How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Wednesday, October 31, 2012

Abbie 2y4m: free pampers at nite

Morning.... dah lama tak menghupdate gambo anak bujang saya, selalu saya huplod gambo dia setiap bulan ni blog yg satu lg, tapi sebab dah lupa password, bersawang le gamoknye blog tu.
Ni latest picture taken by his daddy, credit to his daddy sebab manage to make Abbie stay still for a picture even dengan senyum yang dibuat-buat ahaks.


Demam tent kembali lagi, kali ni tent dah tak parking kat hall instead letak dalam our bedroom, memang semak samun bilik tidur kami tambahan pulak kami tidur tak berkatil LOL :p
Setiap malam memang agak susah nak ajak Abbie naik atas tidur dalam bilik, main ajew keje nya... mana taknya 9.30pm daddy dah bagi signal supaya mommy bawa Abbie naik atas, nak tak nak terpaksa mommy ayat Abbie to bring what ever toys he want to play in the room. So memang room messy dengan toys dia yang rata-ratanya adalah kereta, lori, buldozer ect. (Boy la katakan).

Tag entry ni adalah "potty" tapi sebelum sampai ke main thing yang nak share , ai memang suka membawa pembaca meraban dulu kan hahaha
Kan dah 1 bulan Abbie free pampers at nite, 1 packed L size huggies mommy dah berjaya let go, tinggal satu packed terpaksa cancel sebab baru perasan dah terbuka (even belum guna tapi not nice la jual kat orang yang dah terbuka kan). since baby sitter still need to use pampers at day time (katanya Abbie akan terkencing jugak walaupun disiang hari kalau tak berpampers) agak sukar nak percaya namun kami agak, mungkin Abbie leka bermain tu yang terkucil dalam seluar. Tapi bila kami ambil dari baby sitter, kami minta lepas mandi petang tu tak payah berpampers, sebab pampers tu sampai ke pagi takkan basah. Kannn membazir, takkan nak pakai balik esok malam.

Memang di akui Abbie kadang2 terkencing jugak di malam hari, namun bila kami sarungkan pampers, kebanyakkannya dia takkan kencing dalam pampers, is either dia langsung tak kencing malam or dia akan bangun & kejutkan kami nak "shi shi" di tandas walaupun berpampers.
Even balik kampung baru ni pun kami pakaikan pampers di malam hari sebab taknak tilam tebal nenek tu basah, tapi dia memang tak kencing malam. Pagi tu bangun baru nak shi shi.

But, malam semalam, Abbie terjaga tengah malam macam orang mengigau nak shi shi, cepat-cepat la mommy ni sarungkan pampers dengan harapan dia akan shi shi dalam pampers, uihhhh tak mahunya dia, dengan mata tertutup tu dia cakap nak shi shi, so mommy bukakan seluar & ask him to wake up. Dia bangun, tapi sebab tengok dia mengantuk sangat mommy dokong Abbie ke toilet dalam bilik ni, aiiii dalam mengantuk tu boleh la pulak dia tak mahu shi shi dalam toilet tu, dia nak shi shi kat toilet dapur... adeeiiii, sib baik la kat luar bilik tu ada toilet lagi..... (rumah kami ada 3 bilik air- 2 diatas & 1 di dapur) so selamat tak perlu turun ke dapur. Tapi bila nak pakaikan seluar, nampak dah terkucil sikit, gaya macam dia dah nak terkencing lepas tu dia tersedar.

Malam tadi pun sama, sedang lena tidur, dia bangun nak shi shi.... mommy super tired memang tak larat nak bangun. Kalau malam semalam dia demand nak mommy yang teman shi shi, tapi malam tadi daddy yang bawakan dia ke toilet. Mujur la dia nak shi shi dalam toilet bilik tu. Tapi daddy kata seluar Abbie dah basah, laa.. dah terkencing rupanya....baru dia tersedar. Nasib baik mommy alaskan tempat tidur Abbie dengan baby quilt. Quilt ajew la yang basah... so lepas shi shi dalam toilet, tukar seluar & Abbie tidur balik.

So pagi tadi kami have discussion within me & hubby, we said that yang kami tak pernah paksa Abbie to free pampers so early, tapi kami nampak Abbie sendiri punya effort to wake up at night & shi shi in toilet. So we should encourage him & never ask him to wear pampers anymore. Lets support him. yeah!

Balik kampung baru ni, ada kawan yang tanya, macam mana nak ajar anak free pampers? Anaknya sudah genap 2 tahun masih poo & shi shi dalam pampers. I jawap simple ajew, belikan mangkuk potty...
Kalau dia tanya lebih awal, ai akan cakap, dari awal sejak baby boleh duduk, ajarkan duduk atas magkuk potty, hari2 ajar dia berpotty, InsyaALLAH cepat baby free pampers.
Jangan terkejut ada juga yang sudah 4tahun masih memakai pampers kalau kita parent never teach them.


1 comment:

Miss Nona said...

aku setuju..sejak belikan areeb soft potty, senang nk freekan dia dr pampers.