How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Friday, April 27, 2012

Toddler menu


BREAKFAST
  • Whole grain waffle with various toppings:  dab of butter or applesauce in lieu of jam; peanut butter and jelly; or some yogurt spread over the top
  • Homemade banana bread with some butter on it and a side of fruit
  • A slice of whole grain toast with mashed banana and peanut butter on it
  • Yogurt with blueberries in it and a slice of toast
  • Oatmeal with berries 
  • Eggs and toast – scrambled or fried – and a side of fruit
  • English muffin with cream cheese and a side of fruit
  • Soft granola bar, for  mornings  hectic 
  • Pancakes with wheat germ, sometimes blueberries, real maple syrup and butter
  • **Easy fruit selections  include grapes, blueberries, blackberries, raspberries, bananas, apples, oranges and pears. Try keep some combo of these around at all times.
LUNCH & DINNER
  • Chicken or turkey meatballs or sausage with a side of veggies and a slice of bread with butter
  • Peanut butter and jelly sandwich with a side of fruit
  • Hummus on a slice of bread with a side of veggies
  • Pasta with butter, parmesan cheese, a sprinkle of garlic salt and a side of veggies
  • Macaroni and cheese. 
  • Any other kind of pasta
  • Refried bean and cheese burritos for older toddlers
  • Any leftovers from our adult dinner the night before that aren’t too spiced and are relatively soft to chew
  • Sometimes we have one of the breakfast items for lunch or dinner
  • steam veggies like broccoli, cauliflower and zucchini ahead of a meal so they are in the fridge and ready to go. If I haven’t done that, I go to my pantry supply of canned, no-salt-added peas, corn, and green beans.
SNACKS
  • Slices of apple with a side of “dip” (the dip is actually just yogurt)
  • Dry cereal
  • Cracker “sandwiches” made by putting some spreadable cheese in between two crackers and I usually give it to them with a side of fruit
  • Fruit, usually bananas or grapes
  • Cheese stick
  • Soft breakfast bar like Nutrigrain
  • Popcorn for older toddlers
  • Animal crackers, graham crackers
  • Yogurt
  • Crackers or whole grain type tortilla chips with hummus (for older toddlers)
source: mommycribnotes

Abbie admitted KPJ Kajang Specialist Hospital - 2nd time


cerita tentang kisah ini saya coretkan di SINI
Ini merupakan kali ke2 abbie admitted, yang pertama semasa abbie berusia 11 bulan akibat viral infection and dehydration, same case with latest issue. bila abbie tak sihat dia tak mo makan, minum atau menyusu, punca - throat ulser & bengkak tonsil.

Sejak keluar hospital, abbie bertambah manja....and dia cemburu kalau mommy carry baby lain tau hahahha
daddy pun cakap abbie tidak boleh dibawa ke public places since now cuaca tak berapa baik dan tidak menentu, penularan pelbagai wabak penyakit seperti hfmd,malaria,influenza ect
So mommy and daddy akan buat shopping groceries time waktu kerja, lunch time kami akan pergi c4 subang or Cold Storage subang parade and shop. so ia tidak melibatkan abbie huhuhu

macam tak best kan...tak boleh nak bawa abbie ke grand sale mothercare's or wat so ever nemore till abbie turn 3. ha??? really daddy? - cakap je kott...sebab daddy feeling guilty bagi abbie eskrim magnum malam tu :P

tu la daddy hantu eskrim, beli 6batang eskrim, 4 batang daddy makan, mommy makan 2 jer....
lepas ni NO NO NO eskrim masuk dalam rumah kami. NO JUNK FOOD and NO BISCUITS .
Hohoho itulah bila daddy mula berkata2...mommy hanya menurut perintah :P

Setakat semalam, selera abbie dah back to normal, makan roti bun sampai 2 biji sekali makan, stoberi makan selagi mommy bagi dia makan, minum air pun pandai minum sendiri, siap meminta2 lagi, susu malam tadi je dah 4 botol 5 ~6oz each wahahahha

daddy cakap abbie dustbin, but tak kisah la dustbin ka, fatty ka...janji abbie makan & sihat
sangat2 worried bila son yang biasa kuat makan tetiba tak mahu makan tau
mommy daddy sangat2 susah hati huhuhu

pray abbie will always b a healthy boy and sweet smile and cute!
mmuuuuuaaahhhhhh
xoxo

Thursday, April 26, 2012

OOT: kadang2 sakit hati juga

entry pertama setelah lama menyepi....bersawang sungguh blog saye ni....
hari ni saya mula bekerja setelah 3 hari bercuti tanpa gaji menunggu anak kecil saya yang sakit di hospital. sakit apa? nanti next entry saya share ye,,,,
this time saya nk luahkan kesakitan hati saya pulak sebaik pulang dari becuti
[check in 2 malam di Hotel KPJ untuk bill RM27++.++ hahahha meriah you :P]

