How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Thursday, April 19, 2012

Panduan untuk menyusu botol dengan selamat

Akhir-akhir ini banyak betul terjadinya kes kematian yang melibatkan bayi tersedak susu. Kebanyakkan kes terjadi to a very young baby di tempat jagaan kanak-kanak, amat jarang berlaku ketika di dalam jagaan ibu bapa sendiri. Kenapa ya?
Dimana silapnya, punca dan sebab itulah yang harus di kaji untuk memperbaiki dan mengelak peristiwa hitam itu dari berulang.
Sedihkan anak yang dikandung sembilan bulan hanya mampu melihat dunia untuk 2 atau 3 bulan sahaja akibat dari kecuaian individu yang memandang remeh akan cara pemberian susu melalui botol.

Dalam masa yang sama juga, ibu bapa haruslah tersedar yang young baby memerlukan lebih perhatian oleh itu pertimbangkan lah dengan teliti terlebih dahulu pusat jagaan yang hendak kita amanahkan permata hati itu dari segi cara mereka handle young baby, berapa orang bayi atau kanak-kanak di bawah seorang penjaga. Pengetahuan itu amat penting dalam menentukan sejauhmanakah anak kita akan diberikan perhatian.
Wang ringgit tidak lagi berguna jika dibandingkan dengan kehilangan permata hati yang tersayang, membayar sejumlah wang yang lebih untuk memastikan bayi kita mendapat perhatian yang sewajarnya perlu di utamakan. 

Disini ditunjukkan cara yang selamat untuk menyusukan baby menggunakan botol, tak salah kalau kita bertanya kepada penjaga cara mereka menyusukan baby kita atau pun kita meminta mereka menyusukan baby kita dengan cara seperti ini untuk menjamin keselamatan dari perkara yang tidak di ingini.
Dibimbangi jika kita sendiri tidak verify cara mungkin mereka hanya membiarkan si anak menyusu di dalam buaian yang berhenjut atau hanya meninggalkan mereka menyusu sambil berbaring dan menyendalkan botol dengan bantal!



Selepas habis menyusu, pastikan baby di sedawakan untuk membuang angin yang terdapat di dalam botol atau puting semasa proses menyusu tadi. Ini adalah mesti & wajib!
Video di bawah menunjukkan beberapa cara menyedawakan baby tadi, lakukan sehingga baby sedawa dengan mengeluarkan sedikit bunyi dan sedikit susu. (Bukan muntah ya).
Kadang-kadang menyedawakan baby hanya mengambil masa yang pendek iaitu beberapa tepukan lembut di belakang, namun ada juga yang mengambil dua atau 3 minit namun bersabar lah mommy, baby pasti akan sedawa.
Sampai bila harus disedawakan selepas menyusu? Lakukan rutin ini sehingga baby berusia 6bulan ataupun mula makan solid food.

Semoga dengan kesedaran yang ada, kita sebagai parent tidak salah untuk mengingati penjaga anak kita tentang perkara yang basic seperti ini. Bak kata suami saya dalam bahasa hokkien "chim pat chim kia, emp pat emp kia" - belum kena belum tahu, sudah kene baru tahu.....terbaik kita beringat sebelum kena.....

No comments: