1~2 keping baby/toddler blanket... ha, ini la sebabnya saya nak kain minky tu... alamak mahal wooo 1yard RM59 kottt adeeiiiii at least I need 2 yard. Tapi ni low priority project.
9- Baby burp cloth
10- Baby bibs
11- Baby cloth shoe.
12- Baby bonnet (kalau girl)
13- Seluar pendek & panjang utk Abbie (ni patutnya letak kat atas nun bila kain GB tu sampai).
14- Nak alter barut baby yang kakak buatkan tahun lepas, lebau sangat bukan tutup perut ajew...sampai ke dada pun kene barut. (tak perlu buat baru.....jimat!)

Ha....panjang berjela2 kan list project ai yang masih pending.. harap2 sempat la siap sebelum bersalin.

Satu yang saya teringin nak belajar & buat ialah crochet... adei tangan ni keras betul nak mengait... kakak ambo memang teror bab mengait ni sampai boleh turunkan ilmu kat anak dara dia, yang amba ni tak jugak dt pickup huhuhu