Saya ni tengah semak mereview ERF something related to my work aka NPI Planner, NPI Coordinator ect namun gaji saya rate technician jek pun huhuhu
Beratus email saya perlu baca [tanpa boleh delete] sebab sah-sah mereka takkan cover tugas saya melainkan sesuatu yang Super Duper Urgent [this time Flipper mereka have no choice terpaksa tolong schedule kan hihihi]

Neway, yang membengkakkan hati saya is my 3days leave is UNPAID leave even Doc Meena dah bagi special letter utk HR...mereka nak jugak MC...walla~ orang minta secara baik & tulus dia nak jgak suruh kita menipu....huhuhu itulah dunia...org yg jujur selalu tertindas...orang yg panjang akal nya jugak yg berjaya kan huhhu so kalau saya rajin, saya akan get back to doc meena ask for MC letter...kalau tak, unpaid la utk 3 hari itu hohohoho

Yang ke2 yang membengkakkan hati saya, kalau ikutkan hari ni saya nak MC, sebab semalam kepala saya sangat la sakit berdenyut2....badan pun sakit2 sebab tidur tak lena, penat mendukung abbie yang nak tidur macam baby 1 bulan di hospital...tulang belakang saya sangat la sakit, tangan pun mcm bengkak je....
Namun hubby saya cakap, mommy, you have taking very long leave [ye...saya cuti dari jumaat lepas,] just go to work give some face to your bos...tu yang saya dtg jugak hari ni, tapi bila saya datang buat kerja yang tertunggak, yang patutnya saya lakukan isnin lepas, mereka sound saya..... annie, hari ni dah khamis, tak perlu lah schedule lagi....walla~ woit...ko malas cakap la malas,,,,boleh plak nak tangguh2kan kerja.....
pastu siap sound lagi, lain kali consult dia dulu sebelum schedule anything...[ape.,,bukan ke last week ko sendiri yg suruh ako load this week.....kalau senang sangat nk contact ko ako tak kisah,,,lain kali any request ako hold untuk green light from ko yer...]
tu saya jawap dalam hati.....secara realitynya saya hanya mengabaikan email beliau,,,malas nk layan....

saya teruskan lagi mengclearkan email and ada satu lagi dari beliau, org yg sama tadi menyalahkan saya diatas kecuaian orang lain...memang vavi....
saya dah schedule elok2 jarakkan kedua2 ERF# untuk menunjukkan 1device yang sama di schedule dgn 2 wafer berlainan dengan package code yang berlainan.
Yang orang kat bawah yang menprocess lot tu buta ke tak reti membaca ASO atau ERF. Pegi jalan 2 wafer tu serentak dalam 1 package.
Bila dah salah....tau apa itu orang cakap nak lepas kan diri .....
" Annie lain kali jangan la schedule 1 device dngn 2 package code it create confuse!] walla walla walla
mesti korank tak faham kan apa yang saya cuba storykan ni...ala contohnya:
saya nak buat 2 biji kek pisang, tapi satu atas dulang bentuk 4segi, 1atas dulang bentuk bulat, saya dah bagi dah bahan-bahan membuat kek tu termasuk dulang2 tu....tapi si bebal tu pegi buat dua2 kek pisang bentuk bulat....kan....buta ke dulang tu satu bulat satu 4 segi...kat recipe buat kek pun dh cakap bentuk kek tu...."
pastu nak salahkan orang yang beli bahan tu pulak,,,,dah customer request nak beli kek bulat & 4segi dalam hari yang sama,.,kenapa ko tak marah je kat customer tu???
ooo sebab cust always right kan....puihhhh hampes
tu pun saya buat diam je....sengaja malas untuk membalas email beliau walaupun it only contain word "noted"
sebab saya tak setuju dgn cara dia yang sesenang je nak menyalahkan orang
setahu saya, tak boleh buat 2biji kek dalam 1 dulang, itu baru lah salah huuhuhu

ha ....itu lah antara 3 sebab hati saya membengkak ni...selain kerja yang melambak2....
hari khamis dah macam hari isnin bagi saya huhuhu

sekian

<bilahatikuberkatakatalagi...>

Thursday, April 19, 2012

Panduan untuk menyusu botol dengan selamat

Akhir-akhir ini banyak betul terjadinya kes kematian yang melibatkan bayi tersedak susu. Kebanyakkan kes terjadi to a very young baby di tempat jagaan kanak-kanak, amat jarang berlaku ketika di dalam jagaan ibu bapa sendiri. Kenapa ya?
Dimana silapnya, punca dan sebab itulah yang harus di kaji untuk memperbaiki dan mengelak peristiwa hitam itu dari berulang.
Sedihkan anak yang dikandung sembilan bulan hanya mampu melihat dunia untuk 2 atau 3 bulan sahaja akibat dari kecuaian individu yang memandang remeh akan cara pemberian susu melalui botol.

Dalam masa yang sama juga, ibu bapa haruslah tersedar yang young baby memerlukan lebih perhatian oleh itu pertimbangkan lah dengan teliti terlebih dahulu pusat jagaan yang hendak kita amanahkan permata hati itu dari segi cara mereka handle young baby, berapa orang bayi atau kanak-kanak di bawah seorang penjaga. Pengetahuan itu amat penting dalam menentukan sejauhmanakah anak kita akan diberikan perhatian.
Wang ringgit tidak lagi berguna jika dibandingkan dengan kehilangan permata hati yang tersayang, membayar sejumlah wang yang lebih untuk memastikan bayi kita mendapat perhatian yang sewajarnya perlu di utamakan. 

Disini ditunjukkan cara yang selamat untuk menyusukan baby menggunakan botol, tak salah kalau kita bertanya kepada penjaga cara mereka menyusukan baby kita atau pun kita meminta mereka menyusukan baby kita dengan cara seperti ini untuk menjamin keselamatan dari perkara yang tidak di ingini.
Dibimbangi jika kita sendiri tidak verify cara mungkin mereka hanya membiarkan si anak menyusu di dalam buaian yang berhenjut atau hanya meninggalkan mereka menyusu sambil berbaring dan menyendalkan botol dengan bantal!



Selepas habis menyusu, pastikan baby di sedawakan untuk membuang angin yang terdapat di dalam botol atau puting semasa proses menyusu tadi. Ini adalah mesti & wajib!
Video di bawah menunjukkan beberapa cara menyedawakan baby tadi, lakukan sehingga baby sedawa dengan mengeluarkan sedikit bunyi dan sedikit susu. (Bukan muntah ya).
Kadang-kadang menyedawakan baby hanya mengambil masa yang pendek iaitu beberapa tepukan lembut di belakang, namun ada juga yang mengambil dua atau 3 minit namun bersabar lah mommy, baby pasti akan sedawa.
Sampai bila harus disedawakan selepas menyusu? Lakukan rutin ini sehingga baby berusia 6bulan ataupun mula makan solid food.

Semoga dengan kesedaran yang ada, kita sebagai parent tidak salah untuk mengingati penjaga anak kita tentang perkara yang basic seperti ini. Bak kata suami saya dalam bahasa hokkien "chim pat chim kia, emp pat emp kia" - belum kena belum tahu, sudah kene baru tahu.....terbaik kita beringat sebelum kena.....

Jom kenali Abbie


Jom kenali anak tunggal saya,

Abbie dilahirkan pada 7 July 2010 di KPJ Kajang jam 5.26minit pagi secara normal dengan berat 2.66kgs.
Tanggal pusat pada hari ke-7 kelahirannya. Saya berpantang di rumah sendiri di Kajang,yang dijaga oleh emak saya sehingga 26hari. Genap Abbie 30hari, kami menyambut baby full moon dengan memberikan sekotak makanan nyonya yang berupa pulut kuning, telur merah dan kuih nyonya kepada mereka yang menyumbangkan hadiah semasa kelahiran bayi kami. Untuk Abbie kami tidak membuat majlis potong Jambul tetapi hanya majlis kesyukuran semasa Abbie berusia 1 tahun di rumah emak di Pahang.

Abbie adalah nama manja yang saya berikan bagi menggantikan nama Ah Bie. Sejak baby dari dalam perut saya sudah memikirkan nama manja untuk beliau, seperti saya & suami, kami juga memiliki nama manja yang di panggil oleh ahli keluarga, untuk suami sampai sekarang mereka memanggilnya Ah Boy... So, saya berpendapat apa kata jika saya memanggil baby saya Ah Bie (Ah Baby). Namun nama itu hanya lekat selama 2~3 bulan sahaja sehingga satu malam ketika saya dengan menggatalnya mengoggle nama untuk 2nd baby....[hahahaha] saya terjumpa nama Abbie yang membawa maksud - Father of Joy
Similar name and nice meaning....yeah,,,saya mahu Abbie menjadi anak yang happy,bahagia & membahagiakan semua orang.....
so sejak itu,,,melekat lah nama Abbie sebagai panggilan manja.

Tapi....apa nama sebenar Abbie ya??

Okey....nama penuh Abbie ialah Dhiya Alexander Tay Guan Eng , panjangkan.... 
Nama lagi penuh Abbie ialah Dhiya Alexander Tay Guan Eng Bin Jackson Tay Tat Yong hahahaha cuba sebut dengan satu nafas,,,,semput..... :P

Dhiya Alexander bermaksud The Light of Defending Man, dimana 
Dhiya adalah nama pilihan saya yang bermaksud cahaya . 
Alexander adalah nama pilihan daddy sendiri yang bermaksud defending man.
Tay adalah membawa sir name keluarga hubby and
Guan Eng adalah nama yang diberikan oleh FIL. Mereka so excited mendapat perkabaran anak lelaki yang bakal dilahirkan, sebelum baby lahir lagi, my FIL dah bagitau nama yang dia nak bagi...Cucu lelaki dari anak bongsu kesayangan mereka, 
Pada asalnya pada kad kelahiran, kami hanya meletakkan Dhiya Alexander Tay, tetapi setelah memohon pendapat dari Jabatan Pendaftaran Pusat untuk meletakkan chinese name di dalam nama anak kami, (demi menghormati kehendak keluarga in law ) katanya tiada halangan. Maka, tercipta lah nama yang panjang itu....kalau tak silap saya Guan Eng bermaksud Rich and Wealth .(can't remember nanti kalau ingat saya update kat sini hohoho)

Abbie adalah istimewa buat kami, satu kejayaan dikalangan 2 kegagalan....saya amat-amat menghargai kehadiaran beliau di dalam hidup kami, He is the light for us
tanpa nya ibarat hidup tanpa matahari, senyuman yang dilemparkan itu penyembuh segala penyakit didunia, tangisannya itu suatu keresahan, yang membayangkan betapa dia memerlukan kami dalam membimbingnya menempuh perjalanan hidup di dunia yang berliku ini. Oh anakku, mommy and daddy will always love you, you are my precious, my everything, everything I have in this world is belong to you my dear.

apa lagi??....erm cukup setakat ini karangan jiwang mommy untuk abbie, lain kali kita sambung ya hahaha :P

<bilahatikuberkatakata.....>




DON'T take CALCIUM and IRON together


Salam khamis yang lazy mommies..... 
kenapa lazy? sebab sejuk hujan....kan best kalau boleh sambung tidur diselebung selimut tebal di dalam bilik yang berekon hahahaaha
tiap-tiap malam saya cakap dengan hubby, cepat la bagi saya resign hohoho

Lepas dapat second baby saya akan berhenti kerja, kalau sebelum ni hati saya macam berbelah bagi...nak resign ke tak nak, nak ke taknak...almaklum nak meninggalkan sejumlah gaji yang tiap-tiap bulan saya miliki....
tapi memandangkan suasana kerja saya yang boring ni, saya rasa lebih baik saya resign, duduk di rumah menguruskan rumah tangga, mendidik sendiri anak saya dan dalam masa yang sama boleh memanjakan diri dengan hobby saya tu...membaking, bercucuk tanam...nanti boleh expend kepada jait menjait, kait mengait pulak wahahahaa

Since then, memang bekerja kuat la saya untuk beroleh 2nd baby dalam 2 bulan ni saya mulai mengambil supplement tanpa culas.... AMWAY vitamin B,C,Calcium dan Iron&folic acid....
Tapi...semalam saya terjumpa info dalam blog yang mengatakan tidak bagus untuk mengambil Iron tablet serentak dengan calsium tak kira lah calcium tablet atau makanan bersumberkan calcium such keju,susu ect.
saya pun goggle lagi untuk mensahihkan fakta tersebut dan saya jumpa di SINI

DON'T take CALCIUM and IRON together, the absorption of iron can be decreased by up to 62%!


This is especially for those people yang anemia macam saya yang benar2 memerlukan intake iron tersebut, harus follow this. so, start from today, saya akan mengambil iron,vit b & c disebelah pagi dan calcium tablet di sebelah petang. 

p/s- tadi saya goggle2 lagi....dan tertarik hati dengan product Shaklee. Kalau sebelum ini saya ingat nak boost kan milk supply je makan product ni tapi ada pelbagai la... I am interested with Alfafa & DTX Complex for liver since my hubby ada sikit liver problem huhuhu
nak kene jadi ahli ni, memandangkan nanti time pregnant pun boleh makan, dalam pantang, tengah menyusu, hubungan suami isteri....ermmmm..... papepun I never try it yet, so tak boleh comment panjang2 kat sini...kita try dulu baru share ya :)

Wednesday, April 18, 2012

Kronologi gugur kali pertama

Salam dan selamat sejahtera semua, hari ni saya rasa kurang sihat sedikit, sedikit pening & mual...
ooopssss bukanlah saya pregnant tat kala negara jepun sedang menjajah tapi mungkin sekarang blood pressure saya sedang rendah dan anemia.
Rasanya sejak lepas melahirkan Abbie tat kala saya datang bulan, mesti akan pening2 dan mual...
Masa mula2 datang bulan selepas bersalin saya mengalami sakit kepala yang teruk jugak, tapi Alhamdulillah saya sudah tidak lagi mempunyai sengugut [kata orang2 tua, kalau nak hilangkan senggugut kawen...tapi salah tu, bukan kawen...tapi beranak la hehehe]

Tadi saya sedang membaca satu blog yang turut sama berkongsi kisah seorang mommy yang turut senasib dengan saya, hard to conceived and often keguguran huhu
So saya pun terdetik untuk berkongsi pengalaman saya yang telah 2 kali keguguran, buat iktibar sendiri dan kenangan untuk rujukan akan datang.

Tuesday, April 17, 2012

High Calorie Food for Toddler


Boosting calories in your toddler’s diet can be challenging. Therefore, the main goal is to make every bite count! The following guidelines will help you make the most of your child’s meals. 
  • Fortify foods with fats such as butter, margarine, oil, cream cheese, mayonnaise, or half & half. Fats are calorie dense and essential for brain development during the first two years of life.
  • Provide structured meals and snacks in order to avoid “grazing” (sipping & nibbling) throughout the day 
  • Always feed nutrient dense foods BEFORE liquids
  • Avoid low calorie liquids such as juice and water
  • Offer high calorie snacks so that your toddler gets the most out of snack time – think of snacks as mini-meals
  • Use full-fat dairy products – milk, yogurt, cheese

CHEESE

  • Add shredded cheese to vegetables, pasta, rice, casseroles, sauces, and baked potatoes. Add extra cheese to pizza.
  • Eat desserts with cheese (i.e., cheesecake, Danish, etc.)
  • Provide string cheese or cheese and crackers for a snack

EGGS

  • Layer calories into scrambled eggs by making with half & half, cooking in butter, and adding cheese on top. If your child likes more flavor, serve with ketchup.
  • Homemade French toast – dip bread in egg and half & half mixture, cook in butter.
  • Egg salad & deviled eggs
  • Add a sliced hardboiled egg to salads, sandwich fillings, casseroles, and creamed dishes

PROTEIN-RICH FOODS

  • Eggnog – always select pasteurized eggnog, never use raw eggs
  • Whole milk yogurt – mix in 1-2 Tbsp. half & half
  • Frozen pudding popsicles, pudding, custard
  • Ice cream, milkshakes, frozen yogurt, chocolate milk
  • Deli meat slices
  • Small meatballs made from ground beef or turkey
  • Homemade breaded chicken fingers or fish sticks
  • Chicken salad with mayonnaise

STARCHES (ALL TOPPED WITH YOUR CHILD’SFAVORITE SPREAD!)

  • Waffles, pancakes, French toast 
  • Muffins, croissants, doughnuts, cake, banana bread, raisin bread
  • Mini bagels with cream cheese
  • Pasta with olive oil or butter
  • Potato salad with mayonnaise
  • Bread sticks with hummus
  • French fries, later tots
  • Crackers and cheese

FRUITS AND VEGETABLES

  • Pan-fried potatoes/homefries
  • Fried zucchini, mushrooms, eggplant, and onion rings
  • Peas, carrots, broccoli, etc. topped with cheese
  • Cucumbers with ranch or sour cream dip
  • Avocado slices
  • Bananas
  • Papaya and mango slices
  • Raisins, craisins, dried apricots (diced small)

QUICK HIGH CALORIE RECIPES HIGH CALORIE MILK:
  1. Mix 3-oz. whole milk with 1-oz. half & half
  2. MILK WITH CARNATION INSTANT BREAKFAST:   Mix 16-oz. whole milk with Carnation Instant Breakfast (This can also be prepared with the high calorie milk recipe.)
  3. ORANGE CREAMSICLE SHAKE: Mix orange juice and vanilla ice cream to desired taste and consistency
  4. FRUIT SMOOTHIE: In a blender, mix whole milk yogurt, high calorie milk, and fruit (fresh or frozen) to desired taste and consistency
  5. PURPLE COW: Mix high calorie milk with 2 Tbsp. grape juice concentrate
  6. SUPER GRILLED CHEESE: Dip 2 slices of bread into egg and high calorie milk mixture, Add cheese slices to bread ,Grill with lots of butter or margarine
  7. PEANUT BUTTER DOUGH: Mix approximately equal amounts of creamy peanut butter and powdered milk together. Aim for dough-like consistency ,Sweeten with honey to taste and shape into cookies for your child to eat

Helping my toddler to increase his weight


Tetiba I feel worried if Abbie is under weight! Sebab sejak beberapa bulan kebelakangan ni ai timbang berat Abbie tak bertambah la...asyik 10kgs je.... Nak kata tak makan, makan juga even ai nampak dia macam dah kurang juga makan berbanding dulu, leka bermain aje kerjanya...berlari berjoget pendek kata Abbie dah semakin aktif mungkin penyebab berat Abbie tak naik.

Dulu masa Abbie kecik, ai do plot his growth dekat website momy poko, tapi pastu website tu gone la..habis rekord Abbie, hanya bergantung pada buku check-up dengan doc Wong saje.
So tadi ai try goggle cari chart untuk tengok perkembangan Abbie, dan ternyata Abbie bukan lah underweight but in lowest rank [cer tengok graph kat atas tu ai ada tandakan dengan kaler merah].
Kalau tanya doc Wong dia akan cakap Abbie dulu pun lahir 2.66kgs aja,,, kira memang berat minima untuk baby boy yang lahir normal, so its still normal for him to growth macam tu.
Tapi yelah ai still do worried la tengok anak ai yang kecil tu, ye...fyi abbie nie pendek :P
Dalam usia 21bulan dengan berat 10kgs, tinggi abbie belum sampai 80cm...rasanya 75cm je kot waahahahaha

Neway, I cant wait to see doc Wong when Abbie turn 2 nak dengar comment dia ttg berat Abbie, last visit 6month ago berat Abbie tak sampai 9kgs 

But here, I found some info to share how to increase toddler weight dari segi pemakanan seharian:

  1. Minum whole milk, whole milk cheese (yang kaler kuning bukan putih), whole milk yogurt.
  2. Ice cream (agak-agak la kalau nak bagi erk...kang selsema or batuk pulak anak tu huhuhu)
  3. Minum smoothies yang di mixkan dengan yogurt atau ice cream (yes ai always give him this :)
  4. Bila steam or merebus sayuran, renjiskan atau rebus dengan olive oil
  5. Makan ayam & daging
  6. Makan Avocado
  7. Peanut butter (terbaik buat homemade peanut butter sebab ia high calori) but make sure your child tak ada allergy/eczema. p/s- ai try use almond - almond butter and Abbie love it ya :)
  8. Dip steam vege such baby corn,broccoli, carrot, potato, ect dengan mayonnaise.
  9. Bagi mash banana mix with yogurt
  10. Give supplement food such Appeton, Scott Emulsion ect
  11. Bagi nutritional drink for toddler such Vitagen, Yakult, Calciyum ect
  12. Offer food more frequent ( 4 ~ 6 kali sehari)
  13. Don't always use high fiber food such wholemeal pasta and brown rice (see...terbaik is red rice tau) as it can reduce his ability to absorb essential vitamin & mineral.



10 healthy snacks for toddler :


  1. Sliced apple with peanut butter
  2. Cereal mix with milk
  3. Yogurt + granola
  4. Organic peanut butter cracker
  5. Graham cracker dip in yogurt
  6. Sliced & peeled cucumber (dip in yogurt)
  7. Watermelon, cantaloupe, honeydue  mix with kiwi,pineapple and mango
  8. String yellow cheese
  9. Cereal & Fruits bar
  10. Smoothies

Bila harus potty?

Umur yang terbaik untuk berlatih potty training adalah pada usia 21/2 tahun hingga 3tahun. Namun bukan bermakna tidak boleh berlatih potty awal kerana jika dimulakan awal, tempoh untuk berjaya itu mungkin mengambil masa sedikit dan akan berlaku banyak "accident" seperti terkencing di lantai atau karpet hohoho
Namun ada juga yang berjaya potty pada usia yang lebih muda dari 2tahun ia bergantung kepada pendedahan namun jika baby kita lambat untuk belajar potty tak perlu lah dibimbangi sangat mommy sebab awal atau lambat, akhirnya mereka pasti akan berjaya potty.

Selalunya, toddler lebih mudah mengawal bowel (poo poo) berbanding urine (wee wee). Mereka mampu merasai saat-saat getir tat kala "jongkong emas" itu hendak keluar, as a parent kita kena alert and hulurkan potty kepada anak anda. Untuk pertama kali mungkin kekok atau tak mampu untuk melakukannya, namun jika latihan di berikan setiap hari InsyaAllah berjaya. Lama kelamaan mereka juga mampu mengawal wee wee tanpa perlu lagi memakai pampers.

Ibu bapa haruslah memberikan sokongan [sama-sama duduk menemani si anak tadi berpotty dan menyokong mereka dengan sama2 membunyikan "erkkk erkkk" hehehe sambil si anak tadi di berikan toys untuk bermain agar tidak boring :P].
Ibu bapa juga harus lah bersabar, jika berlaku "accident" dimana si anak tadi terkencing atau terberak di atas lantai. Tegurlah si anak yang mereka seharusnya poo poo or wee wee di dalam potty, tunjukkan potty dan letakkan potty di tempat bermain si anak agar ia mudah di dapati.

Potty tidak seharusnya perlu yang mahal and complicated, cukup sekadar basic equipment untuk mengajar & mendedahkan si anak tadi untuk tidak lagi menggunakan pampers.

Macam Abbie, kami belikan Abbie potty sejak beliau berusia 6 bulan, sejak pandai duduk, pandai makan, kami cuma nak exposedkan potty train kepada beliau walaupun bukan dengan tegas. Kami ingin memastikan Abbie poo poo setiap hari dan poo poo pada masa yang consistent setiap hari. 
Itu panduan MIL saya, katanya setiap pagi, ajar Abbie duduk di potty and ask him to poo, so nanti lama kelamaan Abbie akan terbiasa untuk poo poo pada waktu pagi.

Namun, sebab kami working parent, kebanyakkan latihan bersama kami hanya di adakan di waktu hujung minggu, lebih tepat kami katakan, kami berterima kasih kepada baby sitter yang mempunyai pendapat yang sama dengan MIL. She also teach Abbie potty at home. Sebab itu lah last weekend, bila Abbie tidak poo poo pada hari ke-2 kami sudah mula cuak....
Kami keep asking him to poo poo in potty, and he knew it its time to poo poo.
He keep sitting on potty and ask me to accompany him, boring jugak, mulut pun penat nak buat bunyi erkkk erkk tu hohoho [boleh pulak hubby suggestkan untuk merakamkan bunyi tu & mainkan semula hahaha]
kami terus bogelkan dia, and bring the potty in front of TV, dekat hall la ni.... so sambil menemani Abbie potty, saya tengok la TV [bluekkk ;P]

But its work leh.....tiba2 Abbie angkat potty tu sorok kat tepi daddy's working table and sit. Mommy pun tolong la selakkan lansir tu, bagi cerah sikit "jamban" si Abbie ni dan....yeah.....he successfully poo poo inside hahahaha
Ekceli I memang nak snap picca "jongkong emas" tu tapi kang korank yang tengok geli la pulops sebab dah macam kepunyaan orang besar. Daddy cakap, orangnya kecik, poo poo nya dh macam big boy wahahaha

sedang enjoy berpotty sambil membaca template Giant hohoho

So, far untuk poo poo Abbie dah pandai cari potty, but for wee wee, Abbie masih belum mahir, dia akan duduk tunggu wee wee tapi tak jugak keluar, tapi bila dia berjalan2 dalam rumah, dan pada masa itulah dia terkucil....dan secara automatiknya Abbie akan ambil kain lap kaki atau sebarang kain yang ada di lantai tak kira kain batik, baju daddy ect untuk mengelap air kencing itu, sambil mulutnya memanggil mommy dan menunjukkan arah tempat abbie terkencing wahahaha meriah you
Kakak saya cakap saya buli anak :P
Tapi sebenarnya saya nak ajar Abbie agar jangan kencing merata2....so tiap kali Abbie terkencing, saya akan suruh dia ambil kain lap, & lap...pastu tunjuk dimana dia harus wee wee [potty la].

Monday, April 16, 2012

Pavlova

Pavlova Cake


Oven saya berasap lagi hihihi , lepas ni bercuti lama la oven saya, en suami sudah bising sebab saya telah membuat dessert yang sedap yang menyebabkan kami terpaksa makan banyak hohoho [hubby cakap kalau setakat makan berdua, beli aja lah mommy kat Secret Recipe - tapi kat secret recipe takde jual Pavlova la daddy oiiiii]
 Kedua, Pavlova ni macam separuh kek separuh dessert, ia manis...ya sangat manis sehingga en suami saya hanya menjamah sahaja, berbanding tiramisu yang saya buat baru2 ni, 70% dia yang makan, tapi kali ni 70% saya makan, 25% saya bagi anak-anak abang hubby makan, and hubby makan sikit je....Abbie memang di larang keras makan kek ni sebab ia manis tapi sedappppp
macam makan mashmellow cake la....sweet :P

Neway, saya cakap ini hobby saya, saya suka baking, saya dah cuba lain kali saya tak buat lagi dah huhuhu
Sebabnya bahan utama membuat pavlova ni ialah putih telur dan gula, gula yang menyebabkan ia ranggup, ada yang pernah cuba mengurangkan gula membuatkan tak jadi kek ini, so tak berani la ai kurangkan gula huhuhu
Neway, baking pavlova amat mengujakan sebab nak tunggu ia kembang, naik & merekah...kalau guna oven kokak macam saya punya tu, guide baking 60~75minit tapi saya terpaksa bake for 120minit wahaahahaha

Bahan-bahan:

4 biji putih telur (saya gunakan lebihan masa membuat tiramisu)
200 gm gula castor
1/2 tsp esen vanila
1 tsp cuka makan
1/2 tbsp tepung jagung

untuk topping, saya gunakan spray whipping cream, senang hahahaha pastu hias dgn buah-buahan yang mampu menyorokkan rasa manis tu especially buah-buahan citrus seperti raspberry, kiwi, strawberry, blueberry dll

Cara-caranya:
-panaskan oven 180C
- pukul putih telur dengan menggunakan mixer sehingga berbuih
- kemudian gradually, (1 table spoon each) tambahkan gula castor, sentiasa putar mixer sehingga habis.
- putar bahan tadi sehingga bertanduk (adunan tadi menjadi pekat, kalau di biarkan ia jatuh ia akan meninggalkan kesan ke atas adunan tadi atau pun merasai dengan tangan sehingga tiada rasa kesat - maknanya gula telah betul2 menyerap sebati dengan putih telur)
- selepas itu masukkan esen vanila & putar mixer.
- kemudian masukkan tepung jagung & cuka makan & buat kaup balik sehingga sebati.
- di dalam loyang, alaskan dengan kertas minyak (baking sheet) buatkan bulatan di tengah2 baking sheet dan tuangkan adunanan tadi dia atas bulatan tadi.
( supaya bila ia kembang, ia tidak akan menyentuh dinding loyang)
-  masukkan loyang dalam oven & turunkan suhu kepada 130C dan bakar selama 60~70minit
- bakar sehingga ia merekah
 ini lah hasilnya yang saya keluarkan selepas 70minit bake, dah merekah tapi tak cukup rekahannya, di dalamnya mashmellow saya belum begitu sempurna (tidak kering)
dan saya continue bake another 50minit (total 2jam huhu)
menggunakan oven kokak saye huhu

- Bila dah siap, saya tidak terus keluarkan, saya buka sedikit pintu oven dan biarkan ia sejuk di dalam oven
- Bila dah sejuk, saya keluarkan dari loyang & spray/sapukan whipping cream and hias dengan buah-buahan tadi
 ini lah hasilnya

 Pavlova saya boleh dikatakan 90% menjadi - masih tidak begitu sempurna bagi saya
manis
ia ranggup di luar, lembut di dalam (mashmellow) and cair di mulut

bahan-bahannya ringkas, processsnya kne teratur dan skill membakar & mengalihkan ia dari loyang memainkan peranan kalau tak hancur la dalam loyang tu sebab ia memang rapuh
thanks to en suami, yang memecahkan kek saya, dengan hanya sekali tekan blueekkkk
[biasa la, buat kek orang suka tekan kan...or cucuk dengan garfu but jangan buat itu dengan pavlova ya ]

from my heart;
mommy Annie

Broccoli Mushroom with oyster souce


Sabtu lepas ai masak nasi ayam, dah lama betul dapur ku itu tidak berasap, asyik balik kampung jek hohoho
So macam biasa la, kalau masak nasi ayam, mesti nak ada lauk, tak cukup dengan sup & dan sayuran spt timun,tomato & salad leaf ai masak ini recipe cina :P
kenapa ai mention recipe cine? sebab kadang-kadang my hubby complaint, kawen dengan melayu asyik makan makanan melayu jek...hahaha so kadang2 ai akan masak makanan ala-ala cina [untuk menambat hati en abang sayang katakan :P]
So sayuran ini memang sesuai dimakan dengan nasi ayam jugak, tambahan kalau kita masak nasi ayam, pasti kita akan buat chiken stock kan? ha, recipe membuat sayur ini memang menggunakan chicken stock.

Recipe membuat homemade chicken stock:

3 drumstick & 3 hips ; dibuang kulit & lemak 
[boleh juga pakai tulang2 ayam tak kira berapa kuantiti mommies ada]
4 ulas bawang putih; ditumbuk
1~2 inci halia muda ; ditumbuk
air untuk merebus
1 cube meggi chicken stock (optional, jangan letak jika penyediaan untuk baby)

Rebus semua bahan sehingga air menjadi separuh dari asal


So, berbalik kepada recipe yang saya nak share tadi, Broccoli Mushroom with Oyster souce

Bahan-bahannya:

1 jambangan broccoli
6~7 biji cendawan cina kering, direndam sehingga kembang
3~4 tbsp oyster souce
200 ml homemade chicken stock
1 tbsp tepung jagung + 1tbsp air
1 tbsp oil (olive, sunflower ect)
sedikit garam

Cara-caranya:
1- Rebuskan broccoli & cendawan dengan sedikit garam & minyak secara berasingan.
2- Tos kan dan ketepikan
3- Di dalam souce pot, panaskan minyak & tuangkan chicken stock tadi, biarkan mendidih.
4- Bila sudah mendidih, masukkan secubit garam & tuangkan oyster souce dan kacau.
5- Kemudian, masukkan tepung jagun+air tadi dan kacau sehingga kuah menjadi sedikit likat.
6- Susun broccoli & cendawan di dalam pinggan & tuangkan sos tadi.
7- Sedia untuk di hidang :)


Banana Oat Muffin


Ini sebenarnya recipe terpijak atau lebih dikenali dengan recipe bidan terjun
kenapa bidan terjun ya?
ekceli I try to give abbie breakfast oat+banana+milk (versi baby punya - lembik!) tp Abbie x mo hhuhu
So untuk tidak membazir, I transfer campuran tadi ke dalam muffin tray and bake it for almost 45min
dan ini lah hasilnya.... :)
Baru Abbie makan, budak toddler macam Abbie ni, depa suka makan makanan yang boleh di pegang sambil berjalan2...hok lembek kne bersuap tu messy tak mo dia dah huhuhu

So ini lah recipenya :P

1 biji pisang masak, dilenyek
5 scoop oat powder (normal oat or rolled oat)
3~4 oz susu formula/susu ibu
sedikit olive oil


Cara-caranya :
-Panaskan susu di dalam souce pot and and oat
- masak sehingga oat kembang & tutup api
- biarkan sejuk
- dah sejuk, gaulkan dengan pisang lenyek tadi
- sapukan olive oil dalam tray muffin & scoop aduanan tadi dalam muffin tray
- bake for about 45min (mengikut keupayaan oven masing2)
- serve